Friday, August 2, 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM CSI JABATAN PENJARA MALAYSIA...


Pagi ini 02 Ogos 2019 telah berlangsung Program Corporate Smart Intership (CSI) bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Kajang bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Program Corporate Smart Internship (CSI) merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha dalam latihan kemahiran dan peluang pekerjaan serta reintegrasi penghuni penjara ke dalam masyarakat. la juga sebagai rujukan kepada majikan-majikan yang ingin bersama-sama membantu penghuni atau Orang DiSelia (selepas ini dirujuk sebagai ODS) dan Orang Diparol (selepas ini dirujuk sebagai ODP) dalam menjalani proses integrasi masyarakat melalui latihan kerjaya dalam pelbagai sektor pekerjaan. 

Program ini diadakan sebagai outcome kepada latihan kemahiran yang diberikan kepada ODP dan ODS sebagai peluang kedua bagi mereka memulakan kehidupan baru melalui laluan kerjaya apabila dibebaskan. 

Objektif utama 'Program CSI' adalah 
  • Bertujuan untuk mengekalkan kelestarian Program Pemulihan Insan Jabatan Penjara Malaysia di luar tembok penjara.
  • Memberi peluang kedua kepada ODP dan ODS melalui hubungan dan penglibatan bersama masyarakat, NGO dan agensi kerajaan.
  • Memberi kefahaman kepada masyarakat dan juga syarikat-syarikat korporat dalam membantu proses pemulihan ODP dan ODS.
  • Menggalakkan majikan-majikan, pengurus syarikat swasta atau individu untuk membantu dan bersama-sama memulihkan ODP dan ODS untuk kembali kepada masyarakat dengan memberi peluang untuk mereka berdikari serta berintegrasi bersama masyarakat secara positif.
  • Pengurangan " Stigma Sosial" kepada bekas banduan, ODP dan ODS dalam kelompok komuniti masyarakat majmuk serta mewujudkan komunikasi sosial yang seimbang dan positif.
YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri yang diiringi oleh  YBhg Dato' Seri Alwi b. Hj. Ibrahim, KSU Kementerian Dalam Negeri telah tiba jam 10.15 pagi dan seterusnya berucap serta merasmikan program ini.

Sebelum itu pada jam 8.30 pagi telah diadakan Breakfast Talk - Halatuju Corporate Smart Internship (CSI) dengan menjemput 7 orang panel bagi mengupas dan membicarakan tajuk yang diberi. KP Abd Kadir b. Rais dilantik sebagai Moderator dalam Breakfast Talk ini.

PANEL JEMPUTAN

1. KP Ibrisam Bin Abdul Rahman, 
Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Panel akan berkongsi berkaitan objektif Jabatan Penjara melaksanakan Program "Corporate Smart Internship" dan hasrat meningkatkan kebolehpasaran ODP/ODS dalam industri 

2. Wakil Jabatan Tenaga Kerja  
Panel akan berkongsi maklumat berhubung perkara yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang salah faham tafsiran banduan-banduan ini merupakan "buruh paksa". Rujukan sepertimana surat bertajuk Penglibatan Tenaga Kerja Banduan Pelbagai Sektor Dalam Program "Corporate Smart Internship (CSI)” daripada Jabatan Tenaga Kerja No.rujukan JTKSM 30/11/1420 bertarikh 28 Jun 2019 

3. Wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri  
Panel akan berkongsi maklumat berhubung kaedah permohonan pengecualian cukai sepertimana yang telah diluluskan oleh MOF berkaitan Insentif Cukai Pendapatan kepada Majikan yang menggaji warga Emas, Bekas Banduan, Orang Diparol (ODP) dan Orang Diselia(ODS) sepertimana surat rujukan CR(8.20)116/1-138(2019)(SJ.9)(29) bertarikh 19 Julai 2019. 

4. Wakil Kementerian Kewangan 
Panel akan berkongsi maklumat berhubung Insentif Cukai Pendapatan Kepada Majikan yang menggaji warga Emas, Bekas Banduan, Orang Diparol (ODP) dan Orang Diselia(ODS) sepertimana surat rujukan CR(8.20)116/1 138(2019)(SJ.9)(29) bertarikh 19 Julai 2019. 

5. Dato' Hj Abdul Mutalib Bin Tais (FELCRA) 
Pengarah Bahagian Perladangan P&P (Penyatuan & Pemulihan)
Wakil Sektor Perladangan. 
Panel akan berkongsi pengalaman mengendalikan ODP di bawah Program CSI dalam sektor perladangan. 

6. Puan Hamidah Bt Hamzah
Wakil Sektor Pembuatan. 
Deputy Director Indirect Manufacturing, Panasonic Appliances Air Conditioning Malaysia Sdn. Bhd Panel akan berkongsi pengalaman mengendalikan ODP di bawah Program CSI dalam sektor perindustrian. 

7. Dr. Mohd Rashid Buyong Hamzah, 
Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, KSM - Panel akan berkongsi maklumat berhubung program Sistem Latihan Dual Nasional.

Selepas Breakfast Talk berakhir, YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri telah membuat Ucapan Pelancaran diikuti Gimik Pelancaran dan Tayangan Montaj, Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Perantis SLDN, Penyerahan Tawaran Kerja Majikan kepada Jabatan Penjara  Malaysia, Penyampaian Cenderahati, Sesi Bergambar, Jamuan Makan dan Bersurai.

FELCRA Berhad yang merupakan sebuah Syarikat Agensi Perladangan telah menyahut seruan Program ODP ini pada  tahun 2016 dan telah berjaya merealisasi dan membuktikan bahawa banduan-banduan yang diberi kepercayaan boleh melaksanakan kerja-kerja di sektor perladangan dan di semua sektor jika diberi peluang. 

Satu rencana mengenai Kejayaan FELCRA Berhad bersama ODP telah diterbitkan di dalam blog ini dan boleh dibaca  dengan klik Di Sini.

Adalah diharapkan dengan adanya Program ODP/ODS, Banduan-banduan yang telah bebas dapat kembali dan berbakti kepada Negara, Agama dan Masyarakat melalui sumbangan  tenaga di semua sektor yang diceburi.

Saksikan gambar-gambar yang sempat di rakam pada program yang berlangsung pagi tadi.

Pegawai-Pegawai Penjara Malaysia 
bersama-sama para jemputan 
memenuhi Auditorium untuk 
sesi Breakfast Talk...   


Para Pegawai FELCRA dari Wilayah Tengah 
(Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka)
 turut hadir...

 Pegawai FELCRA Berhad dari Johor...

En. Azrul (Kanan) dari Ibu Pejabat FELCRA Berhad dan
En. Othman dari Wilayah Tengah... 

Para Panel yang akan membicarakan Breakfast Talk 
telahpun mengambil tempat. KP Abd Kadir b. Rais 
bertindak sebagai Moderator...

Dato' Haji Abdul Mutalib b. Tais 
Pengarah Bahagian Perladangan P&P 
(Penyatuan dan Pemulihan)
akan berkongsi pengalaman mengendalikan 
ODP di bawah Program CSI
 dalam sektor perladangan...








Pegawai dari pelbagai sektor Korporat
yang dijemput dalam program ini... 







Ketibaan YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin, 
Menteri Dalam Negeri disambut mesra oleh Pegawai Penjara.

Semua jemputan berdiri dan bersedia 
untuk menyanyikan lagu "Negaraku"... 




YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin, 
Menteri Dalam Negeri sedang berucap..

Gimik Pelancaran dan Tayangan Montaj...

Sesi Penyerahan Tawaran Kerja Majikan 
kepada Jabatan Penjara Malaysia dan
penerimaan cenderahati kepada
semua wakil Syarikat...   


Dato' Haji Abdul Mutalib b. Tais, 
Pengarah Bahagian Perladangan P&P 
FELCRA Berhad..















Tuan Mohd Nazrul Izam b. Mansor, CEO FELCRA Berhad 
menerima cenderahati dari YB Menteri Dalam Negeri...








Dato' Haji Abdul Mutalib b. Tais, Pengarah Bahagian Perladangan P&P FELCRA Berhad adalah Pegawai yang bertanggungjawab bersama-sama Pegawai Penjara Malaysia dalam mencetus idea dan merealisasi Program ODP...



Bergambar ramai di akhir Program...


Press Comference...






Pegawai-pegawai dari Syarikat FELCRA Berhad...









Sahabat lama yang memang dah
 lama tak jumpa dan baru jumpa hari ni.
En. Hamam Hj. Yahya, 
Pengurus FELCRA Kawasan Banting...

Bergambar ramai sebelum YB Menteri 
berangkat meninggalkan majlis...


Dari kiri En. Yatim Bujang dan En. Hamid Musa
kedua-duanya dari FELCRA Berhad
Kawasan Kg. Awat, Johor
bergambar bersama Penulis dan
Pegawai Penjara sebelum berangkat pulang...

11 comments:

  1. Terbaik Tn AJ...berkongsi catatan...tqsm

    ReplyDelete
  2. tahniah Abg AJ..terbaik dalam membuat liputan untuk Program Felcra Berhad
    Usrah

    ReplyDelete
  3. tahniah encik AJ..rajin menulis..boleh jadi wartawan FELCRA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi wartawan tu jauh lagi perjalanannya. Apapun thanks Siti Tanah atas sokongan...

      Delete
  4. terima kasih atas info...next event Korban Aidiladha FELCRA Berhad..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mjlis Qorban dah byk kali lapor. Thn ni tak la kot...

      Delete
  5. Terima kasih kerana sudi berkongsi info. Usaha yang terbaik, terusnkan.

    ReplyDelete