Wednesday, February 12, 2014

GADIS MENJADI TUA...


Ketika usia remaja, wajah yang cantik serta kulit yang mulus sentiasa menjadi impian bagi golongan wanita. Malah, kawasan tersebut juga diberi penjagaan yang lebih rapi. Namun impian bagi setiap wanita ini tidak mampu dikecap oleh Ita Susilawati, gadis yang berasal dari Pulau Bandring, Indonesia. Mana tidaknya, dia yang baru berusia 19 tahun kini kelihatan seperti 70 tahun!

Perubahan yang dialami oleh Susilawati ini menggemparkan seluruh penduduk kampungnya. Penyakit misteri itu membuatkan fizikalnya menderita kerana kantung mata yang sepatutnya tegang, sudah jatuh sehingga hampir menutupi matanya. Manakala di bahagian perut pula muncul benjolan sebesar penumbuk yang amat menyakitkan.

 
Satu-satunya puteri kepada pasangan Ramlia dan Durrahman ini begitu sedih mengenang nasibnya. Jika dahulu Susilawati mempunyai susuk tubuh badan yang cantik serta sihat, tapi kini dia bukan saja disisihkan penduduk kampung, malah suami juga telah lari meninggalkan dirinya. 

Menurut ibu gadis berkenaan, dia menyedari anaknya menghidapi penyakit misteri itu sejak dua tahun kebelakangan ini. Gadis yang lincah serta periang itu tiba-tiba menjadi pendiam dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat sekeliling. Selain rasa malu yang menebal, keadaan fizikal tangan dan kedua-dua belah kaki Susilawati yang tidak mampu bergerak, telah membantutkan pergerakannya. 

Penyakit aneh tersebut mula terjadi selepas badan Susilawati ditumbuhi gejala bintik-bintik merah dan ditambah dengan rasa panas. Seminggu kemudian, gejala itu dilihat semakin menjadi-jadi. Kulitnya mula melepuh, terutamanya di dada dan perut. Namun peliknya, kejadian aneh itu terjadi ketika usia pernikahannya baru memasuki tiga bulan. 

Susilawati pernah dirawat secara perubatan moden dan juga kaedah tradisional di daerahnya. Namun hasilnya masih lagi sia-sia. Hampir 50 orang pakar perubatan tradisional termasuklah pakar paranormal sudah ditemui, tetapi tiada perubahan kepada Susilawati. Dia masih lagi berada dalam keadaan yang sama. Kulitnya semakin berkerepot dan disebabkan itu dia kini sering dipanggil nenek. 

 
Timbul persoalan, apakah sebenarnya yang telah menimpa diri Susilawati? Adakah pada usia semuda itu boleh mengalami tahap penuaan seperti seorang nenek? 

Lantaran terlampu ramai yang cuba merawat Susilawati, pelbagai andaian telah dilontarkan oleh para doktor dan pakar perubatan tradisional tentang keanehan ini. Mengikut Dr. Adam Malik dari Hospital Sakit Umum (RSU), Pirngadi Medan, Indonesia, Susilawati kemungkinan menghidapi penyakit alergi terhadap persekitaran. Bagaimanapun, itu hanyalah andaian sahaja kerana factor sebenar masih lagi tidak mampu dijelaskan. Sebelum itu, Susilawati pernah dirawat di hospital lain. Setelah enam bulan dirawat, penyakit misteri tersebut tidak juga mampu diubati, dan dia akhirnya dirujuk kepada Dr. Adam. 

 

Kes yang dihadapi oleh Susilawati ini sebenarnya jarang-jarang berlaku dan di dunia kemungkinan ia melibatkan nisbah 1:2 juta setiap kelahiran. Di Peru misalnya, seorang kanak-kanak, Aracely Diaz, yang berumur lapan tahun mengalami penyakit penuaan seakan-akan Susilawati. Wajah Diaz juga berubah menjadi seperti seorang nenek yang telah berusia 80 tahun. 

 

Menurut ahli genetik dari Institut Perubatan Geriatrik, Peru, Eva Klein, fenomena tersebut kemungkinan disebabkan oleh penyakit progeria yang berpunca daripada masalah mutasi gen. la berlaku apabila genetik yang dimiliki seseorang itu mengalami proses penuaan yang lebih cepat berbanding proses penuaan normal. Bagaimanapun, penghidap progeria jarang mengalami penuaan di bahagian mata. 




 Justeru, kes Susilawati masih lagi menjadi tanda tanya di kalangan pakar perubatan dan kulitnya akan terus berkerepot.



Dipetik dari Majalah Infiniti Mei 2011

Monday, February 10, 2014

KOLEJ FELCRA...

Semalam, Sabtu 8 Feb, 2014, aku dan keluarga menghadiri khenduri kahwin anak Sabudin Ahmad (staf Nas. Pemulihan) dan isterinya Rumaini Saidin (staf pejabat Penyelaras Sbg. Perak) yang berlangsung di rumah mereka di Lekir, Sitiawan. Selepas selesai khenduri, aku meneruskan perjalanan ke pekan Lumut untuk bermalam kerana kepenatan dan tak daya lagi nak memandu pulang semula ke Kuala Lumpur. 

