Monday, December 21, 2015

HIJRAH DEMI KEHIDUPAN SEMPURNA...


Sudah menjadi tradisi lelaki di daerah Beguedo di Burkina Faso, Afrika Barat meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di Itali. Bagi sebilangan isteri yang bertuah, mereka berpeluang mengikuti suami dan tinggal bersama di perantauan.

Malangnya, dasar pihak imigresen yang ketat, kos sara hidup tinggi dan peluang kerja yang terhad berikutan krisis ekonomi menyebabkan kebanyakan mereka tidak berpeluang berbuat demikian.

Sehingga awal tahun 1990, penduduk Burkina Faso bebas memasuki Itali tanpa memerlukan visa. Bagaimanapun, keadaan itu berubah berikutan penguatkuasaan ketat dasar imigresen di negara itu.

Hidup tanpa suami

Disebabkan itu, hampir separuh daripada isteri di Beguedo terpaksa hidup tanpa suami selama bertahun-tahun, malah beberapa dekad dan hanya mampu menunggu lelaki yang sepatutnya menjadi ketua keluarga mereka mengirimkan wang mengikut kemampuan mereka. Jika dulu, sesebuah perkahwinan di kawasan pedalaman seperti itu akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ia dapat dilangsungkan kerana si lelaki perlu mengambil hati ibu bapa wanita disukainya dengan bekerja di ladang mereka untuk membuktikan mereka mampu menjadi suami yang baik.

Kini, keadaan sudah berubah apabila ia tidak mengambil masa yang lama sebelum mereka berkahwin selepas saling mengenali.

Di Beguedo, lelaki yang bekerja di Itali akan pulang ke kampung halaman mereka pada Ogos atau Disember dan waktu itu disifatkan sebagai musim perkahwinan apabila si gadis akan berdandan cantik dan menghadiri ke majlis pesta dengan harapan bertemu dengan calon suami.

Hidup sekejap dengan suami

Alimata Bara (Isteri Saada)...

Bagi Alimata Bara, 24, beliau hanya sempat merasai kehidupan berumah tangga bersama suaminya, Saada selama tiga minggu selepas melangsungkan perkahwinan kira-kira tujuh tahun lalu, ketika dalam usia belasan tahun.

"Ketika remaja, apa yang anda tahu mengenai hidup? Apabila nampak lelaki, badan terus menggeletar katanya sambil ketawa, mengimbau kenangan sebelum perkahwinannya. Bara berkata, selepas suaminya pulang ke Itali, dia tinggal dengan keluarga mentuanya sehingga mela hirkan seorang anak perempuan, Omayma.

Anaknya yang kini berusia enam tahun hanya mengenali bapanya menerusi album gambar, manakala Bara sendiri terpaksa menunggu hampir tiga tahun untuk bertemu dengan suaminya yang pulang selama tiga minggu pada tahun 2011.

"Keadaan terlalu.teruk di Itali dan suami saya semakin sukar untuk mencari kerja. Malah, dia sendiri tidak mempunyai wang untuk membeli tiket kapal terbang.

"Kebanyakan masa, saya merindui suami. Kadangkala, saya cuba untuk tidur, tetapi tidak lelap. Namun, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Apa lagi untuk mencari lelaki lain kerana kami tidak sekali-kali akan melakukannya," kata Bara yang menyara diri dengan menjual arang dan menanam kacang tanah, bijirin serta sayur-sayuran.

Berhubung menerusi Skype.

 Sejak beberapa bulan lalu juga, pasangan ini mula dapat berhubungan menerusi Skype untuk mengubat rindu dan sejak itu, Bara menjadi pelanggan tetap kafe siber di bandar itu.

Pasangan itu dikurniakan anak kedua, seorang lelaki yang dinamakan Obaidou yang kini berusia tiga tahun dan hanya sekali bertemu bapanya.

Ketika mengahwini Bara pada tahun 2008, Saada pernah berjanji untuk membawa isterinya itu ke Itali. "Bagaimanapun, dia hilang pekerjaan. Semuanya menjadi mahal. Anda perlu menyewa rumah, membayar bil elektrik dan air. Tidak seperti kehidupan di kampung yang lebih mudah.

Bercucuk tanam adalah punca pendapatan penduduk 
di daerah pedalaman Beguedo... 


"Kami cuma bercucuk tanam, memasak makanan dan mendapatkan air dari perigi. Apabila kami menerima bekalan elektrik, ia tidak memerlukan bayaran yang tinggi," kata Bara yang kali terakhir menerima kiriman wang daripada suaminya pada Mei lalu sebanyak AS$37 (RM159). 

Bandar dipenuhi wanita

Bekas Datuk Bandar Beguedo, Beatrice Bara, berkata separuh daripada golongan ibu di kampung itu menghadapi masalah yang sama. Ia adalah kesan penghijrahan beribu-ribu lelaki Afrika ke Eropah untuk mencari rezeki.

"Keadaan kini, tidak sama di setiap bandar, tetapi di sini, kesannya lebih jelas kerana hampir sebilangan besar lelaki ke luar negara menyebabkan hampir keseluruhan bandar itu dipenuhi wanita yang ditinggalkan mereka.

