Friday, November 9, 2012

LAWATAN KERJA KE WILAYAH JOHOR...

Hari ini hari Khamis 8 November 2012. Ini bermakna sudah 4 hari aku berada di bumi Johor bermula 5 November lalu kerana melakukan tugas-tugas lawatan ke Pejabat Kawasan dan ladangnya bagi melupuskan harta-harta syarikat yang sudah tidak ekonomik untuk digunakan lagi. 

Daerah yang dilawat ialah Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bharu. Ketika artikel ini di buat, aku berada di Daerah Kota Tinggi sedang bersarapan pagi di cafe hotel sebelum meneruskan tugas di Kawasan Simpang Rengam dan selepas itu akan menuju ke Johor Bharu pada petang nanti untuk tugas seterusnya...

Harta-harta yang akan dilupuskan ialah rumah-rumah kakitangan yang banyak mengalami kerosakan akibat reput dimakan anai-anai, kebocoran dan sebagainya. Jika dibiarkan, ia boleh membahayakan kepada penghuninya. Oleh kerana kos pembaikan yang tinggi tambahan pula rumah-rumah tersebut telah berusia lebih dari 30 tahun maka adalah lebih baik ianya dilupuskan sahaja. Sebagai gantinya, unit-unit rumah batu ala-ala banglo akan dibina dan akan diseragamkan di semua Wilayah bagi menggambar serta menaikkan imej syarikat sebagai sebuah syarikat korporat yang berjaya.

Turut akan dilupuskan ialah kenderaan-kenderaan ladang seperti Traktor, Pajero, Pick up, Kubota, Rocky, Jimny dan sebagainya dan ianya akan dijual sebagai besi buruk. Setakat ini sudah terdapat ramai orang yang berminat untuk membelinya. 

Sebagai beberapa contoh, dibawah ini disertakan gambar-gambar rumah dan kenderaan yang akan dilupuskan. Kesemua kenderaan telahpun diganti baru manakala pembinaan rumah sedang dijalankan. Program yang dibuat ini adalah untuk keselesaan staf  yang berkhidmat diladang dan mereka-mereka ini dikategorikan sebagai Pegawai dan staf  yang berjawatan penting..       

Rumah Pengurus yang nampak cantik dari luar tetapi
keadaan sebenar didalamnya seperti gambar dibawah...

Keadaan tingkapnya yang sudah reput dimakan anai-anai...

Lantai ruang dapur rosak teruk dimakan anai-anai...

Lantai bilik juga habis dimakan anai-anai...

Sebuah rumah yang sudah dikosongkan
 oleh staf untuk dilupuskan....

 Rumah yang lama terbiar akan mengundang kepada
membiaknya binatang liar seperti ular, tikus dan sebagainya...

Semasa rumah ini masih dihuni dahulu, pokok-pokok bunga ditanam
bagi menghiasi halaman rumahnya untuk menambahkan
seri dipersekitarannya  ...  

 Quarters staf yang dibina dari papan sekitar tahun 1980an
tidak lagi sesuai dan akan digantikan dengan
 rumah banglo  untuk Pengurus Kawasan
dan Semi D untuk Pengurus Projek...

Sebuah rumah yang rosak teruk dimakan usia...

Tangga rumah sudah reput dan
membahayakan penghuninya jika terus didiami... 

Keadaan tangga yang patah...

Jenis-jenis kerosakan bagi rumah-rumah yang dibina dari kayu...

Dinding yang dah terkopak....

Tiles dibilik air habis semua lekang....

  Reput dibingkai tingkap akibat dimakan anai-anai...   

Salah sebuah tapak rumah baru yang sudah dikenalpasti...

 Rumah Pengurus sedang dalam pembinaan
 bagi menggantikan rumah yang telah reput ...

 
  


 
 Rumah yang sudah hampir siap dibina...

Rumah Pengurus Kawasan tersergam indah...

 
 Pandangan dari sisi tepi...
 
 Rumah Semi D untuk Pengurus projek...

Rumah Pengurus yang sudah diduduki...

Garaj dibina dihadapan rumah
untuk dua buah kereta...

Gambar diambil dari jauh untuk memberikan
pandangan tentang kedudukan rumah
secara keseluruhan serta persekitarannya...

 
 Rumah staf yang dijaga cantik oleh penghuninya...
"Kalau abang nak rumah banglo, janganlah jaga cantik sangat,
kalau cantik, lambat lagi la abang nak dapat rumah banglo 
Cakap dengan akak tu jangan rajin sangat." 
Itu la nasihat dari seorang 'punah sihat' yang
menganggotai Jawatankuasa Pelupusan...

 
 Salah sebuah lagi rumah yang cantik dan masih dihuni...
"Silap, aku jaga rumah ni cantik, kalau tidak,
dah lama aku dapat rumah banglo."

KENDERAAN LADANG
 YANG AKAN DILUPUSKAN 

Traktor yang akan dijual sebagai besi buruk....


Skid Tank yang akan turut dilupuskan...
 
Sebuah Rocky akan dilupuskan...

Keadaan didalamnya yang sudah reput...



Pajero yang sudah lama terbiar....

Bodi pun dah reput tapi masih ada harga 
kepada pembeli barang lusuh...



 Sebuah Kubota yang akan dilupuskan...

 Walaupun nampak masih elok tapi alat ganti susah diperolehi...

Sebuah traktor tahun 1979 yang banyak berjasa dan telah
digunakan selama 32 tahun dan sekarang akan dilupuskan...

Team pelupusan sudah selesai menjalankan tugas pada hari ini
dan berehat sebentar dihadapan Pejabat Kawasan yang
berlatarbelakangkan Sungai Layau.... 

 Lepas ni Pengurus Kawasan nak bawa kami minum petang dan
makan roti canai di warung yang diusahakan oleh seorang Orang Asli....
"Baju merah di tengah tu dah kemaruk sangat dah.
Biasanya dia pekena dikedai mamak je,
tapi kali ni di warung Orang Asli..."
"Jangan jealousssssssee....he...he...he..."

 Team Pelupusan..
Dari kiri depan : Faris, Shidee, AJ
Dari Kiri Belakang : Kamarol, Faizol, Alias dan Raslan...

2 comments:

  1. Penempatan & kebajikan Staf yang berkhidmat di kawasan perlu di beri perhatian lebih memandangkan sumber pendapatan FB datang dari kawasan. Pembinaan rumah2 baru kepada staf terlibat merupakan suatu Anjakan Paradigma yang amat membanggakan.

    ReplyDelete
  2. Motivasi staf harus dijaga kerana melalui cara ini sahajalah penghasilan ladang dapat dipertingkatkan. Lihat sahajalah perubahan lanskap Felda Trolak yang berubah dari lama ke baru sebagai contoh perbandingan (Harun - MIS).

    ReplyDelete