Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas! kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda dan seterusnya menjadi dosa besar. Pertukaran ini berlaku apabila:
- Melakukan Sesuatu Dosa Secara Berulang-Ulang dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun ia sedikit.
- Sesuatu Dosa Itu Dianggap Perkara Remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.
- Timbul Rasa Bangga Kerana Dapat Melakukan Dosa Tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk dari Allah.
- Tertipu Dengan Nikmat Yang Allah Kurniakan. Inilah Istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.
- Tidak Segan-Segan Memberitahu Orang Lain Akan Dosa Yang DiLakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia bahkan di hadapan Allah.
- Dosa Yang Dilakukan Oleh Seorang Ulama Atau Tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.
No comments:
Post a Comment