Sunday, February 9, 2014

DIA MUNCUL PADA SAAT KEMATIAN...


Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan kisah aneh bagaimana seorang gadis mangsa bunuh di Alor Setar, Kedah, telah muncul dalam mimpi ahli keluarganya dan memberitahu siapa penjenayah yang menzaliminya. Bukan dia saja, dua orang lagi adiknya turut dibunuh dalam tragedi tersebut.

Kejadian ini amat menarik. lebih-lebih lagi untuk dilihat dari sudut fenomena paranormal, khususnya dalam konteks mimpi dan penjelmaan seseorang pada ketika dia sedang berhadapan dengan maut.

Mimpi aneh di Alor Setar itu mengingatkan saya kepada beberapa kisah yang hampir sama. Lebih kurang sepuluh tahun lalu, seorang sahabat dalam bidang media menceritakan kepada saya sebuah kisah pelik. Menurut sahabat yang bernama Zarina itu, pada pertengahan tahun 2000-an, abang iparnya telah dimasukkan ke wad akibat kanser.

Sekitar pukul 5.00 pagi, dia terjaga apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Anehnya apabila diangkat, tiada suara yang kedengaran di hujung talian. Juga tiada sebarang nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.

Kisah ini bertambah aneh kerana pada waktu yang hampir sama, rumah kakak Zarina dikunjungi 'seorang lelaki'. Tetamu itu memberi salam dan bunyi tapak kakinya begitu jelas di hadapan pintu. Kakak Zarina segera membuka pintu, namun tiada sesiapa.

Pintu ditutup, namun kemudian kedengaran lagi suara orang berjalan dan memberi salam. Seperti tadi, apabila pintu dibuka, kosong. Kakak Zarina kembali ke katil. tetapi belum sempat melelapkan mata. dia mendapat panggilan telefon dari hospital memberitahu suaminya baru saja meninggal dunia.

Timbul pertanyaan di fikiran Zarina, siapakah yang menghubungi telefon bimbitnya pada pagi tersebut? Juga, siapakah yang mengunjungi kakaknya sejurus sebelum abang iparnya itu meninggal dunia? Cuba anda fikir jawapannya...

Kejadian yang sedikit berbeza berlaku di Kampung Gobek, Tambun Tulang, Arau. Perlis, pada Mei 1998. Kisah ini diceritakan kepada saya oleh seorang suri rumah bernama Faridah Shaari. Sekitar pukul 3 petang, kata Faridah, dia tidur di lantai ruang tamu rumahnya.

Tiba-tiba Faridah terjaga kerana berasa tubuhnya dipeluk dengan erat dari arah belakang oleh sepasang tangan yang sangat sejuk. Memikirkan itu mungkin anaknya. Amir Azwani. 8 tahun. Faridah membiarkan saja.

Tapi dia berasa pelik, mengapa tangan, badan dan kaki Amir begitu sejuk? Bagaikan anaknya itu mandi terlalu lama, atau baru saja memegang ais. Faridah pantas berpaling ke belakang. Kosong, Amir tiada.

Amir bukan saja tiada di belakangnya. malah tidak pulang hingga ke malam. Operasi mencari dijalankan dan mayatnya hanya dijumpai sekitar pukul 6 pagi esoknya di dalam sebatang sungai. Amir dipercayai lemas setelah terjatuh ketika menyeberangi jambatan sekitar pukul 3 petang hari sebelumnya iaitu pada waktu Faridah berasa tubuhnya dipeluk dari arah belakang!

Bukan itu saja. Faridah memberitahu saya, seminggu sebelum itu beberapa kali dia bermimpi Amir mati lemas di dalam sebatang sungai. Misteri apakah ini? Adakah ‘roh’ seseorang boleh meninggalkan jasadnya di saat dia sedang bergelut dengan maut?

Kejadian-kejadian seumpama ini sebenamya menjadi salah satu subjek kajian popular para pengkaji paranormal Barat. Ini kerana ia turut dilaporkan berlaku di seluruh dunia.

Antara yang popular ialah kisah ini: Pada 7 Disember 1918, Leftenan James Larkin yang sedang menulis sepucuk surat di dalam bereknya di Scapmton Lincolnshire, England, tiba-tiba terdengar bunyi derapan tapak kasut. Rupa-rupanya yang datang itu adalah sahabat baiknya, Leftenan David McConnel.

"Cepat kau balik?" tanya Larkin. kerana setahunya, McConnel sepatutnya sedang bertugas di Tadcaster, Yorkshire.

Pesawat yang diterbangkan McConnel baru sahaja meninggalkan Scampton. Sepatutnya dia masih berada di sana.

"Semuanya berjalan lancar," jawab McConnel, yang kemudian mengucapkan selamat tinggal dan berjalan keluar.

JELMAAN

Benarkah itu McConnel? Tidak lama kemudian, Larkin mendapat berita bahawa McConnel maut selepas pesawatnya terhempas satu kilometer sebelum sampai ke Tadcaster. Kemalangan itu berlaku sekitar pukul 3.25 petang, waktu yang sama jelmaannya muncul menemui Larkin.

Untuk pengetahuan anda, dalam kajian paranormal, kejadian-kejadian seperti ini dinamakan crisis appiration. Dalam kata mudahnya, jelmaan seseorang yang muncul di tempat lain ketika dia sedang bertarung dengan maut.

Menurut sebahagian pengkaji paranormal Barat, crisis appiration ialah jelmaan fizikal tenaga dalaman. Khususnya tenaga emosi yang dikeluarkan oleh seseorang yang ketika itu berada dalam situasi trauma.

Dalam keadaan genting, orang itu akan mengingati dan ingin bertemu buat kali terakhir dengan seseorang yang sangat dikasihinya. Tenaga emosi inilah yang kemudiannya terjelma secara fizikal di hadapan orang yang dikasihi itu, untuk memberitahu bahawa dia akan meninggalkan dunia ini.

Ertinya, ia bukanlah hantu. Aneh? la mudah difahami jika anda memahami teori-teori yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Kalau kejadian itu anda rasakan aneh, bagaimana pula dengan kisah yang berlaku di Melaka ini. Pada awal Julai 2001, seorang wanita bernama Habibah Hamidon yang tinggal di Merlimau, Melaka, telah mengalami 'mimpi'yang sangat aneh.

Habibah memberitahu saya, malam itu antara jaga dan lena, dia terdengar perbualan sekumpulan lelaki. Salah seorang daripada lelaki itu kemudian berkata. "Tak lama lagi akan jadi satu hal besar kat tempat kita ni."

Seorang lain pantas membalas. "Pedulikanlah, dia bukan orang kita. Tak ada kena mengena pun dengan kita."

Hamidah pantas membuka mata dan menoleh sekeliling. Tetapi yang ada hanyalah suaminya yang sedang tidur lena di sebelahnya. Mimpi apakah yang dialaminya tadi? Persoalan itu terjawab beberapa hari kemudian, apabila berlaku satu kejadian bunuh yang sangat kejam dan menggemparkan negara.

Hari itu. seorang pelajar berusia 16 tahun telah diperkosa dan dijerut lehernya hingga mati oleh seorang remaja lelaki di dalam belukar tidak jauh dari rumah Habibah. Ketika itu gadis berkenaan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Kisah di Perlis, boleh kita anggap sebagai crisis appiration. Tetapi bagaimana pula dengan mimpi Habibah dan mimpi gadis mangsa bunuh di Alor Setar? Bolehkah tenaga emosi menembusi alam tidur. lalu muncul di dalam mimpi? Kalau sekadar mainan tidur, mengapa ia begitu tepat?

Seperkara lagi, dalam mimpi Habibah, seorang lelaki itu berkata, "pedulikanlah, dia bukan orang kita." Persoalannya, siapa lelaki yang berkata-kata itu? Jin? Syaitan? Bunian?

Pembaca sekalian, sebenamya fenomena misteri ini terlalu luas. Seperti kata seorang pengkaji paranormal terkenal, John Spencer. "Kita akui memang banyak fenomena yang benar-benar misteri di sekeliling kita. Buat masa ini kita masih belum mampu memberi jawapannya, cuma pertanyaan saja."

Artikel ini dipetik dari Mingguan Malaysia 9 Feb, 2014
karangan Zulkarnain Zakaria...

2 comments:

  1. Petunjuk dari Allah....budak perempuan tu belum baligh...lagi..dia dgn adiknya....ahli syurga...Allah beri ppetunjuk kpd ahli keluarganya....amin

    ReplyDelete
  2. Allah memberi petunjuk.. hukum NYA tidak digunakan oleh manusia.. jenayah demi jenayah sering berlaku..
    ya Allah.. Allah Maha Besar

    ReplyDelete