Video yang telah diupload ke youtube...
Thursday, December 19, 2013
Tuesday, December 17, 2013
KEJOHANAN KAROM TERBUKA DBKL 2013...
Satu Pertandingan Karom Terbuka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan pada 7 hingga 8 Disember 2013 bertempat di Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sebanyak 260 penyertaan telah diterima dari seluruh negara. Salah satu pasukan yang menyertainya ialah Syarikat FELCRA Berhad yang diwakili oleh pasukan bergunya En. Noslan bin Ahmad (Bhg. Ukur) dan Ihsan Ashraf b. Ahmad (Pejabat Penasihat Undang-Undang).
Di akhir pertandingan, pasukan bergu FELCRA Berhad telah menduduki tempat ke lima dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00.
Berikut ialah keputusan yang dicapai oleh pasukan bergu FELCRA Berhad.
FELCRA Berhad 2, PKNK 0
FELCRA Berhad 2, SBU.Com 0
FELCRA Berhad 2, JUPEM 1
FELCRA Berhad 2, MPJBT 1
Tahniah diucapkan kepada En. Noslan Ahmad dan En. Ihsan Ashraf kerana mengharumkan nama Syarikat dan adalah diharapkan supaya mereka tidak berputus asa dan cuba lagi di tahun hadapan.
En. Ihsan Ashraf...
En. Noslan Ahmad...
Wednesday, December 11, 2013
BERTEMU KAWAN LAMA DAN KISAH PENDERITAAN BELIAU AKIBAT DIABETES...
Aku dan Tn. Syed Othman belajar satu kelas dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah di Taiping. Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 1978, kami berdua membawa haluan masing-masing dan tidak lagi bertemu.
Awal tahun 2013, iaitu selepas 35 tahun tidak bertemu, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Tn. Syed Othman yang ingin bertemu. Ia memaklumkan bahawa nombor handphone aku ia perolehi dari abang iparku yang memang ia kenali dan juga sudah lama terpisah seperti aku. Abang ipar aku juga bersekolah yang sama dengan kami dan ini menyebabkan kami saling mengenali.
Satu pertemuan telah diatur di sebuah restoran di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Aku hampir tidak mengenali beliau kerana maklumlah dah lama tak jumpa, dulu beliau berkulit putih, tapi kini gelap sedikit akibat peredaran masa dan mungkin itu yang menyebabkan aku tidak mengecam beliau lagi.
Menurut beliau, selepas tamat sekolah ia diterima bertugas sebagai anggota Polis Trafik di Ipoh dan kini setelah hampir 25 tahun bertugas ia telah meletakkan jawatan kerana lebih berminat dalam penulisan skrip filem dan drama yang telah banyak ditayangkan di TV.
Selepas beberapa kali bertemu, aku tidak lagi mendapat khabar berita darinya, aku cuba menelefon tetapi tidak berjawab dan akibat kesibukan tugas, aku pun terlupa dan tidak lagi menghubunginya. setelah empat bulan berlalu, semalam (10/12/2013) ia tiba-tiba menghubungi aku memaklumkan ingin bertemu. Dalam pertemuan semalam, ia memaklumkan bahawa ia terlantar di hospital di Kota Tinggi, Johor hampir empat bulan iaitu semenjak bulan Ogos lagi kerana menjalani rawatan kencing manis yang teruk.
Punca ia tidak dapat menghubungiku kerana katanya ia kehilangan telefon dan telah menukar nombor yang baru dan tidak ingat nombor handphone aku.
Untuk mengetahui kisah penderitaan beliau akibat kencing manis, ikutilah rakaman diatas.
Tuesday, December 10, 2013
SIAPA SYAITAN?...
Gambar hiasan...
MENURUT penceramah bebas dan juga pengamal perubatan Islam, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, syaitan adalah anak dan keturunan iblis yang sebangsa dengan jin dan diciptakan daripada unsur api. Firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Rahman, ayat 15 yang bermaksud: "Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah nyalaan api (yang tidak berasap)."
"Ulama berselisih pendapat tentang permulaan iblis dicipta. Ada sesetengah ulama mengatakan iblis diciptakan 2,000 tahun sebelum kejadian Adam a.s dan ada juga yang berpendapat iblis telah dicipta beribu-ribu tahun lebih awal sebelum lahirnya Nabi Adam as.
"Dalam al-Quran banyak diceritakan tentang syaitan dan iblis. Syaitan disebut sebanyak 102 kali, manakala iblis pula disebut sebanyak 24 kali. Dalam surah as-Sad bermula pada ayat 71 hingga ke ayat 83, ada menceritakan tentang keingkaran iblis untuk sujud kepada Adam a.s. Iblis pada asalnya makhluk yang taat dan patuh kepada suruhan Allah s.w.t telah berpaling ingkar dan kufur kepada Allah s.w.t ketika diperintahkan untuk sujud (tanda hormat) kepada Adam a.s.
"Sikap sombong dan angkuh serta merasakan dirinya adalah lebih baik kerana diciptakan daripada api menyebabkan iblis enggan sujud kepada Adam a.s yang diciptakan daripada tanah. Lantaran disingkirkan dari syurga, lalu iblis memohon kepada Allah s.w.t agar dipanjangkan umurnya dan bersumpah untuk menyesatkan keturunan Adam a.s dan menjerumuskan mereka untuk menjadi penghuni neraka bersama-samanya.
Begitulah asalnya permusuhan antara syaitan dengan umat manusia. "Iblis adalah ketua kepada golongan syaitan dan jin kafir. lblis tidak akan mati sehinggalah sampainya hari kiamat dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah s.w.t, manakala syaitan dan jin pula boleh mati dan boleh beranak pinak. Usia syaitan dan jin lebih lanjut berbanding manusia dan bilangannya pula lebih ramai, melebihi manusia dan syaitan bertindak sebagai tentera iblis dalam misinya menyesatkan umat manusia.
Ketiga-tiga makluk ini, iaitu iblis, syaitan dan jin tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Allah s,w.t telah berfirman "Sesungguhnya dia (syaitan) dan konconya dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Al-A'raf: 27).
Makhluk ini juga mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai." (HR Hakim dengan sanad sahih).
Menurut Dusuki lagi, syaitan boleh menjelma menjadi binatang, ada riwayat mengatakan bahawa sekiranya terserempak dengan anjing berwama hitam mempunyai tompok putih pada dahinya di waktu tengah malam, dikhuatiri anjing itu telah dimasuki oleh syaitan ataupun syaitan itu sendiri menjelma dalam bentuk anjing tersebut.
Menurut Dusuki, kita boleh menghindari syaitan dengan beberapa cara, antaranya ialah dengan melaungkan azan, membaca al-Quran, memperbanyakkan istighfar, melazimi lidah dan hati dengan zikir-zikir seperti zikir ma'thurat dan zikir para nabi dan aulia.
"Berkawanlah dengan orang-orang yang salih, banyak menghadiri majlis ilmu, bertahajud di waktu malam, banyak bersedekah, bersikap tolong menolong sesama mukmin antara perkara yang sangat digeruni oleh syaitan.

"Sebaik-baiknya jangan bertangguh dalam melakukan amalan salih dan buangkanlah tapak syaitan dalam hati, iaitu sifat mazmumah kerana di situlah syaitan akan meresapi ke dalam tubuh dan jiwa manusia, sebaliknya suburkan sifat mahmudah agar diri kita terhindar daripada kejahatan syaitan," katanya.
MANUSIA ADA KEMBAR JIN
Menurut Dusuki lagi, setiap manusia yang lahir ke dunia ini diiringi sejenis makhluk halus (jin) yang dipanggil Qarin. Makhluk ini tidak dianggap sebagai syaitan sebaliknya daripada golongan jin yang suka menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Nabi s.a.w sendiri tidak terkecuali didampingi oleh makhluk Qarin ini. Bagaimanapun Qarin yang mendampingi Nabi telah diislamkan sejak dari awal lahirnya Nabi s.a.w.