Janji kerap pulang



"Semasa berkahwin, biasanya lelaki akan berjanji untuk kerap pulang atau mungkin akan membawa bersama-sama si isteri sebaik kehidupan terjamin di sana.

"Ada di antara mereka menunaikan janji, tetapi semua itu sebelum krisis ekonomi dan sekatan kemasukan ke Eropah," katanya.

Katanya, impian ramai lelaki di bandar itu untuk bekerja di Itali juga menjejaskan kehadiran mereka ke sekolah kerana ramai yang sudah tidak berminat belajar. sebaliknya memikirkan untuk mendapatkan wang lebih mudah dengan bekerja disana.

Bagi wanita pula, kebanyakan mereka berhenti sekolah semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki yang bekerja di Itali.

Sumber : BH
Susunan : Norhafzan Jaafar

Tuesday, December 15, 2015

HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, SANTAI DAN DAMAI...


Terletak di Iokasi strategik iaitu hanya lima kilometer dari pusat bandar membuatkan Hotel Seri Malaysia (HSM) Kangar menjadi Iokasi penginapan pilihan buat pengunjung sama ada mahu menghadiri tugasan mahupun bercuti bersama keluarga.

Tambah menarik apabila pengunjung dapat merasai suasana santai dan mendamaikan di persekitaran HSM Kangar yang dikelilingi perkampungan tradisional dan pemandangan sawah padi.

Pengurus Besarnya Datuk Zahriah Abd Kadir berkata, pihaknya menyediakan pilihan kepada setiap lapisan pengunjung dengan menyediakan kemudahan 143 bilik penginapan termasuk enam bilik VIP Suite, bilik famili (68), bilik standard (59) dan Deluxe (10) pada harga berpatutan.

Bagi memberi keselesaan maksimum, HSM Kangar dilengkapi kemudahan penyaman udara, pemanas air dan televisyen saluran berbayar selain kemudahan WiFi percuma.


Katanya, pada masa sama pihaknya turut menyediakan pakej lawatan dan membeli belah ke beberapa destinasi pelancongan berdekatan seperti Pulau Langkawi, Padang Besar serta selatan Thailand iaitu ke Hatyai sebagai nilai tambah.

"Kami cuba memberi kelainan buat tetamu HSM Kangar apabila turut menyediakan khidmat pegawai pengiring tetamu untuk menyambut mereka setibanya di sini selain diberi layanan yang selalunya tidak disediakan di hotel bertaraf tiga bintang.

"Menu masakan di hotel ini juga bercirikan tradisional yang menyajikan pelbagai masakan tempatan Perlis agar pengunjung tidak jemu. Turut disediakan, makanan ala barat sebagai pilihan selain beberapa promosi khas menu istimewa pada musim tertentu," katanya.


Menurutnya, bilik berstatus Suite VIP yang disediakan eksklusif bagi memberi keselesaan buat pengunjung dan ia jarang disediakan di hotel seumpama itu atau mana mana rangkaian Hotel Seri Malaysia lain di negara ini.

"HSM Kangar hotel ke 21 dan terbaru milik Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (RHSM) yang dilengkapi kolam renang untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak selain kemudahan bilik mesyuarat VIP serta tiga dewan utama untuk sebarang majlis.

"Kami juga ada ruang meletak kenderaan yang luas dan WiFi juga diberikan percuma kepada pengunjung," katanya.

Menurutnya, hotel itu berhampiran Taman Rekreasi Gua Cenderawasih, sebahagian daripada banjaran bukit batu kapur sekaligus dilindungi panas mentari petang menampilkan ciri-ciri resort yang sesuai untuk pengunjung beriadah sama ada pada waktu pagi atau petang.

Katanya, kedudukannya berhampiran Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun yang juga bersambung dengan Lebuhraya Utara Selatan turut menghubungkan Bukit Kayu Hitam yang menjadi pintu masuk ke negara ini dari Thailand.

Selain itu, HSM Kangar juga terletak kira-kira 15 minit perjalanan ke Jeti Kuala Perlis bagi pengunjung yang mahu mendapatkan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi, di samping lima minit perjalanan keStesen Bas Ekspres di pusat bandar.

Bagi yang berminat membeli-belah di Wang Kelian di utara Perlis hanya mengambil masa 30 minit perjalanan dengan memandu kenderaan.

Perjalanan ke Stesen Kereta Api Arau bagi pengunjung yang menggunakan kereta api termasuk ETS hanya ambil masa 20 minit, selain perjalanan kurang 45 minit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah.

Sumber : HM...
Penulis : Hafizudin Mohd Safar...

HANG TUAH MEMANG WUJUD...


Hang Tuah memang wujud. Itu pendapat Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patxiotisme Malaysia (1KSEP), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin yang berpegang kepada kajian dilakukan beberapa sejarawan tempatan serta bukti dokumen yang disokong pengkaji dari luar negara.

Beliau berkata, bukti kebenaran serta kewujudan pahlawan Melayu terulung itu diterangkan secara jelas dalam teks klasik Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

"Bukan semata-mata Hang Tuah wujud pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, malah kisah kepahlawanannya turut diceritakan dalam banyak dokumen penting di luar negara.

Sokongan bukti

"Saya tidak berniat untuk sangkal pandangan yang mendakwa Hang Tuah tidak wujud, tetapi adalah lebih kukuh jika dakwaan itu disertakan dengan dapatan kajian serta bukti yang menyokong setiap pandangan dikemukakan," katanya yang ditemui BH di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), di sini semalam.

Beliau mengulas pandangan terbaru dibangkitkan Prof Emeritus Dr Ahmat Adam, Jumaat lalu, yang mendakwa Hang Tuah tidak wujud, sebaliknya hanya watak fiksyen dalam teks klasik Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Mohd Jamil berkata, polemik kewujudan Hang Tuah bukan sesuatu yang baru diperdebatkan oleh sejarawan dan tokoh akademik, malah sudah dimulakan sekitar tahun 1960-an lagi.

Dakwaan nama

Ditanya berhubung dakwaan nama Hang Tuah disebut sebagai 'Tuha' yang bermaksud tua atau ketua pemimpin, beliau berpendapat, nama Hang mewakili nama gelaran pembesar di Melaka, manakala Tuah pula singkatan 'bertuah'.

"Orang dulu-dulu menamakan seseorang berpandukan keadaan sekeliling dan kesesuaian pada individu. Sebab itulah nama Tuah diberikan, mewakili orang bertuah dan berani," katanya sambil menambah, IKSEP bercadang menganjurkan seminar antarabangsa mengenai Hang Tuah pada September tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD), Khalid Hussin, berkata pandangan mengenai kewujudan Hang Tuah bukan berpandukan kepada satu sumber semata-mata, sebaliknya ia sejarah Melayu yang paling kuat.


"Terserah kepada sejarawan itu untuk menimbulkan semula polemik yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud kerana beliau sendiri seorang profesor. Namun, perlu diakui ada banyak kajian dan ahli akademik dari Malaysia, Indonesia, Jepun, China, Belanda dan Inggeris yang menyokong kewujudan Hang Tuah," katanya.

Terbukti empayar terhebat

Khalid, 52, yang mendakwa waris ke-12 Hang Tuah, berkata Melaka sudah terbukti antara empayar terhebat di rantau ini suatu ketika dahulu dan ia turut diakui dunia Barat melalui teks sejarah yang me nyebut mengenai kewujudan sultan dan bendahara di Melaka.

"Saya minta sejarawan supaya jangan beri kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat. Usah kita nafikan kehebatan bangsa Melayu," katanya yang turut merancang mengunjungi makam Hang Tuah yang didakwa disemadikan di Palembang, Indonesia, pada Mac tahun depan.

Sumber : BH...
Penulis : Fairuz Zaidan...

HANG TUAH AKHIRI HAYAT DI PALEMBANG...


Penyelidikan terbaru oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Hang Tuah menunjukkan jejak terakhir pahlawan Melayu itu berakhir dl Temasik (kini Singapura) pada tahun 1511 ketika berusia 80 tahun.

Bagaimanapun, pahlawan itu mungkin berpindah ke Riau, Indonesia selepas itu, sebelum mengakhiri hayatnya di Palembang yang disokong dakwaan penduduk yang menemui kuburnya.

Penemuan itu menimbulkan kemungkinan kubur Hang Tuah yang selama ini didakwa di Tanjung Keling, Melaka mungkin hanya makam peringatannya.

Penyelidikan itu mengenal pasti Hang Tuah dilahirkan pada tahun 1431 dan mengesahkan ke wujudannya melalui kajian empirikal yang kali pertama menggunakan sumber dan artifak luar negara, berbanding kajian sebelum ini berasaskan nukilan tempatan seperti Hikayat Hang Tuah.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Dr Hashim Musa yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun berkata, penemuan kubur perlu dibuktikan melalui pengesahan asid deoxyribonucleic (DNA) keluarga Hang Tuah dengan tulang dari kubur berkenaan.

Profesor Emeritus Dr Hashim Musa...

Bukti pernah jejaki Jepun

Kajian turut menemukan bukti Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke Okinawa, Jepun selain kehebatan dan kekuatan Laksamana Melaka itu digeruni beberapa pihak termasuk penakluk dari Portugal, Alfonso de Albuquerque.

"Satu catatan peribadi pelayar itu menyatakan ketika menakluk Melaka tahun 1511, seorang laksamana lelaki berusia 80 tahun dengan reputasi hebat serta berpengetahuan berhijrah ke Singapura selepas kejatuhan Melaka.

"Satu lagi catatan apotekari (ahli perubatan) Portugis yang berada di Melaka ketika itu, Tome Pires menyatakan ketika Siam menyerang Melaka, Sultan Mansur Shah menghantar seorang laksamana dan berjaya menumpaskan 200 tentera Siam secara berseorangan.