Hari Ahad, selepas bersarapan, kamipun menghabiskan masa membeli beberapa barang keperluan di pekan Lumut yang terkenal dengan perniagaan hasil lautnya. Kira-kira jam 12 tengahari, kamipun berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika tiba di Seberang Perak, aku teringat akan Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak yang kini sedang dinaik taraf menjadi Kolej FELCRA yang akan beroperasi tidak lama lagi dan ingin melihat sejauh mana ianya telah disiapkan. Lalu aku pun terus membelok ke kiri dan terus menuju ke Kolej tersebut yang jauhnya kira-kira 15 km. dari pintu masuk lebuhraya Kayan ke Kg. Gajah. 

Setelah tiba di lokasi, aku tanpa membuang masa telah merakam beberapa keping gambar kolej tersebut yang kelihatan sudah siap sepenuhnya dan menunggu masa untuk memulakan operasi.

Sebelum kita melihat gambar-gambarnya, marilah kita membaca sedikit info mengenainya yang di petik dari akhbar Utusan Malaysia pada 17-11-2012.

KAMPUNG GAJAH 17 Nov. - Felcra Berhad (Felcra) sudah memperoleh kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk penubuhan sebuah kolej Felcra berharga RM300 juta di Changkat Lada, Seberang Perak, di sini.

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (sekarang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) berkata, pelan pembangunan kolej tersebut telah disediakan dan pembinaannya dijangka siap dua tahun lagi.

"Penubuhan kolej ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat dalam memberi pendidikan kepada generasi kedua anak-anak peserta Felcra," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Felcra Berhad Seberang Perak bernilai RM1 juta, di sini hari ini.

Tajuddin berkata, kerajaan negeri Perak telah meluluskan tanah seluas 60 hektar untuk pembinaan kolej berkenaan.

Menurutnya, program pengajian di kolej itu akan memberi penekanan terhadap bidang pertanian, perladangan, bioteknologi, pengurusan kewangan, teknologi maklumat dan undang-undang perniagaan.

"Sementara menunggu pembinaan kolej siap sepenuhnya, Pusat Latihan Felcra di Seberang Perak akan dijadikan kampus sementara dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar akan dimulakan awal tahun depan.

"Adalah menjadi matlamat Felcra menaikkan taraf kolej Felcra itu menjadi sebuah kolej universiti dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjadi sebuah universiti sepenuhnya dalam masa 10 tahun," katanya. - BERNAMA

Pandangan hadapan Kolej FELCRA...




























GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI ADALAH AKTIVITI 
YANG PERNAH DI ADAKAN SEMASA IA MASIH LAGI BEROPERASI 
SEBAGAI PUSAT LATIHAN FELCRA SEBERANGPERAK

1. PROGRAM I-CARD BERSAMA JABATAN IMIGRESEN...
TAHUN 2007 

TKA sedang beratur untuk proses I-Kad...

 
Pegawai dari Jabatan Imigresen sedang menjalankan tugas...

Pn. Norliza, staf Pusat Latihan bergambar bersama TKA.

Proses mengambil gambar sedang dibuat...

 
4 orang anggota RELA diberi tugas mengawasi program I-Kad...

2. KETIBAAN TENAGA KERJA ASING INDONESIA DAN BANGLADESH 
UNTUK KURSUS INTENSIF SELAMA TIGA HARI SEBELUM DI HANTAR 
KE LADANG-LADANG  SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.
TAHUN 2008

TKA yang baru tiba dari LCCT...

Saudara Mizi dan Marzuki, Pegawai MIS dari Ibu Pejabat...

Petugas dan tukang masak kantin Pusat Latihan Seberang Perak...

En. Hairi Suradi (Tengah) pegawai Agro membuat lawatan
ke khemah untuk latihan semasa kursus intensif TKA...

Suasana di dalam khemah...


AJ dan Malek salah seorang pegawai Pusat Latihan Seberang Perak...

En. Kamaludin dan En. Shafie semasa mereka menghadiri kursus CC. 
Kedua-dua mereka kini telahpun bersara...

TKA Indonesia dan Bangladesh yang akan berganding bahu
 untuk membantu Syarikat mengeluarkan hasil sawit dan getah di ladang.

En. Zamarudin yang tiba dari Pej. PBW. Pahang ketika itu.
 Beliau akan membawa pulang TKA yang diagihkan kepada beliau...

Dari kiri: Pn. Rozaidah (bekas CC Kaw. Jalan Karchu.),
Pn. Lisah Mahat (Kawasan Cht. sulaiman),
AJ dan Zalilah Osman (Kawasan Seri Gala)
ketika di Pusat Latihan...

3. KURSUS LATIHTUBI DAN KOMPETENSI 
PENGURUS KAWASAN
TAHUN 2012

Suasana di dalam kelas...

Sessi perbincangan dan gerak kerja...


Senaman yang dikendalikan oleh En. Roslan Tahir (PK. Purun)...

Latihan Roll Call...