Bagi memantapkan lagi prestasi ladang serta penghasilan dalam membantu para peserta menambah pendapatan bagi menaik taraf hidup mereka, Syarikat perlu mencari kaedah terbaik bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut.
Setakat ini ladang yang diuruskan masih berada ditahap yang membanggakan, walaubagaimanapun pegawai-pegawai ladang perlu diberi kursus seiring dengan arus kemodenan dalam pengurusan ladang dengan penggunaan peralatan canggih dan mekanisasi serta penemuan kaedah-kaedah baru dari masa kesemasa.
Walaupun sudah banyak kursus yang diberi tetapi sekali sekali praktikal harus dilakukan bermula dari asasnya hinggalah ketahap masa kini.
Berdasarkan kepada itu, maka Bahagian Inspektorat, Ibu Pejabat FELCRA Berhad telah mengenalpasti beberapa Pengurus dan Eksekutif yang berpotensi untuk diketengahkan dalam menguruskan ladang supaya apa yang dihasratkan dapat dicapai setelah mereka-mereka ini mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kursus yang di adakan khas untuk mereka.
Gabungan Pengurus Kawasan yang berpengalaman serta Eksekutif ladang yang masih hijau telah dihantar ke Pusat Latihan FELCRA Berhad Seberang Perak untuk menjalani kursus Kompentensi dan Latih Tubi Asas Perladangan selama 3 hari bermula 26 hingga 28 November 2012. Ladang yang dipilih untuk kerja-kerja latihan ialah di Seberang Perak 14 dan 15 yang akan dipimpin oleh Jurulatih Syarikat yang berpengalaman serta Pensyarah luar.
Bagi mengendalikan kursus ini supaya berjalan lancar, 3 orang pegawai dari Bahagian Inspektorat telah dilantik sebagai fasalitator sepanjang kursus ini berlangsung. Mereka-mereka itu ialah En. Roslan Mat, Rafia Olhusni Hj. Ghazali dan aku sendiri.
Tn. Haji Saifuddin b. Hj. Omar, Pengurus Kanan Penghasilan dan En. Idris b. Lasim, Pengurus Kanan Pembangunan Ladang telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelatih-pelatih samada dibilik latihan dan juga diladang untuk praktikal.
Adalah diharapkan dengan pengetahuan yang diperolehi nanti, para pelatih dapat menguruskan ladang dengan baik dan sekaligus menaikkan nama Syarikat setanding dengan Syarikat Perladangan terkenal yang lain. seperti Sime Darby, Golden Hope, IOI, TH Plantation dan sebagainya.
En. Roslan Mat selaku ketua fasalitator sedang
menyampaikan ucapan alu-aluan kepada peserta kursus
Kursus dibahagi kepada dua, Satu Kursus Kompentensi (26 orang)
dan satu lagi Kursus Latih Tubi dan Asas Perladangan (23 orang)
Pengagihan vest untuk dipakai oleh peserta kursus kompentensi...
Peserta kursus Kompentensi tekun mendengar taklimat...
Roll Call untuk peserta kursus Latih Tubi
dan Asas Perladangan bermula jam 6.30 pagi...
Taklimat disampaikan oleh Tn. Hj. Saifuddin,
selaku tenaga pengajar
selaku tenaga pengajar
Ladang Seberang Perak 14 akan dijadikan
tempat latihan kerja-kerja meracun...
Roll Call untuk buruh ladang Peringkat 14 terdiri dari
tiga bangsa iaitu, buruh tempatan, Indonesia dan Bangladesh...
Buruh Bangladesh...
Buruh Indonesia...
Taklimat kepada buruh disampaikan oleh
En. Azman Tasrip, Pengurus Kawasan Sbg. Pk 14...
Dua orang student Uitm Kuala Pilah yang sedang
menjalani latihan turut dilibatkan semasa praktikal di ladang...
Depan: En. Omar Ramli (Kedah) dan En. Latit AK Bolik (Sarawak)
adalah peserta kursus Latih Tubi dan Asas Ladang...
Kiri: Che Zahari (PK. Sg. Ling), En. Ishak Ayob (PK. Cheka)
dan En. Zulkapli Zakaria (PK. Sg. Semberong)...
Projek Tanam Semiula
Che Zahari dan En. Ishak Ayob...
En. Fakaruddin (baju merah) Eksekutif Ladang
Bahagian Audit Dalam, Ibu Pejabat
bersama pelatih yang lain.
En. Malik Mohamad (kiri) PK. Sg. Choh bersama rakan pelatih...
Dari Kiri: Pengurus Ladang Pkt. 14,
En. Latit AK Bolik dan Zahari Kama...
"Sebelum latihan bermula apa kata kita sarapan dulu"
mungkin itu lah yang diperkatakan oleh pelatih baju jalur...
En. Azman Hussin (duduk) adalah Pengurus Kawasan yang ditempatkan
bertugas di Pejabat Timbalan Pengurus Besar Wilayah Seberang Perak.
Beliau akan mengiringi peserta sepanjang latihan di ladang ...
Stor racun...
Peralatan meracun telah tersedia untuk digunakan semasa latihan...
Stor baja...
Traktor milik Kawasan Sbg. Perak 14...
Ketibaan En. Mutalib Tais, Timbalan Pengurus Besar
Wilayah Seberang Perak disambut oleh pelatih....
En. Mutalib Tais dan pelatih yang lain
sedang mengambil sarapan pagi...
