Monday, February 10, 2014

KOLEJ FELCRA...

Semalam, Sabtu 8 Feb, 2014, aku dan keluarga menghadiri khenduri kahwin anak Sabudin Ahmad (staf Nas. Pemulihan) dan isterinya Rumaini Saidin (staf pejabat Penyelaras Sbg. Perak) yang berlangsung di rumah mereka di Lekir, Sitiawan. Selepas selesai khenduri, aku meneruskan perjalanan ke pekan Lumut untuk bermalam kerana kepenatan dan tak daya lagi nak memandu pulang semula ke Kuala Lumpur. 

Hari Ahad, selepas bersarapan, kamipun menghabiskan masa membeli beberapa barang keperluan di pekan Lumut yang terkenal dengan perniagaan hasil lautnya. Kira-kira jam 12 tengahari, kamipun berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika tiba di Seberang Perak, aku teringat akan Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak yang kini sedang dinaik taraf menjadi Kolej FELCRA yang akan beroperasi tidak lama lagi dan ingin melihat sejauh mana ianya telah disiapkan. Lalu aku pun terus membelok ke kiri dan terus menuju ke Kolej tersebut yang jauhnya kira-kira 15 km. dari pintu masuk lebuhraya Kayan ke Kg. Gajah. 

Setelah tiba di lokasi, aku tanpa membuang masa telah merakam beberapa keping gambar kolej tersebut yang kelihatan sudah siap sepenuhnya dan menunggu masa untuk memulakan operasi.

Sebelum kita melihat gambar-gambarnya, marilah kita membaca sedikit info mengenainya yang di petik dari akhbar Utusan Malaysia pada 17-11-2012.

KAMPUNG GAJAH 17 Nov. - Felcra Berhad (Felcra) sudah memperoleh kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk penubuhan sebuah kolej Felcra berharga RM300 juta di Changkat Lada, Seberang Perak, di sini.

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (sekarang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) berkata, pelan pembangunan kolej tersebut telah disediakan dan pembinaannya dijangka siap dua tahun lagi.

"Penubuhan kolej ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat dalam memberi pendidikan kepada generasi kedua anak-anak peserta Felcra," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Felcra Berhad Seberang Perak bernilai RM1 juta, di sini hari ini.

Tajuddin berkata, kerajaan negeri Perak telah meluluskan tanah seluas 60 hektar untuk pembinaan kolej berkenaan.

Menurutnya, program pengajian di kolej itu akan memberi penekanan terhadap bidang pertanian, perladangan, bioteknologi, pengurusan kewangan, teknologi maklumat dan undang-undang perniagaan.

"Sementara menunggu pembinaan kolej siap sepenuhnya, Pusat Latihan Felcra di Seberang Perak akan dijadikan kampus sementara dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar akan dimulakan awal tahun depan.

"Adalah menjadi matlamat Felcra menaikkan taraf kolej Felcra itu menjadi sebuah kolej universiti dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjadi sebuah universiti sepenuhnya dalam masa 10 tahun," katanya. - BERNAMA

Pandangan hadapan Kolej FELCRA...




























GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI ADALAH AKTIVITI 
YANG PERNAH DI ADAKAN SEMASA IA MASIH LAGI BEROPERASI 
SEBAGAI PUSAT LATIHAN FELCRA SEBERANGPERAK

1. PROGRAM I-CARD BERSAMA JABATAN IMIGRESEN...
TAHUN 2007 

TKA sedang beratur untuk proses I-Kad...

 
Pegawai dari Jabatan Imigresen sedang menjalankan tugas...

Pn. Norliza, staf Pusat Latihan bergambar bersama TKA.

Proses mengambil gambar sedang dibuat...

 
4 orang anggota RELA diberi tugas mengawasi program I-Kad...

2. KETIBAAN TENAGA KERJA ASING INDONESIA DAN BANGLADESH 
UNTUK KURSUS INTENSIF SELAMA TIGA HARI SEBELUM DI HANTAR 
KE LADANG-LADANG  SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.
TAHUN 2008

TKA yang baru tiba dari LCCT...

Saudara Mizi dan Marzuki, Pegawai MIS dari Ibu Pejabat...

Petugas dan tukang masak kantin Pusat Latihan Seberang Perak...

En. Hairi Suradi (Tengah) pegawai Agro membuat lawatan
ke khemah untuk latihan semasa kursus intensif TKA...

Suasana di dalam khemah...


AJ dan Malek salah seorang pegawai Pusat Latihan Seberang Perak...

En. Kamaludin dan En. Shafie semasa mereka menghadiri kursus CC. 
Kedua-dua mereka kini telahpun bersara...

TKA Indonesia dan Bangladesh yang akan berganding bahu
 untuk membantu Syarikat mengeluarkan hasil sawit dan getah di ladang.

En. Zamarudin yang tiba dari Pej. PBW. Pahang ketika itu.
 Beliau akan membawa pulang TKA yang diagihkan kepada beliau...

