Pokok Gharqad
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, "Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya." kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi." - Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi).
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Dr. Fadlan Mohd Othman, semua batu akan bercakap kecuali pokok GHARQAD yang tidak akan bercakap. Dari hadis itu, orang Yahudi sudah mempersiapkan diri mereka untuk berhadapan dengan tentera Islam. Walaupun ia mungkin akan berlaku lambat lagi namun persiapan untuk menghadapinya sedang rancak dibuat.
Jelasnya, pokok GHARQAD atau nama lainnya Nitraria Retusa sedang ditanam dengan meluas di Israel dan Palestin untuk dijadikan sebagai tempat persembunyian. Usaha yang dilakukan oleh Yahudi itu menjadi petanda bahawa mereka juga percaya pada kebenaran Hadis Rasulullah s.a.w. Mereka mengkajinya bukan untuk beriman sebaliknya mengambil kesempatan untuk menyelamatkan diri dan sentiasa menanti saat yang dijanjikan seperti yang disebut di dalam hadis.
Kemudian hadis itu dijawab oleh Yahudi. "Kalaupun benar perkara itu berlaku tapi bukan orang Islam yang berada pada masa terdekat ini." Yahudi sudah mengetahui bahawa orang Islam belum bersedia untuk memeranginya dan menang. Mereka berhujah, mungkin suatu hari nanti masanya akan tiba apabila orang Islam itu cukup kuat untuk mengalahkan Yahudi. Masanya, apabila solat Subuh, ramainya orang Islam mengerjakannya sama macam solat Jumaat, ketika itulah mereka akan rasa gerun kerana orang Islam semakin kuat.
Menjelaskan hal itu, Dr. Fadlan berhujah, untuk memerangi Yahudi, perlukan kekuatan bukannya dari segi ketenteraan dan senjata tetapi dari segi keimanan. Kekuatan umat Islam mestilah setaraf dengan para sahabat ataupun hampir sama dengan para sahabat.
Dan, salah satu untuk mengukur keimanan adalah dengan solat. Sebab itulah disebutkan, selagi solat Subuh umat Islam belum lagi seperti solat Jumaat, maka ketika itu kekuatan orang Islam belum lagi cukup untuk memerangi dan menang ke atas Yahudi. Di situ, maksudnya, solat Jumaat yang kita perhatikan sekarang ini memang ramai jemaahnya tetapi tengoklah pula ketika solat Subuh memang susah untuk mendapatkan satu saf penuh kecuali ada dua tiga orang sahaja. Kalau dilihat pada keaadaan sekarang memang tidak nampak tandanya lagi bahawa orang Islam itu kuat tapi ia pasti akan berlaku suatu hari nanti.
SELAMATKAH YAHUDI?
Poko Gharqad sedang ditanam
Sebagaimana diketahui, kini orang Israel sudah menebang pokok-pokok zaitun di Palestin dan menggantikannya dengan pokok GHARQAD. Tapi, selamatkah Yahudi dengan adanya pokok ini?
Menjelaskan hal itu, Pengarah Kajian Hadis, KUIS, Mohd Khafidz Soroni, Yahudi mentafsirkan hadis secara luaran iaitu pokok GHARQAD yang akan menyelamatkan mereka apabila berlakunya peperangan besar. Namun adakah itu membawa makna bahawa Allah tidak menolong orang Islam yang memerangi Yahudi ketika itu? Bukan begitu maksudnya, pertolongan Allah sentiasa di sisi orang beriman.
Nabi pun sebut bahawa semua batu dan pokok akan bercakap kecuali pokok GHARQAD itu sahaja yang degil. Memang benar pokok itu yang akan diam dan tidak menunjukkan di mana orang Yahudi berada. Ia perlu dilihat dari sudut yang positif. Walaupun orang Yahudi tidak percaya dengan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi mereka percaya dengan hadis itu. Mereka mengambil apa saja petunjuk dari hadis Rasulullah yang boleh melindungi walaupun mereka sebenarnya tidak percaya dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Timbul pula persoalan yang dikemukakan oleh orang yang mengatakan bahawa ia satu ketidakadilan bagi orang Islam. Kenapa ketika memerangi orang Yahudi dikatakan bahawa pokok GHARQAD itu akan menyelamatkannya?
Menurut Mohd Khafidz, di sini bukan soal adil atau tidak kepada orang Islam. Ia adalah ujian kepada orang Islam. Nabi sudah gambarkan sejak awal lagi bahawa pokok GHARQAD itu akan menjadi tempat persembunyian Yahudi. Itu adalah satu bonus besar bagi umat Islam yang diceritakan dengan jelas. Kita harus faham bahawa Nabi sudah memberitahunya sejak awal tentang pokok GHARQAD maka apabila sampai masanya nanti peperangan itu berlaku maka orang Islam harus ingat apabila ternampak saja pokok GHARQAD maka jangan tunggu lagi, di situlah ada Yahudi bersembunyi. Maka orang Islam tidak perlu tunggu sehingga pokok itu berkata-kata.
Ada satu lagi kemungkinan di sebalik hadis itu, walaupun kini pokok GHAQAD tumbuh subur di Israel dan Palestin tapi tidak mustahil ia akan mati. Mungkin juga kerana tanahnya tidak lagi subur atau ditebang oleh tentera Islam. Tidak semestinya apabila Yahudi sudah tanam pokok GHARQAD maka mereka akan selamat. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang berlaku di kemudian hari.
POKOK GHARQAD BENAR ATAU METAFORA...
Hadis tentang pokok GHARQAD itu bukan saja menarik perhatian Yahudi tapi juga Kristian untuk membincangkannya. Di Jordan, pernah diperdebatkan tentang hadis tersebut antara bekas menteri Agama Jordan, Syakh Ali Al-Faqir dan Pensyarah Undang-Undang Islam, Professor Khaled al-Qudha.
Menurut Khaled al-Qudha, peperangan antara tentera Islam dan Yahudi akan bermula di sungai Jordan kemudian Yahudi bersembunyi. Sebagaimana diketahui umum bahawa Yahudi hanya berani berperang di sebalik tembok dan tidak berani bersemuka. Sebab itulah hadis tersebut mengatakan bahawa pokok dan batu akan berkata-kata.
Peperangan itu tetap akan berlaku walaupun Yahudi menyembunyikan kubunya di sebalik rimbunan pokok GHARQAD ataupun mendirikan rumah di tengah-tengah pokok GHARQAD. Peperangan itu tetap akan berlaku, itu ketentuan-Nya.
Soalnya bagaimana pokok-pokok itu boleh berkata-kata? Adakah ia berkata-kata seperti manusia atau dengan bahasa tertentu?
Hal itu dijelaskan oleh Syakh Ali al-Faqir begini, hadis itu kita boleh terima sebagai satu fakta yang benar ataupun sebagai metafora. Jika kita tidak boleh menerimanya sebagai fakta bahawa pokok dan batu akan berkata-kata maka terima dan percaya hadis itu sebagai metafora. Asal ia sampai kepada maksud sebenarnya.
Kalau hendak diterjemahkan sebagai metafora pun boleh iaitu masanya akan tiba manusia boleh bercakap tanpa bersemuka. Teknologi akan menjadikan plastik, kayu dan batu bersuara. Bagaimana ia boleh terjadi? Sekarang ini perkara itu pun telah berlaku, setiap hari kita berkomunikasi menggunakan telefon bimbit, telefon tanpa wayar. Dari mana semua itu datang? Telefon diperbuat daripada plastik dan plastik dihasilkan dari petroleum. Wayar, besi dan tembaga yang terdapat di dalam telefon sumbernya dari bumi. Ada juga alat komunikasi yang diperbuat daripada kayu. Jadi adalah tidak mustahil jika batu dan kayu akan berkata-kata. Malah teknologi berkembang lebih pantas dari itu misalnya segala pergerakan dan aktiviti di Wilayah Sinai boleh diketahui oleh stesen Golan. Ia tidak mustahil. Itupun kalau difahami secara metaforanya.
Kalau secara faktanya adakah benar pokok dan batu boleh berkata-kata? Sains telah membuktikannya bahawa pokok dan batu boleh berkomunikasi dengan bahasanya yang tersendiri. Malangnya manusia belum mempunyai kebolehan mencipta peralatan yang boleh menukarkan suara batu dan pokok kepada bahasa yang difahami oleh manusia. Suatu hari nanti apabila perkembangan sains semakin maju ia tidak mustahil. Sekarang pun sains telah berjaya membuktikan bahawa pokok dan batu boleh menghasilkan gelombang yang mana gelombang itu boleh diterjemahkan oleh peralatan sebagai kata-kata yang diucapkan oleh pokok dan batu. Semua itu boleh berlaku dengan kehendak Allah.
dipetik dari Majalah Al-Islam...
Nk share bole x
ReplyDeleteapa bodo ko indon..
DeleteIndon ni mcm ada sangkut paut dgn orang 2 yg akn bersembunyi di pokok ghardad kerana iklankan tentang nombor kor, judi( haram dalam Islam)
DeleteFb sy Intan said
ReplyDeleteBoleh, tidak menjadi masalah, semoga kita mendapat pengajaran darinya.
ReplyDeletebagus klau byak info2 seperti inni disebarkn lg kpd umat2 islam.....
ReplyDeleteBanyak buku2 tentang Islam dijual di toko2 dan di kedai2 buku. Setiap buku yg dibeli dan dibaca, maklumatnya akan dikongsikan bersama. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dariNya. Insya Allah.
ReplyDeleteTerima kasih kepada Anonymous di atas komen dan cadangan saudara...
Sye mhn share ye,saling menyampaikan ape yg baik, moga jadi iktibar bsama,tk.
ReplyDeleteterima kasih..
ReplyDeleteTindakan menanam pokok gharqad sama seperti menanam harta dan kemudian meletak papan tanda bertulis 'DISINI TIADA HARTA TERTANAM'
ReplyDeleteTindakan menanam pokok gharqad sama seperti menanam harta dan kemudian meletak papan tanda bertulis 'DISINI TIADA HARTA TERTANAM'
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete