Bagi yang meminumnya, rasa jijik dan kotor lagi bukan persoalan utama. Semuanya kerana mereka percaya bahawa air hancing itu masih mempunyai banyak kebaikan yang harus dimanfaatkan. Lantaran itu, di India, terapi minum air kencing atau disebut sebagai ‘Sivambu Kalpa’ bukan lagi perkara baru bagi sebahagian penduduk di sana dan amalan ini telah di lakukan sejak 5,000 tahun dahulu.
Menurut sesetengah sumber, bekas Perdana Menteri India, Morarjibhai Desai pernah melakukan hal ini demi menjaga kesihatan badannya. Berdasarkan tulisan pengalaman peribadinya dalam majalah Time pada tahun 1979, mantan pemimpin ini mendedahkan bahawa dia akan meneguk segelas urinnya pada setiap pagi. Amalan ini telah dilakukannya selama 30 tahun, bermula ketika usianya 65 tahun sehinggalah dia berumur 100 tahun.
Seperti India, masyarakat Eropah juga sudah sinonim dengan amalan ini sejak 4,000 tahun lalu. Sekitar 1,700 tahun kemudian, terapi menggelikan ini tersebar luas ke China. 700 tahun selepas itu, terapi urin tersebar pula ke Jepun dan sehingga hari ini kebanyakan masyarakatnya masih mempraktikkan amalan tersebut.
Peliknya, pengamal terapi urin bukan hanya nekad meminumnya, tetapi ada sebahagiannya menggunakan air najis itu sebagai rawatan luaran. Misalnya penduduk di China Selatan, gemar mencuci wajah bayi yang baru lahir dengan air kencing kerana ia diyakini membantu melindungi kulit bayi daripada sebarang alahan atau jangkitan penyakit.
Di Perancis pula, sarung kaki akan direndam dalam tadahan air kencing, lalu diletakkan dalam tadahan air kencing, lalu diletakkan pada leher pesakit bagi melegakan radang tekak. Manakala, di Rom, air buangan itu digunakan sebagai bahan kumur untuk memutihkan gigi dan peluntur baju.
Jika dikira secara purata, pada hari ini terdapat seramai lima juta peminum urin di Jerman. Diikuti penduduk China seramai tiga juta dan di Jepun lebih kurang dua juta orang. Beberapa lagi pengamalnya bertebaran di Amerika Syarikat dan Eropah. Sementara itu, di Indonesia pula, walaupun amalan ini dianggap masih baru, tetapi ia sudah heboh diperkatakan dan telah ada yang mempraktikkannya.
Dalam sebuah kes, seorang Pakar Patologi dan Parasitologi dari Fakulti Kedoktoran Universiti Tarumanegara, Jakarta, Dr. Iwan T. Burdiarso pernah menjadikan urin sebagai terapi sakit jantung yang dialaminya. Mengikut kisahnya, pada tahun 1984, Dr. Iwan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung. Menurut doktor yang merawatnya, pintasan itu boleh bertahan selama 10 hingga 15 tahun. Malangnya, baru dua tahun selepas pembedahan, dia mengalami serangan jantung semula dan apa yang lebih buruk, jantungnya membengkak hingga menyebabkan dia sering sesak nafas.
Pada bulan April 1999, salah seorang rakan sejawatnya menyarankan supaya dia meminum air kencing. Sebagai doktor, dia kurang percaya hal-hal yang dianggap mengarut ini. Oleh kerana ingin tahu, dia cuba mencari rujukan ilmiah tentang keberkesanan terapi urin. Setelah membaca buku tulisan John W. Armstrong, berjudul Water of Life, Treatise of Urin Therapy, dia kemudian mendapat keyakinan untuk meneguk air kencingnya sendiri.
Jelas Dr. Iwan, setiap hari dia akan meminum air buangannya lebih kurang satu liter sehari. Selama setahun mengamalkan terapi ini, dia mendapati tekanan darah dan kondisi jantungnya kembali normal.
Sebaliknya, di Malaysia, amalan meminum air kencing bukanlah satu perkara lazim. Jika ditanyakan hal ini pasti tidak ramai mengetahuinya, apatah lagi mengamalkannya sebagai satu rawatan alternative. Pun begitu, jangan terkejut kerana di sebalik itu, rupanya sudah ada bahagian kecil masyarakat kita dalam diam berjinak-jinak dengan amalan ini sejak sekian lama.
Di Kuching, Sarawak, misalnya, seorang lelaki Singoi Jaya, 96, tampil berani dengan mendakwa mendapatkan rawatan dengan meminum air kencingnya sendiri. Kaedah meloyakan tekak ini telah mula dilakukan beliau sejak 50 tahun lalu. Pelik, bagaimana warga lanjut usia ini begitu berani sehingga sanggup menelan urinnya sendiri?
Sanggupkah anda meminum air kencing sendiri untuk sihat?
Jelas Singoi, semuanya bermula selepas dia terjatuh dari atas pokok buah langsat. Oleh kerana dia tidak dapat menahan kesakitan, warga emas ini nekad meminum air kencingnya sendiri dengan harapan boleh sembuh. Apa yang menghairankan, selepas beberapa meminum urinnya sendiri, dia pulih dari kecederaan yang dialami, bahkan boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Ini adalah sebahagian kecil daripada ribuan pengalaman peminum urin. Persoalannya, apakah terapi urin ini memang benar dapat menyembuhkan segala penyakit ataupun ia cuma sekadar kebetulan? Seorang peneliti terapi urin dan pengarah Fujisaki Institute di Hayashibara Biochemical Laboratories, Dr. S. Arai, mengakui malah telah membuktikan bahawa air kencing memang benar dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser dan hepatitis.
Berdasarkan penelitian yang pernah dilakukan sebelum ini, didapati bahawa urin bukan bahan kumbahan semata-mata, tetapi turut mengandungi khasiat tersembunyi seperti mineral, vitamin, enzim, hormone, ammonia, antibody, antigen, alergan, garam dan nutrient lain.
Kesahihannya dalam bidang klinikal bagaimanapun masih diragui oleh pengamal perubatan moden sampai ke hari ini. Apa yang dapat dipastikan, urin adalah cecair kotor yang disingkirkan oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah atau cecair badan menjadi air kencing, seterusnya dikeluarkan melalui uretra atau salur kencing.
Urea adalah toksid yang tidak dikehendaki oleh tubuh. Adalah tidak mendatangkan sebarang kebaikan jika meminumnya semula kerana bahan kotor itu adalah najis buangan badan. Kerana alasan ini, tiada yang berani untuk ditemu bual bagi mendapatkan pengesahan secara saintifik berhubung keberkesanan amalan seperti yang didakwa oleh ramai pihak selama ini.
Dipetik dari majalah Infiniti, Mei, 2010
No comments:
Post a Comment