Sunday, March 10, 2019

LAWATAN PEGAWAI PEJABAT KEDUTAAN BESAR REPUBLIK INDONESIA KE FELCRA Berhad SERAMBI, PAHANG...

Membuka tirai tahun 2019, Bahagian Perladangan P&P, Ibu Pejabat FELCRA Berhad telah menerima permohonan dari Pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk mengadakan lawatan kerja ke FELCRA Berhad Wilayah Pahang bertujuan untuk berjumpa dan beramah mesra dengan Tenaga Kerja Ladang yang kebanyakannya dari negara sumber Indonesia. Di samping itu lawatan ini juga bagi meninjau dan mengetahui tahap layanan majikan kepada mereka serta kebajikan yang diterima sepanjang mereka bekerja di sini. 

Sebelum ini pada tahun 2016, Pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia pernah mengadakan lawatan kerja ke FELCRA Berhad Wilayah Seberang Perak, dan begitu juga pada tahun 2017, mereka telah mengadakan lawatan kerja ke FELCRA Berhad Kawasan Kerangai Penagoh, Negeri Sembilan. Laporan penuh kedua-dua lawatan tersebut boleh dibaca dalam blog ini dengan mengklik Di sini (Sbg Perak 10) dan Di sini (Kerangai Penagoh).

Dalam lawatan kali ini pula, projek FELCRA Berhad RTK Pulau Rumput, di bawah Kawasan Serambi, Pekan, Pahang telah dipilih kerana mempunyai ramai tenaga kerja Indonesia yang bekerja di projek dan di kawasan-kawasan sekitarnya.

Tarikh 9 Mac 2019  (Sabtu) telah dipilih untuk lawatan kali ini yang diketuai oleh YH Bapa Budhi Hidayat Laksana, Atase Ketenagakerjaan dan 3 orang pegawainya iaitu Bapak Medi Heritomo, Bapak Irwan Triambudi dan Bapak Ramdan Zamil manakala dari pejabat  konsuler pula ialah YH Ibu Dahlia Kusuma Dewi, Seketeriat Pertama Konsuler dan pegawainya Ibu Fitri Berlianti, staf konsuler.  

Di pihak Ibu Pejabat, pegawai yang terlibat adalah terdiri dari Dato' Haji Abd Mutalib b. Tais, Pengarah Bahagian Perladangan P&P, Tn. Haji Razilah b. Abu Bakar, Pengurus Besar Pengurusan dan Guna Tenaga, En. Rafiuddin b. Ah Mat Limit, Pengurus Bhg. Pengurusan dan Guna Tenaga serta 2 orang wakil dari FELCRA Agro Sdn. Bhd. (Sekarang FUESB) iaitu Pengurus Kanannya En. Azhar b. Ahmad dan Pengurusnya En. Hairi b. Suradi.  

Di pihak Kawasan, selain Pengurusnya En. Aman Shah b. Ismail, turut serta adalah Pengurus-Pengurus Kawasan yang  berhampiran iaitu Tn. Hj. Azizan b. Ashaari, (Pahang Tenggara), En. Abdullah b. Daud (Sri Makmur), En. Abdul Razak b. Salamun (Bukit Ibam), En. Mohamad Dhalan b. Kamaruzaman (Permatang Besar) dan En. Rozali b. Mie (Sg. Batu).   

Di peringkat Wilayah, Pn. Nurhidayah bt. Samsudi, Pengurus Perladangan dan En. Abdul Khalil b. Abd Ghafar, Pengurus Pentadbiran juga hadir.

Seramai 154 orang Tenaga Kerja Indonesia telah dipilih dalam program lawatan dan sessi suaikenai  ini, mereka didatangkan khas dari kawasan dengan jumlah seperti berikut:

            1. Kawasan Serambi                   -  18 orang
            2. Kawasan Permatang Besar     -  19 orang
            3. Kawasan Pahang Tenggara     -  40 orang
            4. Kawasan Sg. Batu                   -  23 orang
            5. Kawasan Sri Makmur             -  40 orang 
            6. Kawasan Bukit Ibam              -  14 orang
                              Jumlah                     -   154 orang

Papan tanda projek di jalan besar...

Jalan masuk ke projek...

Papan tanda Kolam Mendakan
yang dipasang dalam projek... 

Batu tanda Ucapan Selamat Datang
 kpd pelawat yang dibina dalam projek...

Semua TKI berbaris menanti ketibaan 
rombongan pelawat...

Pelawat yang dinanti sudah tiba dan disambut oleh
 Dato' Hj. Mutalib, Pengarah Bhg Perladangan P&P
bersama para pegawainya...


Bapak Johri, Direktor PT Bina Kridatama Lestari, Lombok...

Pelawat dibawa ke meja pelawat yang disediakan...

Semua diminta berdiri bagi menghormati lagu Kebangsaan 
dari kedua-dua Negara dan lagu rasmi FELCRA 
yang wajib didendangkan dalam semua majlis rasmi...

TKI menyanyikan lagu Kebangsaan mereka 
bagi menaikkan semangat...



Pn. Faziana bt. Adnan, 5P Pejabat Kawasan Permatang Besar
berperanan selaku Pengacara majlis...  

Wakil TKI sedang membacakan doa
 dalam pembukaan majlis...

Pegawai-pegawai FELCRA serta
pegawai pelawat mengaminkan
doa yang dibaca...

TKI serta hadirin turut mengaminkan doa...

Dari kiri: Tn. Hj. Razilah (PB Pengurusan dan Guna Tenaga), En. Aman Shah Ismail (PK Serambi), Y.Bhg. Dato' Mutalib Tais (Pengarah Bhg. Perladangan P&P), YH Bapa Budhi Hidayat Laksana, (Atase Ketenagakerjaan) dan YH Ibu Dahlia Kusuma Dewi, (Seketeriat Pertama Konsuler) bersedia untuk mendengar taklimat...


Di antara TKI yang hadir...



En. Aman Shah Ismail, Pengurus Kawasan Serambi 
sedang menyampaikan kata-kata aluan..

Dalam taklimatnya, beliau memberitahu bahawa beliau dipertanggungjawabkan untuk memajukan sebanyak 4 buah projek RTK (Rancangan Tanah Berkelompok) iaitu: 
  • RTK Serambi, tahun buka 2011, tahun tanam 2012, luas projek 569.268 hek, luas tanam 506.916 hek, luas hasil 172.84, tahun mula hasil 2016. tahun 2019 adalah tahun ke 4 penghasilan dengan tanaman kelapa sawit. 
  • RTK Padang Rumbia, Tahun buka 2009, luas projek 263.04 hek, luas tanam 240.364 hek, luas hasil 160 hek, tahun mula hasil 2015, tahun 2019 adalah tahun ke 5 penghasilan dengan tanaman kelapa sawit.
  • RTK Pulau Rumput, Tahun Buka 2013, Luas projek 525.988 hek, luas tanam 491.838 hek, luas hasil 200 hek, tahun 2019 adalah tahun 1 penghasilan dengan tanaman kelapa sawit.  . 
  • RTK Tg. Pulai Fasa 1, tahun buka 2018, belum mula tanam, luas projek 319.26 hek, 
Adalah menjadi harapannya dengan kerjasama staf yang berpengalaman dan komited, mendapat khidmat nasihat serta bimbingan dari Pegawai Perladangan Wilayah Pahang dan Ibu Pejabat disamping tenaga kerja asing dan tempatan yang mencukupi ia yakin ia mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab memajukan kesemua projek ke tahap yang membanggakan. 
    

Kegembiraan jelas terbayang di wajah kedua-dua mereka ketika En. Aman Shah menyelitkan sedikit jenaka dalam taklimatnya terutama yang menyentuh tentang gelagat TKI semasa bekerja di ladang.


Boss aku yang baru Tn. Hj. Razilah Abu Bakar, Pengurus Besar Pengurusan dan Guna Tenaga yang menggantikan boss lama aku Allahyarham Tn. Haji Mohd Hanafiah b. Ambar yang telah meninggal dunia pada 22 September 2018 ...

Dari kiri: YH Ibu Dahlia Kusuma Dewi, En. Rafi'uddin (Pengurus aku), En. Abd Khalil Abg Ghafar, Pengurus Ptd Wilayah Pahang dan En. Azhar Ahmad, Pengurus Kanan Agro (FUESB) juga tercuit hati dengan jenaka En. Aman Shah...

Semua TKI turut memberikan perhatian yang sepenuhnya
 terhadap ucapan En. Aman Shah Ismail, Pengurus Kawasan... 
,



Y.Bhg. Dato' Haji Abd Mutalib b. Tais, 
Pengarah Bahagian Perladangan P&P 
sedang menyampaikan taklimatnya.


Dalam taklimatnya, beliau memberitahu bahawa sehingga ini, di Semenanjung sahaja, jumlah Tenaga Kerja Asing yang bekerja di ladang-ladang FELCRA Berhad adalah berjumlah seramai 7,457 orang iaitu Tenaga Kerja Indonesia seramai 6,575 orang dan Tenaga Kerja Bangladesh seramai 882 orang. Menurutnya lagi bagi tahun 2019, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Putrajaya telah meluluskan kuota baru kemasukan TKA kepada Syarikat FELCRA Berhad seramai 3,000 orang.iaitu 2,000 Indonesia dan 1,000 Bangladesh. Harapan beliau dengan jumlah yang diluluskan itu disamping TKA yang sediada, masalah penjagaan ladang kawasan serta penghasilannya akan dapat diatasi dengan sepenuhnya. 



Dalam ucapannya lagi, beliau memberitahu, ketika berlaku gempabumi di Lombok pada tahun 2018, Syarikat turut membantu meringankan beban penduduk dengan sumbangan wang tunai hasil sumbangan staf dan syarikat kepada setiap keluarga TKI yang terlibat. Pam, penapis air serta khemah turut dibekal dan dipasang, keperluan asas seperti beras, minyak masak, bawang, sos dan banyak lagi juga disumbangkan. Selain itu solat hajat dan bacaan Yassin bersama PT-PT dan penduduk setempat  turut diadakan. Peranan yang dimainkan oleh Syarikat telah mendapat liputan yang meluas di Media-media massa Indonesia seperti NADI LOMBOK, RADAR LOMBOK dan TV ONE.   

Seterusnya beliau sangat berharap dengan adanya hubungan seperti ini, jalinan kerjasama dan persahabatan yang erat antara kedua-dua buah negara dapat dikukuhkan lagi kerana kedua-duanya memang saling memerlukan antara satu sama lain. 

Akhir sekali adalah menjadi harapan beliau juga supaya program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa supaya pihak kedutaan dapat mengetahui keadaan sebenar TKI yang bekerja di ladang-ladang FELCRA Berhad, tidak sepertimana yang digambar dan dilaporkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa mencari jalan dan menabur fitnah supaya persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama menjadi keruh dan renggang.





En. Azrul Abdu Rahim (berdiri) merupakan rakan setugas di Bhg. Pengurusan dan Guna Tenaga, Ibu Pejabat. Tugas beliau adalah mengendalikan Kursus Induksi bagi TKA yang baru masuk di pusat latihan dan penempatan (One Stop Center) yang terletak di Kg. Lalang, Dengkil, Selangor. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab melaporkan pergerakan TKA di seluruh negara pada setiap bulan untuk dibentangkan dalam semua mesyuarat yang melibatkan Bahagian Perladangan P&P. 


Pn. Nurhidayah bt. Samsudi,
Pengurus Perladangan  FELCRA Berhad
Wilayah Pahang berkatakan sesuatu
 kepada Ibu Fitri Berlianti,staf Konsuler...




Ucapan seterusnya yang sangat dinantikan oleh TKI ialah dari Bapak Budhi Hidayat Laksana, Atase Ketenagakerjaan. Beliau banyak menyentuh tentang TKI yang masuk bekerja di Malaysia yang 'Illegal" dari "Legal". Ia tidak mahu ini berlaku pada TKI yang bekerja di ladang FELCRA Berhad kerana jika ini berlaku TKI tidak dapat hidup tenang, sentiasa diburu ketakutan dan keresahan, wang yang diperolehi tidak dapat dihantar pada keluarga di Indonesia. Beliau juga menasihatkan supaya TKI tidak terlibat dengan narkoba (dadah) kerana jika ini terjadi ia boleh menghancurkan hidup dan masa depan mereka yang menjadi harapan keluarga. 

Akhir sekali beliau berharap supaya TKI boleh datang berjumpa dengan beliau atau pegawainya jika mereka menghadapi masalah semasa bekerja di Ladang-ladang FELCRA Berhad.  










Ucapan yang dinanti-nantikan juga adalah dari YH Ibu Dahlia Kusuma Dewi, Seketeriat Pertama Konsuler, Kedutaan Besar Republik Indonesia. Beliau turut bersetuju dengan nasihat yang disampaikan oleh Bapak Budhi Hidayat Laksana, Beliau juga menyentuh tentang isu pernikahan dengan gadis tempatan, jika ianya berlaku pada TKI maka ianya hendaklah didaftarkan bagi mengelakkan berlaku kesulitan di kemudian hari. Ucapan beliau yang mengambil masa hampir 20 minit banyak memberikan nasihat-nasihat dan pandangan yang berguna bagi menaikkan semangat serta emosi TKI yang hadir. 