"Walaupun catatan itu tidak menyebut nama Hang Tuah, berdasarkan nama Sultan yang memerintah Melaka ketika itu membuktikan pahlawan Melayu itulah yang dimaksudkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran hasil penyelidikannya bersama Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr Rohaidah Kamaruddin melalui buku Hang Tuah : Catatan Okinawa, di sini semalam.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sen Dr Ahmad Zahid Hamidi, sempena hari Anugerah Buku Negara 2015.

Hashim berkata, pihaknya ke Okinawa bulan lalu bagi meneliti dan mengkaji sebilah keris luk sembilan yang ditemui pada tahun 2002 di Kuil Engakuji, dalam daerah itu.

Surat ditulis Hang Tuah

Pasukannya turut menemui dokumen rasmi 19 surat Empayar Ryukyu ' Rekidai Hoan' berkaitan perutusan antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan di bawah jajahan China ketika itu. Tiga surat dalam dokumen berkenaan ditulis sendiri oleh Hang Tuah.

Hang Tuah ke Ryukyu (sekarang Okinawa) selama beberapa minggu bagi pihak Sultan Melaka untuk menjalin hubungan diplomatik selain berniaga. Surat Hang Tuah itu tertulis senarai hadiah yang dibawa bersamanya termasuk keris berluk sembilan.

Generasi ke 12 Hang Tuah, Ismail Mohamed Yaacob, 50, berkata penemuan itu membuktikan sejarah yang dipertikaikan sebelum ini bukanlah dongeng.

"Saya sedia memberikan kerjasama dalam kajian membabitkan Hang Tuah bagi memudah serta mengukuhkan sebarang penemuan baharu," katanya.

Sumber : BH
Penulis : Mohd Hamizar Hamid & Ahmad Suhael Adnan...

Monday, December 14, 2015

AZAB KUBUR MAMPU DIDENGARI BINATANG...

Gambar hiasan...

Saat kembali menghadap Allah SWT adalah waktu yang terindah bagi orang Mukmin, tetapi sebaliknya bagi golongan yang sentiasa melakukan maksiat dan berpaling daripada peringatan Allah SWT. Sesungguhnya pada saat kematian nanti ada antara manusia akan menemui nikmat, namun ramai yang akan diazab.

Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah SAW sering membaca doa: "Ya Allah tolong lindungiku daripada azab kubur, sesungguhnya azab kubur itu menakutkan aku, dan juga daripada azab api neraka."

Ketika Saad bin Mu'adz cedera, Rasulullah SAW meminta seorang wanita untuk merawat dan menjaganya sehingga akhirnya beliau gugur syahid. Malaikat Jibril datang dan memberitahu khabar itu kepada Rasulullah SAW, katanya, "Semalam telah meninggal dunia seorang lelaki dalam kalangan kamu yang menggoncangkan arasy Allah. Gegaran itu kerana cintanya untuk bertemu dengan Allah, malah malaikat turut menangis dengan kewafatannya."

Doa ringankan seksaan

Rasulullah SAW datang ke kuburnya dan menyebut Allahuakbar, kemudian Baginda menyebut Lailahaillah dan seterusnya Baginda melafazkan Subhanallah. Setelah itu Baginda berpaling dan pulang. Hannad berkata, ketika Rasulullah datang ke kubur, sahabat bertanya kepada Baginda: "Ya Rasulullah, kami tidak pernah melihat kamu melakukan begitu sebelum ini. Baginda menjawab: Tadi aku melihat dirinya dihimpit oleh kubur dan diazab, aku berdoa kepada Allah untuk meringankan seksaannya. Sekali dalam hidupnya, dia tidak membersihkan kencingnya. Rasulullah menceritakan bahawa tanah kubur itu menghimpitnya dengan sekali himpitan sehinggakan tulang belulangnya remuk dan tubuhnya menjadi seperti sehelai rambut.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi perkongsiannya dalam slot Mau'izati di IKIM fm yang bersiaran setiap Khamis, jam 5.15 petang, menjelaskan dahsyatnya azab kubur itu sehinggakan ia mampu didengari oleh binatang.

Zaid bin Thabit meriwayatkan, ketika mereka bersama Rasulullah SAW di Bani Najjar, tiba-tiba keldai yang ditunggangi oleh Baginda terhenti. Keldai itu menjadi liar sehingga hampir menjatuhkan Rasulullah SAW. Ternyata terdapat beberapa kubur terletak berhampiran kawasan itu. Hariri berkata, Rasulullah bertanya siapakah yang mengetahui mengenai kubur itu dan bilakah penghuni kubur itu meninggal dunia.

Salah seorang daripada sahabat menyatakan penghuni kubur itu meninggal dunia dalam keadaan musyrik. Lalu Baginda berkata bahawa mereka sedang menghadapi ujian di dalam kubur dan seandainya sahabat yang sedang bersama Rasulullah ketika itu mati dan dikebumikan, nescaya Baginda pasti akan memohon kepada Allah supaya diperdengarkan dan diperlihatkan kepada mereka semua azab kubur yang sedang berlaku ketika itu." (Riwayat Imam Muslim).

