Saturday, October 12, 2013

FELCRA FC NAIB JUARA BOLASEPAK DIV 2 LIGA KL 2013...

Harapan pasukan FELCRA FC untuk merangkul kejuaraan buat kali pertama di dalam Pertandingan Akhir Bolasepak Liga KL Div. 2, lebur apabila mereka tewas kepada pasukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2-1 petang semalam yang berlangsung di Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur.

Pasukan FELCRA FC yang di barisi pemain muda memulakan rentak permainan dengan garang dan telah melancarkan serangan demi serangan ke pintu gol lawan, namun kecekapan barisan pertahanan KPKT serta penjaga gol nya berjaya mematahkan serangan-serangan tersebut.

Penyokong-penyokong FELCRA FC yang memenuhi stadium KLFA telah bersorak dengan memberikan kata-kata semangat kepada pasukan mereka, namun itu tidak memberi kesan kepada pasukan KPKT yang telah melancarkan serangan bertubi-tubi dan hasil dari serangan itu mereka berjaya memperolehi gol yang di jaringkan di atas kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol FELCRA FC yang tidak dapat menangkap bola dengan kemas akibat licin di sebabkan hujan yang turun dengan lebatnya sebelum pertandingan itu bermula.    

Perlawanan semakin rancak dengan kedua-kedua pasukan berbalas serangan dan setelah 40 minit perlawanan berlangsung, pengadil meniup wisel untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan KPKT 1, FELCRA FC 0.   

Perlawanan di babak kedua menyaksikan KPKT telah menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan-serangan merbahaya melalui sayap kiri dan barisan tengah mereka dan di dalam satu pergelutan, penyerang utama mereka telah dijatuhkan oleh salah seorang pemain pertahanan FELCRA FC di luar kotak penalti dan pengadil perlawanan dengan tidak teragak-agak telah memberikan satu tendangan percuma kepada KPKT.

Tendangan percuma yang diambil oleh pasukan KPKT tidak disia-siakan apabila bola yang di tendang tinggi telah menuju tepat ke sudut kanan pintu gol FELCRA FC lalu menerjah masuk tanpa dapat dicapai oleh penjaga gol nya. Ini menjadikan kedudukan sekarang KPKT 2 dan FELCRA FC 0.

Setelah perlawanan memasuki minit ke 75, FELCRA FC akhirnya berjaya menjaringkan gol akibat satu pergelutan di dalam kotak penalti yang menyaksikan bola telah ditanduk masuk oleh penyerang handalan mereka melalui sudut kanan pintu gol pasukan KPKT yang menjadikan kedudukan berubah dengan KPKT 2, FELCRA FC 1.   

Penyokong-penyokong FELCRA FC yang tidak putus-putus memberikan sokongan dengan sorakan  sejak sepak mula, merasa sedikit terubat dengan jaringan gol tersebut dan menjadikan perlawanan semakin rancak dan cemas. Namun begitu, masing-masing gagal menambah jaringan sehinggalah wisel penamat di bunyikan dengan Pasukan KPKT berjaya menewaskan Pasukan FELCRA FC 2-1 dan seterusnya merangkul Juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00 dan piala pusingan. FELCRA FC yang baru pertama kali memasuki pertandingan akhir, berpuashati dengan kejayaan mereka sebagai Naib Juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Ir Haji Azizuddin Bin Meor Hamzah, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad dan Dato' Haji Ramlee bin Abu Bakar, CEO FELCRA Berhad serta Pegawai KPKT.

Penonton dan penyokong kedua-dua pasukan yang ditemui selepas perlawanan tamat, sangat berbangga dengan prestasi dan persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan mereka dan mereka rata-ratanya sangat berharap agar pada tahun hadapan pasukan mereka dapat melangkah ke division 1 pula.  

Akhir sekali kami semua mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan KPKT di atas kejayaan mereka menjadi Juara Bolasepak Liga KLFA, Div. 2 tahun 2013 manakala kepada Pasukan FELCRA FC pula, diharapkan supaya mereka tidak berputus asa dan cuba lagi di tahun hadapan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

"HIDUP FELCRA FC, HIDUP KPKT"

Saksikan video perlawanan yang hebat dan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang perlawanan berlangsung. Semoga kita semua berpuashati dan terhibur. Selamat menonton...



Video Perlawanan Akhir Liga KLFA Div. 2, 2013 
antara FELCRA FC (baju hitam) dengan KPKT (baju merah)...


Pengulas dan pengacara pertandingan sedang
 mengumumkan nama-nama pemain kedua-dua pasukan 

En. Jaafar Abdul Malim, Yang di Pertua Kelab Sukan dan 
Rekreasi Kakitangan Ibu Pejabat FELCRA Berhad (KESURA)...


Pemain-pemain Pasukan FELCRA FC
sudah bersiap sedia untuk sepak mula...

Pembawa-pembawa bendera sedang menanti untuk mengarak
 bendera  dan pemain kedua-dua pasukan masuk ke tengah padang...


Pemain-pemain simpanan FELCRA FC...










Ketua kedua-dua pasukan bertukar-tukar cenderahati...

Pasukan bolasepak Kementerian Perumahan 
dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...

Pasukan bolasepak FELCRA FC...

Yob (orang Perak) baju hitam, di antara yang komited 
dengan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan sepanjang 
perlawanan berlangsung....





Penyokong-penyokong FELCRA FC...











Turut datang memberikan sokongan ialah En. Mohd Fauzi b. Hj. Tahir, 
no. 2, kiri, Pengurus Besar Kumpulan Pembangunan Peserta...

En. Roslan, Zack dan Imran Khairuddin 
turut kelihatan di tempat duduk penonton...




En. Mohd Akram datang bersama isteri yang baru dinikahinya...

Dari kiri : Dato' Ghazali Md. Karim, En. Zamri Zainon Abidin 
dan Tn. Hj. Zainuddin b. Muhammat bergambar bersama bendera FB...


Ajoi (bertopi putih), Zamani (topi merah) dan Mohd Hafis (kacamata) 
bersama rakan-rakan yang lain menyaksikan perlawanan dari grand stand...




Gadis-gadis penyokong setia dari Ibu Pejabat FELCRA Berhad. 
Dari kiri: Liyana, Akilah dan Farah...

Fiza (kiri) dan Syikin datang dengan satu matlamat iaitu ingin
 menyaksikan Pasukan bolasepak FELCRA FC menjadi juara...



Pantang jumpa kamera, nak berposing jer...



Pasukan sorak FELCRA FC yang di bawa khas dari Hulu Langat...










Staf dari Wilayah Tengah (Negeri Sembilan) datang 
dengan boss mereka iaitu En. Hassan Khamis (tiada dalam gambar)...

Dari kiri : Amy, disebelahnya, Nurul, Ayu dan Wani...

Pn. Zura (Bhg. Kewangan HQ) datang dengan anaknya
 untuk memberikan sokongan kepada pasukan FELCRA FC...

Dari kiri : En. Azman Ahmad (Setiausaha KESURA), 
Zainol Abidin Sabli dan Tn. Hj. Ali Ibrahim... 

Turut kelihatan bersama mereka ialah Saifol Abdullah (kiri), 
Rosli Waris dan Mohd Nawawi Abdul Wahab...  

Banner team FELCRA FC yang di pasang di stadium KLFA...

Lagi gadis FB. Azah dan Julia dari Bhg. Khidmat Teknikal HQ...

Dari kanan: Hamid Aziz, En. Osman (Pej. PBW Tengah), 
Roslan Abdullah dan Mohd Fauzi. Yang dua lagi tu aku lupa nama mereka...

Dari kiri : En. Awie, Tn. Haji Nor Zahari Zakaria
dan En. Nawawi Abd. Wahab...

Pn. Ratna (baju kuning) bersama anaknya, turut kelihatan
ialah Zita Suradi (membelakangkan kamera)
dan yang tengah terlupa pulak namanya...  















Dari kiri : En. Badri Mohd Sah, Rafi'ul Helmi
dan ayahnya Rafia Olhusni datang sebagai
penyokong setia FELCRA FC...

