Pulang ke kampung baru-baru ini aku mengambil kesempatan untuk melawat ke Taman Tasik Taiping. Walaupun telah beribu-ribu kali aku melawat semenjak dari zaman kanak-kanak lagi , tetapi aku tetap tidak akan merasa puas. Ini adalah kerana Taman Tasik Taiping ini lain dari yang lain berbanding Taman Tasik yang terdapat di Negara kita. Keindahan, kedamaian, kenyamanannya dan yang utama sekali keasliannya akan membuatkan pengunjung akan merinduinya.
Taman Tasik Taiping merupakan bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia dibuka pada tahun 1880. Keluasannya mencapai 62 hektar.
Zaman persekolahan dulu, pertandingan merentas desa selalu diadakan di Taman Tasik ini dan setiap petang, latihan akan diadakan sehinggalah menjelang hari pertandingan. Setelah penat berlari kami akan bermandi dan berendam di sungai-sungai yang ada di sekitarnya dan kesejukannya akan terasa sampai ke tulang kerana airnya mengalir turun dari Bukit Larut yang terletak berhampirannya.
Pokok-pokoknya yang berusia beratus tahun mengindahkan lagi pemandangan di Taman Tasik ini kerana ia berjuntaian ke dalam tasik dan kelihatan seolah-olah seperti kanopi menutup jalan
di tempat perkelahan di Batu Hampar (Burmese Pool)
Pintu masuk ke Bukit Larut.
Kepada yang berminat untuk keatasnya,
pengangkutan jeep disediakan dan tempahan
perlu dibuat terlebih dahulu
Kepada yang berminat untuk keatasnya,
pengangkutan jeep disediakan dan tempahan
perlu dibuat terlebih dahulu
Cuma satu je yg mendukacitakan! ta ada perubahan dipuncak Bukit Larut yg menarik.Sejak zaman persekolahan ku sekitar tahun 60an hinga kini macam tu je....kecuali tananam Tulip..pun hidup segan mati tak mau! Eloknya Bukit Larut tu bagi kan Berjaya Group tentu dan develop macam Bukit Tinggi,Bentong, Pahang...Fikir2kan lah!!!
ReplyDelete