Pada suatu malam, seorang sahabat Rasulullah saw. bermimpi melihat satu tangan hendak mencabut nyawa seorang lelaki. Ketika yang sama, satu lembaga menahan tangan tersebut dari mengambil nyawa lelaki berkenaan.
Keesokan harinya, sahabat itu pergi berjumpa Rasulullah saw. untuk mendapatkan penjelasan dari Rasulullah saw. mengenai mimpinya itu.
Rasulullah saw. menjelaskan, tangan yang dilihat oleh sahabatnya di dalam mimpi itu adalah tangan Malaikat Maut untuk mengambil nyawa lelaki berkenaan. Manakala lembaga yang menahan tangan Malaikat Maut itu pula adalah kebaikan-kebaikan yang di lakukan oleh lelaki tersebut sepanjang hidupnya. Kebaikan-kebaikan tersebut diberi rupa oleh Allah dalam bentuk lembaga.
Jelas Rasulullah saw lagi, orang seperti yang terdapat dalam mimpi sahabatnya merupakan manusia yang amat istimewa dan beruntung. Ia menunjukkan orang tersebut sebagai manusia yang istimewa di sisi Allah dan akan dipanjangkan umurnya oleh Allah , akan menemui kematian dalam keadaan baik, istimewa dan ahli syurga .
Setiap manusia akan mati apabila tiba masanya dan tidak akan berkemampuan menghalang Malaikat Maut mengambil nyawanya. Dalam mimpi sahabat Rasulullah saw. tersebut, yang menahan tangan Malaikat Maut mengambil nyawa orang yang dilihat dalam mimpi itu bukanlah orang itu sendiri, tetapi kebaikan-kebaikannya.
Jadi ia menunjukkan orang berkenaan bukanlah sembarangan orang, tetapi orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah yang sememangnya sentiasa melakukan amalan-amalan baik dalam hidupnya. Disebabkan ketaatannya kepada Allah itulah, kebaikan kebaikan itu sendiri diberikan kemampuan oleh Allah untuk menghalang Malaikat Maut mengambil nyawanya.
Orang yang seperti itu tentunya orang yang istimewa. Apabila tangan Malaikat Maut dihalang dari mengambil nyawanya, ia membuktikan orang tersebut akan diberikan kesempatan hidup lebih lama lagi di dunia ini oleh Allah SWT. Dengan itu dapatlah orang berkenaan terus melakukan kebaikan dalam hidupnya untuk mengumpulkan lebih banyak bekalan hidup di akhirat nanti.
Selain itu, keistimewaan orang itu bukan sahaja kerana dijanjikan syurga, tetapi nyawanya nanti bukan akan dicabut oleh Malaikat Maut. Sebaliknya, nyawanya akan diambil oleh Allah SWT sendiri.
Jika Allah SWT sendiri yang mengambil nyawa orang itu, bererti matinya itu dalam keadaan amat istimewa. Nyawa orang itu akan diambil dengan penuh kelembutan sehingga individu terbabit selamat dari kesakitan seperti yang dialami oleh manusia-manusia lain.
Itulah antara rahmat amat besar yang diperolehi oleh individu terbabit. Rahmat seperti itu bukannya mudah untuk diperolehi. Ia hanya akan diperolehi oleh orang tertentu yang hanya dikhususkan oleh Allah kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada-Nya sahaja.
Sementara hayat di kandung badan, setiap umat Islam perlu berusaha mempertingkatkan iman dan takwa masing-masing dari sehari ke sehari sebagai bekalan hidup di akhirat nanti. Semoga dengan itu, kita juga akan menemui kematian dalam keadaan baik dan turut tergolong sebagai ahli syurga.

No comments:
Post a Comment