Gambar menunjukkan Tn. Hj. Rosli menerima
kunjungan rakan-rakan seperjuangannya
dari Bahagian Inspektorat, Ibu Pejabat.
Dari kiri: Olhusni, Roslan Mat, Tn. Haji Hassan Hilmi,
Azizi Abdullah,Sulaiman Mohamed dan Rahman Yaakob.
Azizi Abdullah,Sulaiman Mohamed dan Rahman Yaakob.
Turut ikut kami menziarah ialah rakan-rakan seperjuangan
dari kaum wanita.Duduk dari kiri: Aishah dan Zettiy manakala
Berdiri dari kiri: Fiza, Sarah, Syaza, Ida dan Liyana.
"Cik kak kita ni nak menziarah ke nak berposing"
"Aku bukan marah, Nasihaaaaat...."
3 hari tiada di office kerana melakukan tugas-tugas diluar pejabat, aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan iaitu Tn. Hj. Rosli Mohamad, Pengurus Perladangan Bahagian Inspektorat yang selama ini kami nampak sihat dan cergas, rupa-rupanya mengidap penyakit ketumbuhan disalah satu anggota badannya yang amat serius dan memerlukan pembedahan segera dibuat bagi menyelamatkan nyawanya. Beliau kini dirawat di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Selama hampir 5 tahun kami bertugas satu department dengannya, ternyata beliau seorang pegawai yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugasnya sehingga kadang-kadang terlupa akan kesihatan diri sendiri.
Sebagai Pengurus Perladangan, beliau perlu melawat sekurang-kurangnya 4 Kawasan sebulan bagi memberi nasihat dan teguran tentang peraturan dan penguatkuasaan ladang bagi menjamin prestasi ladang dibawah seliaan beliau berada ditahap terbaik sepertimana yang telah ditetapkan didalam KPI beliau untuk tahun 2012 ini.
Semasa lawatan kami dibuat, Tn. Hj. Rosli telah selamat menjalani pembedahan dan beliau kini berada didalam keadaan stabil. Menurut Doktor yang merawatnya bahawa Tn. Hj. Rosli memerlukan perhatian yang rapi dan luka akibat pembedahannya akan dicuci 2 kali sehari supaya tidak dijangkiti kuman.
Kami semua mendoakan supaya Tn. Haji Rosli cepat sembuh dan dapat meneruskan kembali tugas-tugas beliau dan kami semua menanti dengan sabar akan kehadirannya di office sebab Pegawai dan Staf Bahagian Inspektorat sentiasa ada 'Tugas Besar' yang perlu diselesaikan sepertimana yang selalu disebut oleh Pengurus Besar kami iaitu Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad.
Tn. Hj. Rosli Mohamad (kanan) semasa menghadri satu bengkel
anjuran Bhg. Inspektorat di Nilai Spring pada tahun 2011.
Turut Kelihatan ialah Tn. Hj. Md. Yit Sofian,
Pengarah Urusan FELCRA Plantation Servicess Sdn. Bhd.
Jam telahpun pukul 1.27, perut pun dah lapar, jadi sebelum pulang ke office
kami singgah makan tengahari dulu di Food court AU5.
Dalam doa ade senyum manis, semanis air sirap...
Dalam doa ade senyum manis, semanis air sirap...
Dari kiri: Zetti, Sarah dan Fiza
Bagi memberikan sedikit tazkirah, dibawah ini aku copy paste satu artikal bertajuk 'Adab Menziarahi Orang Sakit, Doa dan Kelebihannya dari blog zikrihusaini.com untuk kita sama-sama mengambil manfaat darinya.
SELAMAT MEMBACA.
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT, DOA DAN KELEBIHANNYA...
Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan
atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh
Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama
muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit
merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan
tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit
yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman
supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang
dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si
sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa
insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah
dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah
kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang
banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan
kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita
makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya,
wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan
tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang
tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu
ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan
ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Hukum menziarahi orang sakit adalah
sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang
sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit
sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak
dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit
pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika
dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya
dia memeluk Islam.
Doa mendoakan orang sakit:- Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi
orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh
kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan menziarahi orang sakit.Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Insyallah, moga-moga aku dan kita semua
rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari ini
hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi
yang pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan
dengan pesakit di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang
tak lawat-lawat kita nie, sibuk sangat bekerja agaknya?
No comments:
Post a Comment