Ini dinyatakan sendiri oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada sesiapa di antara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin. Mereka berkata: Walaupun kamu ya Rasulullah?', Baginda menjawab: Walaupun aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat daripadanya (mengislamkannya), maka dia hanya akan memerintahku untuk melakukan perkara yang baik'." (HR Muslim)
"Qarin ini boleh dibentuk sama ada untuk menjadi baik atau jahat. Jika kita bentuk diri kita menjadi orang yang baik dan Muslim yang bertakwa, maka Qarin yang mendampingi akan terdorong untuk menjadi baik dan bertakwa. Jika sebaliknya pula, Qarin yang mendampingi kita akan menjadi lebih jahat daripada kita.

Bagaimanapun Qarin tidak boleh menguasai diri seseorang yang dalam keadaan normal, melainkan apabila seseorang itu hilang pertimbangan dan berfikiran tidak waras. Itulah punca yang menyebabkan seseorang itu menjadi keras kepala, tidak mendengar kata , malah lebih teruk lagi akan menjadi ganas dan bertindak di luar kawalan disebabkan dirinya dikuasai Qarin," katanya.
SYAITAN JIN DAN SYAITAN MANUSIA.
SYAITAN boleh dikategorikan kepada dua, iaitu jin dan manusia. Antara syaitan dalam golongan jin termasuklah ifrit. Pada zaman Nabi Sulaiman a.s, ifrit adalah antara golongan jin yang taat dan tunduk kepada Allah s.w.t, tetapi selepas wafatnya Nabi Sulaiman a.s, ifrit berpaling ingkar dan menjadi kufur kepada Allah s.w.t.
"Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa syaitan adalah anak keturunan iblis dan juga jin kafir yang menjadi pengikut iblis bersama-sama menggoda manusia, dan menimbulkan kesesatan dan kebencian sesama umat manusia.
'Perlu diingat, syaitan juga boleh wujud di kalangan manusia. Sebab itu Allah s.w.t meminta kita agar berdoa supaya terhindar daripada kejahatan jin dan manusia', sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Nas, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang melemparkan bisikan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia."
"Di antara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, bongkak, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersifat sombong dan bongkak dan cinta kejahatan di kenali sebagai syaitan, manakala manusia yang memiliki sifat-sifat mazmumah tergolong juga dalam kelompok syaitan.
Manusia jahat yang melanggar peraturan dan hukum Allah s.w.t. serta melakukan pelbagai kejahatan, kerosakan dan perbuatan maksiat seperti membunuh, merogol, merompak, menghasut, memfitnah, mengadu domba, memecah-belahkan umat Islam dan berbagai-bagai lagi kejahatan bolehlah digolongkan sebagai syaitan di kalangan manusia.
Syaitan di kalangan manusia itu lebih kepada sikap dan perbuatan jahat manusia yang menyerupai syaitan di kalangan manusia.
"Syaitan di kalangan manusia itu lebih kepada sikap dan perbuatan jahat manusia yang menyerupai syaitan. Sebab itulah ada istilah yang mengatakan sekiranya seseorang itu melakukan kejahatan samalah dirinya itu seperti syaitan.

Oleh: Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
Majalah Iman.
Thursday, November 28, 2013
KELAPO GONCANG PANCANG (SODAP BONAR)...
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tenghahari, aku bersama anakku Amsyar dan sepupunya Amal masih lagi berada di tepi Sungai Timun, melihat beberapa orang sedang memancing udang galah, seperti yang aku ceritakan dalam artikel sebelum ini bertajuk "Memancing Udang Galah Di Sungai Timun, Negeri Sembilan" bahawa aku ke Sungai Timun semula pada pagi itu adalah kerana gambar yang dirakam malam tadi tak berapa terang sebab flash kamera ada problem. Tak seronok rasanya nak bagi kawan-kawan tengok gambar yang tak cantik dan gelap pula, lebih menyedihkan, udang sekor pun tak dapat, jadi tak dapatlah nak tunjukkan gambar udang pada para pembaca. Kalau gambar cantik boleh la cover sikit artikel tu.
Selepas berpuashati dapat merakam beberapa keping gambar di tepi sungai, aku pun mengajak Amsyar dan Amal balik ke rumah ibu mertuaku di Rembau kerana isteriku telah beberapa kali menelefon suruh pulang makan tengahari kerana katanya empat ekor ayam kampung peliharaan ibu telah siap disembelih pagi tadi dan telahpun siap dimasak kari, manakala sebahagiannya pula digoreng untuk hidangan kami, bersama beberapa menu yang lain.
Ketika tiba di Kampung Hj. Sulaiman, Panchang, kira-kira 20 km ke pekan Rembau, anakku Amsyar minta singgah di kedai untuk membeli air minuman kerana katanya dia haus. Walaupun tadi dah beli air mineral sorang sebotol tapi katanya tak cukup dan sekarang nak beli lagi tapi kali ni nak air tin bergas pula.
Aku pun memperlahankan kereta lalu memasuki perkarangan sebuah pasar mini yang kelihatannya hanya ada sebuah sahaja di situ. Pelanggan pun tidaklah berapa ramai ketika itu. Kebetulan pula bersebelahan pasar mini itu ada sebuah kedai minuman, jadi hasrat aku untuk membeli air minuman tin dibatalkan sebaliknya aku nak minum di sini sahaja sambil berehat-rehat kerana perut pun belum lapar lagi nak makan tengahari.
"Apa minuman special yang ada kat sini?" aku bertanya kepada seorang anak muda yang sedang menyusun beberapa buah cawan plastik untuk kegunaan pelanggan.
Sambil aku bertanya, mata aku memerhatikan keadaan sekeliling gerai yang kelihatannya sangat bersih. Kerusi meja yang disediakan hanya ada 3 buah di dalam dan dua buah lagi terletak di luar berhadapan pasar mini. Maklum lah kawasannya tidaklah luas sangat.

Sebelum pemuda itu menjawab, aku terpandang beberapa biji buah kelapa muda yang ada di dalam bakul di situ dan terus berkata: "Saya nak minum air kelapa muda".
Sambil itu dalam hati berkata juga yang akupun sebenarnya dah lama tidak minum air kelapa muda, cuaca panas macam ni memang best lah minum air kelapa muda.
Sambil itu dalam hati berkata juga yang akupun sebenarnya dah lama tidak minum air kelapa muda, cuaca panas macam ni memang best lah minum air kelapa muda.
"Nak yang biasa ke atau nak yang special". Pemuda itu bertanya sambil melemparkan senyuman manis.
"Yang special tu macam mana?". aku terus bertanya.
"Kalau yang special, dalamnya kita letak ais cream, Harga segelas RM3.30" sambung pemuda itu.
"Ok, bagi yang special tiga gelas, kami nak minum kat sini" kata ku lagi sambil menarik kerusi lalu duduk.
Anakku Amsyar dan sepupunya Amal tidak membantah sebaliknya memberi isyarat bagus kepadaku kerana memesan air kelapa muda special juga untuk mereka, walaupun pada asalnya mereka berdua aku dengar bercakap dalam kereta tadi nak beli air 100+.
Sebenarnya sebelum ini aku tidak berapa kisah dengan air kelapa muda kerana tidak ada apa yang istimewa dengannya melainkan ianya hanya satu jenis minuman buah-buahan sama seperti fresh orange, apple juice, air belimbing dan sebagainya yang biasa aku order. Tapi bila aku terpandang banner yang direntang di luar dan dalam kedai dengan slogannya "KELAPA GONCANG PANCHANG (SODAP BONAR), aku jadi tertarik dan ingin mencuba.
Aku perhati dengan penuh minat cara-cara pemuda itu menyediakan air kelapa muda untuk kami. Mula-mula ia memasukkan beberapa keping isi kelapa muda kedalam blender, lepas tu dia masukkan ais batu, air dan gula lalu campuran tadi dikisar sehingga hancur dan sebati. Selepas itu mesin blender tadi di angkat lalu digoncang-goncang untuk lebih sebati. Selepas itu air kelapa muda tadi diceduk menggunakan senduk lalu memasukkan ke dalam cup plastik yang telah disediakan. Oleh kerana tadi, aku nak yang special, maka pemuda itu memasuk dan meletakkan ice cream di bahagian atas di dalam cup plastik lalu menghidangkan kepada kami.
Tanpa membuang masa dan membaca Bismillahirrahmanirrahim, kami bertiga pun mula menyedut air Kelapo Gonchang Panchang secara perlahan-lahan. Sruppp....sruppp...sruppp...secara serentak kami menyedut dan sebaik sahaja air kelapa mencecah di lidah, mata kami semua terpejam kerana kelazatannya yang amat sangat dan tidak dapat digambarkan, selain itu rasanya yang lemak manis membuatkan kami terus menghirup sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan untuk terus menikmati keenakkannya.
Selepas beberapa ketika, aku memandang semula ke arah banner yang direntang di dalam kedai dan terus berkata kepada Amsyar dan Amal: "Memang betullah dia bubuh nama air kelapa muda ni 'KELAPO GONCANG PANCHANG, SODAP BONAR', memang sedap pun" kataku terus ketawa...
"Dah berapa lama jual air kelapa ni" Aku bertanya kepada pemuda itu (sebenarnya nama dia pun aku lupa nak tanya).
"Dah dua tahun dah" katanya menjawab soalan ku tadi.
Pelanggan sudah pun ramai dan masing-masing mengambil tempat dan ada setengahnya pula berdiri kerana tak cukup kerusi. Mataku terpaku ke arah dinding dan terpandang satu sign yang dilekatkan berbunyi 'Free Wi-Fi Internet Access'. Bukan itu saja pemilik kedai ini juga adalah agen BSN (Bank Simpanan Nasional) kerana aku perhatikan ada satu logo BSN dilekat kat dinding itu juga.
"Wah!!! hebat betul kedai kelapo ni, siap ada Wi-Fi lagi, canggih betul, mesti anak muda ni jenis terpelajar dan celik IT. tahu akan keperluan pelanggannya terutama anak muda yang sentiasa hendak melayari internet walau di mana saja. Manakan tidak, sekarang ini masing-masing dah ada S4 lah S3 lah, i-phone lah, aku sendiripun pakai cokia (bukan nokia) punya hand phone tapi boleh lah access internet".
Aku pun trylah online kerana open password. Aku buka youtube nak tengok movie. "Eh laju la, tak buffering pun dan movie lancar je" aku berkata kepada pemuda itu.
"Mungkin traffic tak jem lagi, orang pun tak ramai, line lajulah" kata pemuda itu merendah diri. Selepas selesai minum aku terus berkata: "Tolong bungkus 8 cup lagi, saya nak bawa balik, nak bagi yang kat rumah pulak rasa"
"Baik" jawab pemuda itu ringkas sambil terus tersenyum...
Setelah menerima air Kelapo Goncang Panchang dan mengira harganya iaitu (3 cup minum dan 8 cup bungkus = 11 cup X RM3.30) aku pun membayar harganya sebanyak RM36.30. Pemuda itu pun mengucapkan terima kasih kepada ku dan meminta serta berharap supaya aku datang lagi di lain kali.
Aku pun menganggukkan kepala tanda setuju dan berjanji akan datang lagi jika ada kelapangan lalu melambai tangan kepadanya dan terus menuju ke kereta untuk pulang.
Aku pun menganggukkan kepala tanda setuju dan berjanji akan datang lagi jika ada kelapangan lalu melambai tangan kepadanya dan terus menuju ke kereta untuk pulang.
Kepada sesiapa yang ingin nak raso air kelapo mudo, datang lah kat Panchang ni. Plannya ada kat bawah dan carilah kedai ni sampai jumpo...
Sebelum tu tengoklah beberapa keping gambar yang sempat aku rakam untuk kalian mencuci mata...
Banner yang di pasang di dalam kedai....
Adik Amal berjalan masuk ke dalam kedai
untuk menikmati air Kelapo Goncang....
Buah-buah kelapa muda segar menanti
pengunjung yang ingin menikmatinya...
Pemuda berbaju hijau dan rakannya sedang menyediakan
air Kelapo Goncang untuk kami bertiga...
(Tapi aku lupo pulak nak tanyo namo nyo...)
Beberapa jenis lagi menu minuman yang disediakan...
Pemuda ni juga sedang menyiapkan 8 cup lagi
untuk aku bawak balik ke rumah untuk keluarga...
Kalau order yang special, ice cream
diletakkan di atas...baru lah sodap mengancam...
Ice Cream...
Baru siap 4 cup...
Ini gelas aku...dah nak habis baru teringat nak ambil gambar....
Sambil menunggu minuman disediakan,
bolehlah kita on line apa-apa yang patut...
Plan ke lokasi kedai Kelapo Goncang Pancang...
Wednesday, November 27, 2013
MEMANCING UDANG GALAH DI SUNGAI TIMUN, NEGERI SEMBILAN...
Pengalaman memancing di Laut Dalam, di Kuala Terengganu, memancing ikan di Tasik Kenyir dan Tasik Banding serta mencandat sotong di Pulau Kapas telah banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup aku, walaupun ianya tidaklah berbaloi kerana memerlukan perbelanjaan yang besar berbanding hasil tangkapan yang diperolehi, tetapi ianya tidaklah menjadi soal sangat kerana apa yang penting adalah kepuasan semasa melakukan aktiviti tersebut terutama sekali apabila dilakukan bersama rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai minat yang sama.
Sepanjang berada di tengah-tengah lautan, hanya iringan doa dari keluarga serta rakan-rakan yang tidak dapat turut bersama yang telah menyuntik semangat kami untuk terus tabah menempuh gelora serta ombak ganas yang bila-bila masa sahaja boleh membahayakan keselamatan kami. Namun itu semua merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan.
Sebagai menghargai pengorbanan keluarga, malam minggu lepas, aku telah membawa mereka semua ke Pengkalan Nelayan Sungai Timun yang terletak di Kuala Linggi, Negeri Sembilan yang sangat terkenal dengan udang galahnya untuk kami memancing dan menghabiskan masa bersama-sama di malam minggu.
Sungai Timun merupakan lokasi tempat kaki pancing memburu udang galah. Pemancing yang pernah datang ke sini mengakui udang galah di sungai ini adalah antara yang terbaik. Untuk mendapatkan tangkapan lumayan, aku menyarankan supaya pemancing memancing dari atas bot. Ini memudahkan mereka bergerak dan mencari lubuk yang sesuai. Walaubagaimanapun kami pada malam itu tidaklah menyewa bot tetapi hanya memancing di atas jeti yang telah dibina khas bagi kemudahan penduduk tempatan, nelayan dan kaki pancing mencari rezeki. Tetapi ia sangat terhad dan pemancing tidak merasai pengalaman sebenar memancing udang galah.
Jeti kayu bertiang batu konkrit itu dibina lebih
daripada 10 tahun lalu oleh kerajaan negeri bagi merangsangkan ekonomi
penduduk setempat. Orang-orang bandar (Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura)
selalu datang ke sini untuk memancing dan melihat keindahan kerlipan kunang-kunang
pada waktu malam. Kepada pelancong, Kebiasaannya mereka naik bot waktu
senja dan pulang tiga atau empat jam kemudian. Ada juga datang mahu
tengok buaya.
Di sini terdapat lebih kurang 50 lubuk
menarik yang dihuni udang galah di sepanjang Sungai Kempas iaitu yang
menganjur tiga kilometer ke selatan dari jeti Pangkalan Kempas sehingga
ke simpang tiga ke Sungai Timun dan dua kilometer ke utara.
Antaranya ialah lubuk Datuk Keramat yang dikatakan menjadi lokasi
kemestian kaki pancing untuk menambat bot bagi mencuba nasib.
Kebiasaannya selepas lima atau enam ekor udang galah besar dinaikkan,
sang bedal (buaya) akan muncul tidak jauh daripada bot dan pemancing yang
memahaminya akan meninggalkan lubuk berkenaan.
Hendak memancing di Sungai Timun perlu mengetahui keadaan cuaca dan
jangan sesekali turun ke sungai sekiranya Bandar Seremban hujan kerana
air yang mengalir akan masuk ke sungai itu. Air yang membawa lumpur
menyebabkan sungai berkeladak serta sejuk. Akibatnya udang galah lebih
suka bersembunyi di sarang.
Selain udang galah, ikan baung dan belukang turut menghuni sungai
berkenaan. Sekiranya air pasang pemancing turut boleh memperoleh gelama.
Walaupun pada malam itu kami tidak memperolehi seekor udang pun, tetapi kami sangat berpuashati kerana dapat memancing udang di Sungai Timun yang sangat terkenal itu.
Oleh kerana aku tak puashati sebab gambar yang diambil sebelah malam tak terang, esok pagi aku pergi semula ke Sungai Timun dan merakam gambar-gambar di sebelah siang pula untuk memuaskan hati semua pembaca..
Gambar-gambar rakaman kurang memuaskan kerana
flash pada malam tersebut ada sedikit problem...
Sign board Pengkalan Nelayan Sungai Timun...
Blogger sedang memancing dari atas jeti...
Anak-anak turut serta...
Jeti yang dibina kira-kira 10 tahun lalu
banyak memberikan kemudahan kepada kaki pancing...
Papan tanda amaran dan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh semua pengunjung...
Adik Azamuddin sedang menunggu pancingnya
dengan sabar dan berharap ada rezeki untuknya malam ini...
Dari kiri: Salina, Alia dan Yati (adik iparku)
tetap sabar menemani kami memancing...
Adik Ajib dapat merasa seolah-olah jorannya sedang dipagut...
Dari kiri: Rini, Amsyar dan Amal...
Beberapa buah bot tiada penyewa...
Adik Ajib membawa umpan cacing untuk menawan udang galah...
Alia turut mencuba nasib...
Anak-anak sibuk memasang umpan di mata kail masing-masing...
Yati (adik ipar) juga mencuba nasib...
Jeti tempat kami memancing malam tadi....
Sambil melayan udang galang, pemancing dihiburkan
dengan nyanyian karaoke pada sebelah malam sahaja.
LAYAN VIDEO YANG DI DOWNLOAD DARI YOUTUBE
Pelepasan benih udang galah di Sungai Timun
LAYAN VIDEO YANG DI DOWNLOAD DARI YOUTUBE
Pelepasan benih udang galah di Sungai Timun
Buaya Sungai Timun
Udang Sungai Timun
SELAMAT MENONTON DAN SEMOGA TERHIBUR...
Saturday, November 16, 2013
ANAK BAPAK...
Boss aku sangat suka sedutan filem Anak Bapak ini. Dia minta aku edit filem P. Ramlee ini dan ambil part, P. Ramlee pergi melawat ladang getah milik bapanya A.R Tompel. Boss aku kata semasa dia beri kursus motivasi kepada Pengurus-Pengurus Kawasan dia akan jadikan sedutan filem ini sebagai motivasi kepada mereka supaya mengambil berat akan permasalahan yang dihadapi oleh buruh ladang dan beri bantuan apa yang boleh kepada mereka.
Atas bantuan rakan setugasku En. Anis Abdol Rahman, maka video ini berjaya diedit sepertimana yang dikehendaki oleh boss.
Pada pandangan aku, buruh-buruh yang ada di Syarikat tempat aku bertugas telah diberi segala kemudahan yang secukupnya. Kemudahan rumah kongsi yang selesa, gaji yang dibayar sangat lumayan dengan syarat mereka mesti rajin bekerja,
Tapi jangan buruh saja yang diberi perhatian, kebajikan Pengurus-Pengurus ladang juga hendaklah diambil berat kerana mereka inilah yang menjadi nadi syarikat. Jika mereka boikot kerana tidak berpuashati, maka Syarikat akan menanggung rugi.
Subscribe to:
Posts (Atom)