Antara faktor lain seseorang itu diazab di dalam kubur kerana memalingkan diri daripada al-Quran dan meninggalkan solat. Ramai yang tidak mengendahkan keadaan dirinya yang tidak dapat membaca al-Quran.

Hadis riwayat Samurah Ibn Jundab, bahawa Rasulullah SAW duduk bersama sahabat pada suatu pagi dan berkata:

"Malam tadi aku bermimpi didatangi oleh dua orang. Kedua-duanya berkata padaku: Mari ikut bersama dengan kami. Lalu aku ikut bersama dan mereka membawa aku keluar ke tanah suci. Kami lantas mendatangi seorang yang sedang berbaring, sementara yang lain berdiri sambil memegang batu besar.

Kemudian dia melepaskan batu yang besar itu di atas kepala orang itu sehingga pecah. Apabila kepalanya pecah, batu itu pun hancur. Kemudian orang yang berdiri itu mengejar lalu mengutip semula batu yang hancur itu. Namun kepala orang yang pecah itu telah kembali seperti sedia kala. Selepas itu aku melihat mereka mengulangi perbuatan yang sama dan aku bertanya kepada orang yang membawaku tadi, mengapa berlaku sedemikian.

Mereka mengajak aku berjalan lagi. Kami mendatangi seorang yang tidur terlentang, sementara mereka yang berdiri sambil membawa besi penggantung anjing. Orang kedua lalu mendatangi salah satu sisi wajah orang yang pertama, dia mengoyak tepi mulutnya hingga ke bahagian tengkuk. Kemudian dia berpindah ke sisi wajah lain, lalu melakukan hal yang sama seperti tadi dan tidak berhenti berbuat demikian sehingga wajah itu kembali seperti asal. Aku bertanya lagi kenapa berlaku sedemikian, tetapi kedua-dua orang itu mengajak lagi aku meneruskan per jalanan.

Rasulullah SAW meneruskan perjalanan sehingga tiba ke suatu tempat yang menyerupai tempat pembakar roti. Di dalamnya kedengaran suara bertempik dan jeritan yang kuat, dan terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan dalam keadaan telanjang, di bawah mereka itu muncul lidah api.

Baginda bertanya lagi siapakah mereka ini, tetapi Rasulullah dibawa lagi meneruskan perjalanan dan kemudian melintasi kawasan sungai merah seperti darah. Di dalamnya terdapat seseorang yang sedang berenang, sementara di tebingnya ada orang yang membawa banyak batu-bata. Apabila orang yang berenang itu menghampiri bahagian tebing sungai, dia akan dilempar dengan batu. Seperti biasa Rasulullah SAW bertanya lagi siapakah mereka ini, namun mereka meneruskan lagi perjalanan. Lalu mereka mendatangi orang yang sangat benci dan takut melihat cermin dan ada api yang membakar di sekelilingnya.

Kemudian perjalanan diteruskan sehinggalah mereka bertemu dengan sebuah taman yang sangat hijau dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis bunga, dan ada seorang yang sangat tinggi sehingga tidak kelihatan bahagian kepalanya. Rasulullah SAW berkata, terdapat beberapa anak kecil di sekelilingnya. Baginda meneruskan lagi perjalanan dan melintasi sebuah taman yang sangat besar dan indah.

Bohong, berzina

Akhirnya apabila Rasulullah bertanya lagi apakah yang dilihatnya di sepanjang perjalanan itu, mereka menjelaskan bahawa merekalah Malaikat  Mikail dan Jibril. Peristiwa pertama yang disaksikan Baginda itu ialah orang yang mengambil al-Quran lalu melemparkannya serta tidak mendirikan solat wajib.

Kejadian mulut dikoyakkan itu ialah mereka yang bercakap bohong. Kemudian mereka yang dibakar itu adalah orang yang berzina ketika hidupnya. Orang yang berenang di dalam sungai seperti darah itu adalah golongan manusia pemakan riba, manakala orang yang benci melihat cermin dan dibakar dengan api adalah mereka yang merancang kejahatan.


Lelaki yang tinggi dalam taman itu adalah Nabi Ibrahim dan anak mengelilinginya adalah anak yang meninggal dalam keadaan yang suci. Ini adalah mereka yang menerima azab dan nikmat sehingga Kiamat nanti seperti yang terdapat dalam gambaran mimpi Rasulullah SAW.

Sumber : BH
Penulis : Fairuz Noordin... 

MERAIH REZEKI DARI LAUT...

Dang Damit dibantu suaminya Jumat menjemur ikan masin 
yang menjadi sumber pendapatan mereka sejak lebih 10 tahun lalu...

Masyarakat Malaysia amat menggemari ikan masin dalam juadah harian, namun ramai tentunya tidak tahu mengenai ikan kicap atau 'manyung berkicap'.

Diperbuat daripada ikan duri atau disebut 'manyung' dalam bahasa tempatan di Sabah, ia adalah makanan unik sama fungsinya sebagai lauk sampingan seperti ikan masin yang dihasilkan penduduk, khususnya wanita di Pulau Tanjung Aru, sebuah perkampungan nelayan terletak kira-kira tiga batu nautika dari bandar Sandakan.

Berpeluang berkunjung ke pulau itu yang bukan saja dikenali kerana produk hasil ikan dan udang, malah sebagai destinasi mengintai kelibat sang monyet serta kelip-kelip.

Banyak jeti disediakan

Selepas 15 minit perjalanan menaiki bot penambang dari jeti berhampiran Pasar Umum Sandakan, bot mula memasuki kawasan kuala dan tidak sampai lima minit, perkampungan atas air yang mempunyai kira-kira 150 rumah didiami lebih 1,200 penduduk mula kelihatan.

Uniknya, di pulau itu yang sebahagian besar didiami etnik Brunei, banyak jeti disediakan iaitu selang empat atau lima rumah bagi memudahkan penduduk menaiki bot dan mengangkut produk serta hasil tangkapan tanpa perlu berjalan jauh, berbanding pulau lain yang cuma ada satu atau dua jeti.

Pemandangan sekitar pulau disajikan dengan bot pukat tunda dan rawai yang berlabuh di jeti sambil dua atau tiga penduduk memukat di tengah kuala, manakala bot kecil nelayan dan bot penambang bersilih ganti memudik ke hulu serta hilir kuala.

Sara keluarga


Di situ, wartawan bertemu Dang Damit Aliusin, 57, seorang daripada tujuh wanita gigih yang menjadikan aktiviti memproses ikan sebagai pekerjaan bagi membantu suami menyara keluarga.

Jauh daripada kesibukan bandar, ibu kepada enam anak berusia 17 hingga 27 tahun itu giat mengerah tulang empat kerat, membakar diri di bawah terik matahari untuk menjemur ikan demi mencari rezeki.


Selepas setengah jam berjemur di pantaran, dia masuk ke rumah menyiang ikan dan keluar semula selang sejam untuk memeriksa keadaan ikan dan memastikan sumber pendapatannya itu tidak diganggu kucing.

Wanita separuh usia itu kelihatan cergas biarpun kulit agak kehitaman mungkin kerana kerap dipanah panas matahari.

Memulakan ceritanya, Dang Damit yang menggunakan nama 'Puan Armah' dalam produk tertera di setiap bungkusan ikan masin dan ikan kicap, berkata beliau memulakan perniagaannya sejak 10 tahun lalu dengan awalnya, cuma berniaga dari rumah seperti wanita lain di pulau itu.

Pelanggan mereka membabitkan rakan dan saudara-mara, selain pelancong yang berkunjung ke perkampungan air itu hampir setiap hari.

Pasaran hingga ke luar negara


Bermodalkan RM2,000 pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Dang Damit memberanikan diri memulakan perniagaan di pasar tani bandar Sandakan dan tamu mingguan bagi penduduk yang diadakan pada setiap Ahad, bermula tahun 2002.

Katanya, ikan kicap iaitu makanan tradisi masyarakat etnik Brunei yang kebanyakan mendiami daerah di pantai barat Sabah, Labuan dan Brunei adalah paling laris dengan peminatnya bukan saja dalam kalangan penduduk tempatan, malah dari Semenanjung yang mahu mencuba makanan istimewa itu.

"Kami membawa 40 hingga 60 bungkus ikan masin dan kicap ke tamu, biasanya habis dijual. Kami juga menjual keropok ikan dan udang yang turut diborong peniaga dari Kota Kinabalu untuk dijual di sana.

"Selain tamu, ada juga pelanggan dari luar yang menempah sehingga 50 bungkus dan minta kami pos. Bukan dari Kota Kinabalu saja, ada dari Semenanjung, Sarawak dan Singapura. Tak mengapa perniagaan kecil, sampai juga ke luar negara.

"Alhamdulillah hasil jualan dapat tampung keluarga dan pendidikan anak-anak. Dua anak makcik masih belajar di universiti, tiga lagi sudah tamat pengajian, ada yang kerja dalam bidang perubatan dan kerja bank. Mujur tak ikut macam kami," katanya sambil memberitahu pendapatan bersihnya kira-kira RM2,000 sebulan.

Tidak harap duit suami


Tambah Dang Damit lagi, untuk mengharapkan gaji suaminya, Jumat Mayasin, 62, sebagai imam kariah, tidak memadai menampung kehidupan dan menghantar anaknya ke menara gading dengan kos barang di pulau yang jauh lebih mahal berbanding di bandar.

Wartawan juga berpeluang melihat bagaimana ikan kicap dihasilkan. Proses bagi menghasilkan ikan kicap sama seperti ikan masin iaitu memerlukan ia dijemur beberapa hari, namun membezakannya cuma ikan masin menggunakan garam, manakala ikan kicap dicampur kicap.

Ikan duri yang sudah dibuang perut dipotong kepada beberapa bahagian untuk mengasingkan isi ikan daripada tulangnya sebelum dicampur kicap pekat manis yang digaul bersama ketumbar sebelum dijemur.

Dang Damit berkata, ikan kicap dijemur antara tiga atau empat hari sehingga isinya kering sebelum boleh dijual, namun makanan itu tidak selalu ada.


