Wednesday, February 17, 2010

SAMBUTAN HARI INOVASI 2009


Aturcara Majlis Hari Inovasi
FELCRA Berhad 2009


8.00 pagi : -
Ketibaan Staf

8.30 pagi : -
Ceramah Motivasi (Oleh Dr. Robiah K. Hamzah)
10.00 pagi : -
Ketibaan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah
10.15 pagi : - Koir :-
Negaraku
FELCRA Maju Ke Era Baru
1 Malaysia
10.25 pagi : -
Bacaan Doa
10.30 pag i : -
Ucapan aluan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
10.45 pagi : -
Ucapan Perasmian Pengerusi FELCRA Berhad
11.45 pagi Penyampaian Anugerah
- Ladang Terbaik (8 Anugerah)
- Kawasan Terbaik
- Wilayah Terbaik
- Kilang Sawit Terbaik
- Estet Terbaik
- Anak Syarikat Terbaik
- Khas Inovasi
Penyampaian Anugerah
- Pengekalan Prestasi 30 mt. (3 tahun berturut-turut)
- Pengekalan Prestasi 2000 kg. (3 Tahun bertutut-turut)
- Ahli Baru Kelab 30 mt. (2007 dan 2008)
- Ahli Baru Kelab 2000 kg. (2007 dan 2008)
12.30 tghari - Makan Tengahari

Gambar-Gambar Sekitar
Sambutan Hari Inovasi 2009

Diantara Pegawai-Pegawai Syarikat dari
seluruh Negara yang menghadiri majlis sambutan

Dari Kiri : Dato' Ibrahim b. Hj. Ahmad (PB. Sumber Manusia),
Mr. Ragu a/l Ponnusamy (PB. R&D) dan
En. Azhari b. Yahya (PB. MIS) sedang tekun
mendengar amanat Pengerusi FELCRA Bhd.

Dari kiri : Tn. Hj. Ismail b. Hussain, Tn. Hj. Shaharom b. Shamsudin,
Tn. Hj. Zainol Anzaid b. Seman dan Hjh. Kalsom bt. A. Rahman
diantara Pegawai Kanan Sykt. yang hadir

Duduk depan dari kiri : Tn. Hj. Zulkifli b. Sidik (PBW Utara),
En. Ali b. Mohamad (PBW Sarawak) dan
En. Md. Ghazali b. Abd. Karim (PBW. Pahang)

Duduk depan dari kiri : Mr. Lew Wing Kwong (PB. Khid. Teknikal),
dan Hjh. Normadiah bt. Ismail (PB. Kew. Korporat).
Duduk belakang dari kiri : Pn. Zuraidah Mohamed (PB. Khid. Ldg.),
En. Anuar Hashim (PB. Pemasaran) dan Tn. Hj. Kamaludin b. Ibrahim (PB. Inspektorat)

Pengurus-pengurus muda dari Kumpulan Pengurusan Estet, Ibu Pejabat
yang berpotensi untuk mengambilalih Pengurusan Tertinggi Syarikat suatu hari nanti.
dari kiri : En. Ridhuan, yg senyum manis tu En. Azahar (Jejaka idaman satu Malaya),
En. Khusaini dan En. Khairol Azhar

Dari kiri : En. Shariful Azhar, Cik Hasnunyati, Cik Asmalaili
dan En. Fauzi diantara pegawai yang turut memeriahkan hari Inovasi

Tn. Hj. Zainuddin Muhamat bersama 'bukan mahramnya'
Haji....ingat yang kat rumah tu......

Senyuman menggoda dan jelingan manje dari
gadis Syarikat yang kiri dan kanan tu...


Tn. Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (yg. pegang buku tu) ....
(Pengurus Kanan Ptd. Pej. PBW Johor) juga turut hadir

Tn. Hj. Juzilman Basir (Peng. Besar Kump. Pengurusan Estet)
sedang mengiringi Dato' Dr. Mohd Irwan Serigar b. Abdullah
(Board Member & ALP. Sykt. merangkap Pengerusi
JK. EXCO Eksekutif FB.) masuk ke Auditorium

Tn. Hj. Ramli Abu Bakar (Peng. Besar Kump. Khidmat Pengurusan)
sedang menerangkan sesuatu kepada Dato' Hj. A. Aziz b. Deraman (BOD. FB.)
sambil di perhatikan oleh Dato' Dr. Mohd Irwan Serigar