En. Mohd Hakim (Bhg. Sumber Maklumat) 
datang bersama isteri dan anak...

Saat-saat akhir Pasukan FELCRA FC melancarkan serangan,
 namun gagal menjaringkan sebarang gol...
 
Pasukan KPKT meraikan kejayaan mereka bersama para penyokong 
yang masuk ke padang sebaik-baik wisel penamat ditiup...




Keputusan muktamat di akhir perlawanan 
FELCRA FC 1, KPKT 2...

Piala Pusingan yang menjadi rebutan...

Cek hadiah untuk Johan RM5,000 milik KPKT
 dan Naib Johan RM3,000 milik FELCRA FC...



Pengadil perlawanan sedang menaiki pentas utama 
untuk menerima cenderahati diringi Pegawai KLFA




Pemain-pemain FELCRA FC sedang menerima kalungan dari 
Y. Bhg. Dato' Ir Haji Azizuddin Bin Meor Hamzah, salah seorang
Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad...


Dato' Haji Ramlee b. Abu Bakar, CEO FELCRA Berhad 
turut mengalungkan medal kepada pemain-pemain FELCRA FC...


Penjaring gol Pasukan FELCRA FC...






Penjaga gol utama FELCRA FC yang cedera dan tidak dapat beraksi 
di perlawanan akhir. Tugas beliau telah di ambilalih oleh penjaga gol simpanan
yang telah berjaya menyelamatkan banyak  percubaan merbahaya
 dari Pasukan KPKT...





CEO FB, Dato' Haji Ramlee bin Abu bakar (no. 3 dari kiri) 
bergambar bersama cek yang di menangi... 



Pasukan KPKT sedang naik ke pentas untuk
 menerima hadiah dari pegawai atasan mereka...








Ketua Pasukan KPKT menjulang Tropi kejuaraan
bersama Pegawai dan para pemain mereka...




Para penyokong KPKT tersenyum puas
 di atas kejayaan pasukan mereka menjadi juara...







En. Mohd Nizwan dan semua pemain FELCRA FC sedang menerima 
ucapan tahniah dari CEO FELCRA Berhad Dato' Haji Ramlee b. Abu Bakar
di atas kejayaan menjadi Naib Juara...




Turut memberi ucapan tahniah ialah En. Mohd Fauzi Tahir dan 
En. Shahriman Taruna Mohd Isa (baju kemeja hitam)... 
 


Bergambar ramai sebelum bersurai...

Blogger AJ mengakhiri tugas tidak rasminya bersama Yob...

Para penyokong wanita dari HQ...
Banyak yang masih single...

En. Shahriman Taruna (duduk no. 2 dari kanan) turut tidak 
melepaskan peluang  untuk bergambar bersama mereka...

Blogger AJ bergambar bersama pegawai-pegawai FELCRA FC...

En. Othman, sahabat lama dari Pejabat PBW Tengah, menunjukkan
 isyarat bagus kepadaku dan juga sebagai tanda terima kasih
kerana menyiarkan gambarnya di dalam blog ini... 

5 comments:

  1. Tahniah Mr. Bloger...good job...Team FELCRA FC....tahniah sampai peringkat ini, jangan putus asa...FELCRA Fan Club...sokongan yang padu...teruskan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Mr. Bloger...good job....Team FELCRA FC...tahniah sampai peringkat ini...jangan putus asa...FELCRA Fan Club...tahniah...sokongan berterusan

    ReplyDelete
  3. Agaknya bebudak ni tak leh main depan staf Felcra kot...tapi ok le tu...naib johan pun..tahun depan sepak kuat sikit...johan la..

    ReplyDelete
  4. En. Jamil, budak-budak tu dah pulun mcm nk putuih urat ketin...tapi tak johan jugak nak buat mcmana...kita kena bagi semangat banyak-banyak kat budak-budak tu...hang pa jangan dok kutuk depa sangat...

    ReplyDelete
  5. tahniah geng,tahun ni kita naib juara,next year kte bg cham ok.hehehe....i love u all....

    ReplyDelete