Setiap kali pulang ke kampung, aku selalu berharap untuk berjumpa kawan-kawan sekolah dahulu tetapi tidak pernah dapat menemui mereka dan tak pasti dimana mereka sekarang ini berada. Aku juga mencuba mengesan mereka melalui facebook tetapi tetap juga hampa.
Pekan Simpang terletak kira-kira 6 km dari Bandar Taiping, 4 km ke Kuala Sepetang, 30 km ke Kuala Kangsar dan 80 km ke P. Pinang. Sebelum Lebuhraya Utara Selatan dibina, Pekan Simpang adalah laluan utama semua kenderaan dari Selatan menuju ke Utara. Pada sebelah malam kelihatan berpuluh-puluh lori treler membawa muatan melalui jalan ini menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang. Manakala pada waktu siang bas-bas express pula beroperasi sehingga keawal pagi.
Kemalangan maut juga banyak berlaku disepanjang jalan ini menuju ke utara terutamanya di musim -musim perayaan. Kemalangan ngeri yang pernah aku saksikan telah berlaku pada tahun 70an dulu dimana sebuah kereta telah melanggar penunggang basikal dan penunggang basikal tersebut telah tercampak lalu tertusuk besi jambatan yang kebetulan dilaluinya. Tubuh beliau telah terlekat selama beberapa minit pada besi tersebut dan meninggal dunia sebaik-baik sahaja di tarik keluar. Pak cik 'malang' itu kami semua kenal kerana ia berniaga 'sayur-sayur dan ulam-ulam kampung' dengan menunggang basikal sehinggalah tragedi meragut nyawanya berlaku. Alfatihah untuk beliau.
Rumah keluarga aku di alamat no. 28,
Rancangan Perumahan Awam, 34700 Simpang, Taiping, Perak
Anakku yang sulung dan yang bongsu
sedang 'bergumpal' di rumah opah mereka
Surau Al Hidayah dulunya dua tingkat
diperbuat dari kayu dibina pada tahun 1975.
Kini telah dibina semula kira-kira 3 tahun lalu.
Terletak 10 meter dari rumah mak
Gambar dirakam pada hari Sabtu 17 April, 2010
selepas selesai sembahyang Zohor.
Dari kiri : Tn. Hj Zahari Yusof, Sdra. Bahadrolsham Rashid,
Ahmad Jais dan Tn. Hj. Ahmad Yacob
Dari Kiri : Tn. Hj. Zahari Yusof, Sdra. Bahadrolsham Rashid,
Tn. Hj. Ismail Salleh dan Tn. Hj. Ahmad Yacob
Pekan Simpang yang pesat membangun
Pasar Simpang yang dibina pada tahun 1965.
Kini telahpun berusia 45 tahun
Balai Polis Simpang terletak
bersebelahan Surau Al Hidayah
Sekolah Kebangsaan Simpang yang juga berwajah baru
Masjid lama Pekan Simpang yang tidak digunakan lagi.
Dibiar kekal sehingga ke hari ini
Masjid baru Pekan Simpang menggantikan masjid lama.
Dikenali sebagai Masjid Al Ikhwaniah
Gambar menunjukkan masjid lama dan baru.
Kedua-duanya terletak berhampiran
Rancangan Perumahan Awam, 34700 Simpang, Taiping, Perak
Anakku yang sulung dan yang bongsu
sedang 'bergumpal' di rumah opah mereka
Surau Al Hidayah dulunya dua tingkat
diperbuat dari kayu dibina pada tahun 1975.
Kini telah dibina semula kira-kira 3 tahun lalu.
Terletak 10 meter dari rumah mak
Gambar dirakam pada hari Sabtu 17 April, 2010
selepas selesai sembahyang Zohor.
Dari kiri : Tn. Hj Zahari Yusof, Sdra. Bahadrolsham Rashid,
Ahmad Jais dan Tn. Hj. Ahmad Yacob
Dari Kiri : Tn. Hj. Zahari Yusof, Sdra. Bahadrolsham Rashid,
Tn. Hj. Ismail Salleh dan Tn. Hj. Ahmad Yacob
Pekan Simpang yang pesat membangun
Pasar Simpang yang dibina pada tahun 1965.
Kini telahpun berusia 45 tahun
Balai Polis Simpang terletak
bersebelahan Surau Al Hidayah
Sekolah Kebangsaan Simpang yang juga berwajah baru
Masjid lama Pekan Simpang yang tidak digunakan lagi.
Dibiar kekal sehingga ke hari ini
Masjid baru Pekan Simpang menggantikan masjid lama.
Dikenali sebagai Masjid Al Ikhwaniah
Gambar menunjukkan masjid lama dan baru.
Kedua-duanya terletak berhampiran
Inilah kedai mee udang Mak Teh yang terkenal
dan telah dipromosikan oleh TV3. Ianya terletak
kira-kira 2.5 km dari Pekan Simpang.
Ini adalah kunjungan ku bagi kali ke 3
dan telah dipromosikan oleh TV3. Ianya terletak
kira-kira 2.5 km dari Pekan Simpang.
Ini adalah kunjungan ku bagi kali ke 3
Mee goreng udang
AKU DAH cuba mee udang tuh...aku rasa yg aku buat lagi sedap! aku punya resepi, asli yg ku cipta sendiri.Original resepi....!
ReplyDeleteAku dah cuba mee udang tu semasa PRK Bukit Gantang dulu....ta le sesedap mana pun.Aku punya mee udang mungkin yg lebeh menarik krana ianya dari resepi yg asli ciptaan sendiri! nak cuba sila lah datang ke Omti Deli,sg buloh.
ReplyDeleteasal usul kampong aku,kampong batu tegoh,adik beradik aku masih ramai kat simpang,abang aku dulu anggota polis balai simpang hj mohd shah tapi kini dah pencen dan tinggaldi kg jelapang,paksu aku cikgu sharif,kak hjh hasnah dan adik nya salmah othman dulu membesar di rumah awam simpang,jiran kamu tu,pakngah aku othman dan isterinya makngah jariah,sedara mara aku masih ramai lagi kat sana,aku masa2 bujang2 dulu tinggal kat batu teguh,tolong tokcik aku buat bendang kat matang road,masa tu thn 70-73,aku tertarik dgn kisah pekan simpang ni,tempat aku selalu pekena ice kacang,bul;am march aku akan pi ke rumah abg aku di kg jelapang,anak sedara aku nak melangsungkan perkahwinan di sana,wassalam....TAIPING SENTIASA DALAM INGATAN KU
ReplyDeleteRuamh tuan ni kat rumah Ustaz Samad la ya? anak dia Khairul Nizam tu kawan saya masa sekolah SK Simpang 1984-1989 dulu...
ReplyDeleteYer dkt la dgn rmah Utz Samad. Kalau tak salah rmh utz samad sebelah rumah arwah hj Shaharom. Saya kalau balik bercuti waktu mgrib pergi surau sempatlah mengaji kalau utz samad ada mengajar mlm tu. Amri kotiau koboi tu adik saya...
DeleteArwah bapak saya pun dikebumikan kat tanah wakaf sebelah masjid tu. Dia meninggai pada 12 Okt 2010.
ReplyDeleteArwah ayah saya meninggal pada 17/5/1999 dan arwah mak mnggal pd 24/10/2009 kebumi sblah mnyebelah di tnh perkuburan tu. Tn ni anak sapa?...
Delete