Thursday, January 20, 2011

XPDC KE TASIK KENYIR

Tasik Kenyir yang wujud lebih 20 tahun yang lalu merupakan destinasi pelancongan yang sangat berharga di Negeri Terengganu dan menjadi tapak Penjana Kuasa Hidro-Elektrik Sultan Mahmud. Tasik Kenyir terbentuk dari 15 batang sungai yang dipenuhi air dan mengandungi lebih kurang 340 buah pulau-pulau kecil turut dipilih sebagai pintu masuk ke Taman Negara. Dengan keluasan lebih dari 2,600 kilometer persegi, tasik buatan manusia ini, serta kawasan hutan simpan di sekelilingnya mempunyai keluasan yang lebih besar dari Singapura.

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Di pihak Syarikat, program ekspidisi ke Tasik Kenyir ini telah dirancang pada pertengahan tahun 2010 lagi oleh KESURA. Walaubagaimanapun disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan maka ianya terpaksa ditangguhkan ke bulan Januari 2011 ini.

Ekspedisi ke Tasik Kenyir ini adalah ekpedisi kali ke 3 diadakan dan disertai oleh seramai 61 staf terdiri dari 51 lelaki dan 10 wanita dari berbagai peringkat umur semuda 22 tahun sehingga ke 50 tahun.

Ustaz@Cikgu Nasaruddin Omar dan Ustaz Mansuruddin Ibrahim turut diundang sama didalam ekspidisi ini untuk memberi kuliah dan memimpin solat.


  • Tarikh didalam gambar hendaklah dibaca sebagai berikut : 14/1/2011 (selepas pukul 12.00 malam hendaklah dibaca sebagai bertarikh 15/1/2011 dan begitu juga 15/1/2011 (selepas pukul 12.00 malam dibaca sebagai bertarikh 16/1/2011. (Setting tak betul).

Gambar-gambar pada 17/1/2011 tidak dapat dirakam kerana 2 biji bateri kamera telah weak.

Catatan Perjalanan

(14/1/2011 - 17/1/2011)

14/1/2011
  • 10 pm : Bertolak dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur

15/1/2011

  • 12.15 am : Singgah makan di R&R Gambang
  • 4.48 am: Singgah di Jeti Gawi (tersilap kerana kami kena naik melalui Jeti Empangan Jenagor)
  • 6.04 am : Sembahyang subuh di Masjid Kg. Telaga, Hulu Terengganu
  • 6.56 : Sarapan pagi di gerai Kg. Telaga hingga jam 7.30 am
  • 7.58 am : Tiba di pintu masuk Tasik Kenyir (Menunggu kedatangan petugas boat, dan pendaftaran masuk)
  • 8.30 am : Tiba di Jeti Empangan Jenagor
  • 9.15am : Taklimat oleh Pengurus House Boat
  • 9.30 am : Semua peserta bergerak menuju ke bot masing-masing
  • 10.15 am : Bot mula bergerak meninggalkan jeti
  • 1.30 pm : Tiba di Kuala Petang, boat berlabuh dan makan Tengahari
  • 2.00 pm : Bot bergerak ke Sg. Terengang, Taman Negara
  • 4.20 pm : Tiba di Sg. Terengang, Taman Negara, bot berlabuh untuk bermalam
  • 5.00 pm : Masa dihabiskan untuk mandi manda di Sg. Terengang dengan menaiki speed boat yang mengambil masa 10 minit untuk sampai kesana dari house boat
  • 7.30 pm : Solat Jamak Qasar Maghrib dan Isyak secara berjemaah
  • 7.45 pm : Kuliah Maghrib oleh Ustaz Nasaruddin Omar
  • 8.30 pm : Makan malam dan acara bebas

16/1/2011

  • 8.00 am : Bot bergerak ke Gua Bewah
  • 10.08 am : Bot berlabuh ditebing Tasik
  • 10.30 am : Mendaki Gua Bewah
  • 11.30 am : Bot bergerak meninggalkan Gua Bewah menuju Air Terjun Sg. Lasir
  • 3.26 pm : Bot tiba di jeti Air Terjun Sg. Lasir
  • 4.00 pm : Acara mandi manda di Air Terjun Sg. Lasir
  • 6.58 pm : Solat Jamak Qasar Maghrib dan Isyak diikuti kuliah Maghrib
  • 7.30 pm : Makan malam, memancing dan acara bebas

17/1/2011

  • 6.00 am : Solat Subuh berjemaah diikuti dengan kuliah Subuh
  • 8.00 am : Sarapan pagi
  • 9.00 am : Acara bebas ( Mandi di Air Terjun, memancing dan menjala ikan)
  • 11.00 am : Makan Tengahari
  • 12.00 tghari : Bot bergerak meninggalkan Air Terjun Sg. Lasir menuju ke jeti Empangan Jenagor
  • 1.30 pm : Tiba di jeti Empangan Jenagor dan terus menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur
  • 2.00 pm : Bas mula bergerak meninggalkan jeti
  • 3.45 pm : Singgah di Bukit Besi untuk solat berjemaah Jamak Qasar Zohor Asar serta makan
  • 5.00 pm : Bas bergerak meninggalkan Bukit Besi
  • 6.45 pm : Singgah di Bandar Kemaman beli keropok
  • 7.30 pm : Bas bergerak meninggalkan Bandar Kemaman
  • 9.00 pm : Bas berhenti rehat di R&R Gambang untuk solat Jamak Qasar Maghrib Isyak dan makan malam
  • 11.00 pm : Bas tiba di perkarangan Ibu Pejabat dan semua peserta menuju ke rumah masing-masing
  • 12.00 pm : Aku tiba dirumah



Video ini menunjukkan kami sedang menunggu giliran
untuk menaiki house boat bagi memulakan pelayaran ke Tasik Kenyir.




Kedua-dua video diatas menunjukan kami sedang
mempersiapkan peralatan untuk memancing



4 buah houseboat kami
meluncur laju merentas Tasik Kenyir


Houseboat berlabuh untuk kami makan tengahari

Bermandi manda di Air Terjun Sg. Lasir, Tasik Kenyir



Bermandi manda di Sg. Terengang, Tasik Kenyir

Air Terjun Sg. Lasir

Peserta XPDC bergambar ramai
sebelum bertolak ke Tasik Kenyir


Ustaz Nasaruddin memberikan sedikit taklimat
dan membacakan doa sebelum bertolak


Kami singgah bersolat subuh di masjid Kg. Telaga, Hulu Terengganu
dan bersarapan pagi di gerai berhampirannya

Bergambar selepas bersarapan


Bergambar dipintu masuk ke Jeti Empangan Jenagor
Dari kiri : Azman, Olhusni, AJ, Idah dan Fiza

Batu tanda Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir

Dari kiri : Amy, Siva Rao dan Saratjuddin
bergambar sebelum masuk ke dalam

Dari kiri : Rosni, Olhusni, Rahimah, Zaharah,
Siti Khatijah, Iqbal dan dibelakang Roslan

Dari kiri : Maslina, Noor Aliah dan Zaharah

Dari kiri : Kem, Mustakim, Isa, Mat Miskam dan Roslan

Dari kiri : Pemandu bas, Iqbal, Jamal, Rosni dan Shamlan


Semua peserta dikehendaki menandatangani
borang pendaftaran masuk

Dari kiri : Shamsuddin, Rosni dan Amy
bergambar di papan pemeriksaan keselamatan

Dari kiri : Hidayah, Azlina dan Nor Azah
mewakili golongan muda didalam rombongan


Awie mengangkat tangan sebagai tanda kemenangan
apabila beliau dan kawan-kawan tiba di puncak Empangan Jenagor


Rahimah, Zaharah, Noor Aliah dan Juhara
menanti lampu hijau untuk turun ke jeti


Dari kiri : Shamlan, Fiza, Idah dan
Hashim bersama bagasi masing-masing



House boat bersedia untuk membawa kami belayar

Bekalan bahan mentah dibawa
untuk bekalan selama 3 hari didalam bot


Dari kiri : Johan, Awie dan Iqbal bergambar
membelakangkan Tasik Kenyir

Taklimat oleh pemilik house boat

AJ dan Baha

Inilah house boat yang akan membawa kami belayar

Salah sebuah boat dari 4 buah yang disewa sedang belayar.

House boat 2 tingkat membawa budak-budak junior

Masa yang ada digunakan untuk mengikat mata pancing

House Boat yang membawa awek-awek
bersama tukang-tukang masak.
Baju kuning tu Awie. Macammana dia boleh
menceroboh masuk kedalam bot wanita ni?
Report kat Ustaz kang....



Juhara sedang menikmati buah tembikai

Johan pun dah makan dan mata pun dah berat ni...

Ustaz @ Cikgu Nasaruddin dan Zaini berehat selepas makan

En. Rahim (dari PDRM) turut menyertai rombongan kami)

Jurumudi sedang mengendalikan bot

Dari kiri : Mustakim dan Shamsuddin
duduk ditangga atas house bot

Azman sedang memancing
dalam keadaan bot sedang bergerak

Zack pula memancing ketika house bot berlabuh

Zack dan Rosli menunjukkan seekor ikan Kelah
dan Patin yang dapat dipancing

Zack bersama ikan baung yang dipancingnya

Ustaz Mansuruddin menunjukkan
seekor ikan Kelah yang dapat ditangkap

Ikan Kelah yang sama seperti gambar diatas

Rosli dengan seekor ikan Baung

Betulke Fahmi dan Kem tu dapat ikan...

Seekor ikan baung berjaya dipancing oleh salah seorang peserta



Hashim tak sudah-sudah membelek mata pancingnya



Dari kiri : AJ, Mustakim, Olhusni dan Zaini.
Tajuk perbualan kami adalah berkaitan
dengan harta pusaka dan faraid

Boat yang membawa lelaki veteran

House bot berlabuh di Kuala Petang




Dari kiri : Liyana, Faris, Iwan dan
Azman sedang makan tengahari

Idah menemankan Amy makan


Baha@Coach (simbol peace) And The Gang

House bot dilengkapi dengan Astro

Ibadat dimana-mana sahaja...Kata orang, 'hendak seribu daya'
Zaini dan Jamal bersembahyang manakala
Olhusni membaca Al Quran didalam bot

Salah sebuah speed bot membawa Rosli, Mat Isa dan Johan
untuk mandi di Sg. Terengang. Perjalanan 10 minit dari bot

Menunggu ketibaan speed bot untuk ke Sg. Terengang






Ustaz Nasaruddin, En. Rahim dan Mohd Shaharudin (PDRM)
mendapat giliran menaiki bot

Inilah Sg. Terengang, airnya jerneh dan dingin





Solat Jamak Qasar Maghrib dan Isyak berjemaah

Ustaz Nasaruddin sedang menyampaikan kuliah

Ajoi dan Johan merenung jauh
sambil menikmati keindahan Tasik Kenyir

2 orang jurumudi

2 orang jurumudi



Zack sedang mencuba mengemudi bot

Amy senyum riang kerana dapat ke Tasik Kenyir

Awie (baju merah) dan Rosli
sedang menggulung rokok keretek

Sementara menanti bot berlabuh di Gua Bewah,
Rosli mengajar kawan-kawannya cara nak
menggulung rokok keretek

House boat khas untuk membawa kaum wanita


Isa (kiri) bergambar bersama Mohd Saharuddin

Ustaz @ Cikgu Nasaruddin memastikan jalanya dalam
keadaan baiksebelum menjala ikan

Tasik Kenyir yang tenang

House bot kami sedang menghampiri Gua Bewah

House bot berlabuh di tebing Gua Bewah

Kerja-kerja mendaki untuk memasuki
Gua Bewah dimulakan

Kaki terasa lenguh jugak setelah tiba diatas

Aku telahpun sampai dimuka pintu Gua


Mohd Iqbal

Sorry la Siva, gambar u kecik.
Tapi u memang kecik pun kan.

Dipintu masuk Gua Bewah banyak terdapat pokok cili padi...
mereka ni pantang tengok benda free, semua nak kutip.

Aku dah mintak izin kat penjaganya (Jin mata tonjet)
tapi orang kat bawah aku ni belum kot...
Ambik banyak pulak tuuu.

Zaini tak lepaskan peluang mengutip cili api.
dah minta izin ke belum?

Dalam hutan yang sunyi macam ni...
aku tengok awek-awek ni cun jugak.
Tapi masa kat ofis aku tengok biasa je...

Bergambar ramai dipintu masuk Gua Bewah

Mataku mengantuk je kena angin tasik ni...

Patut la tak dapat ikan, asyik membute je...
lPapan tanda Air Terjun Sg. Lasir

Apa tunggu lagi Zarah, terjun la...kalau takut buat apa ikut...
kalau mati insuran banyak...

Iqbal dan Shamlan di jambatan gantung.
Hoi ! Skodeng ke?

Depan : Fiza, yang angkat tangan dua orang di kiri tu Idah
dan disebelahnya Liyana. Berendam dalam kolam,
dari kiri Azah sebelahnya Azlina manakala baju oren tu Juhara

Tak puas-puas berendam ...
macam laaa...tak pernah jumpa air terjun...

Tuesday, January 18, 2011

SG. LASIR WATERFALL TASIK KENYIR

Jajarkan ke Tengah

Sungai Lasir Waterfall.
Gambar ni aku rakam pada 16/1/2011
pukul 4.15 petang di Tasik Kenyir.







Thursday, January 13, 2011

CERITA HANTU




Seumur hidup, aku tidak pernah berjumpa dengan hantu atau diganggu olehnya, mimpi pun rasanya belum pernah lagi. Semenjak aku bersekolah rendah aku memang minat membaca buku cerita hantu tapi sekarang dah berkurang, bukan disebabkan aku tiada masa untuk membacanya tetapi buku-buku kisah seram yang berlambak dipasaran sekarang semuanya cerita merapu yang direka-reka untuk menakut-nakutkan pembaca. Buku-buku kisah seram yang pernah aku beli masih tersimpan elok di dalam almari sehingga kini. Siap balut dengan plastik lagi....



Buku kisah seram ini sangat popular.
Aku suka dengan jalan ceritanya kerana
tempat-tempat yang dikaitkan dengannya adalah
terletak di negeriku iaitu Negeri Perak.
Kebanyakan tempat yang diceritakan semuanya aku dah sampai.


Novel pun aku layan jugak...

Cuba perhatikan gambar ini...
nampak macam 'hantu' kat belakang tu...
kalau tidak, takkan 3 orang wanita tu terpegun melihatnya...
Gambar dirakam semasa aku bercuti bersama
keluarga di salah satu tempat mandi manda yang popular.
Double click untuk kelihatan lebih jelas.

Semasa kami adik beradik masih kecil, arwah ayah selalu bercerita kisah hantu kepada kami berdasarkan pengalamannya sendiri. Ceritanya selalu segar bukan kisah-kisah rekaan. Ini kerana arwah ayah selalu bertugas sehingga larut malam menjaga bangunan-bangunan lama atau rumah banglo yang ada di Bandar Taiping yang kebanyakan adalah tinggalan dizaman British dahulu.

Jiran kami pula (ketika aku sekolah menengah tahun 1980an dahulu) dikatakan ada membela 'hantu raya'. Satu hari ketika ia nazak, keluarganya ingin mencari seseorang yang boleh mewarisinya bagi membolehkan ia cepat mati . Oleh kerana keluarga kami sangat rapat dengan keluarganya maka mereka ingin melepaskannya kepada ayah dan meminta ayah datang kerumah mereka. Nasib baik ayah mengetahui tujuan mereka menjemput datang kerumah pada malam itu dan ayah enggan pergi. Selepas ia mati, ramai yang masih berjumpa dengannya seolah-olah ia masih hidup.

Walaupun aku ingin mengelak dari mendengar cerita-cerita hantu, tapi aku tidak boleh lari darinya kerana ia tetap diceritakan sampai bila-bila.

Ketika aku menaip artikel ini, jam telahpun menunjukkan pukul 11.35 malam, Anak-anak semua dah tidur manakala isteriku pula sedang melayan siaran TV (drama Melayu la tu..) lampu semua telah dipadamkan melainkan lampu tidur.....Tiba-tiba aku terasa macam ada orang duduk dibelakangku...dengan serta merta bulu roma ku meremang...

tapi tak kisahlah sebab dia pun makhluk Allah jugak , sekurang-kurangnya aku ada la teman...

DIET BARU RAKYAT INDONESIA



Kosmo 22/12/2010

Sunday, January 9, 2011

CORAT CORET PIALA AFF SUZUKI MALAYSIA VS INDONESIA

Artikel dibawah ini adalah catatan pengalaman wartawan sukan dan pemain Malaysia semasa Pertandingan Akhir Pusingan Kedua Piala AFF Suzuki diantara Indonesia dan Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember 2010 lalu.


Ketiga-ketiga artikel ini sudah cukup menggambarkan kepada kita bagaimana Indonesia melakukan berbagai-bagai provokasi dan cubaan untuk melemah dan menakut-nakutkan pemain-pemain pasukan bolasepak Malaysia.


Walaubagaimanapun pemain-pemain muda Malaysia tidak gentar dan tergugat dengan provokasi tersebut dimana akhirnya piala Suzuki AFF menjadi milik Malaysia.




Syabas Harimau Malaya...


Double click for view




KENAPA RASULULLAH SAW BERISTERI LEBIH DARI SATU?

Secara alamiah, jumlah perempuan jauh lebih banyak dibandingkan dengan kaum lelaki. Apalagi akibat peperangan yang terjadi. Populasi lelaki menyurut turun, sementara kaum wanita mewakili jumlah yang kian berlipat ganda.


Dengan cara apa masalah ini dapat diatasi? Apakah kaum wanita yang berlebih itu dibunuh?. Yang berperikemanusiaan tentu saja akan menjawab…tidak…Al Quran memberikan jalan keluar melalui surah An-Nisa’ ayat 3 yang berbunyi: “Andaikata kamu takut tidak dapat menyantuni anak-anak yatim dengan adil, maka kahwinilah kaum perempuan itu (para ibu anak-anak yatim itu) dua, tiga, empat dari antara yang baik-baik dan sesuai dengan kemampuanmu. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil maka cukup satu saja.”


Dari ayat itu saja sudah dapat terserap hakikat ajaran Al-Quran yang lebih cenderung memilih perkahwinan monogamy, kecuali jika terpaksa dengan tujuan diluar kepentingan syahwat biologis, maka poligami adalah ibarat pintu dharurat dalam pesawat kapalterbang. Boleh digunakan tetapi dengan tujuan yang lebih mulia demi kehidupan yang lebih baik buat semua pihak dan dengan tujuan sosial.


Siti Aisyah dinikahi ketika masih remaja oleh Nabi SAW. Baru digauli seperti layaknya suami isteri, lima tahun setelah perkahwinannya. Dengan tujuan untuk dapat mendidik langsung Siti Aisyah agar nantinya boleh memimpin kaum wanita dan mendampingi Nabi dalam menyelesaikan persoalan kewanitaan. Sebab hanya Aisyahlah yang dinikahi dalam keadaan masih perawan, dan hanya Aisyah pula dikahwini Nabi atas kehendak beliau sendiri dengan persetujuan wahyu. Atas pertimbangan bahawa Aisyah memiliki kecerdasan dan bakat kepimpinan.


Menurut satu riwayat, Aisyah dinikahi di Makkah satu tahun selepas kematian Khadijah. Tetapi riwayat lain menyatakan dinikahi tiga tahun sesudah wafatnya Khadijah tatkala Nabi sudah berhijrah ke Madinah.


Hafshah puteri Umar bin Khattab misalnya. Ia seorang janda sudah agak berumur dan bukan wanita rupawan. Melihat kemurungan Hafshah tiap hari tanpa suami, Umar menawarkan kepada Abu Bakar agar bersedia mengambil puterinya yang janda itu untuk menjadi isteri mudanya. Abu Bakar menolak.


Lalu Umar menawarkannya kepada Othman. Sahabat inipun keberatan. Ia tidak mahu. Umar bin Khattab marah-marah.“Keterlaluan. Sungguh keterlaluan. Para sahabatku tidak ada yang bersedia menjadi suami anakku.”


Dalam keadaan seperti itulah Nabi SAW mendatangi Umar bin Khattab dan meminang Hafshah untuk menjadi isterinya. Siapa yang tidak berbangga hati terangkat sebagai mertua Nabi SAW? Begitulah cara Nabi menolong sahabatnya dan mengangkat martabat seorang janda yang telah berumur.


Lalu dengan Maria Qitbhiyah yang membuahkan seorang anak lelaki, Ibrahim namanya. Mengikuti adat istiadat para raja di zaman itu, penguasa Mesir Muqauqia mengirimkan tanda persahabatan antara lain seorang hamba sahaya wanita, bernama Maria dari suku Qibti. Tentu saja tidak ada hamba sahaya yang masih gadis.


Oleh Nabi SAW, hamba sahaya yang dalam pandangan manusia dianggap hanya sebagai harta benda belaka, langsung dinaikkan darjatnya menjadi isteri yang sah dan berhak menyandang gelaran seperti Aisyah dan Almarhumah Khadijah selaku Ummul Mukminin, ibu kaum beriman.


Nabi juga dituntut mengatasi kemelut yang terjadi dalam rumahtangga anak angkatnya, Zaid bin Haritsah, yang tadinya seorang budak.


Zainab binti Jahsy adalah puteri berdarah biru dari kalangan ningrat Arab. Ia gembira waktu dilamar Muhammad untuk menjadi isteri anak angkatnya. Tetapi setelah tahu bahawa Zaid adalah bekas budak, dan seorang anak kandung, timbullah ketegangan rumahtangga yang makin menjadi-jadi.


Zaid sampai mengadu kepada Nabi bahawa ia tidak tahan lagi menghadap Zainab dan ingin menceraikannya. Nabi masih menganjurkan agar perkahwinan itu diperbaiki dan dilestarikan, sebab perceraian walaupun halal namun dimurkai Allah.


Ternyata hanya untuk sementara waktu saja perkahwinan itu masih boleh dipertahankan. Terjadilah penceraian yang berakibat buruk bagi Zainab. Sebab sebagai puteri bangsawan tetapi kemudian menjadi isteri bekas budak, status sosialnya jatuh di mata mesyarakat ketika itu. Siapa yang bakal mahu mengahwini janda budak belian?


Dalam kemurungan seperti itu, Rasulullah menawarkan Zainab untuk menjadi isterinya. Alangkah gembira dan terhormatnya Zainab serta keluarganya dengan kejadian itu. Sekaligus untuk menghapus pendapat yang salah seolah-olah anak angkat sama saja dengan anak kandung.


Tidak. Anak angkat boleh menjadi isteri bapa angkatnya atau suami ibu angkatnya. Apalagi janda dari anak angkat itu. Juga agar umat Islam hati-hati dalam memutuskan keinginan mengangkat seseorang menjadi anak angkat. Sebab, kalau salah dapat menyebabkan timbulnya fitnah dan cemburu antara suami isteri setelah anak angkat itu berangkat dewasa.


Dalam usahanya menghancurkan umat Islam, Huyai bin Akhtab tidak segan-segan melakukan persekongkolan jahat dengan kaum subversif dari luar. Itulah sebabnya, setelah tertangkap ia dijatuhi hukuman mati.


Isterinya yang bernama Shafiyah amat menderita. Ia terlonta-lonta. Tidak seorang pun yang memperhatikan nasibnya. Oleh kaum Yahudi, ia dianggap nista kerana suaminya, pemimpin Yahudi Bani Nadhir, Huyai bin Akhtab dianggap sebagai lelaki Yahudi yang tidak amanah dan pengecut.


Situasi semacam itu diperhatikan oleh Nabi pada waktu beliau menyerbu tentera Akhzab di benteng Khaibar.. Shafiyah sama sekali tidak dipedulikan oleh sukunya. Oleh umat Islam tentu sahaja dipandang lebih hina lagi lantaran ia janda pemimpin Yahudi. Jadi rendahkah peribadi Nabi jika beliau melamar Shafiyah untuk menjadi isterinya? Tentu saja kebaikannya. Tindakan itu adalah suatu keberanian dan kemuliaan moral yang tidak ada taranya.



Demikianlah antara lain sebab-sebab yang melatarbelakangi perkahwinan ganda Rasulullah, yang baru beliau hentikan setelah Allah menetapkan hukum hanya diperkenankan sampai empat isteri saja bagi lelaki muslim yang memenuhi persyaratan untuk melakukan poligami, tidak untuk petualang syahwat, melainkan untuk niat yang suci.