Monday, February 7, 2011

PETANI MODEN

Sejak kejatuhan ekonomi Negara pada tahun 1997 lalu, biras aku En. Borhan yang pada ketika itu bekerja di sebuah kilang kimpalan di Senawang telah diberi pilihan oleh majikannya samada untuk terus bekerja dengan gaji yang terpaksa dikurangkan atau memilih berhenti kerja dengan dibayar sedikit pampasan.

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya maka beliau memilih untuk berhenti kerja dan bercadang untuk membuka bengkel kimpalan berdasarkan pengalamannya bekerja selama beberapa tahun di kilang tersebut.

Berbekalkan wang pampasan yang diperolehi, beliau tanpa menoleh kebelakang lagi terus mendirikan sebuah bengkel besi di tanah kosong di hadapan rumah mertua kami berdua serta membeli semua peralatan-peralatan yang perlu dengan secukupnya untuk memulakan perniagaan membuat pagar rumah, pintu, penutup longkang, buaian, stall burger dan sebagainya yang ditempah oleh pelanggan dari semasa kesemasa.

Beliau juga telah mengiklankan perniagaannya itu di setiap projek perumahan yang baru siap dibina untuk tempahan membuat pagar besi dan sebagainya oleh pemilik rumah tersebut.

Kini sudah 14 tahun beliau menjalankan perniagaan ini dan Alhamdulillah ianya semakin maju dan dikenali diseluruh bandar Seremban, Melaka dan sekitarnya.

Disamping berpengalaman di bidang kimpalan, En. Borhan juga sangat berminat di bidang penternakan seperti kambing dan lembu untuk menambahkan pendapatannya. Bagi tujuan ini beliau telah memilih rakan kongsinya berupa jiran beliau sendiri iaitu En. Ujang dan Azhar yang juga mempunyai minat yang sama dalam bidang penternakan ini.

Ketiga-tiga mereka sangat beruntung kerana telah berjaya mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian berupa anak kambing dan lembu untuk diternak secara pawah. Atas keyakinan Jabatan tersebut juga setelah membuat lawatan ke kandang lembu dan kambing, mereka telah meluluskan bantuan berupa sebuah mesin pengisar daun sawit untuk makanan lembu dan peralatan pagar elektrik untuk dipasang di kandang kambing milik mereka bertiga.

Aku sebagai biras kepada En. Borhan dan sahabat kepada dua orang rakan kongsinya merasa sangat berbangga dengan pencapaian serta usaha yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh mereka bertiga ini dan berharap agar mereka akan terus maju dibidang yang dipilih dimana ianya menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan.

Semua gambar-gambar telah dirakam pada 6 mac, 2011



Gambar video ini menunjukkan Borhan sedang melakukan
kerja-kerja mengisar daun sawit dengan mesin yang disumbangkan
oleh Jabatan Pertanian Kluang, Johor



Ladang kambing En. Borhan dan rakan kongsi
di tanah sawah yang tidak lagi diusahakan
oleh keluarga mertua kami berdua akibat masaalah taliair



Ladang lembu milik En. Borhan, Ujang dan Azhar





Dari kiri : Azam (Anak sulong Borhan) dan Ujang rakan kongsi
merebahkan anak lembu untuk diberi rawatan

Borhan memberikan satu suntikan kepada
anak lembu yang ditimpa penyakit kulit

Ujang memberikan makanan kepada
lembu di ladang ternakan mereka

Alat untuk pagar elektrik


Sebuah bengkel besi milik Borhan



Wrought Iron yang ditempah oleh pelanggan sedang disiapkan

Wednesday, February 2, 2011

AZAN, KULIAH AGAMA DAN BACAAN AL QURAN MELALUI PEMBESAR SUARA

Alhamdulillah di Negara kita ini, mana-mana kita pergi kita akan berjumpa dengan masjid atau surau yang menandakan Negara kita sebuah Negara Islam. Begitu juga dengan syiarnya yang banyak diiklankan melalui dirian papan-papan tanda dengan berbagai ungkapan yang menyeru kita supaya mengamalkan hidup secara Islam, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menutup aurat dan sebagainya.

Di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar yang lain, adalah menjadi tanggungjawab pemaju atau Kerajaan menyediakan tapak masjid atau surau apabila hendak membangunkan sesebuah taman perumahan bagi memudahkan umat Islam menjalankan aktiviti keagamaan.

Setiap taman-taman perumahan yang didirikan, semua kaum layak membelinya. Bagi Sesetengah taman perumahan, Kerajaan telah menetapkan kuota bumiputra dan bukan bumiputra dan ada pula yang sebaliknya, Ada yang berjiran dengan lain-lain bangsa dan ada pula kedudukan bangsa diasingkan bagi menjaga keharmonian penghuni taman berkenaan.

Bagi yang beragama Islam, laungan Azan melalui pembesar suara yang menandakan masuknya waktu sembahyang dan menyeru supaya mereka datang untuk bersembahyang berjemaah adalah perkara yang sangat dituntut oleh agama kita. Laungan azan yang diperdengarkan melalui corong-corong pembesar suara juga sudah amat sinonom dengan penganut lain-lain agama didunia ini dan setakat ini belum pernah kita mendengar mereka mempertikainnya apatah lagi masa yang diambil untuk melaungkan azan hanya dalam sekitar 5 hingga 10 minit sahaja.

Tetapi apa yang menjadi masaalah sekarang ini ialah apabila pembesar suara sudah diperluaskan penggunaannya sehingga bacaan quran dan kuliah agama pun terutamanya selepas waktu Maghrib dan Waktu Subuh (terutamanya di pagi minggu) menggunakan pembesar suara dengan volume yang amat kuat sehingga mengganggu ketenangan penghuni-penghuni taman perumahan terutamanya yang bukan beragama Islam.

Persoalannya, wajarkah tindakan AJK masjid tersebut? Adakah perbuatan memperdengarkan bacaan quran dan kuliah agama melalui pembesar suara adalah mengikut ajaran agama Islam yang suci murni ini?

Setiap bacaan quran yang disiarkan biasanya mengambil masa 15 minit sebelum azan manakala kuliah agama pula mengambil masa 1 hingga 1 1/2 jam setiap kali disiarkan. Keadaan ini sudah tentulah sedikit sebanyak menjejas ketenteraman hidup penghuni-penghuni taman tersebut terutama bagi yang bukan beragama Islam kerana kebanyakan mereka apabila pulang kerumah setelah penat bekerja memerlukan ketenangan. Bagaimanakah ketenangan hendak dinikmati oleh mereka jika AJK masjid memperdengarkan bacaan quran dan kuliah agama dengan kuat.

Apa yang sangat dikesalkan ialah apabila AJK masjid itu sendiri tidak menghormati bacaan quran dan kuliah agama yang mereka perdengarkan kerana terdapat dari mereka yang berbual-bual sambil menghisap rokok di beranda masjid atau surau. Ini sangat Jelas sekali bahawa mereka-mereka itu sendiri tidak menghormatinya dan mereka ini menghendaki pula supaya orang lain mendengarnya.

Cara berdakwah dan pendekatan yang diambil oleh pihak masjid amat bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar dan ini menyebabkan lain-lain bangsa dan agama memandang sinis terhadap agama Islam apatah lagi dengan sikap orang kita yang tidak menghormati mereka ini.

Sedangkan didalam masjid pun dilarang kita membaca quran dengan kuat apabila ada orang bersembahyang, inikan pula dengan menggunakan pembesar suara. Tidakkah AJK masjid selama ini menyedari akan perkara ini ataupun mereka ini hendak menunjukkan yang mereka ini lebih Islam dari orang lain.

Kita sebenarnya telah banyak melakukan bidaah dalam agama kita dan dibimbangi Allah tidak redha dan melaknat orang-orang menokok tambah apa yang tidak diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Tuesday, January 25, 2011

MAJLIS MALAM KESURA

Majlis Malam Kesura yang diadakan di Hotel Flamingo, Jalan Ampang pada 21 Januari 2011 amat meriah sekali. Ahli KESURA yang hadir pada malam itu sangat 'sporting' apabila kebanyakan dari mereka datang dengan mengenakan pakaian mengikut tema iaitu 'Wild Wild West'.

CEO Syarikat yang merasmikan majlis tersebut turut mengenakan pakaian ala cowboy dan melahirkan rasa kagum terhadap persembahan yang ditunjukkan oleh bakat-bakat yang selama ini terpendam lantaran majlis seperti ini telah lama tidak diadakan.

Ada beberapa ketikanya semasa persembahan dibuat, beliau terpaksa diberitahu bahawa semua yang membuat persembahan pada malam itu adalah terdiri dari staf syarikat sendiri dan bukannya artis popular tanah air. Akhirnya didalam ucapannya, beliau mengakui bahawa selama ini ia telah banyak hadir didalam majlis-majlis 'dinner' yang dianjurkan oleh berbagai agensi atau syarikat lain tetapi tidak semeriah sepertimana majlis KESURA pada malam itu.

Diatas rasa kekagumannya itu, beliau telah mengumumkan akan memberi peruntukan kewangan supaya Syarikat dapat menubuhkan sebuah kelab kebudayaannya sendiri. Semua yang ada didewan telah memberikan satu tepukan gemuruh diatas pengumuman itu.

Terima kasih Tuan CEO.

Walaupun tema 'Wild Wild West' yang dipilih pada majlis ini tetapi kebudayaan masyarakat kita tidak dilupakan kerana selain nyanyian berentak country dengan petikan gitar, tarian zapin, boria, koir serta tarian irama hindustan (yang sudah sebati dengan masyarakat melayu) turut dipersembahkan, begitu juga dengan beberapa sketsa dan lakonan oleh staf juga turut dipersembahkan.

Kegembiraan, kemeriahan dan kepuasaan jelas terpancar pada wajah-wajah yang hadir dan mereka mengharapkan supaya majlis seperti ini dijadikan acara tetap tahunan.

Akhir sekali acara yang dinantikan-nantikan pun tiba apabila cabutan bertuah dibuat dimana 84 hadiah telah disediakan yang merupakan barangan elektrik seperti TV LCD 42', 32' dan 24', Peti sejuk, mesin basuh, notebook, PS2, kipas angin, DVD player, pembakar roti, seterika Coffee mixer, Tooster, baucer Jaya Jusco bernilai RM200 dan banyak lagi yang tidak dapat diterangkan disini.

En. Abd. Razak b. Mohd Yusoof dan Cik Norgelalila telah dipilih sebagai 'Prince' dan 'Princess' pada malam itu kerana berpakaian mengikut tema dan hadiah kepada mereka telah di sumbangkan oleh pihak hotel Flamingo itu sendiri.

Ahli yang tidak memenangi cabutan bertuah tetap tidak dihampakan apabila mereka dibekalkan dengan sebuah jam yang ditempah khas berlogokan 'KESURA' disamping logo Syarikat.

Tn. Hj. Juzilman Basir, CEO Syarikat
sedang menyampaikan ucapan

Diantara pegawai kanan yang hadir.
Dari kiri : Tn. Hj. Pak Ku Radzi, Tn. Hj. Asmat Sumarto dan Mr Lew

Gadis-gadis Syarikat bersama bunga telor
menanti ketibaan Tuan CEO


Dari kiri Sarah, ? dan Syazana dengan minuman orange.
Sama je size. Adik beradik ke?

Dari kiri : Perzeah, Mahanom, Faridah dan Noraishah
menunggu 'green light' sebelum dapat menikmati jamuan

Dari kiri: Zura dan rakan-rakan dari Bahagian Kewangan

Dari kiri : Marziah, Ruby dan Zailifah diantara
Otai yang turut hadir memberi sokongan

Gadis-gadis ni mungkin staf baru kot dan
aku tidak berapa kenal mereka ini....
sorry...jangan marah...
(nanti kalau dah tahu nama, aku edit balik)

Dari kiri : Robaaishah, Zabedah, Rahemah
(ketiga-tiga mereka ini gadis Melayu Asli)
manakala Mariam (Mary) gadis Cowboy...

member lama...
Dara Esah (Yg. melambai) turut ditemui pada malam itu

Dari kiri : Jamal, Husni dan Rahman menikmati hidangan

Kelakar.... Tema 'Wild Wild West'
tapi menunya kari ikan, ayam masak merah, daging rendang dan sup daging

En. Aris dari FNSB turut membeli sebuah meja pada malam itu

Staf FNSB

En. Mohammad dan Pn. Dina
diberi tanggungjawab mengacarakan majlis



PERSEMBAHAN PUN BERMULA

Lagu-lagu medley yang didendangkan. Diantaranya 'Halimah Jongang'
dan 'Smile' yang dipopularkan oleh Kumpulan Bee Gees


Dari kiri : Mustakim, Fiza, Awie dan Khawari membuat persembahan

Dari kiri : Amy, Liza dan Zafrul

Awie mendendangkan sebuah dengan penuh perasaan

Satu pose istimewa dari artis-artis 'Wild Wild West'
selepas selesai persembahan.
Oya (baju hitam) sungguh cun sekali pada malam itu...


KEBUDAYAAN MELAYU


Artis-artis kebudayaan bergambar
sebelum membuat persembahan

Artis ditengah-tengah...
Kebudayaan pun bukan koboi pun bukan

Siti Khatijah diapit
oleh hantu misteri nusantara.
"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Gadis-gadis tumpuan lensa pada malam itu

Shahira dan Azlina

Pn. Dina diapit oleh artis kebudayaan

Pn. Dina bersama jurusoleknya Fiza
yang juga penyanyi bersuara merdu


Mereka hadir memberi sokongan
dengan memakai pakaian mengikut tema
Dari kiri : Azman, Jaafar dan Faisal


ACARA CABUTAN BERTUAH DAN
PENYAMPAIAN HADIAH

Tn. Hj. Ismail Alwi membuat cabutan bertuah

Tn. Hj. Anuar Yahya menyampaikan hadiah
kepada Nor Azah dari Bhg. Khidmat Teknikal

Syarifah Noor Irma dari Bahagian Khidmat Ladang
turut memenangi hadiah cabutan bertuah

Lupa pulak nama budak FNSB ni...
Dia pun dapat jugak hadiah cabutan bertuah

Tuan Hj. Juzilman Basir CEO Syarikat sedang menyampaikan hadiah
kepada En. Ali Sidek selaku Pengurus pasukan Rumah Biru
yang menjadi Juara Keseluruhan sukan antara rumah

Cik Norgelaila dari FUESB dinobatkan sebagai 'Princess'
pada malam KESURA kerana berpakaian menepati tema.
(bujang lagi. Sapa nak himpit mesti dapat permision dari aku dulu
sebab kat ofis, bilik dia sebelah bilik aku)

Cik Norgelaila diapit oleh rakan-rakan sepejabat beliau.

"Asyik depa je nak bergambar....aku pun nak jugak..."
AJ kanan sekali bersama Staf FUESB.
Oleh kerana aku tak berpakaian koboi macam dia orangtu
jadi gambarpun tak berupa nak menjadi sebab tu jadi kelabu.
kalau tak percaya clik pada gambar tu untuk besarkan.


  • Terima Kasih pada Pn. Mazni dari FNSB kerana sudi menyumbangkan gambar-gambar eksklusif Malam KESURA untuk dikongsi bersama.
  • Gambar-gambar yang tak terang tu dari kamera aku sendiri. "Tak ade ke sape-sape yang nak sponsor kamera digital untuk aku supaya aku lebih aktif merakam gambar pada majlis-majlis yang akan datang."

Monday, January 24, 2011

PORT GAY



Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan hendaklah menyiasat segera akan maklumat ini. Tolong buat serbuan keatas kelab gay tersebut sebelum kita semua dihukum sepertimana Kaum Nabi Lut.