Sunday, February 12, 2012

XPDC KE GUNUNG ANGSI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN...

Aktiviti Syarikat pada pembukaan Tahun 2012 ini adalah XPDC ke Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ianya adalah bertujuan bagi membuat saringan dan memilih 50 staf yang layak untuk mendaki Gunung Kinabalu, Sabah pada 1 hingga 4 Jun 2012 nanti.

Kali terakhir pihak Syarikat menganjurkan XPDC ke Gunung Kinabalu ini adalah pada Tahun 2001 dahulu dengan latihan mendaki dibuat di Gunung Ledang yang sangat terkenal dengan sejarah Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah.

XPDC ini telah diadakan pada hari Sabtu 11 Februari 2011 dimana pasukan kami seramai 60 orang telah berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat jam 6.30 pagi diikuti dengan pengagihan baju T, bungkusan sarapan pagi dan sessi bergambar beramai-ramai. Tepat jam 7 pagi kami pun bertolak dengan sebuah bas yang disewa khas dan diikuti dengan 3 buah kereta. Bas yang membawa kami tiba di kaki gunung jam 8.30 pagi

Sebelum mendaki, sedikit streching, satu penerangan ringkas oleh Pegawai Penjaga Gunung dan bacaan doa selamat telah diadakan untuk memohon restu dan keselamatan kepada Allah s.w.t. untuk kami semua. Diantara pesanan dan nasihat yang diberikan oleh pegawai penjaga gunung ialah, kami dinasihatkan supaya bergerak secara berkumpulan tak kira berapa ramai didalam kumpulan tersebut atau sekurang-kurangnya 2 orang, tidak mengusik atau merosakkan pokok-pokok didalam hutan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Setelah selesai semua sessi, maka kira-kira jam 9 pagi pendakian kami pun bermula.

Pada latihan kali ini, Gunung Angsi telah dipilih kerana ia merupakan salah satu Gunung yang sangat mencabar bagi para pendaki yang pernah mendakinya. Walaupun ketinggiannya adalah 825 meter iaitu kira-kira 7 kilometer dari paras laut tetapi para pendaki perlu mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke puncaknya.

Peserta pertama yang tiba ke puncak adalah saudara Imran dari Bahagian Pemasaran, Saudara Faisal dari Kawalan Kredit dan Amirol dari FELCRA Plantation And Servicess Sdn. Bhd. Mereka hanya mengambil masa 2 jam 30 minit untuk tiba di puncaknya iaitu awal setengah jam dari masa yang dijangka. Manakala aku dan beberapa lagi rakan tiba dipuncak pada jam 1.10 minit petang dalam keadaan badan yang sangat letih.

Difahamkan hanya 2 orang staf sahaja yang gagal sampai ke puncak dan telah berpatah balik atas sebab-sebab kesihatan, walaubagaimanapun syabas diucapkan kepada mereka kerana tetap bersemangat untuk memberikan cabaran kepada lain-lain peserta dalam XPDC ini.

Kira-kira jam 4 petang, semua pendaki telah selamat menuruni Gunung Angsi dan mengambil kesempatan untuk bersembahyang, bermandi mandi di bawah kaki gunung yang terkenal sebagai tempat perkelahan dan air terjunnya iaitu Taman Rekreasi Ulu Bendul dan seterusnya menikmati makan tengahari yang sebenarnya telahpun lewat.

Tepat jam 6 petang, bas yang membawa kami mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan Gunung Angsi dengan hati yang bercampur baur antara sedih dan gembira serta diiringi seribu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kami semua tiba di perkarangan Ibu Pejabat kira-kira jam 7.45 malam dan pulang kedestinasi masing-masing selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Surau tingkat 1.


Saksikan gambar-gambar dan clip video
yang sempat dirakam semasa XPDC ini.

Para peserta bergambar ramai
sebelum memulakan perjalanan

Pengagihan baju T dan bungkusan sarapan pagi
berupa nasi lemak dan tea o

Para peserta sedang memberikan perhatian
terhadap Sessi taklimat dari Pegawai Penjaga Gunung

Streching






Pendakianpun bermula




Lihat!!! betapa sukarnya mendaki
hingga ada yang terpaksa merangkak

Penat-penat dalam hutan ni, ade awek, best jugak...

Kem (baju merah) diikuti oleh Suhaimi dan Isa
berhenti sebentar untuk bergambar

Saudara Anis sangat fokus dalam pendakiannya
diikuti Zainol dan Suhaimi

Selepas kira-kira 1 jam mendaki maka pasukan kamipun tiba
di Jeram Talang iaitu satu kawasan rehat yang telah disediakan
untuk melepaskan penat.




Dari kiri : Johan, Isa, Azman, manakala duduk
di belakang ialah Fahmi, Najib dan Awie

Dari Kiri: Nurul dan Ida pun turut mencuba nasib dengan harapan
mereka berdua akan terpilih ke Gunung Kinabalu bulan Jun nanti


Semasa gambar ini dirakam, Saudara Anis sedang berwirid dan berzikir
dalam usaha mencari kekuatan dan bergantung harap kepada Allah
Yang Maha Esa untuk beliau meneruskan pendakiannya

Turut bersama kami semasa pendakian ialah satu kumpulan remaja
dari Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur. Syabas kepada mereka
kerana menjalankan aktiviti yang berfaedah walaupun dengan perbelanjaan sendiri.

Dari kiri : Zainol, Kem, Najib, Zaimee dan Rahman Yaakub

Peserta wanita yang sayup tu, Julia dan Azah
dari Bahagian Teknikal, Ibu Pejabat



Kalau tak salah aku...budak-budak dua orang ni Amy dan Mimah

Salah satu tempat pendakian yang mencabar iaitu mesti
mendaki dengan menggunakan tali, kalau tidak tak lepas naik keatas


Inilah dia saudara Faizal, pendaki pertama
sampai ke puncak....Tahniah!!!



Azriman dalam kepenatan setelah mendaki hampir 2 jam

Dari kiri :Zaimee, Raman, Isa manakala yang duduk tu Hashim
sedang memerhatikan peserta memanjat bukit dengan menggunakan tali


Rahman telah sampai ke puncak sambil diawasi oleh Faizal

Giliran blogger pulak...Kacang....jeee....he he he...



Isa mencuba lagi kerana kali pertama tadi dia gagal memanjat




Berhenti sekejap selepas penat memanjat bukit

Setelah hampir 3 jam setengah mendaki akhirnya aku dan Rahman
pun sampai ke puncak Gunung Angsi

Begitu juga dengan Najib dan Zaimee

Baju hitam tu Zack dari Bahagian Pemasaran


Zaimee dan Rahman mengangkat tangan bagi menandakan
mereka telah selamat sampai di puncak Gunung Angsi

Zamri di puncak Gunung

Abg. Kem berkempen dengan membawa papan tanda bagi
mengingatkan setiap pengunjung supaya menjaga kebersihan gunung ini.




Aku dan Fahmi terbaring keletihan dan kami juga kena
mengumpul tenaga kerana akan menuruni gunung ini sebentar saja lagi.


Salah seorang group kami yang wanitanya hanyalah Fiza Ismail.
Beliau sangat bersyukur kerana merasa sangat selamat
berada didalam kumpulan kami

Pemandangan Bandar Senawang dan
Kuala Pilah dari puncak Gunung


CLIP VIDEO



Sessi taklimat oleh Pegawai Penjaga Gunung



Semasa memulakan pendakian, pasukan kami bertemu dengan
deretan semut yang bergerak keluar dari sarang untuk mencari makanan



Para peserta memulakan pendakian



Fasa pertama didalam hutan



Para pendaki berehat sebentar di Jeram Talang
Selepas 1 jam mendaki




Kedua-dua clip video ini menunjukkan salah satu tempat
yang mencabar semasa mendaki Gunung Angsi.

LAWATAN KE TAPAK HIMPUNAN...

Hari Sabtu ini 18 Februari 2012, Perdana Menteri akan melawat Bandar Seberang Perak, Kg. Gajah jam 8 malam dalam misi lawatannya ke Negeri Perak bagi menyampaikan amanatnya kepada rakyat. Sebelum itu disebelah paginya beliau akan berada di Gopeng terlebih dahulu.

FELCRA Berhad yang merupakan Agensi terbesar yang terletak di Bandar tersebut, maka sudah tentulah ia diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan lawatan Perdana Menteri ini beserta rombongannya dengan penuh kejayaan. Bagi memastikan kemeriahannya, beberapa program telah diatur bermula 17 Februari jam 10 pagi sehinggalah ketengah malam 18 Februari 2012.

Sudah hampir dua minggu, Pegawai-pegawai di Peringkat Negeri Khususnya Negeri Perak dan Ibu Pejabat, sibuk bermesyuarat bagi merancang dan menyusun atur beberapa program untuk menarik minat rakyat menghadirinya sehinggalah masa ketibaan Perdana Menteri nanti.

Salah satu jawatankuasa yang dibentuk adalah Jawatankuasa Kebudayaan dan Keceriaan yang kebanyakannya dianggotai oleh Pegawai dan staf dari Kumpulan Pengurusan Estet yang terletak ditingkat 5, Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Kuala Lumpur. Ianya di Pengerusikan oleh Pengurus Besar Inspektorat iaitu Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad.

Diantara program yang telah diatur oleh Jawatankuasa ini adalah beberapa pertunjukan serta permainan rakyat yang dirasakan akan dapat memeriahkan lagi acara sambutan lawatan Perdana Menteri ini. Acara yang dijangka akan dapat menarik minat rakyat adalah pertunjukan Autoshow yang melibatkan 20 buah kereta Myvi dan 20 buah Proton yang telah diubahsuai yang melibatkan 43 orang crew, permainan Remote Control Aerial Display, permainan Gasing Terbang, permainan Layang-layang serta demonstrasi membuatnya, Pertunjukan bunga api, permainan kompang dan rebana serta perarakan bunga manggar semasa ketibaan Perdana Menteri. Kesemua acara ini adalah di bawah Jawatankuasa Kebudayaan dan Keceriaan sepertimana yang telah disebutkan tadi.

Persembahan artis dan sebagainya telah diletakkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Acara yang di Pengerusikan oleh En. Mohamad b. Abd Rahman, iaitu PRO Syarikat.

Hari Jumaat lepas, satu lagi mesyuarat telah diadakan oleh Jawatankuasa ini di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak jam 10 pagi. Aku dan Rafia Olhusni adalah diantara orang yang menganggotainya dan dimestikan hadir semasa mesyuarat ini berlangsung. Seawal jam 5 pagi aku telah bertolak dari rumah untuk menjemput Rafia Olhusni dirumahnya di Ampang, dan seterusnya meneruskan perjalanan ke tempat mesyuarat melalui lebuhraya yang mengambil masa 2 jam untuk sampai, kami sempat bersembahyang Subuh di Masjid Jamek Bidor kira-kira jam 6.45 pagi. Kami akhirnya tiba di Pusat Latihan selepas singgah bersarapan pagi di Restoran Gulam Rasul jam 9 pagi dan terus ke bilik mesyuarat untuk menyediakan peralatan audio video serta minit-minit mesyuarat yang telah disediakan.

Mesyuarat tamat jam 12 tengahari dan acara seterusnya adalah lawatan ke tempat pameran yang terletak ditapak perumahan Gen 2 lebihkurang 1 km dari Pusat Latihan.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa lawatan dibuat.


Tn. Hj. Abd. Rahman b. Ahmad
sedang mempengerusikan mesyuarat



En. Mohd Anuar Ajit, dari FELCRA Bekalan (kiri)
dan En. Sham dari FELCRA Agro adalah diantara dua orang AJK
yang bertanggungjawab bagi memastikan kelancaran program ini.


Kerja-kerja mendirikan khemah sedang giat dijalankan





Tapak permainan Autoshow dan remote control







Tn. Hj. Abd. Rahman selaku Pengerusi
Jawatankuasa Kebudayaan & Keceriaan
sedang memberikan taklimat ditapak pmeran