Thursday, May 5, 2016

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM CERTIFICATE IN PLANTATION INDUSTRY MANAGEMENT...

Seramai 25 orang staf FELCRA Berhad berjawatan Penolong Eksekutif Ladang telah ditawarkan untuk mengikuti Program Pengajian Profesional dalam bidang Certificate In Plantation Industry Management (CPIM) selama 8 bulan bermula pada 3 Mei 2016 sehingga 4 Disember 2016. 

Mengikut modiul kursus, pada 5 bulan pertama mereka ini akan mengikuti sessi pembelajaran di Kolej FELCRA Berhad yang terletak di Seberang Perak manakala baki selebihnya selama 3 bulan lagi mereka ini akan pulang ke lokasi tempat mereka bertugas sekarang bagi tujuan menyiapkan kertas kerja untuk melengkapkan syarat program CPIM tersebut.    

Semasa tawaran dibuka, seramai 54 orang staf ladang telah mengemukakan permohonan bagi mengikuti program ini walaubagaimanapun selepas temuduga dibuat pada 25 Mac 2016 hanya 25 orang sahaja yang telah dipilih oleh panel temuduga yang diPengerusikan oleh En. Mior Jamaluddin b. Mior Hamzah, Pengurus Besar Sumber Manusia.

Pengurusan Syarikat berpendapat bahawa mereka ini sebenarnya mempunyai pengalaman yang cukup lama berkhidmat dalam sektor perladangan upstream tetapi terbantut dari segi peningkatan laluan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan tiadanya kelayakan persijilan akademik seperti ijazah dan diploma.

Dengan adanya Program Pengajian Profesional (PPP) ini adalah diharapkan ia akan dapat memberi peluang kepada staf yang sedia ada di sektor perladangan upstream untuk meningkatkan tahap pencapaian kelulusan persijilan mereka sehingga ke tahap Profesional Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Professional Qualifying Examination).   

Selain itu, tujuan utama program ini juga adalah berdasarkan kepada beberapa objektif utama iaitu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran staf kumpulan perladangan melalui sektor pembelajaran profesional yang sistematik dan tersusun. Syarikat turut berhasrat untuk melahirkan modal insan sektor perladangan yang berpengetahuan, berilmu, mahir, cekap dan berketrampilan agar dapat mempertingkat dan memartabatkan profesion perladangan supaya setanding dengan profesion profesional yang lain.

Program Pengajian ini adalah kerjasama di antara Kolej FELCRA dengan International Institute Of Plantation Malaysia (IIPM). Yuran pengajian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat FELCRA Berhad.

Majlis perasmian program ini telah selamat diadakan pada 4 Mei 2016 bertempat di Kolej FELCRA Berhad dan ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Jahare b. Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pentadbiran dan Modal Insan.

Mari kita lihat dulu gambar-gambar Kolej FELCRA Berhad tempat berlangsungnya 
majlis perasmian dan tempat pelajar program ini menimba ilmu serta prasarananya... 












Pn. Juliana bt. Mohd Redzuan bertindak sebagai pengacara majlis...
Beliau juga merupakan Pensyarah Matematik dan 
akan mencurahkan ilmu kepada para pelajar ini...

Para pegawai dari ibu pejabat :
Dari kiri: En. Mior Jamaluddin b. Mior Hamzah (Pengurus Besar Sumber Manusia), 
Tn. Hj. Mohd Hanafiah b. Ambar (Pengurus Besar Pentadbiran dan Perolehan Kumpulan Perladangan), Tn. Hj. Jahare b. Abu Bakar (Pengurus Besar Kumpulan Pentadbiran dan Modal Insan), Dato' Md. Ghazali b. Abd. Karim (Pegawai Tugas-tugas Khas) dan En. Mohd Najid b. Abd. Rashid (Manager Busines Development and Marketing IIPM).  

Para pelajar yang terpilih dalam program ini.

Bacaan doa dipimpin oleh En. Najmul Kamil b. Daud 
(Pensyarah Mata Pelajaran Umum)...



Ucapan alu-aluan oleh En. Syahrizan b. Zainan
 (Ketua Bahagian Akademik Kolej FELCRA)


Turut kelihatan 
No 2 dari kiri En. Rafiuddin (Pengurus Pentadbiran Kumpulan Perladangan),
 En. Azman Hussin (Pengurus Perladangan Wilayah Perak, 
En. Rashidi Ahmad (Timbalan Pengurus Besar Wilayah Seberang Perak) 
dan Aidatul Syima Mohd Shariff (Pengurus Pentadbiran Sumber Manusia)

Tn. Hj. Mohd Hanafiah b. Ambar, 
Pengurus Besar Pentadbiran dan Perolehan Kumpulan Perladangan
 sedang menyampaikan ucapan... 










Tn. Hj. Jahare b. Abu Bakar, 
Pengurus Besar Kumpulan Pentadbiran dan Modal Insan
 sedang menuju ke pentas utama untuk menyampaikan ucapan dan
 seterusnya akan merasmikan program ini... 













Bacaan ikrar dipimpin oleh En. Mohd Sabri b. Bakar...







Para pelajar bergambar ramai dengan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat.

En. Rafiuddin, Pengurus Pentadbiran Kumpulan Perladangan 
kelihatan sedang beramah mesra dengan para pelajar... 


Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari...












5 comments:

  1. Tahniah kpd staf yg terpilih. Teruskan perjuangan dan belajar bersungguh2 demi masa depan yg lebih terjamin.

    ReplyDelete
  2. Ini yg professor suka. Felcra ni memang baguih. Semoga terus maju di era baru...kipidap...

    ReplyDelete
  3. Keep trying. It's only from the valley that the mountain seems high. All the best and good luck.

    ReplyDelete
  4. Belajarlah anak2ku, org kg berdoa dari kejauhan semoga kalian satu hari nnti dpt mencurah bakti di bumi tercinta ini. Amin...

    ReplyDelete