"Ikan kicap cuma boleh buat pada musim laut berombak, sebab waktu itu banyak ikan manyung. "Kalau suami tidak turun ke laut sebab tugas, saya beli ikan daripada nelayan atau beli di pasar," katanya sambil menambah akan membeli antara 60 kilogram (kg) hingga 100kg ikan untuk diproses menjadi ikan kicap, ikan masin atau keropok.

Kini selepas lebih 10 tahun berniaga, wanita dan penduduk pulau itu boleh berbangga kerana bukan saja mampu meningkatkan pendapatan, malah membolehkan pulau itu menjadi terkenal sebagai pengeluar produk ikan.

Sebut saja nama pulau itu kepada penduduk setempat, pasti semua mengatakan ikan kicap dan ikan masin datang dari Pulau Tanjung Aru.

----------------------------------------------------------------------------------------------------


Ana Liana Abdullah, 41, ibu kepada tiga anak adalah suri rumah pertama yang terawal berkecimpung dalam perniagaan ikan masin di Pulau Tanjung Aru.

Idea untuk menghasilkan ikan masin timbul apabila melihat banyak ikan berkualiti rendah seperti gelama dan pari kecil ditangkap suaminya menggunakan pukat rawai yang tidak dapat dijual ke pasar.

Dia kemudian mempelajari cara membuat ikan masin daripada keluarganya sebelum suri rumah lain di kampung itu mengikut jejak langkahnya.

"Daripada buang begitu saja, bagus buat ikan masin. Dulu kurang jual ikan masin di bandar. "Jika ada pun kebanyakan diusahakan orang Cina dan mahal sebab daripada ikan jenis berkualiti. Orang berpendapatan rendah mana mampu makan," katanya.


Ana Liana berkata, melihat kepada permintaan penduduk terhadap ikan masin daripada pulau berkenaan memberi peluang kepadanya untuk membuka gerai di pasar mingguan sekitar tahun 2000.

Ada saingan

Katanya, dia mampu meraih pendapatan sekitar RM600 hingga RM800 dalam masa setengah hari menjual ikan masin di tamu ketika itu.

"Sekarang sudah ramai yang proses ikan masin dan buka gerai di tamu, saingannya bertambah. "Pendapatan pun tidak terlalu lumayan macam dulu, tapi syukur masih dapat bantu suami untuk sara kehidupan seharian berbanding hanya bergantung pendapatan hasil tangkapan ikan," katanya.


Ana Liana berkata, ikan masin dari Pulau Tanjung Aru agak diminati terutama golongan pertengahan umur kerana rasanya tidak terlalu masin, berbanding produk ikan masin yang dijual di pasar umum atau pasar raya.


"Kami di sini ambil kira mengenai pelanggan yang ada masalah kesihatan. Kalau terlalu masin, orang ada penyakit darah tinggi tak dapat makan," katanya.

Sumber : BH Famili...
Wartawan : Poliana Ronnie Sidom...

MANGSA BENCANA ALAM TRAUMA TERIMA LAYANAN BURUK...

Wanita terbabit sentiasa ketakutan, perlu sokongan psikologi... 

Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan sesuai digambarkan terhadap golongan wanita yang ditindas dan menerima layanan paling buruk apabila berlakunya bencana alam, iaitu gempa bumi di Nepal, baru-baru ini.

Mereka bukannya dikasihani dan dilindungi, tetapi mendapat layanan paling buruk hingga memberi kesan trauma teruk. Bahkan, pada saat getir itu juga, ramai yang mengambil kesempatan melakukan serangan seksual.

Menurut laporan yang dipetik daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Wanita, saban waktu, golongan wanita ini sentiasa berasa dalam ketakutan dan memerlukan pertolongan.

Justeru, menyedari perkara ini perlu ditangani supaya tidak menjadi bertambah serius, PBB Wanita dan kerajaan Nepal bersama beberapa rakan kongsi lain bergabung tenaga menubuhkan pusat pelbagai guna wanita.



Ia bertujuan untuk menangani trauma dan menyediakan sokongan psikososial kepada wanita yang memerlukan bantuan.

Tidak dapat lena

Antara yang berdepan dengan situasi ini ialah Rajani BK (bukan nama sebenar), 26. Sejak kejadian gempa bumi pada 25 April lalu dengan magnitud 7.8 diikuti pada 12 Mei dengan magnitud 7.3, sekali gus memusnahkan Nepal, gadis ini tidak dapat melelapkan matanya dengan lena.


Rumahnya musnah sama sekali dan beliau tidak berdaya untuk tinggal di dalam khemah sementara yang dibina oleh keluarganya disebabkan rasa takut serangan yang mungkin dilakukan oleh bapanya.

Katanya, jika mereka memiliki sebuah rumah, sekurang-kurangnya beliau tahu di mana untuk menyem bunyikan diri daripada bapanya, tetapi apabila di dalam khemah, beliau langsung tidak berasa selamat.

Cedera flzikal

"Pernah suatu pagi, saya duduk di hadapan rumah dan melihat ayah pulang. Sebaik sampai di rumah, dia terus mencaci ibu yang sedang bersiap sedia untuk ke tempat kerja.

"Ketika itu ayah mabuk dan mula mengugut untuk membunuh ibu. Saya cuba untuk campur tangan tetapi ayah mengheret saya ke dinding dan ketika itu saya rasa seperti akan mati," katanya.

Ini bukan kali pertama BK dicederakan secara fizikal oleh bapanya. Malah, dia langsung tidak dapat mengingati bilakah saat bapanya tidak pernah mencederakannya.

BK tinggal di dalam satu komuniti terpinggir di Dalit yang mana ia mewakili 13 peratus keseluruhan populasi daripada 28 juta penduduk Nepal, menurut bancian pada tahun 2011. Dalit memiliki komuniti paling miskin di dalam negara itu dengan 42 peratus berada di bawah paras kemiskinan. Menurut laporan Setiausaha Agung PBB mengenai kesaksamaan gender dalam bencana alam pada tahun 2014, menggariskan bahawa ancaman kemungkinan rogol dan keganasan seksual semakin meningkat ketika bencana alam.

Jumlah wanita trauma meningkat

Kaunselor Psikilogi Sujata Sharma Poudel (kiri), 
menemubual salah seorang wanita tempatan 
di Pusat Pemulihan Wanita di Nepal... 

Perkara itu turut diakui oleh seorang petugas di sebuah pusat pelbagai guna wanita iaitu Prema Poudel. Ia ditubuhkan oleh Pusat Pemulihan Wanita dan disokong PBB Wanita dengan kerjasama Pejabat Kanak- kanak dan Wanita Kerajaan Nepal di Kabhre.

Ia adalah sebahagian daripada tindakan kemanusiaan terhadap bencana yang dialami, baru-baru ini. Katanya, kebanyakan wanita yang tinggal di dalam khemah tidak selamat dan mudah menjadi sasaran.

Tidak dapat dipastikan jumlah mereka tetapi penggerak sosial dan pemberi maklumat memaklumkan jumlah itu semakin meningkat.


"Oleh itu, pusat ini menyediakan beberapa kelengkapan berguna kepada mereka seperti kit maruah, lampu solar, kaunseling trauma, maldumat, rujukan, menjalankan audit keselamatan wanita dan memudahkan pemulihan awal serta menjalankan aktiviti harian," katanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat penambahan dramatik dalam jumlah keganasan seksual dan domestik terhadap wanita sejak berlakunya kejadian gempa bumi itu.

Kaunselor psikososial daerah, Ashmita Tamang, menegaskan bahawa bilangan kes keganasan rumah tangga dan seksual yang ditanganinya semakin meningkat.


Katanya, penggerak sosial di dalam pusat pelbagai guna wanita sudah menyebarkan maklumat mengenai perkara ini, termasuklah mendapat bantuan daripada surat khabar tempatan terhadap perkhidmatan yang dijalankan itu.

"Ramai wanita datang kepada kami dengan perasaan tertanya-tanya dan juga ingin mendapatkan kit maruah serta dalam masa yang sama, kita bercakap dengan mereka supaya lebih memahami situasi sebenar," katanya.

Kini selepas beberapa tahun didera, BK akhirnya tidak dapat menahannya lagi dan lari dari rumah ke pusat berkenaan di Kabhre yang terletak 50 kilometer dari timur ibu negara Kathmandu.

Sukarelawan menyusun barangan bantuan kit kebersihan diri 
untuk diagihkan kepada mangsa wanita...

Di situ, sukarelawan psikososial, Srijana Pyakurel dan kumpulannya membawa BK ke tempat yang selamat yang dikendalikan oleh Pejabat Kanak-kanak dan Wanita. BK juga dibawa membuat laporan polis mengenai tindakan bapanya supaya dipenjarakan.

Trauma dahsyat

Menurut Pyakurel, BK berdepan situasi trauma yang dahsyat iaitu memiliki perasaan tidak berdaya dan tidak mempunyai tempat tinggal sejak gempa bumi itu. Ia ditambah lagi dengan penderaan yang dilakukan oleh bapanya hampir seumur hidupnya. "Jadi, apabila dia berada di rumah ini, dia berasa selamat," katanya.

Bangkit Kembali

Bagi BK, apa yang memulihkan perasaan trauma dihadapinya ialah apabila dijaga oleh profesional terlatih dalam petolongan psikososial yang membolehkan beliau menceritakan trauma dihadapinya.

Bantu wanita

Kini, BK sudah menjumpai kembali kekuatannya untuk bersuara dan bersikap lebih tegas. Beliau ingin kembali ke kampung halamannya dan membantu wanita menghadapi situasi berkenaan.

"Saya tidak pernah menamatkan pengajian tetapi mahu membantu wanita di kampung saya untuk kuat menentang apa yang berlaku. Saya ingin memberitahu bahawa mereka tidak keseorangan dan bantuan akan sampai apabila mereka benar-benar memerlukan," katanya.

Sumber : BH...
Penulis : Saadiah Ismail...