Saturday, April 3, 2010

SUKAN SKSS

Pintu masuk ke Kompleks Sukan UPM

Kompleks Sukan UPM tempat
berlangsungnya sukan Tahunan SKSS 2010

Tinggal di Serdang berhampiran UPM memberikan banyak kelebihan kepada penduduk-penduduk awam, sekolah-sekolah, badan-badan pertubuhan atau semua institusi yang ada dipersekitarannya kerana semua kemudahan yang dimiliki oleh UPM boleh digunakan oleh yang memerlukannya dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Jika ingin mengadakan majlis perkahwinan, terdapat banyak dewan yang boleh disewakan, bagi kaki-kaki pancing, pertandingan joran kerapkali diadakan dikolam-kolam ikan peliharaan yang dimiliki oleh UPM yang terletak di Bukit Expo, kolam-kolam renang bagi yang ingin belajar berenang, masjid UPM yang tersergam indah untuk aktiviti keagamaan, anak-anak pokok samada sayur-sayuran atau buah-buahan boleh dibeli bagi yang berminat untuk menanamnya, track-track joging sehinggalah kemudahan padang-padang permainan yang amat selesa untuk digunakan.

Pada 3 April 2010, Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, telah mengadakan sukan tahunannya di Kompleks Sukan UPM. Ini adalah kali kedua SKSS mengadakan sukan tahunannya di kompleks sukan tersebut. Berbanding sekolah-sekolah lain, aku merasakan murid-murid SKSS amat bertuah kerana sukan tahunan sekolah mereka diadakan di tempat yang berprestij yang bagi aku sekolah-sekolah yang terletak jauh darinya ataupun sekolah-sekolah yang terletak di luar bandar tidak akan dapat merasai sepertimana yang dirasai oleh murid-murid SKSS.

Rumah Garuda telah di istiharkan sebagai juara keseluruhan didalam acara sukan tahunan SKSS 2010.

Adalah diharapkan agar SKSS dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berkebolehan khususnya untuk acara padang kerana pada masa ini sukan tersebut semakin hari semakin dilupai oleh anak-anak muda kita kerana terleka dengan sukan alaf baru seperti futsal dan sebagainya.

Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru, PIBG, ibu bapa, orang perseorangan dan semua yang terlibat kerana berjaya mengendalikan acara sukan tahunan SKSS ini dengan amat cemerlang.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA
SUKAN TAHUNAN SKSS BERLANGSUNG


RUMAH-RUMAH PASUKAN

Pasukan Rumah Chenderawasih

Pasukan Rumah Garuda

Pasukan Rumah Jentayu

Pasukan Rumah Rajawali

Pasukan Rumah Kenyalang

BADAN-BADAN BERUNIFORM

Pasukan Pengakap

Pasukan Bulan Sabit Merah

Pasukan Puteri Islam

Pasukan Pandu Puteri Tunas

Pasukan Tunas Kedet Remaja

Semua pasukan sedang bersedia untuk acara perbarisan

Adik Mohd Aiman Faiz bertugas sebagai pembawa bendera

Empat orang murid pembawa bendera sekolah
memberikan pos istimewa


PERSEMBAHAN TARIAN DAN SENAMROBIK



Kedua-dua acara diatas dipersembahkan
sebelum sukan bermula


ACARA SUKAN YANG DIRAKAMKAM

Acara lari 100 meter sedang dilangsungkan

Acara sukan lari berganti-ganti lelaki

Pasukan Rumah Garuda Wanita sedang berentap
dengan Pasukan Rumah Rajawali Wanita
dalam acara tarik tali dan dimenangi
oleh Pasukan Rumah Rajawali


ACARA UNTUK IBU BAPA DAN GURU


Semestinya sukan tarik tali antara
pasukan bapa dan guru lelaki
serta pasukan ibu dan guru wanita.
Kedua-duanya dimenangi oleh guru lelaki dan wanita

Diantara guru-guru yang bertugas
dalam sukan tahunan SKSS 2010

Gerai jualan turut diadakan

Di padang bersebelahan, Pasukan memanah
studen UPM sedang mengadakan latihan

1 comment: