Setelah sebulan aku menempah pintu jeriji 'Wrought Iron' maka sekarang ini ia telahpun siap dan sedia untuk dipasang.
Kira-kira jam 2 petang tadi, biras aku, Borhan atau lebih dikenali sebagai Bob yang mengusahakan bengkel besi bagi membuat berbagai jenis pintu jeriji dan bermacam-macam lagi memulakan kerja-kerja pemasangan bersama pekerjanya dan telah mengambil masa selama 2 jam untuk disiapkan.
Aku berharap dan berdoa kepada Allah supaya memberi perlindungan kepada kami sekeluarga dari kejadian pecah rumah yang banyak berlaku sekarang ini
Kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal amat membimbangkan dan penghuni-penghuni taman perumahan ini berusaha sedaya upaya mempertingkatkan tahap keselamatan rumah masing-masing. Ada diantara mereka yang membela anjing, memasang alat penggera, memasang spot light dan sebagainya.
Selain pecah rumah, kejadian curi dan pecah kereta juga sering berlaku disamping berpuluh-puluh buah motosikal dan basikal anak-anak yang hilang dan berani diambil walaupun diletakkan didalam pagar yang terlupa dikunci.
Pengalaman rumah aku dimasuki pencuri sebanyak dua kali ketika kami tiada dirumah dimana kali pertama melalui tingkap bilik belakang yang dibengkokkan jerijinya dan kali kedua melalui bumbung rumah amat menakutkan dan menjadikan aku lebih berwaspada apabila berada dirumah.
Berikut adalah beberapa barang aku yang hilang selama aku tinggal di perumahan ini selama 15 tahun manakala sekali berlaku kejadian ragut semasa menaiki motosikal di jalanraya berhadapan TUDM Sg Besi dan berhampiran Terowong SMART.
- Kejadian pertama melalui tingkap belakang - kecurian melibatkan barang kemas, sebuah kamera dan jam tangan
- Kejadian kedua melalui bumbung - Wang tunai RM500 yang disimpan didalam laci didalam bilik
- 5 buah basikal anakku yang dicuri - 1 didalam pagar rumah manakala 4 lagi hilang semasa ditinggalkan sekejap ketika anakku masuk kekedai
- Kejadian ragut di jalanraya - Melibatkan wang tunai RM600 (untuk kegunaan balik kampung pada hujung minggu) dan Telefon bimbit.
Kerja-kerja pemasangan jeriji besi
'Wrought Iron' sedang dijalankan
Mr. Bob sedang memotong besi penyelak yang panjang
Kerja-kerja menebuk lubang sedang dibuat untuk
besi penyelak di bawah
Lubang diatas juga perlu dibuat untuk
memasukkan besi penyelak
Seorang pekerja Bob sedang melakukan kerja-kerja
mengilatkan pintu besi 'Wrought Iron'
Mr. Bob juga melakukan kerja-kerja
mengilatkan 'Wrought Iron'
Wrought Iron yang telah siap dipasang
Sebuah basikal yang baru dibeli untuk anakku.
Ini adalah basikal yang keenam
Dua buah motosikal yang disimpan didalam pagar rumah.
Yang berwarna merah hampir dicuri didalam pagar,
walaubagaimanapun ia gagal dilakukan kerana pencuri
tidak dapat mematahkan tengkuknya yang di kunci.
'Wrought Iron' sedang dijalankan
Mr. Bob sedang memotong besi penyelak yang panjang
Kerja-kerja menebuk lubang sedang dibuat untuk
besi penyelak di bawah
Lubang diatas juga perlu dibuat untuk
memasukkan besi penyelak
Seorang pekerja Bob sedang melakukan kerja-kerja
mengilatkan pintu besi 'Wrought Iron'
Mr. Bob juga melakukan kerja-kerja
mengilatkan 'Wrought Iron'
Wrought Iron yang telah siap dipasang
Sebuah basikal yang baru dibeli untuk anakku.
Ini adalah basikal yang keenam
Dua buah motosikal yang disimpan didalam pagar rumah.
Yang berwarna merah hampir dicuri didalam pagar,
walaubagaimanapun ia gagal dilakukan kerana pencuri
tidak dapat mematahkan tengkuknya yang di kunci.
No comments:
Post a Comment