Sunday, February 12, 2012

LAWATAN KE TAPAK HIMPUNAN...

Hari Sabtu ini 18 Februari 2012, Perdana Menteri akan melawat Bandar Seberang Perak, Kg. Gajah jam 8 malam dalam misi lawatannya ke Negeri Perak bagi menyampaikan amanatnya kepada rakyat. Sebelum itu disebelah paginya beliau akan berada di Gopeng terlebih dahulu.

FELCRA Berhad yang merupakan Agensi terbesar yang terletak di Bandar tersebut, maka sudah tentulah ia diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan lawatan Perdana Menteri ini beserta rombongannya dengan penuh kejayaan. Bagi memastikan kemeriahannya, beberapa program telah diatur bermula 17 Februari jam 10 pagi sehinggalah ketengah malam 18 Februari 2012.

Sudah hampir dua minggu, Pegawai-pegawai di Peringkat Negeri Khususnya Negeri Perak dan Ibu Pejabat, sibuk bermesyuarat bagi merancang dan menyusun atur beberapa program untuk menarik minat rakyat menghadirinya sehinggalah masa ketibaan Perdana Menteri nanti.

Salah satu jawatankuasa yang dibentuk adalah Jawatankuasa Kebudayaan dan Keceriaan yang kebanyakannya dianggotai oleh Pegawai dan staf dari Kumpulan Pengurusan Estet yang terletak ditingkat 5, Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Kuala Lumpur. Ianya di Pengerusikan oleh Pengurus Besar Inspektorat iaitu Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad.

Diantara program yang telah diatur oleh Jawatankuasa ini adalah beberapa pertunjukan serta permainan rakyat yang dirasakan akan dapat memeriahkan lagi acara sambutan lawatan Perdana Menteri ini. Acara yang dijangka akan dapat menarik minat rakyat adalah pertunjukan Autoshow yang melibatkan 20 buah kereta Myvi dan 20 buah Proton yang telah diubahsuai yang melibatkan 43 orang crew, permainan Remote Control Aerial Display, permainan Gasing Terbang, permainan Layang-layang serta demonstrasi membuatnya, Pertunjukan bunga api, permainan kompang dan rebana serta perarakan bunga manggar semasa ketibaan Perdana Menteri. Kesemua acara ini adalah di bawah Jawatankuasa Kebudayaan dan Keceriaan sepertimana yang telah disebutkan tadi.

Persembahan artis dan sebagainya telah diletakkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Acara yang di Pengerusikan oleh En. Mohamad b. Abd Rahman, iaitu PRO Syarikat.

Hari Jumaat lepas, satu lagi mesyuarat telah diadakan oleh Jawatankuasa ini di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak jam 10 pagi. Aku dan Rafia Olhusni adalah diantara orang yang menganggotainya dan dimestikan hadir semasa mesyuarat ini berlangsung. Seawal jam 5 pagi aku telah bertolak dari rumah untuk menjemput Rafia Olhusni dirumahnya di Ampang, dan seterusnya meneruskan perjalanan ke tempat mesyuarat melalui lebuhraya yang mengambil masa 2 jam untuk sampai, kami sempat bersembahyang Subuh di Masjid Jamek Bidor kira-kira jam 6.45 pagi. Kami akhirnya tiba di Pusat Latihan selepas singgah bersarapan pagi di Restoran Gulam Rasul jam 9 pagi dan terus ke bilik mesyuarat untuk menyediakan peralatan audio video serta minit-minit mesyuarat yang telah disediakan.

Mesyuarat tamat jam 12 tengahari dan acara seterusnya adalah lawatan ke tempat pameran yang terletak ditapak perumahan Gen 2 lebihkurang 1 km dari Pusat Latihan.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa lawatan dibuat.


Tn. Hj. Abd. Rahman b. Ahmad
sedang mempengerusikan mesyuarat



En. Mohd Anuar Ajit, dari FELCRA Bekalan (kiri)
dan En. Sham dari FELCRA Agro adalah diantara dua orang AJK
yang bertanggungjawab bagi memastikan kelancaran program ini.


Kerja-kerja mendirikan khemah sedang giat dijalankan





Tapak permainan Autoshow dan remote control







Tn. Hj. Abd. Rahman selaku Pengerusi
Jawatankuasa Kebudayaan & Keceriaan
sedang memberikan taklimat ditapak pmeran

















3 comments: