Sunday, March 27, 2011

MASUK NERAKA

Petang tadi aku pegi pasaraya Giant kat rumah aku ni....hajat nak beli cuka epal (epal cider), sebab aku nak amalkan minum cuka epal dengan madu lebah asli bagi membuang toksid dalam badan. Kata kawan-kawan ia sangat berkesan.

Sebelum ni madu lebah, aku suka cicah dengan roti jer...

Sekarang ni kawan-kawan aku banyak minum madu lebah asli dicampur dengan cuka epal sebab kat ofis ni ada sorang kakak tu dia boleh tolong dapatkan yang asli dari seorang penjual kat Ulu Langat.

Aku mula tu tak lah percaya sangat yang madu tu asli sebab aku ni dari zaman remaja lagi memang suka minum madu lebah, tapi susah nak dapat yang asli, kalau dapatpun yang jenis madu lebah yang dibela. Kebanyakan yang aku beli dahpun dicampur dengan gula. Dulu bolehlah minum walau dicampur dengan gula sebab waktu tu muda lagi, sekarang ni kalau minum juga silap haribulan boleh dapat kencing manis.

Madu lebah asli yang aku beli kat opis tu bila balik rumah, aku tuang sikit dalam bekas plastik dan letak dalam peti ais (tempat beku). Kata orang, kalau nak tau madu tu ori ke tak , letak dalam peti ais bahagian beku, kalau ia tetap cair maka ori lah tu, tapi kalau membeku maka sahlah ia tak ori.

Selepas tiga hari aku simpan dalam peti ais bahagian beku tu, lalu aku keluarkan dan ternyata madu lebah itu tidak beku dan ianya tetap cair seperti sediakala.

Satu hari kakak ipar aku beritahu sekarang ni dia tak berapa sihat, aku lalu mengesyurkan dia supaya meminum madu lebah dengan cuka epal tu. Aku pun bagi la madu lebah dan cuka epal yang aku baru beli dan baru minum 3 hari tu pada dia.

Esok aku order satu botol lagi madu lebah asli, tapi cuka epal ,kakak yang jual tu suruh beli sendiri, katanya hanya ada dijual di pasaraya Giant dan Tesco saja.

Berbalik pada cerita asal tadi. Setelah aku pergi ke Giant, aku pun carilah cuka epal yang macam mula-mula aku minum tu seperti gambar bawah ni.


Selepas aku jumpa botol cuka epal diraknya maka pun membeleknya dan setelah puas membelek-belek dibotolnya, aku tidakpun berjumpa dengan logo halal dibotol tersebut sedangkan dilain-lain botol yang ada dirak kat situ semuanya ada logo halal seperti gambar bawah.

Aku pun panggil satu salesgirl berbangsa India yang kebetulan ada kat situ.

Aku : "Apa pasal lain-lain botol ada logo halal tapi ini botol tadak tulis itu logo."
Salesgirl India: "Tak tau la apa pasal tadak tulis" tapi yang tadak halal semua taruh lain tempat, sini tempat semua halal punya."
Aku: "U tau ka, Islam punya orang tak boleh minum kalau tadak logo halal."
Salesgirl India: Ya ka?, itu macam ka. saya tadak tau la"
Aku: "Saya arr.. kalau minum ini air kalau tadak logo halal, dosa tau, nanti masuk neraka." Saya manyak takut masuk neraka."
Salesgirl India: Ayo yo, u tak mau masuk neraka ka? u takut ka?"
Aku: Aik, ya la masuk neraka manyak sakit la, itu api bakar la, U tarak takut ka itu api bakar"
Salesgirl: Takut juga, saya pun tak mau masuk neraka jugak, takut sama itu api."
Aku: Dalam hati....Tau pun takut...
Aku: "Habis apa mau bikin sekarang."
Salesgirl: "Habis apamau cakap, jangan beli la"
Aku: "Ini botol jangan taruh sini la, taruh lain tempat."

Kebetulan datang pula satu salesman Melayu lalu salesgirl India tu cakap.

Salesgirl India: "Ini abang cakap dia manyak takut masuk neraka la," sambil ketawa, macam ni bunyinya, kah..kah..kah...kah...

Tapi salesman Melayu tu langsung tiada respon dan berkata bahawa epal cider tu memang tak ada logo halal.

Aku pun tak jadi beli dan terus berlalu.

Moral dari cerita ini ialah:-

  • Umat Islam hendaklah berhati-hati apabila hendak membeli sesuatu produk
  • Setiap barang yang hendak dibeli mestilah ada logo halal
  • Logo halal yang tertera mestilah bukan logo tiruan (kalau tau la)
  • JAKIM hendaklah sentiasa memantau barang-barang makanan dan minuman yang dijual dipasaraya dengan memastikan ianya diletak ditempat yang betul (halal ditempatnya dan tak halal juga ditempatnya.)
  • Makanan yang haram menjadikan hati kita gelap dan susah mendapat hidayah

No comments:

Post a Comment