Tn. Hj. Rusli Saidi sedang memimpin bacaan doa

Para pegawai sedang mengaminkan doa

Board Members dari kiri : Dato' Fatah, YB. Dato' Haji Ismail b. Hj. Abdul Mutalib,
dan YB. Dato' Haji Tajuddin Abd. Rahman (Pengerusi FELCRA Berhad)
sedang berdiri hormat sambil menyanyikan lagu Negaraku



Kumpulan koir sedang membuat persembahan
dibawah pimpinan En. Zainal Firdaus b. Mohd Amin


Dr. Robiah K. Hamzah sedang menyampaikan ceramah motivasi


Cenderamata sebagai kenang-kenangan

Dato' Dr Mohd Irwan Serigar sedang menyampaikan ucapan


Y.B. Dato' Haji Tajuddin b. Abdul Rahman (Pengerusi FELCRA Berhad)
sedang memberikan ucapan


Gambar-gambar Penerima Anugerah Inovasi 2009












Staf Sykt yang menganggotai Jawatankuasa Keselamatan
di ketuai oleh En. Baharuddin b. Wahab..
Kalau tak adelah mereka ni..
akan berlaku kesesakan lalulintas yang amat teruk..TQ bro..

Awek mane yang bertuah tu...awek's lain tak jealous ke!!!!!

Dari kiri : Cik Zaharah Ibrahim (Peng. Kanan Latihan),
En. Zulkhairi Abd. Rahim (Peng. Kanan Sumber Manusia) dan
Tn. Hj. Zulkifli Sidek (PBW Utara) memberikan
pos istimewa kepada peminat masing-masing

Dari kiri : Tn. Hj. Ku Mohd Radzi Ku Mat Esa (Peng. Besar Kump. Pemb. Peserta),
Tn. Hj. Jahare Abu Bakar (Peng. Besar Kumpulan Perancangan Korporat)
dan Tn. Hj. Azmi Abd. Hamid (Peng. Besar Kumpulan Perkilangan)
juga memberikan pos yang istimewa

Hjh. Noraini Muhamad Kushairi (Peng. Kanan Perancangan Bisnes)
dan Cik Amirah Kausar (Penasihat Undang-undang Syarikat)
memberi senyuman yang amat's mengancam!!!!!

Pn. Yujin Malini Pandita menepati konsep 1 Malaysia
sepertimana yang di war-warkan oleh PM kesayangan Rakyat Malaysia

Diantara wanita veteran Syarikat

Penjaga papan iklan sedang menunggu pelanggan

Pegawai-pegawai Sykt. FUESB bergambar ramai selepas majlis....
tapi logo Sykt tu mana colornye....

Saturday, February 13, 2010

MOTOSIKAL KU

Aku mula gian untuk mencuba menonggang motosikal sekitar tahun 1977. Masa tu motosikal dianggap barangan mewah. Tok e yang dah bekerja di Pejabat Tanah dan Daerah Taiping baru beli sebuah motosikal jenis Honda Cup C70. No. plat nya AAD 2798. Dengan motosikal inilah dia berulang alik ketempat kerja yang jarak jauhnya dari rumah 6 km.

Setiap pagi, sebelum dia bangun tidor, aku mengambil kesempatan secara diam-diam mencari dimana dia meletakkan kunci motosikalnya, bila dah dapat, apalagi akupun terus memecut dan meronda seluruh kampung dan taman perumahan kami. Setelah puas, aku akan meletakkan semula motosikal tadi ditempatnya tanpa meninggalkan sebarang tanda-tanda yang aku telah menggunakannya.

Dulu Motosikal adalah barangan terkawal, Ibu bapa akan memastikan bahawa anak-anak yang dibawah umur dan tidak mempunyai lesen dilarang sama sekali untuk menonggangnya dan jika didapati melakukannya maka hukuman rotan akan dikenakan.

Itu cerita 30 tahun dahulu, sekarang tidak lagi. Pada masa ini dimana-mana sahaja kita akan melihat budak-budak bawah umur dengan penuh gaya sambil membawa adik-adik kecil mereka menonggang motosikal dengan pengetahuan ibu bapa mereka. Ibu bapa tidak lagi menganggap ia satu kesalahan, kadang-kadang si ayah menyuruh anak-anak kekedai untuk membeli sekotak rokok atau surat khabar manakala si ibu pula menyuruh mereka membeli barang-barang yang telah kehabisan untuk dimasak seperti garam, rempah, belacan dan sebagainya.

Lebih malang lagi, sudahlah anak-anak dibawah umur, tidak mempunyai lesen memandu, membawa pembonceng pulak tu, kadang-kadang sehingga lebih dari seorang dan lebih malang lagi mereka tidak memakai topi keledar, dan lebih malang lagi mereka melanggar lampu isyarat dan terus memecut laju sambil membuat 'Whellie' dan 'u turn' yang merbahaya.

Aku mula memiliki motosikal sendiri ketika berumur 22 tahun. Motosikal jenis Yamaha Cup Y80 tu bernombor plat AAV 5120 warna biru dibeli di bandar Telok Intan, Perak, pada tahun 1983 dengan harganya pada masa itu on the road R1,800.00. Aku telah menggunakannya selama 4 tahun sahaja dan menjualnya dengan harga RM700.00 di sebuah kedai motosikal di Pekan Ampang.

Aku sedang mencuci motosikal pertamaku
iaitu Yamaha Cup Y80 bernombor plat AAV 5120

Selama 3 tahun aku tidak mempunyai motosikal dan berulang alik ketempat kerja dengan menaiki bas mini atau kadang-kadang menumpang kawan. Terasa betapa peritnya dan 'patah kaki' apabila tidak mempunyai sebuah motosikal.

Kemudian aku membeli sebuah motosikal Yamaha Cup Y80 juga 'second hand' bernombor plat BBX 4397 (kalau tak silap aku laa..) . Tapi biasa la barang terpakai, selalu mengalami kerosakan terutama di bahagian engine dan banyak mengeluarkan asap putih sampai seluruh KL berjerebu dengan asap putih yang keluar dari ekzos motosikal aku.

Dalam keadaan selalu mengalami kerosakan tu 4 tahun jugak la aku pakai dan hayatnya telah sampai pada tahun 1994 apabila aku menjualnya juga dengan harga RM700.

Permohonan aku untuk membeli sebuah motosikal dengan loan pejabat telah diluluskan sebanyak RM3,800. Model yang aku berkenan tu juga dari jenis Yamaha dengan model terbaru pada masa tu Yamaha Sport Y100 dengan nombor platnya WDP 4312. Aku merasa amat selesa apabila menggunakannya dan perjalanan ulang alik dari rumah ke pejabat sejauh 30 km terasa dekat dengan kelajuan yang aku berani bawa iaitu 100 km sejam mengambil masa antara 30 ke 40 minit dari Serdang ke Wangsa Maju.

Selama 10 tahun aku pakai motosikal tu, telah ada tanda-tanda yang ia telah mengalami kerosakan engine dan perlu di overhaul. Lagi pulak aku rasa sangat berbaloi menggunakannya selama 10 tahun. Aku terfikir motosikal apa yang aku nak beli pulak. 3 biji motosikal aku dulu semua dari jenis Yamaha, takkan Yamaha lagi, beli la Yangmurah pulak.

Tahun 1994, motosikal yang di jual di pasaran telah menggunakan teknologi lebih canggih dengan CC yang lebih besar dan menghidupkan enginenya pula dengan 'elektrik starter', harganya pulak gila-gila. Yamaha LC harga dia mencecah RM6,000 manakala Honda Wave pulak sekitar RM6,000 ke RM6,500. Loan pejabat dah tak boleh ambik lagi sebab aku dah pinjam RM28,000 untuk membeli kereta second hand jenis Ford Laser 1,600 CC. Tapi aku masih nak berlagak tak nak beli motosikal buatan Malaysia dari jenis Kriss Modenas yang pada masa tu baru keluar di pasaran.

Setelah puas berfikir dan tak mau buat hutang lagi maka aku telah membeli sebuah motosikal baru jenis Kriss Modenas 110 CC menggunakan Disc Brake dengan no plat WMH 601. Aku beli tunai pada tahun 2004 dengan harga on the road cuma RM4,400 sahaja bukan elektrik starter tapi kick starter, sebab tu murah sikit dengan menggunakan wang hasil jualan motosikal lama sebanyak RM1,100 dan dicampur dengan sedikit wang simpanan dan bonos yang diterima pada tahun tu. Nak bagi cantik lagi dan selamat dari selalu mengalami pancit aku tambah lagi dalam RM200 untuk sport rim dan tayar Tubeless. Untuk mengelakkan dari basahan hujan pulak aku beli sepasang baju GIVI dengan harga RM65.00.

Gambar motosikal Kriss Modenas 110 cc
No. Plat WMH 601 dari pelbagai sudut





Kini telah hampir 6 tahun aku menggunakannya tanpa banyak mengalami masalah dan berpuashati dengan motosikal buatan tempatan.

Sebagai tanda terima kasih kepada motosikal aku tu maka aku abadikan dia dengan menggunakan no platnya sebagai alamat blog aku iaitu http://wwwaj601.blogspot.com/

Itulah sejarah hidup aku berkenaan dengan sebuah motosikal dan pada keluaran yang akan datang aku akan menceritakan pulak pengalaman aku memiliki kereta yang penceritaannya lebih mendebarkan.

BENARKAH OBOR-OBOR MEMPUNYAI TULANG

Tahukah anda bahawa semua obor-obor yang kecil atau besar tidak mempunyai tulang yang keras bagi menyokong badan mereka. Bentuknya dikekalkan oleh air yang memenuhi bahagian dalam tisu dimana bahagian luarnya mengembang.

Apabila dibawa kedarat, bentuk dan saiznya yang cantik tadi hanya kelihatan seperti hanya seketul jeli. Selain ketiadaan struktur tulang, jangan keliru dengan menyangka haiwan ini tidak berbahaya. Haiwan yang cantik didalam air ini sebenarnya telah wujud sejak lebih
6,500 tahun lalu dan merupakan pemangsa yang sangat efektif. Obor-obor 'Box' misalnya merupakan haiwan paling berbisa yang boleh membunuh manusia mahupun ikan jerung manakala obor-obor 'Lion Mane' dengan diameter lebih lapan meter dan tentakel (sesungut) sepanjang 60 meter iaitu separuh panjang padang bola.

HIMPUNAN CERITA-CERITA NASIHAT DAN TELADAN

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

BAJU ANAK KHALIFAH

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar b. Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."

Mendengar pengaduan anaknya itu, timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham dengan jaminan gajinya bulan depan di potong.

Maka Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi : "Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?. Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu?. Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?."

Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis lalu berkata kepada anaknya: Pergilah engkau wahai anakku kesekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."

KISAH NABI NUH MERAUNG TIDAK HENTI-HENTI

Nama asal Nabi Nuh a.s. bukanlah Nuh, tetapi suatu nama lain yang tidak banyak di ketahui, meskipun Allah s.w.t. menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.

Dalam bahasa Arab, makna "Nuh" ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu di panggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Pada suatu hari seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa yang lain. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk Nabi Nuh a.s. sendiri pada zaman itu.

Nabi Nuh pun menyuruh anjing itu berhenti di depannya lalu bertanya : "Wahai anjing, aku lihat muka kau ni begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?. Anjing itu pun menjawab : "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?. Tanyalah tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau."

Nabi Nuh a.s pun meraung mendengarkan jawapan anjing hodoh itu, ia menagis tidak henti-henti . Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan. dia memohon keampunan dari Allah s.w.t. diatas pertanyaanya yang tidak sengaja.

Sejak itu namanya pun di panggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh di abadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.

LELAKI YANG FAHAM BAHASA HAIWAN

Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila ia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya,

Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian

Beberapa hari kemudian, dengan menggunakannya ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya.

Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang lain. Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya untuk membantu menguruskan kehidupannya seharian.

Suatu hari lelaki itu terdengar pula ayam jantan berkata kepada anjing bahawa dia iaitu tuan mereka pula akan mati. Dalam ketakutan, lelaki itu pergi menemui Musa dan meminta nasihat. Kata Musa : "Sekarang tuan boleh lah pula menjual diri tuan ."

Fahamilah ajaran cerita ini bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar iaitu mengurus diri kita sendiri".


Saturday, February 6, 2010

OSAMA BEN LADEN HIDUP ATAU MATI

Gambaran yang boleh diberikan tentang bentuk tubuh fizikal Osama ialah beliau bertubuh kurus tinggi dengan ukuran antara 6 kaki 4 inci hingga 6 kaki 6 inci dengan berat badan 160 paun. Beliau suka bergambar dengan machine-gun AK-47.

Dia berkeadaan uzur, buah pinggangnya menghadapi masalah dan kerana itu dia terpaksa bertongkat apabila berjalan. FBI, dalam poster orang-orang yang dikehendaki, memperincikan Osama sebagai seorang yang bersuara lembut, teratur pergerakannya dan mempunyai sepasang mata yang lembut dan berkedip-kedip.

Dilaman Web FBI pula pada bahagian bawah nama Osama terdapat bermacam-macam nama lain 'alias' yang diberikan kepadanya seperti the Director, the Prince, the Shaykh dan berbagai nama gelaran lain yang pernah diguna atau diberikan kepadanya oleh pengikut-pengikutnya.

Bagi mereka yang pernah bertemu Osama mendakwa beliau seorang yang pemalu dan pendiam. dia suka merendah diri, tidak banyak bercakap dan lebih suka mendengar.

Bekas guru bahasa Inggerisnya, Brian Fyfield Shayler, memberitahu sebuah akhbar di Britain bahawa Osama yang dikenalinya adalah murid yang pendiam, pemalu dan sangat bersopan melebihi kesopanan murid-murid yang lain didalam kelas. Dari segi fizikal beliau lebih menyerlah kerana lebih tinggi, kacak dan putih berbanding pelajar lain. Dia juga sangat murah hati dan mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.

Beberapa gambaran lain mengenai diri jutawan Arab ini ialah dia seorang yang suka membaca dan gemar menyendiri. Kecintaannya lebih terarah kepada puisi.

Seorang wartawan sebuah program televisyen BBC, Jane Corbin yang berusaha menjejaki lelaki yang paling dikehendaki di dunia ini sejak tahun 1998 menceritakan bagaimana jiran-jiran Osama semasa di Sudan memberitahunya bahawa Osama seorang lelaki yang sangat baik, pendiam, taat beragama dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana. Rumahnya di Sudan tidak dihiasi sebarang perabut selain permaidani yang menutup lantai." cerita wartawan itu.

Pendek kata semua gambaran yang diberikan itu menjurus pada kesimpulan yang sama bahawa perwatakan Osama tidak mencerminkan watak seorang militan yang ganas.

Dari peribadi lahiriahnya tidak terdapat sebarang tanda bahawa dia tergamak menaja serangan-serangan yang meragut begitu banyak nyawa orang yang tidak berdosa. Tetapi disebalik kelembutan itu Osama mempunyai watak lain yang hanya difahami oleh para pengikutnya sahaja. Gambaran wataknya itu boleh di tonton dalam sebuah video sepanjang 100 minit yang memaparkan propaganda mengenai perjuangan jutawan tersebut.

Klip video tersebut menunjukkan Osama sedang menembak menggunakan senjata AK-47 dan pada bahagian lain pula dia sedang menyeru orang islam supaya terus meningkatkan serangan keatas musuh.

"Walaupun kita serba kekurangan, tetapi dengan keyakinan yang tinggi kita akan dapat menumpaskan kuasa tentera yang paling kuat di zaman moden ini." Katanya. " Amerika tidaklah segagah yang kita sangka.".

Dalam satu seruan lain, Osama mengajak para pengikutnya supaya bersedia mengorbankan nyawa demi perjuangan. "Kamu tak akan mati sia-sia." Katanya penuh semangat. "Kamu akan hidup di sisi Allah Taala."

Dalam wawancara dengan John Miller dari ABC pada tahun 1998, Osama berkata "Keganasan boleh dihargai dan boleh juga dipuji. Keganasan yang kami praktiskan adalah jenis yang boleh dipuji dan ia mensasarkan kepada mereka yang angkuh dan memusuhi Allah."

Kepada wartawan CNN yang mewawancaranya setahun sebelum itu, Osama menegaskan, "Terbunuh atau dibunuh kerana Allah adalah penghormatan besar yang hanya dicapai oleh mereka yang terpilih. Kami menyintai kematian untuk Allah sama sebagaimana kamu semua menyintai kehidupan ini. Kami tak mempunyai apa-apa yang perlu ditakuti. Kami memang mengharapkannya (Kematian seperti itu."

