Saturday, November 17, 2012

AMAL YANG SOLEH MENJAMIN SYURGA...

Dalam sirah Nabi s.a.w. banyak kisah-kisah dan pengajaran yang boleh diambil tentang sifat-sifat dan amalan yang boleh membuatkan seseorang itu masuk syurga walaupun pada asalnya beliau seorang yang hidupnya bergelumang dengan maksiat manakala terdapat pula kisah-kisah mereka yang pada mula hidupnya berjuang untuk Islam dan banyak melakukan amal ibadat tetapi akhirnya terjerumus kedalam neraka Allah.    

Sebagai contohnya, dibawah ini dibawakan dua kisah tentang sahabat Nabi s.a.w. yang menerima nasib seperti yang diterangkan diatas.

Menerusi kisah kematian Qazman seperti yang diceritakan bahawa beliau seorang lelaki yang berjuang bertujuan untuk mendapat jolokan dan pujian sebagai seorang pejuang dimata Rasulullah s.a.w. kerana ramai musuh Islam yang menyerang Madinah berjaya dibunuhnya.

Walaubagaimanapun Nabi s.a.w. agak keberatan menyebut kematiannya sebagai seorang syuhada kerana dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah s.w.t.

Kenyataan Nabi s.a.w. itu di sokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimilikinya kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud.   

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a. yang memeluk Islam agak lambat, walaubagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketulusannya beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Usayrim ialah ahli Syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air ditempat yang amat payah menemuinya sedangkan Usayrim r.a. ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya lantas menyertai Nabi s.a.w. walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.

No comments:

Post a Comment