Saturday, February 6, 2010

TIADA DAN BUKAN TANDINGAN DARI DUA PERSEPSI

Lee Chong Wei tiada tandingan apabila mudah melangkah ke separuh akhir GP Kebangsaan. Beliau terus memburu satu lagi pencapaian terhebat dalam sejarah badminton tempatan.

Pada pandangan aku bahawa Lee Chong Wei yang menjadi juara terbuka Denmark dan terbuka Malaysia baru-baru ini belum boleh dibanggakan pencapaiannya kerana lawan sebenar beliau iaitu Lin Dan, pemain handalan China tidak menyertai kedua-dua kejohanan tersebut.

Lawan beliau di pertandingan akhir Terbuka Denmark ialah pemain handalan tuan rumah iaitu Peter Gade yang tidak berapa menyerlah dan kerap menjadi naib juara atau terkandas di pusingan suku akhir lagi, tambahan pula beliau dikategorikan sebagai pemain veteran Denmark dan telahpun berusia.

Berbanding Bonsak Ponsana seorang pemain handalan Thailand yang bertemu Lee Chong Wei di perlawanan akhir terbuka Malaysia. Pada set pertama Bonsak bermain agresif dan banyak melakukan pukulan smash yang kencang. Chong Wei ternyata tidak dapat membalas banyak pukulan smash tersebut dan beliau hampir tewas kepada Bonsak dan hanya menang dengan kedudukan 21-20 . Walaubagaimana pun entah apa yang terjadi pada Bonsak selepas itu tidak di ketahui kerana pada set kedua ia terus tidak melawan dan hilang rentak dan tewas mudah kepada Chong Wei.

Begitulah tahap pemain Malaysia apabila bertemu lawan mereka. Ternyata mereka suka dan gemar bermain rally kononnya untuk meletihkan pemain lawan dan jika pemain lawan pula terikut rentak mereka maka mudah lah mereka menjinakkannya. Jika pemain lawan bermain secara agresif dan melakukan banyak pukulan smash dari setiap sudut maka kecundanglah mereka. Sebab itu Lee Chong Wei jarang sangat dapat mengalahkan Lin Dan kerana corak permainannya yang lebih kepada menyerang dengan pukulan smash yang kencang.

Teringat pula aku pada Rashid Sidek di era kegemilangannya pada tahun 1980an dahulu. Ia boleh dikatakan banyak memenangi kejohanan dalam Negara sahaja sehingga di gelar jaguh kampung oleh pemain-pemain Indonesia.

Banyak pemain boleh dikalahkannya seperti Ardy Wiranata, Alan Budi Kusuma dan beberapa pemain lain kerana corak permainan mereka hampir sama dengannya..tetapi apabila ia bertemu dengan seorang lagi pemain handalan Indonesia iaitu Heryanto Arby maka Rashid jarang dapat mengalahkannya kerana corak permainan beliau yang agresif dan banyak melakukan pukulan smash.

Jadi kesimpulan yang boleh aku buat disini ialah jika setiap pemain lawan ingin menang apabila bertemu pemain Malaysia maka mereka hendaklah melakukan banyak pukulan smash walaupun pukulan smash tersebut dibuat dari baseline sekalipun pemain Malaysia tidak berupaya untuk membalasnya.

India bukan tandingan kita apabila menang mudah 3 - 0 keatas Malaysia dalam kejohanan tenis wanita Piala Fed, Kumpulan 2 Zon Asia/Ocenia di Kompleks Tenis Negara, Jalan Duta semalam.

Pemain handalan India iaitu Sania Mirza pula terlalu hebat buat pemain No. 1 Malaysia iaitu Jawairiah Nordin apabila menang mudah 6-1 dan 6-0.

Begitulah berita berwarna warni yang dilapurkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada hari ini 6 Februari 2010 dengan tajuk yang hampir sama iaitu seorang tiada tandingan dan sorang lagi bukan tandingan.

No comments:

Post a Comment