Bagi sesetengah pihak, apa yang tergambar didalam video propaganda tersebut serta ucapan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Osama adalah pancaran terhadap dirinya 'yang satu lagi. iaitu 'diri sebenar' yang terlindung disebalik watak pemalu, pendiam dan lemah lembutnya. Dengan perkataan lain, mereka melihat Osama yang sebenar adalah manusia yang keras, tegas dan tidak mengenal nilai tolak ansur.

Ahmad Shah Masood - Singa yang digeruni.
Pembunuhannya juga dikaitkan dengan Osama

Mohamad Fahim - pengganti Ahmad Shah Masood
sebagai Menteri Pertahanan Perikatan Pakatan Utara

Najibullah- Presiden terakhir rejim komunis Afghanistan
yang digantung sampai mati di khalayak ramai oleh Taliban

Burhanuddin Rabbani - Pemimpin Perikatan Utara...
Penentang utama Taliban

Gulbuddin Hekmatyar - Bekas penentang Rabbani yang akhirnya
bersekutu dengan pemimpin Perikatan Utara

TIADA DAN BUKAN TANDINGAN DARI DUA PERSEPSI

Lee Chong Wei tiada tandingan apabila mudah melangkah ke separuh akhir GP Kebangsaan. Beliau terus memburu satu lagi pencapaian terhebat dalam sejarah badminton tempatan.

Pada pandangan aku bahawa Lee Chong Wei yang menjadi juara terbuka Denmark dan terbuka Malaysia baru-baru ini belum boleh dibanggakan pencapaiannya kerana lawan sebenar beliau iaitu Lin Dan, pemain handalan China tidak menyertai kedua-dua kejohanan tersebut.

Lawan beliau di pertandingan akhir Terbuka Denmark ialah pemain handalan tuan rumah iaitu Peter Gade yang tidak berapa menyerlah dan kerap menjadi naib juara atau terkandas di pusingan suku akhir lagi, tambahan pula beliau dikategorikan sebagai pemain veteran Denmark dan telahpun berusia.

Berbanding Bonsak Ponsana seorang pemain handalan Thailand yang bertemu Lee Chong Wei di perlawanan akhir terbuka Malaysia. Pada set pertama Bonsak bermain agresif dan banyak melakukan pukulan smash yang kencang. Chong Wei ternyata tidak dapat membalas banyak pukulan smash tersebut dan beliau hampir tewas kepada Bonsak dan hanya menang dengan kedudukan 21-20 . Walaubagaimana pun entah apa yang terjadi pada Bonsak selepas itu tidak di ketahui kerana pada set kedua ia terus tidak melawan dan hilang rentak dan tewas mudah kepada Chong Wei.

Begitulah tahap pemain Malaysia apabila bertemu lawan mereka. Ternyata mereka suka dan gemar bermain rally kononnya untuk meletihkan pemain lawan dan jika pemain lawan pula terikut rentak mereka maka mudah lah mereka menjinakkannya. Jika pemain lawan bermain secara agresif dan melakukan banyak pukulan smash dari setiap sudut maka kecundanglah mereka. Sebab itu Lee Chong Wei jarang sangat dapat mengalahkan Lin Dan kerana corak permainannya yang lebih kepada menyerang dengan pukulan smash yang kencang.

Teringat pula aku pada Rashid Sidek di era kegemilangannya pada tahun 1980an dahulu. Ia boleh dikatakan banyak memenangi kejohanan dalam Negara sahaja sehingga di gelar jaguh kampung oleh pemain-pemain Indonesia.

Banyak pemain boleh dikalahkannya seperti Ardy Wiranata, Alan Budi Kusuma dan beberapa pemain lain kerana corak permainan mereka hampir sama dengannya..tetapi apabila ia bertemu dengan seorang lagi pemain handalan Indonesia iaitu Heryanto Arby maka Rashid jarang dapat mengalahkannya kerana corak permainan beliau yang agresif dan banyak melakukan pukulan smash.

Jadi kesimpulan yang boleh aku buat disini ialah jika setiap pemain lawan ingin menang apabila bertemu pemain Malaysia maka mereka hendaklah melakukan banyak pukulan smash walaupun pukulan smash tersebut dibuat dari baseline sekalipun pemain Malaysia tidak berupaya untuk membalasnya.