Seorang TKI bertanya soalan tentang permit kerjanya
 yang sampai sekarang masih belum diperolehinya...

En. Rafi'uddin, selaku Pengurus Bahagian Pengurusan dan Guna Tenaga telah memberikan penjelasan tentang perkara tersebut kepada TKI yang bertanya.






En. Hairi Suradi Pegawai Agro yang bertanggungjawab 
dalam menguruskan kemasukan TKA ke ladang-ladang
 FELCRA Berhad...


Acara penyampaian cenderahati 
kepada Pegawai Pelawat....







Majlis selesai jam 6.00 petang dengan sessi bergambar
 dan jamuan ringan...











YH Ibu Dahlia Kusuma Dewi sudi bergambar
 dengan staf FELCRA Berhad Kawasan Serambi 
dan Permatang Besar...

Dari kiri: Pn. Nurhidayah bt. Samsudi, Ibu Fitri Berlianti, Pn. Faziana bt. Adnan, Ibu Dahlia Kusuma Dewi, Pn. Shafiah bt. Mohd Nooh, Pn. Norshamsidawati bt. Mahamud, Cik Nurul Fatihah bt. Ramli dan Pn. Nurhana bt. Osman   



Sumbangan sejadah dan kain dari
Pejabat Kedutaan Republik Indonesia  
kepada semua TKI yang hadir
supaya mereka rajin solat...






Y.Bhg. Dato' Haji Abd Mutalib Tais menyampaikan ucapan terimakasih
 kepada semua pegawai dan staf yang telah bertungkus lumus
 menjayakan program ini...

Petugas dalam penyediaan hidangan
 makan tengahari dan minum petang
dari WADIRA Pahang Tenggara...


Dari kiri: Cik Nurul Fatihah bt. Ramli, Pn. Norshamsidawati bt. Mahamud, Pn. Shafiah bt. Mohd Nooh dan Pn. Faziana bt. Adnan. Mereka adalah staf kawasan yang sangat komited dalam tugas dan bertanggungjawab memastikan program ini berjalan lancar.

Tn. Syed Abdul Khalim b. Syed Salim (kiri) bergambar sama dengan En. Mohd Hozirizal b. Pahrurrazi (tengah), Pengurus Projek FELCRA Berhad Pulau Rumput, Kawasan Serambi, Pahang...

Penulis (kanan) bergambar sama dengan Tn. Syed Abdul Khalim b. Syed Salim yang berperanan mengatur dan mengendalikan TKI semasa sessi rehearsal..

Tn. Syed semasa sessi rehearsal...

Bapak Johri, Direktor  PT Bina Kridatama Lestari, Lombok  menyampaikan sedikit taklimat kepada TKI nya semasa sessi rehearsal...


Tn. Haji Rafia Olhusni (berdiri) turut hadir. Program ini merupakan program terakhir beliau di Bahagian Pengurusan dan Guna Tenaga kerana kuatkuasa 1 Mac 2019 beliau telah bertukar ke Unit Kaunsaling HR...

Bergambar ramai bersama 
Pengurus-Pengurus Kawasan FELCRA Berhad
 Wilayah Pahang...


Salam hormat dari saya Ahmad Jais (AJ),
dari Bahagian Pengurusan dan Guna Tenaga
 yang melaporkan berita dari lokasi...

9 comments:

  1. Tahniah blogger AJ, laporan sgt terperinci dgn gambar2 yg menarik dan mengikut turutan.

    ReplyDelete
  2. Tki nmpak muda belia dan bersemangat. Mesti boss syg mereka. Bela elok2 jgn bagi mereka lari. Susah nak dpt ganti.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Abg AJ, laporan yang baik , setiap gambar ada ceritanya.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Tn. Ahmad Jais, penerangan yang hebat.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Tn Ahmad Jais laporan serta gambar menarik dan lengkap

    ReplyDelete
  6. Terbaik...Laporan meliputi semua aspek yg dikehendaki. Dapat gambaran bagaimana ruang yg diatur bisa membahagiakan TKI yg bekerja di sektor perladangan...

    ReplyDelete
  7. Peratus pekerja asing dan pekerja tempatan yg bekerja disektor perladangan perlu dihighlight utk maksud ingin mengetahui...

    ReplyDelete
  8. artikal yang bagus - comment by liza -psm

    ReplyDelete