Seorang lelaki ketika sedang melakukan ibadat wuquf di Padang Arafah di tangannya tergenggam tujuh ketul batu sebagai kesaksian terhadap Allah dan Rasul-Nya.
Sebelum tidur, lelaki itu mengucap kalimah syahadat. Suatu malam ketika sedang tidur, dia bermimpi seakan-akan hari qiamat telah tiba. Di sana dia dihisab dan dijatuhi hukuman masuk neraka. Lalu diiringkan malaikat menuju ke neraka.
Tiba di neraka, malaikat di bahagian azab, cuba mencampakkannya tetapi gagal. Ini kerana di tangannya ada seketul batu yang pernah dibawa semasa melakukan wukuf.
Kemudian malaikat mengiringinya ke pintu neraka kedua. Pun di sini malaikat gagal melemparkan lelaki itu ke neraka. Batu yang tergenggam di tangannya menjadi penghalang. Begitulah seterusnya sehingga genap tujuh pintu neraka.
Akhirnya malaikat membawa lelaki itu ke bawah Arasy. Malaikat itu melaporkan kepada Allah. “Ya Allah! Kami tidak berdaya melemparkan hamba-Mu yang seorang ini ke neraka. Tentunya Engkau lebih tahu akan urusan hamba-Mu ini.”
Allah s.w.t. berfirman kepada lelaki itu, “Hai hamba-Ku! Batu-batu yang kau gunakan untuk beraksi dengan kalimah syahadat sewaktu engkau menjalankan ibadah wukuf itulah yang menolongmu. Ia tidak mensia-siakan hakmu? Aku juga menyaksikan syahadat itu. Malaikat! Bawalah hamba ini ke dalam syurga.”
Ketika malaikat membawa lelaki itu ke syurga, pintunya sedang tertutup. Lalu datanglah persaksian laa ilaaha illallaah. Lantas pintu syurga itu terbuka dan masuklah lelaki itu ke dalamnya.
No comments:
Post a Comment