India bukan tandingan kita apabila menang mudah 3 - 0 keatas Malaysia dalam kejohanan tenis wanita Piala Fed, Kumpulan 2 Zon Asia/Ocenia di Kompleks Tenis Negara, Jalan Duta semalam.

Pemain handalan India iaitu Sania Mirza pula terlalu hebat buat pemain No. 1 Malaysia iaitu Jawairiah Nordin apabila menang mudah 6-1 dan 6-0.

Begitulah berita berwarna warni yang dilapurkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada hari ini 6 Februari 2010 dengan tajuk yang hampir sama iaitu seorang tiada tandingan dan sorang lagi bukan tandingan.

TANGISAN DI BUMI KASHMIR

Muka depan buku bertajuk
Tangisan Di Bumi Kashmir

Peta Kedudukan Kashmir

Dunia semakin moden dan semakin dekat dengan hari kebinasaan. Setiap hari kita di hidangkan dengan pelbagai kezaliman dan pembunuhan terhadap penduduk Islam di seluruh dunia oleh puak-puak kuffar.

Penduduk Palestin dengan tentera Israel, Bosnia dengan puak Serbia. Afghanistan, Iraq dan Iran berhadapan dengan tentera Amerika manakala di Kashmir pula penduduk Islam mereka sedang dibunuh oleh penganut Hindu.

Berita-berita begini terlalu mencuit perasaan. Kita sedih, bukan sahaja lemah dalam usaha hendak membantu mereka, malah hendak meletakkan perasaan simpati terhadap nasib dan perjuangan mereka pun masih teragak-agak. Kesan dari sikap kita ini, kadang-kadang menyebabkan nasib ummah yang tertindas tidak terbela. Pejuang atau mujahid Islam tidak mendapat sokongan, perjuangan mereka terpinggir. Masyarakat Islam hari ini ingin lari dari membicarakan soal jihad dan syahid.

Buku ini Tangisan di Bumi Kashmir, mendedahkan sebahagian dari penderitaan umat Iskam di sana. Menurut pengarang dan penulis buku ini 40% dari hasil jualan buku ini akan di serahkan kepada pejuang-pejuang Hizbul Mujahidin Kashmir untuk membantu mereka berjuang menentang tentera India yang beragama Hindu yang bercita-cita membunuh dan merampas Kashmir dari mereka.

Penulis buku ini amat sedih kerana buku-buku beliau sebelum ini yang berkisar dengan kisah-kisah jihad dan yang berkaitan dengan Islam kurang mendapat sambutan dan hanya terjual dalam lingkungan 3 ribu naskah sahaja dengan sebuah buku berharga RM8. Ini bermakna sumbangan yang dapat diberikan kepada negara Islam yang tertindas hasil jualan buku beliau hanya kurang RM10,000 sahaja.

Sepertimana sebahagian kita tahu bahawa Kashmir adalah sebuah negara yang cantik, dua tempat pelancongannya yang paling menarik adalah di Lake Woler dan Lake Dal. Disini ramai pelancong yang datang dan disinilah juga tempat yang banyak dilakukan penggambaran filem-filem Hindi. tanahnya cukup subur dan kerana itu Kashmir merupakan sumber ekonomi yang baik bagi Negara India. Kashmir juga mempunyai sumber air yang cukup.

Penduduk Kashmir adalah majoritinya beragama Islam. Perjanjian India dan Pakistan pada tahun 1947 lalu telah membenarkan umat Islam Kashmir berada di bawah Pakistan atau mewujudkan pemerintahan sendiri. Selepas itu apabila umat Islam ingin bernaung di bawah Pakistan, India membantah. Sejak itu berlakulah krisis hebat antara India dan Pakistan. Raja Kashmir di Bahagian Jammu iaitu Raja Harin Singh yang beragama Hindu adalah seorang yang zalim. Keganasan dilakukan terhadap umat Islam sedangkan umat Islam adalah majoriti. Banyak masjid dan pusat pengajian Islam di robohkan.

Selepas tahun 1987, sekali lagi India mengistiharkan Kashmir menjadi miliknya. Ketua yang dilantik oleh India untuk menguasai Kashmir ialah Jug Mohan iaitu seorang Hindu yang ganas. Bukan sahaja kawasan Jammu yang dikuasai terus tetapi juga ingin merampas kembali Azad Kashmir.