***************************************************
HARI KEDUA : 27/11/2012
LATIHAN MERACUN
LATIHAN MERACUN
DI FELCRA BHD. KAWASAN SEBERANG PERAK 14
En. Azman Tasrip (PK. Sbg. Pk 14) menunjukkan
cara-cara memakai baju untuk praktikal meracun...
Para pelatih bersama peralatan yang dibekalkan...
Peralatan mercaun...
Para Pelatih telahpun tiba diladang untuk
kerja-kerja latihan meracun yang akan dilakukan sebentar lagi...
Tn. Hj. Saifuddin memberikan sedikit taklimat
tentang kerja-kerja meracun...
Cara-cara membancuh racun sedang
ditunjukkan oleh Pengurus Ladang Sbg. Pk. 14....
Biji lerai yang tidak dikutip....
Latihan meracun telah bermula....
Selama ini kerja-kerja begini dilakukan oleh
Tenaga Kerja Asing (TKA) tapi pada hari ini
Pengurus Kawasan dan Eksekutif Ladang
yang akan melakukannya sendiri...
Air bancuhan racun diambil dari parit yang terdapat di ladang...
AJ bersama para pelatih...
**************************************************
HARI KETIGA : 28/11/2012
LATIHAN MEMBAJA
LATIHAN MEMBAJA
DI FELCRA BHD. SEBERANG PERAK 15...
Penyediaan peralatan membaja...
Taklimat disampaikan oleh Tn. Hj. Saifuddin Hj. Omar...
Tunjuk ajar cara-cara menimbang dan
menyukat baja supaya bancuhan seimbang...
Taklimat pembajaan turut di beri oleh En. Idris Lasim,
Pengurus Kanan Pembangunan Ladang
Kenderaan Hilux menuju ke ladang Sbg Perak 15 untuk latihan...
Para pelatih telahpun tiba di Ladang Pkt. 15 untuk memulakan
latihan membaja sebentar lagi. Sementara itu 3 orang wanita
Student Uitm Kuala Pilah akan bersama dalam latihan ini...
En. Hamzah Sulaiman, Pengurus Kawasan Seberang Perak 15...
Belum apa-apa lagi, member kita dah sakit bahu...
En. Mutalib Tais, Timbalan Pengurus Besar Wilayah Seberang Perak
turut memberi sedikit taklimat pembajaan kepada pelatih...
Baja yang berketul perlu dileraikan ...
Diakhir latihan, satu taklimat dan
analisa latihan diberi oleh En. Idris Lasim...
AJ bersama pekerja ladang...
Bergambar bersama traktor yang membawa baja untuk latihan...
Baja yang tumpah mesti di kutip...
**************************************************
Kursus di Bilik Latihan
untuk Pelatih Tubi & Asas Perladangan
seramai 23 orang...
seramai 23 orang...
***************************************************
Peserta Kursus Kompentensi
Seramai 26 orang...
Seramai 26 orang...
Olhusni bersama bekas Pengurus Kawasan beliau
iaitu En. Nordin Jaafar ketika bertugas di FB. Banggol Rashid
suatu ketika dulu
Peserta kursus Kompentensi sedang menyiapkan slide
melalui powerpoint untuk presentation atas tajuk-tajuk
yang telah diberi kepada setiap kumpulan.
Setiap kumpulan diminta untuk membincang dan
menyelesaikan masalah yang terdapat di dalam buku
"Kajian Kes Khidmat Nasihat Ladang"
En. Sidek Baba dan En. Mohd Ridha
mewakili kumpulannya membuat presentation
En. Abdul Karim Kameldeer bertindak sebagai comentator
selepas setiap presentation selesai....
En. Abd. Karim memberi komen untuk
kumpulan yang diketuai oleh En. Roslan Tahir...
Turut memberi komen ialah Tn. Hj. Saifuddin Hj. Omar
**************************************************
Amanat Tn Hj Abd Muis Damuri
Pengurus Besar Kumpulan Perladangan
En. Idris Lasim mempengerusikan majlis...
Tn Hj Abd Muis Damuri (duduk tengah)...
Tn Hj Abd Muis sedang menyampaikan amanatnya...
Senyum menggoda dari En. Azhar Ahmad
Pengurus Tanaman Kontan, Ibu Pejabat
Kalau nak tahu, didalam bekas makanan tu ialah
kuah durian bersama pulut dan roti untuk minuman petang
selepas amanat PBK Perladangan nanti...
Selain kuah, kami juga dihidangkan dengan buah durian..
En. Azhar dan En Mohd Ridha pernah bertugas
di Bahagian Khidmat Ladang, Ibu Pejabat suatu ketika dulu..
En. Mohd Ridha sekarang berjawatan sebagai
Pengurus Kawasan Mukah, Sarawak...
Satu pos istimewa dari Tn. Hj. Saifuddin,
En. Ramlan Morad, (PK Sbg. Pk 10),
En. Azman Hussin dan Roslan Mat...
En. Ramlan Morad, (PK Sbg. Pk 10),
En. Azman Hussin dan Roslan Mat...
En. Azhar, Mohd Ridha dan AJ...
**************************************************
Penggabungan peserta Kursus Kompentensi
dan peserta Kursus Latih Tubi & Asas Perladangan
untuk penggulungan oleh Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad
Pengurus Besar Inspektorat...
Che Zahari bersama student praktikal dari Uitm Kuala Pilah...
No comments:
Post a Comment