Friday, March 29, 2013

KISAH-KISAH GHAIB DALAM HADIS SAHIH...

Cover buku yang menarik...

Buku ini adalah beberapa koleksi buku yang terdapat di dalam simpananku dan semua kisah-kisah yang dimuatkan ke dalamnya adalah kisah-kisah benar yang telah terjadi dan belum terjadi dan sangat baik dan menarik untuk kita membaca dan mengambil tauladan darinya.

Dalam mukadimahnya, pengarang telah melontarkan pandangan berikut:-

Manusia tertarik dengan kisah-kisah dongeng yang menceritakan kejadian-kejadian yang dibuat-buat atau yang dikhayalkan. Adakalanya ia tidak mempunyai asal, akan tetapi akal fikiran manusia pandai membuat perubahan dan penukaran padanya sehingga menjadikan dongeng-dongeng itu lebih dekat kepada hakikat yang sebenar.

Sebahagian penulis dan pengkaji pandai menulis kisah-kisah khayalan yang di jangka akan terjadi, khayalan dan kepalsuan itu dinamakan dengan khayalan ilmiah, sedangkan ia bukan ilmiah, maka kebanyakannya adalah khayalan-khayalan palsu,ia tidak mempunyai sebarang hakikat, manusia memasukkan padanya teori-teori, pandangan-pandangan dan falsafah-falsafah mereka, maka kebanyakan khayalan-khayalan ini adalah khayalan-khayalan dari pengarangnya seperti yang ada pada dongeng Seribu Satu Malam, iaitu khayala-khayalan yang direka-reka ahli falsafah mengenai apa yang terjadi di sebalik alam metafizik.

Sesungguhnya pembicaraan saya mengenai perkara ghaib yang akan datang adalah benar tidak ada kedustaan padanya dan ia terjadi sepertimana yang diberitahukan Rasulullah s.a.w. tanpa penambahan dan pengurangan kerana ia wahyu yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. memberitahu sahabat-sahabatnya atau musuh-musuhnya akan perkara ghaib yang timbul dalam hati-hati mereka atau perkara ghaib yang tidak diketahui mereka atau perkara ghaib yang akan terjadi dalam kehidupan mereka melihatnya pada hari-hari akan datang sepertimana yang diberitahukan Rasulullah s.a.w.

Kitab ini sepertimana yang diketahui dari tajuknya terbatas pada hadis-hadis yang sah sanadnya dari Rasulullah s.a.w. dan saya tidak menyalahi kaedah ini kecuali hanya dalam beberapa kisah yang mauquf ke atas sahabat yang sah sanadnya dari mereka dan kemungkinan mereka mendengarnya dari Rasulullah s.a.w. dan kemungkinan mereka mengetahuinya dari selainnya.      

Untuk membaca kisah-kisah menarik di dalamnya, silalah dapatkan buku ini dikedai-kedai buku dan toko yang berdekatan dengan kediaman anda. Harganya cuma RM25 senaskah.

Selamat Membaca...

2 comments:

  1. Assalam...kat MPH leh dapat x buku ni ye sebab saya ada juga cari buku ni x ada

    ReplyDelete
  2. Assalam Tn. thailandkrap...

    Buku ni saya beli dekat kedai buku Al Mukmin, Jln Tuanku Abdul Rahman, KL. Tq.

    ReplyDelete