Jemaat Islam Kashmir yang disokong oleh Jemaat Islam Pakistan dan juga Negara Pakistan sendiri mula meningkat jihad mereka menentang India. Kalau sebelum ini mereka menumpukan kepada perjuangan melalui pilihanraya, kali ini mereka mulai melancarkan serangan gerila keatas askar India. Tahun 1990 Jemaah Islam Kashmir membentuk Hizbul Mujahideen.

Leftenan Syed Ahmad
Ketua di Kem Latihan Sensa

Komandan Mohamad Ikram
di Kem Latihan Sensa

Sehingga kesaat ini keganasan sering dilakukan oleh askar India terhadap umat Islam Kashmir terutama sekali ibu negara Jammu Kashmir Srinagar.

Keganasan askar India ini semakin ketara selepas puak-puak Hindu dari kumpulan Bharatia Janta Party (BJP) berjaya meruntuhkan masjid Babri di India pada Disember 1992. Mereka menjadi lebih bermaharajalela apabila berjaya pula menguasai pentadbiran India pada pilihanraya lepas dan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 5 ribu buah masjid di seluruh India dan Kashmir.

Inilah antara pokok persoalan yang perlu diketahui oleh umat Islam kita di tanah air. Umat Islam Kashmir sedang bermandi darah hasil keganasan puak Hindu. Lebih dari 100 ribu orang telah dibunuh dengan kejamnya. Ribuan isteri muda dan gadis dijadikan mangsa keganasan hawa nafsu mereka. Ribuan juga kanak-kanak yang mati atau cedera parah akibat keganasan ini yang disokong oleh Amerika dan Israel.

WAJAH-WAJAH SYUHADA









Buku Tangisan Di Bumi Kashmir ini aku beli pada 2 Oktober 1998. Aku terpanggil untuk membicarakan kisah ini kepada anda semua kerana pagi ini 6 Februari 2010 akhbar Utusan Malaysia ada menyiarkan kisah keganasan tentera India terhadap penduduk Kashmir dengan tajuk 'Tentera India Kepung Kawasan Penduduk Kashmir'.

Seorang penduduk Kashmir melontar kembali bekas
gas pemedih mata kearah polis India yang
ditembak kearah mereka bagi menyuraikan
protes di Srinagar. - REUTERS

Penyokong parti Islam di Pakistan, Jemaat-e-Islam
semalam memegang sepandok dan mengibarkan bendera parti itu
ketika berarak di Lahore untuk memberi sokongan kepada Kashmir.- AP

Srinagar 5 Feb 2010- Tentera India mengawal beberapa kawasan kejiranan di Srinagar hari ini dan menahan berpuluh-puluh aktivis bagi menyekat tunjuk perasaan yang dirancang berhubung kematian seorang remaja lelaki Islam.

Remaja tersebut maut terkena gas pemedih mata yang ditembak pada Ahad lalu semasa demonstrasi pelampau yang mencetuskan kemarahan selama berhari-hari terhadap pemerintahan India di wilayah majoriti Islam tersebut. Kira-kira 150 penunjuk perasaan dan anggota polis cedera dalam pertempuran itu.

Tindakan mengawal kawasan oleh beribu-ribu tentera India itu dikuatkuasakan bagi hari kedua di kebanyakan tempat di Srinagar dimana tunjuk perasaan telah bertukar menjadi bantahan anti India, yang mengingatkan kepada protes jalanan besar-besaran ada 2008.

"Tentera telah meminta kami supaya tidak mengambil risiko selama perintah berkurung dikuatkuasakan," kata seorang penduduk, Abdul Ghani kepada AFP. Polis bagaimanapun menolak dakwaan yang mengatakan mereka menguatkuasakan perintah berkurung.

"Kami hanya melaksanakan sekatan ketat terhadap pergerakan orang awam bagi mengekalkan undang-undang serta peraturan," kata pegawai polis Pervez Ahmad.

Seorang lagi pegawai polis memberitahu, pihaknya serta pasukan tentera, telah menjalankan serbuan di seluruh Srinagar dan menahan 75 orang yang terlibat dalam tunjuk perasaan.

Pemimpin-pemimpin pelampau turut di penjara atau di kurung di dalam rumah mereka, ketika kedai-kedai, perniagaan dan kebanyakan pejabat kerajaan di Srinagar di tutup selain pengangkutan awam yang tidak berfungsi buat hari kelima.-AFP.