Dari kiri: Pn. Rozaidah (bekas CC Kaw. Jalan Karchu.),
Pn. Lisah Mahat (Kawasan Cht. sulaiman),
AJ dan Zalilah Osman (Kawasan Seri Gala)
ketika di Pusat Latihan...

3. KURSUS LATIHTUBI DAN KOMPETENSI 
PENGURUS KAWASAN
TAHUN 2012

Suasana di dalam kelas...

Sessi perbincangan dan gerak kerja...


Senaman yang dikendalikan oleh En. Roslan Tahir (PK. Purun)...

Latihan Roll Call...

15 comments:

  1. Satu usaha yang baik tetapi Kolej Komuniti adalah di bawah KPT. Ini bukan Kolej Komuniti. Harap tuan berhati-hati dan membuat kajian terperinci sebelum memberi info.

    ReplyDelete
  2. SDRA PENGARANG AWAT PULAK PUSAT LATIHAN FELCRA SEBERANG PERAK DINAIK TARAF JADI KOLEJ KOMUNITI...KOLEJ FELCRA SEBERANG PERAK LEE, KOLEJ KOMUNITA SEBELAH TANAH KUBUR LE. EBM, BIZZ PLANNING

    ReplyDelete
  3. Sori...tersalah maklumat...
    Sebenarnya Kolej FELCRA..
    Pembetulan telah dibuat.
    Terima kasih atas teguran dan nasihat.

    ReplyDelete
  4. dulu saya keje mula2 kat felcra kat sini le..tahun 2004 kontrak. ngajor anak2 peserta Sijil Kemahiran Malaysia.. mengimbau betul.

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya projek yang lebih bermakna kepada generasi kedua anak-anak peserta dan staf ialah,tubuhkan MRSM di Felcra Seberang Perak.FB sediakan tapak dan bangunan manakala MARA sediakan pengurusan termasuklah tenaga pengajar dan pentadbiran.

    Dari segi pengambilan 70% pelajar MRSM Seberang Perak dikhaskan kepada warga FB manakala baki 30% lagi kepada masyarakat luar bandar yang layak.Besar impaknya kepada FB bagi tempoh jangka panjang.Buat apa nak tubuh Koleh Felcra .Kosnya amat tinggi.

    Bagaimana pula tenaga pengajar profesionalnya?Bagaimana pula dengan pengambilan pelajarnya? Bukan mudah untuk meletakan ranking koleh itu nanti.Ambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada Universiti Industri Selangor,KIAS,Universiti Al-Bukhary dan banyak lagi koleh atau universiti yang akhirnya terpaksa ditutup.Bagi Malaysia sekarang ,graduan pertanian yang dikelaurkan oleh UPM,UiTM dan Kolej Risda sudah lebih dari mencukupi.

    Eloklah FB fikirkan semula cadangan penubuhan koleh FB di Seberang Perak.Elok fikir semula sebelum membuat keputusan yang merugikan FB dalam jangka masa panjang.Bagi saya projek koleh FB di Seberang Perak lebih bermotifkan politik dan kurang baik untuk FB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga ape yang tuan haji cakap

      Delete
    2. MRSM dah ada di Kg Gajah Hj....anak saya PMR 6A pun tak dapat masuk....bukan untuk semua org.

      Delete
    3. betul22 pendapat Hj. Bakar Azmi..elok tubuh MRSM..boleh ambil anak2 warga Felcra Masuk MRSM..begitu juga tenaga pengajarnya..JV dgn MRSM dahului warga Felcra

      Delete
  6. Ta perlu Kolej FELCRA tu......Ngara kecik paling banyak Kolej dan pusat pngajian tinggi awam dan swasta ialah malaysia..Ta ada nilai nanti...Lpasan SPM yg ta brapa elok result pun akhirnya ditrima masok Kolej ni.

    ReplyDelete
  7. Tq Mr AJ. Gambar-gambar yang membawa banyak kenangan kepada diri saya langsung dan tidak langsung. Sebelum terdirinya bangunan-bangunan tu…., entah berapa kali dah susun atur dan rekabentuk yang telah diterima dan ditolak…termasuk di baling………Hanya Allah yg MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum, tumpang bertanya. Bilakakah kolej ini akan beroperasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Kolej FELCRA dijangka akan beroperasi pada bulan Julai 2014 ini.
      Sila hubungi FELCRA Training & Consultancy (FTC)
      di No. 03-4143 3491 / 93.

      Terima kasih.

      Delete
    2. Assalamualaikum...borang permohonan ke kolej ini macam mana nk dapatkam ya?

      Delete
    3. Assalamualaikum Tn. Duta Sabun....
      Borang permohonan untuk kemasukan ke Kolej FELCRA Bhd. setakat ini belum lagi di iklankan. Bila iklan dah keluar nanti dalam website FB & FELCRA Training (FTC), saya akan maklumkan melalui artikel ini....

      Tq atas perhatian tuan....

      Delete