Tuesday, August 18, 2015

MAJLIS PERASMIAN SUKAN MAKSPEN KALI KE XIII UUM SINTOK, KEDAH....


Logo MAKSPEN XIII 2015...

Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan rasa bangga dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan beserta semangat yang berkobar-kobar apabila berpeluang menyaksikan upacara Perasmian Sukan MAKSPEN kali ke XIII yang penuh dengan warna-warni, gilang gemilang dan sungguh meriah yang diadakan di Pusat Sukan UUM, Sintok, Kedah dengan disaksikan ribuan penonton yang datang dari seluruh daerah Negeri Kedah.

Tatkala melangkah masuk ke Pusat Sukan UUM, kelihatan penonton sudahpun memenuhi semua ruang tempat duduk dengan mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagu rasmi Agensi masing-masing. Kelihatan juga di antara mereka yang menyanyikan lagu-lagu patriotik bagi menaikkan semangat semua yang ada sementara menanti ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang akan merasmikan sukan MAKSPEN ini.

Di pintu masuk ke Pusat Sukan dan di jalanraya pula kelihatan masih ramai lagi mereka yang sedang menuju ke tempat perasmian walaupun jam sudahpun menunjukkan pukul 7.30 malam di mana sebentar lagi akan berkumandangnya azan menandakan sudah masuk solat Maghrib. 

Kita tentu tertanya-tanya, apakah orang ramai yang ingin menyaksikan upacara perasmian ini tidak menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu? Persoalan ini sebenarnya tidak timbul kerana pihak tuan rumah iaitu KEDA telahpun menyediakan satu khemah ruang solat yang sangat besar dan selesa yang boleh memuatkan 50 orang dalam satu-satu masa dengan kemudahan tempat berwuduk dan tandas yang berhampiran.

SUKAN MAKSPEN

Sukan MAKSPEN adalah singkatan dari Majlis Kebajikan dan Sukan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang diadakan setiap dua tahun sekali. Walaupun  ianya dianggotai oleh 19 Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tetapi kali ini hanya 15 Agensi sahaja yang mengambil bahagian iaitu Risda, FELCRA Berhad, KEDA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, LKPP, KEMAS, JAKOA, LIGS, MARA, SALCRA, TERAS DARA, WARISAN JENGKA dan KKLW itu sendiri. 

Jika sebelum ini sukan MAKSPEN ke XII 2013 dilangsungkan di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor berikutan KEJORA menjadi tuan rumahnya pada tahun tersebut tetapi pada kali ini, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pula diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah kejohanan sukan dwi tahunan ini yang bermula dari 12 hingga 16 Ogos 2015. Kejohanan sukan yang menghimpunkan kesemua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini merupakan wadah untuk kesemua warga KKLW berkumpul, bersukan dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan dan silatulrahim. 

Pada temasya kali ini, sebanyak 26 acara dipertandingkan di antaranya Bola sepak, Badminton, Sepaktakraw, Tenis, Golf, Bola Jaring, Ping Pong, Bowling, Bola Tampar, Futsal, Pentaque, Dart, Boling Padang, Merentas Desa, Memancing, Bakat, Congkak dan Batu Seremban.  


Maskot MAKSPEN

MASKOT MAKSPEN

Maskot MAKSPEN XIII KEDAH 2105 diberi nama SANG HELANG iaitu merupakan seekor burung helang. Burung helang dipilih sebagai maskot makspen kali ini kerana ciri-ciri yang terdapat padanya seperti berani, gagah dan juga pemburu yang handal. Burung helang juga banyak terdapat di dalam kawasan Negeri Kedah.  

Keputusan Perbarisan...

Juara : KKLW
Tempat Kedua : FELCRA Berhad
Tempat Ketiga : KEDA.

Kontinjen KKLW



Kontinjen KEJORA...

Kontinjen KETENGAH...


Kontinjen LKPP...


Kontinjen RISDA...


Kontinjen KEMAS...



Kontinjen JAKOA...


Kontinjen LIGS (Lembaga Industri Getah Sabah)...


Kontinjen SALCRA
(Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority)...

Kontinjen Teras Dara...

Kontinjen Warisan Jengka...

Kontinjen KEDA (Tuan Rumah)...


Kontinjen FELCRA Berhad...





















Anak-anak peserta Lubuk Sireh turut serta
dalam kontinjen FELCRA Berhad semasa perbarisan...


















Satu keluarga student UUM dari Yaman Mr. Bashar and family 
yang turut hadir memeriahkan majlis perasmian...










Kumpulan Gendang dan Rebana yang turut diundang 
untuk memeriahkan majlis perasmian...



Pertunjukan udara yang mencuri perhatian penonton 
serta mendapat tepukan gemuruh...




Berjaya mendarat dengan selamat...


Kumpulan Tarian Kebudayaan sedang membuat persembahan...










Peserta Silat Gayung...



Salah seorang ahli silat gayung sedang menunjukkan aksinya...




Maskot Burung Helang...

Kontinjen KKLW...









Pasukan pancaragam Sekolah Rendah Kebangsaan Sintok, Kedah...

Banner kata-kata semangat untuk pasukan Bowling Padang KEMAS...


Pasukan Pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah...


Pasukan Pancaragam dari TUDM Kepala Batas
(Maaf gambar kurang memuaskan)...



Kumpulan Koir KEDA sedang membuat persembahan..




Pentas Utama...

Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz dari UUM...

Ucapan alu-aluan dari Presiden MAKSPEN...



CEO FELCRA Berhad Dato' Hj. Ramlee bin Abu Bakar (kiri sekali)...

Di antara ribuan penonton yang hadir...

YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri 
yang mewakili Menteri KKLW sedang menyampaikan ucapan...



Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir, Menteri Besar Kedah 
merangkap Pengerusi KEDA sedang menyampaikan ucapan dan 
seterusnya merasmikan Sukan MAKSPEN kali ke XIII...




 Bacaan ikrar kejohanan oleh athlit dari KEDA...

Barisan Bendera Agensi yang mengambil bahagian
 dalam kejohanan sukan kali ini...

Datuk Seri MB dibawa turun ke padang untuk 
diperkenalkan kepada pasukan kontinjen...  

Dato' Hj. Ramlee bin Abu Bakar CEO FB.(kiri) bersama 
En. Mohd Fauzi Tahir yang merupakan Chef Di Mission FELCRA Bhd.
sedang menanti ketibaan Datuk Seri Mukhriz...

CEO FELCRA Berhad Dato' Hj. Ramlee sedang 
menyampaikan cenderahati kepada Datuk Seri Mukhriz...





Seorang jurugambar sedang bermesra dengan Maskot Kejohanan...




Pasukan Silat sedang mempamirkan aksi mereka...
















Saudara Hafiz Abd Rahman, athlet Futsal Open sedang berselfie 
bersama peminat-peminatnya yang juga athlet wanita FELCRA Berhad...




















Salam hormat dari Team Media Network Sdn. Bhd.

AJ (Pengurus/Ketua Editor)
Rafia Ol Husni (Jurugambar Kanan)
Zainol Abidin Sabli (Pegawai Logistik)
Hj. Zainuddin Muhamat (Pegawai Seranta)
Mohd Isaruddin Selamat (Pegawai Pengangkutan).

2 comments: