Saturday, February 25, 2012

ASAL KEJADIAN MAKHLUK...

Asal kejadian manusia itu adalah campuran :
  • Jisim Khasif iaitu tanah dan air
  • Jisim Syafaf iaitu murni - api dan angin
  • Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah". Sesuai dengan manusia sebaik-sebaik kejadian ciptaan Allah dan khalifah Allah.
Kejadian Jin :
  • Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin
  • Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian jin.
Kejadian Binatang :
  • Jisim Khatif
  • Jisim Syafaf
Kejadian Batu-Batu dan Tumbuhan :
  • Jisim Khasif senmata-mata.
Kejadian Malaikat :
  • Nurani semata-mata
Kata setengah Ulamak, Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya ia adalah satu jin yang paling abid di kalangan jin yang diangkat menjadi ketua ahli-ahli abid kepada jin dan malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur diatas keilmuan, ketakwaan dan banyak ibadat serta asal-usul kejadiannya. Maka Allah s.w.t melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Iblis apabila menyentuh peha kanan dan peha kirinya akan terbit 33 biji telur. Dalam setiap biji telur itu terdapat 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang itu apabila menyentuh peha kanan dan peha kiri akan terbit pula seperti dahulunya dan begitulah sehingga kiamat

Jin pula, apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan terus mengandung dan beranak terus mukhallaf. Begitulah berlaku sehingga kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang Melayu dipanggil 'Orang Ghaib' ialah hasil campuran lelaki atau perempuan manusia, maka anak daripada hasil itu dikenali dengan nama Bunian mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam beberapa perkara pula. Bunian ini selalu datang pada manusia dengan memberi berbagai-bagai perkara atau pertolonghan antaranya,
  • keris-keris
  • batu-batu yang dikatakan berhikmat.
  • Jenis-jenis ubat-ubatan
  • Mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang atau bidan
Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan manusia menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga.

Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-Khawas, maka jin juga berada dalam golongan tersebut:
  • Jin Islam yang Awam
  • Jin Islam yang Khawas
  • Jin Islam yang Khawasil-Khawas
Golongan jin kafir kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sedikit daripada mereka beragama Buddha, Majusi serta tidak beragama.

Golongan jin kafir dan jin Islam yang awam segera datang memberi pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau didalam jaga. lazimnya, pertolongan itu yang membawa kepada rosaknya akidah.

Manusia yang bersahabat dengan jin, akan berperangai seperti sahabat-sahabat jin yang bertaulan dengannya samada kafir, Islam yang awam, Khawas atau Khawasil-Khawas.

Di dalam dunia, semua jin boleh melihat manusia manakala manusia yang khawas atau khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para nabi dan Rasul. Sementara di Akhirat pula, semua manusia mukmin ahli syurga boleh melihat manusia

Jin Islam yang awam atau jin kafir, suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka, manusia-manusia awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor binatang.

Manusia yang khawas dan khawasi-khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tapi mereka itu datang pula untuk bersahabat.

Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah melalui lidah, anggota dan hati iaitu berada dalam akidah syariat dan akhlak Rasulullah saw.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah itu hendaklah kita jadikan diri kita serta mereka-mereka yang setiap waktu, masa dan ketika berada dalam tauhid Allah seperti Nabi Muhammad s.a.w, sekelian nabi-nabi dan rasul-rasul, sahabat-sahabat agung Rasulullah, para kekasih Allah, samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Dengan berbuat demikian nescaya akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah, yakni selamat daripada gangguan jin-jin Islam atau kafir, iblis, syaitan atau seumpamanya.

Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi "Kalbu Alam" atau "Jantung Alam" atau "Pusat Alam" yang dikurniakan Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian iman, ilmu dan amalannya di sisi Allah. Diri-diri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

Kata Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani di dalam kitabnya 'Yawaqitu wal Jawahir,' bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangatlah keji. Katanya: "Barang siapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil, kerana lebih ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia fasik. Orang yang berakal lari dia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan jin, seperti larinya daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan manusia yang fasik."

Katanya lagi: "Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang bersekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadiannya itu api dan api itu sangat banyak geraknya."

Katanya lagi: "Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang sekedudukan dengan dia daripada manusia."

Berkata Syeikh Muhyuddin Al-Arabi di dalam kitabnya 'Futuhat', katanya: "Adalah orang yang bersekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu diberi Allah, kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya."

Kekadang orang yang sekedudukan dengan jin itu menyangka bahawa segala perkara yang dkhabarkan oleh jin itu daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah "KARAMAH" daripada Allah Taala baginya. Maka sangkaan itu adalah batil dan hanya dalih yang kesudahan pemberian jin kepada manusia itu.

Diberitahu akan segala khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu dan khasiat segala isim dan huruf, iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimia, iaitu ilmu yang dicela oleh syarak kerana meninggal atau membelakangkan ilmu fardhu ain yang dituntut syarak mempelajari serta beramal dengannya.

Katanya lagi: "Sesetengah orang yang sekedudukan dengan jin itu jadilah takbur atas segala manusia itu dan barang siapa takbur, dimurkai Allah Taala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis hadis Nabi saw."

No comments:

Post a Comment