Thursday, May 12, 2011

POTRET KHAS UNTUK MU AJ.....



Petang tadi ketika aku berkemas-kemas segala fail-fail lama yang dibawa berpindah ke office baru, aku terjumpa satu lukisan yang merupakan potret wajah ku yang dilukis pada tahun 1985. Ketika itu aku sedang menjalankan tugas di office aku di Jalan Gurney , Kuala Lumpur (Sekarang Jalan Semarak). Semasa potret ini dilukis, aku berusia 24 tahun.

Orang yang bertanggungjawab melukis gambar ku ini ialah kawan setugas ku sendiri iaitu YM. Raja Abd. Halim. Beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 1988 setelah mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan di Johor Bharu.

Mengimbau kenangan pada tahun 1985 iaitu kira-kira 26 tahun lalu, penampilanku seperti didalam potret itu ialah seorang yang berbadan kurus, berambut panjang, memakai baju berkotak-kotak dengan lengan panjang yang dilipatkan.

Pada tahun itu, aku bertugas di Cawangan Perjawatan, Ibu Pejabat. Diantara tugas utama aku ialah mengemaskini buku rekod perkhidmatan staf untuk di majukan ke JPA, Bahagian Pencen bagi mendapatkan kelulusan 'Taraf Pekerja Berpencen' selepas seseorang staf itu telah berkhidmat 10 tahun.

Sudah bertahun-tahun aku tidak bertemu dengan sahabatku Raja Abd. Halim ini dan aku yakin bahawa beliau masih lagi belum berumahtangga kerana aku dan kawan-kawan yang lain tidak pernah mendapat sebarang kad jemputan darinya. Mustahil beliau telah melupakan kami kerana persahabatan beliau dengan kami semua adalah seperti adik beradik.

Aku mendoakan semoga YM. Raja Abd. Halim beroleh kesejahteraan, di rahmati Allah, bertemu jodoh, dimurahkan rezeki serta didalam peliharaan Allah swt.

Amin!!! Ya Rabbal Alamin.....



Gambar- Gambar Kenangan Kami
Bersama YM. Raja Abd. Halim.
(Rakaman Pada Dis, 1986)

Dari kiri : Raja Abd. Halim, Sani dan AJ.

Bergambar bersama keluarga Mohd Fauzi Said di Kubang Semang, Penanti.
Berdiri dari kiri : Adik Fauzi, Fauzi, Sani, AJ, Raja Halim, Said (Ayah Fauzi).
Duduk : Ibu Fauzi no. 2 dari kiri serta adik beradik Fauzi.

Berdiri no. 2 dari kiri adalah
Sdra. Muhammudin (Mudin) Hj. Sairi

Bergambar di hadapan rumah Sepupu Fauzi
Dari kiri : Fauzi, AJ, Sani, Raja Halim dan sepupu Fauzi

(Kami kerumahnya kerana hendak bergunting rambut, dia yang gunting)

Fauzi sedang bergunting rambut manakala
Raja Halim (baju putih) dan aku menunggu giliran.

Bergambar ramai di Jambatan Pulau Pinang
sebelum bermandi manda di Batu Feringgi.
Memegang topi merah itu adalah Raja Abd. Halim

Dari Penanti, kami ke Burmese Pool, (Batu Hampar), Taiping
untuk mandi air terjun di kaki Bukit Larut.
Dari kiri : Fauzi, Sani, Raja Halim, AJ dan Mudin

Bersukaria mandi manda di Burmese Pool.
Singlet putih itu adalah Raja Halim manakala
yang seronok sangat kat bawah tu aku leeee... AJ...

Dari kiri : Mudin, Aj dan Sani

Gambar menunjukkan kami sedang mencari sesuatu...
Apa yang kami cari itu adalah rahsia kami berempat...

Gambar ini dirakam di rumah Norimah Rashid yang
berbaju putih didepan pintu (kini Allahyarhamah),
Majlis adalah sempena rumah terbuka Aidilfitri
yang beliau adakan di Taman Sri Ampang.

Berbaju merah tu adalah AJ dan disebelahnya
berbaju hijau tu adalah Raja Halim.


Wednesday, May 11, 2011

AMALAN MEMINUM AIR KENCING


Tidak mudah bagi siapa pun meneguk air kencing. Cecair kotor dari kumbahan badan mereka sendiri. Tapi, percayakah anda bahawa sejarah telah banyak menyaksikan masyarakat dunia sanggup meminum urin buangan mereka?

Bagi yang meminumnya, rasa jijik dan kotor lagi bukan persoalan utama. Semuanya kerana mereka percaya bahawa air hancing itu masih mempunyai banyak kebaikan yang harus dimanfaatkan. Lantaran itu, di India, terapi minum air kencing atau disebut sebagai ‘Sivambu Kalpa’ bukan lagi perkara baru bagi sebahagian penduduk di sana dan amalan ini telah di lakukan sejak 5,000 tahun dahulu.



Menurut sesetengah sumber, bekas Perdana Menteri India, Morarjibhai Desai pernah melakukan hal ini demi menjaga kesihatan badannya. Berdasarkan tulisan pengalaman peribadinya dalam majalah Time pada tahun 1979, mantan pemimpin ini mendedahkan bahawa dia akan meneguk segelas urinnya pada setiap pagi. Amalan ini telah dilakukannya selama 30 tahun, bermula ketika usianya 65 tahun sehinggalah dia berumur 100 tahun.


Seperti India, masyarakat Eropah juga sudah sinonim dengan amalan ini sejak 4,000 tahun lalu. Sekitar 1,700 tahun kemudian, terapi menggelikan ini tersebar luas ke China. 700 tahun selepas itu, terapi urin tersebar pula ke Jepun dan sehingga hari ini kebanyakan masyarakatnya masih mempraktikkan amalan tersebut.


Peliknya, pengamal terapi urin bukan hanya nekad meminumnya, tetapi ada sebahagiannya menggunakan air najis itu sebagai rawatan luaran. Misalnya penduduk di China Selatan, gemar mencuci wajah bayi yang baru lahir dengan air kencing kerana ia diyakini membantu melindungi kulit bayi daripada sebarang alahan atau jangkitan penyakit.


Di Perancis pula, sarung kaki akan direndam dalam tadahan air kencing, lalu diletakkan dalam tadahan air kencing, lalu diletakkan pada leher pesakit bagi melegakan radang tekak. Manakala, di Rom, air buangan itu digunakan sebagai bahan kumur untuk memutihkan gigi dan peluntur baju.


Di Rom, Italy, air kencing
digunakan untuk memutihkan gigi.


Jika dikira secara purata, pada hari ini terdapat seramai lima juta peminum urin di Jerman. Diikuti penduduk China seramai tiga juta dan di Jepun lebih kurang dua juta orang. Beberapa lagi pengamalnya bertebaran di Amerika Syarikat dan Eropah. Sementara itu, di Indonesia pula, walaupun amalan ini dianggap masih baru, tetapi ia sudah heboh diperkatakan dan telah ada yang mempraktikkannya.


Dalam sebuah kes, seorang Pakar Patologi dan Parasitologi dari Fakulti Kedoktoran Universiti Tarumanegara, Jakarta, Dr. Iwan T. Burdiarso pernah menjadikan urin sebagai terapi sakit jantung yang dialaminya. Mengikut kisahnya, pada tahun 1984, Dr. Iwan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung. Menurut doktor yang merawatnya, pintasan itu boleh bertahan selama 10 hingga 15 tahun. Malangnya, baru dua tahun selepas pembedahan, dia mengalami serangan jantung semula dan apa yang lebih buruk, jantungnya membengkak hingga menyebabkan dia sering sesak nafas.


Pada bulan April 1999, salah seorang rakan sejawatnya menyarankan supaya dia meminum air kencing. Sebagai doktor, dia kurang percaya hal-hal yang dianggap mengarut ini. Oleh kerana ingin tahu, dia cuba mencari rujukan ilmiah tentang keberkesanan terapi urin. Setelah membaca buku tulisan John W. Armstrong, berjudul Water of Life, Treatise of Urin Therapy, dia kemudian mendapat keyakinan untuk meneguk air kencingnya sendiri.


Jelas Dr. Iwan, setiap hari dia akan meminum air buangannya lebih kurang satu liter sehari. Selama setahun mengamalkan terapi ini, dia mendapati tekanan darah dan kondisi jantungnya kembali normal.


Sebaliknya, di Malaysia, amalan meminum air kencing bukanlah satu perkara lazim. Jika ditanyakan hal ini pasti tidak ramai mengetahuinya, apatah lagi mengamalkannya sebagai satu rawatan alternative. Pun begitu, jangan terkejut kerana di sebalik itu, rupanya sudah ada bahagian kecil masyarakat kita dalam diam berjinak-jinak dengan amalan ini sejak sekian lama.


Di Kuching, Sarawak, misalnya, seorang lelaki Singoi Jaya, 96, tampil berani dengan mendakwa mendapatkan rawatan dengan meminum air kencingnya sendiri. Kaedah meloyakan tekak ini telah mula dilakukan beliau sejak 50 tahun lalu. Pelik, bagaimana warga lanjut usia ini begitu berani sehingga sanggup menelan urinnya sendiri?


Sanggupkah anda meminum air kencing sendiri untuk sihat?


Jelas Singoi, semuanya bermula selepas dia terjatuh dari atas pokok buah langsat. Oleh kerana dia tidak dapat menahan kesakitan, warga emas ini nekad meminum air kencingnya sendiri dengan harapan boleh sembuh. Apa yang menghairankan, selepas beberapa meminum urinnya sendiri, dia pulih dari kecederaan yang dialami, bahkan boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Ini adalah sebahagian kecil daripada ribuan pengalaman peminum urin. Persoalannya, apakah terapi urin ini memang benar dapat menyembuhkan segala penyakit ataupun ia cuma sekadar kebetulan? Seorang peneliti terapi urin dan pengarah Fujisaki Institute di Hayashibara Biochemical Laboratories, Dr. S. Arai, mengakui malah telah membuktikan bahawa air kencing memang benar dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser dan hepatitis.


Berdasarkan penelitian yang pernah dilakukan sebelum ini, didapati bahawa urin bukan bahan kumbahan semata-mata, tetapi turut mengandungi khasiat tersembunyi seperti mineral, vitamin, enzim, hormone, ammonia, antibody, antigen, alergan, garam dan nutrient lain.


Kesahihannya dalam bidang klinikal bagaimanapun masih diragui oleh pengamal perubatan moden sampai ke hari ini. Apa yang dapat dipastikan, urin adalah cecair kotor yang disingkirkan oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah atau cecair badan menjadi air kencing, seterusnya dikeluarkan melalui uretra atau salur kencing.


Urea adalah toksid yang tidak dikehendaki oleh tubuh. Adalah tidak mendatangkan sebarang kebaikan jika meminumnya semula kerana bahan kotor itu adalah najis buangan badan. Kerana alasan ini, tiada yang berani untuk ditemu bual bagi mendapatkan pengesahan secara saintifik berhubung keberkesanan amalan seperti yang didakwa oleh ramai pihak selama ini.


Dipetik dari majalah Infiniti, Mei, 2010

Tuesday, May 10, 2011

MENGUBUR BABI HUTAN


Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama sahabat yang lain.


“Mengapa engkau menangis anakku?” Tanya Rasulullah s.a.w.


"Ayahku telah meninggal tapi tak seorang pun datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?” Tanya anak itu.


Segeralah Rasulullah s.a.w.memerintahkan Abu Bakar dan Umar supaya menengok jenazah itu.


Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali menemui Rasulullah s.a.w.


Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta kepada sahabat supaya memakamkannya.


Betapa hairan para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan dia berubah kembali menjadi babi hutan.


Melihat kejadian itu Rasulullah s.a.w. menanyakan anak itu apa yang dikerjakan ayahnya selama hidupnya.


“Ayahku tak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu.


Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Dia Akan menjadi babi hutan pada hari kiamat.”

KISAH SEPOTONG ROTI


Ketika memasuki rumah, seorang ibu terpegun melihat seorang gadis kumuh yang datang menghampirinya. Di balik kekumuhan itu tampak sinar kecantikan si gadis yang tersembunyi. Dengan sukacita diterimalah si gadis itu bahkan dikahwinkan dengan anak lelakinya.


Malam pengantin tiba, duduklah dua sejoli itu dipelaminan. Di depannya tersedia aneka santapan dalam majlis makan malam. Dengan tangan kirinya, pengantin wanita mengambil makanan di depannya dan memasukkan ke mulutnya. Melihat kejadian itu, timbullah rasa malu pada suaminya. “Gunakan tangan kananmu agar lebih sopan sedikit,” tuturnya.


Meskipun sudah diperingatkan, pengantin wanita itu tetap saja mengambil makanan dengan menggunakan tangan kirinya. Kerana merasa kesal dan malu, merungutlah pengantin lelaki, “Dasar orang melarat tidak punya kesopanan,” ujarnya. Rupanya pengantin lelaki itu tidak mengetahui bahawa isterinya itu sebenarnya tidak memiliki tangan kanan hingga terpaksa menggunakan tangan kirinya.


Saat itulah terdengar bisikan suara dari sudut pintu. “Keluarkanlah tangan kananmu hai ummat-Ku. Engkau telah menyedekahkan roti kepada-Ku dengan tangan itu. Maka sudah sepantasnya bila aku menggantinya kembali,” Dengan izin Allah s.w.t. saat itu pula terjulurlah tangan kanan pengantin wanita lengkap seperti sediakala. Maka makanlah pengantin wanita itu dengan tangan kanannya menemani pengantin lelaki dalam majlis makan malam itu.


Siapakah gadis manis yang kehilangan tangan kanannya itu? Begini kisahnya. Dia dulu adalah puteri seorang bangsawan yang berada. Parasnya cantik, manis pula budinya. Gadis itu berjiwa mulia dan mengasihi sesamanya.


Pada suatu ketika terjadi musibah kelaparan dan kemiskinan menimpa Bani Israil. Rakyat yang miskin berkelana mencari sesuap nasi dengan jalan meminta-minta, termasuk seorang pengemis yang datang ke rumah gadis itu.


“Berilah aku sedekah sepotong roti tuan puteri,” tutur pengemis itu.


Maka muncullah puteri manis itu sambil membawa sepotong roti di tangan kanannya. Diserahkan roti itu dengan tangan kanannya kepada si pengemis. “Terimalah sedekahku ini,” tuturnya.


Melihat anak gadisnya memberi sepotong roti panas kepada pengemis, ayahnya yang kikir dan bengis itu marah bukan main. Ditamparlah roti itu dari tangan anak gadisnya. Bukan itu saja, tangan yang digunakan untuk menyerahkan sepotong roti itu dipotongnya. “Kau terlalu lancing anakku, dan inilah hukumanmu,” ujarnya.


Zaman pun beredar, dan nasib orang dapat berubah. Bangsawan yang hidup kaya raya itu berubah jatuh miskin. Allah s.w.t. telah merubah nasib bangsawan itu kerana tidak berkeperimanusiaan. Harta kekayaannya habis, hidupnya sengsara sampai bangsawan itu meninggal dalam kemelaratan. Tinggallah anak gadisnya terlantar mengembara sampai tiba di rumah wanita yang kemudian menjadi ibu mentuanya itu.


Allah s.w.t. mengembalikan tangan kanan si gadis yang pernah digunakan untuk bersedekah.

ILYAS BERZIKIR DI TAMAN

Ketika sedang duduk-duduk datanglah malaikat mendatangi Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar maksud itu, Ilyas a.s. menjadi sedih dan menangis.

“Mengapa engkau bersedih?” Tanya malaikat maut.

“Tak tahulah,” jawab Ilyas a.s.

“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” Tanya malaikat.

“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tak dapat lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup dapat terus berzikir memuji Allah,” jawab Ilyas a.s.


Ketika itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas a.s. berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas a.s. ingin hidup semata-mata keranan ingin berzikir kepada Allah. Lain itu tidak. Maka berzikirlah Nabi Ilyas a.s. sepanjang hidupnya.


“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepadaku sampai akhir nanti,” kata Allah.

Monday, May 9, 2011

PANCUNGAN PEDANG ALLAH


Kisah menarik yang dialami Mansur bin Ammar yang sewaktu menjalani ibadah haji tinggal di salah satu kampung di Kota Kufah. Pada suatu malam yang gelap gelita dia pergi untuk satu keperluan. Ketika sedang berjalan sendirian, tiba-tiba dia mendengar suara dari seseorang yang mengadu.


“Ya Ilahi. Demi keagungan-Mu, aku tidak menghendaki perbuatan maksiatku ini untuk menentang-Mu. Kulakukan ini bukan kerana ketololanku, tetapi kerana kesalahanku sendiri. Ada tabir yang terkulai antara aku dan Kau. Aku terlena sehingga tak kusedari aku bergelimang dalam lembah kemaksiatan. Kini aku mendambakan anugerah-Mu, sudilah Engkau menerima alasanku ini. Jika Kau tak menerima alasanku ini dan tak mengampuni, betapa lamanya aku berduka menanggung seksa.”


Setelah suara itu diam, Mansur menyusul dengan bacaan ayat suci al-Qur’an surah al-Tahrim yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya para malaikat yang kasar dan keras, serta tak pernah menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu dikerjakan sesuai dengan perintah-Nya.”


Kemudian Mansur mendengar suara jeritan yang keras dan sesuatu yang bergerak-gerak. Tidak lama kemudian gerakan itu berhenti. Selesai memenuhi hajatnya, Mansur langsung pulang, tetapi keesokan harinya dia mendatangi tempat itu lagi.


Di tempat itu pula tiba-tiba Mansur mendengar suara riuh terlihat banyak manusia barta’ziyah. Di situ terlihat seorang perempuan tua menangis meratapi orang yang meninggal itu. Perempuan tua itu adalah ibunya.


Perempuan itu berkata, “Pasti Allah membalas pembunuh anakku secara baik.” Kemudian dia membaca ayat al-Qur’an tentang seksaan itu. “Anakku waktu itu sedang solat, kemudian jatuh tersungkur hingga mati kerana mendengar ayat bacaan itu.”


Malam harinya, Mansur bermimpi berjumpa orang yang meninggal itu. Dalam mimpinya itu Mansur bertanya, “Apakah yang diperbuat Allah kepadamu?”


Laki-laki itu menjawab, ”Yang diperbuat Allah kepadaku adalah seperti yang diperbuat-Nya terhadap orang yang mati syahid dalam Perang Badar.”


“Mengapa demikian?” Tanya Mansur.


“Kerana mereka mati lantaran pancungan pedang Zat Yang Maha Pengampun.”

BUDAK GIGI RONGAK