Sunday, April 10, 2011

PROGRAM MEMANCING DI TASIK BANDING

8, 9 dan 10 April 2011 adalah satu tarikh yang amat bermakna kepada kami seramai 17 orang apabila mencapai kata sepakat untuk mengadakan aktiviti memancing di Tasik Banding, Hutan Belum, Perak.
Keseronokan memancing di Tasik Kenyir, Terengganu baru-baru ini masih lagi terbawa-terbawa hingga ke hari ini dan kami tidak sabar-sabar untuk mengadakan satu lagi aktiviti memancing di tempat lain pula. Beberapa cadangan telah diterima dari ahli-ahli. Namun akhirnya kami bersetuju untuk mengadakan aktiviti memancing di Tasik Banding ini.

Atas inisiatif Kem dan dibantu oleh Ihsan maka seramai 17 orang telah bersetuju untuk mengikuti program ini dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh kami sendiri.

Setelah mencapai kata sepakat, maka pada 8 April 2011 (Jumaat) jam 10 malam, kami telah berkumpul diperkarangan Ibu Pejabat tempat kami bertugas untuk memulakan perjalanan ke Tasik Banding yang dijadualkan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam melalui Lebuhraya Utara Selatan untuk tiba disana.

Dengan memandu kereta sendiri sebanyak 5 buah, kami memulakan perjalanan tepat jam 11 malam secara konvoi diketuai oleh kenderaan Hilux yang dipandu oleh Isa bersama 3 orang penumpangnya iaitu Kem, Azman dan Najib.

Kami singgah hampir 1 jam di RNR Tapah untuk membasah tekak dan menyusun strategi seterusnya supaya perjalanan kami berjalan lancar apatah lagi kami perlu sampai ke jeti awam Tasik Banding sebelum jam 8 pagi kerana houseboat yang akan membawa kami semua telah sedia menanti.

Secara jujurnya kami mengakui bahawa kami semua belum pernah lagi menjejakan kaki ke Tasik ini dan kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah melalui internet sahaja. Atas sebab itu maka tidak hairanlah apabila kereta yang di pandu oleh Ihsan telah tersesat arah dan terus menuju ke Taiping melalui jalan lama walaupun sebelum ini telah diberitahu supaya menyusur keluar ke Tol Kuala Kangsar dan seterusnya menuju ke arah Grik.

Aku yang memandu Toyota Avanza bersama Olhusni, Hashim dan Hafizi tidak menunggu Ihsan yang tersesat itu sebaliknya menyerahkan tanggungjawab 'menunggu' itu kepada Isa, Zack dan Ustaz Nasaruddin. Kami berjanji untuk menanti kesemua mereka di bandar Grik sahaja tapi mengubah fikiran pula untuk menanti di RNR Perah yang jaraknya lebih kurang 2 km selepas bandar Grik. Tasik Banding yang kami hendak tuju itu masih lagi jauh iaitu lebihkurang 35 km yang memakan masa hampir 45 minit melalui jalan yang berliku-liku dan sunyi.

Setelah puas menunggu, akhirnya kira-kira jam 6.30 pagi mereka semua pun tiba dan tanpa membuang masa kami pun terus bersembahyang Subuh secara berjemaah di surau yang telah disediakan di RNR tersebut.

Kami tiba di Jeti awam pada jam 7.30 pagi dan terus bersarapan pagi di warung yang ada di situ.

Tasik Banding terletak 35km dari Gerik, merupakan tempat yang ideal untuk memancing dan kepada mereka yang terlalu ingin lari dari kesesakan dan kesibukan di kota.Tasik Banding ketika ini adalah kawasan destinasi untuk beriadah dan bercuti terutama buat para pencinta alam sekitar. Meliputi kawasan seluas 103.6 hektar bersebelahan dengan Tasik Temenggor di titik tengah Lebuhraya Timur-Barat.Disini juga boleh dilakukan aktiviti luar seperti berkhemah,berkelah dan 'jungle trekking'.Disini juga disediakan kemudahan yang selesa di Resort Banding.Tasik ini menjadi komponen utama kompleks Belum-Temengor (BT) yang merangkumi Perak sehingga ke selatan Thailand. Dengan keluasan melebihi 300,000 hektar atau empat kali saiz Singapura, usianya melebihi 130 juta tahun, lebih tua jika dibandingkan dengan Hutan Amazon atau Congo.
Bagi Kaki pancing pasti menyukai tasik ini yang terkenal dengan toman, sebarau, tenggalan, baung, kelah, kaloi, lampam, loma dan bermacam-macam lagi spesis air tawar.

Pengalaman memancing ini tidak dapat diceritakan secara terperinci tetapi sebaliknya hayatilah video dan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang 2 hari 1 malam kami di sini.



Apa-apa hal pun gambar blogger
kena la duduk atas sekali...


Kenderaan milik kami...
Dari Kiri Toyota Innova (Ustaz Nasaruddin),
Proton Iswara (Ihsan), Myvi (Zack),
Toyota Avanza (AJ) dan Toyota Hilux (Isa)


Zam dan Zack sedang bersiap sedia
untuk merakam gambar-gambar menarik
Dari kiri : Azman, Kem, AJ, Hashim, Awie dan Rosli bergambar
berlatarbelakangkan Tasik Banding

Dari kiri : Rosli, Shaharuddin, Zack, Najib, Azman, Jeli dan Isa
manakala didepan sekali tu Hashim
.

Ustaz Nasaruddin (berkopiah) dan En. Shaharudin
adalah ahli tetap kami walaupun mereka bertugas
di Jabatan lain


Dari kiri : Ihsan, Isa dan Hafizi

Awie tengah cari ape tu?

Oooo...Umpan buah sawit rupanya...

Sebenarnya kami semua ni salah tempat...bukan jeti yang ini.

Ini lah jeti yang sebenar, jauhnya dari jeti tadi 500 meter.
Jika tiba di sesuatu tempat baru, kita hendaklah membaca semua
maklumat yang ada supaya tak langgar peraturan yang telah ditetapkan
Bersarapan pagi sebelum menaiki houseboat

Dua beradik tapi bukan kembar
Dari kiri Jeli dan Zam
.
Di katakan bahawa mereka berdua ini
adalah pemancing tegar
walaupun masih muda...
buktinya bahawa merekalah yang paling banyak dapat ikan
.
Sedang rakan sebaya mereka pada malam minggu seperti ini
mungkin ada yang sedang merempit dan berkepit dengan bohsia
.
Tetapi bagi dua beradik ini setiap aktiviti yang hendak dibuat biarlah berfaedah
.

Tempat rehat yang disediakan di tepi jeti

Hafizi bersiap sedia dengan peralatannya





Inilah houseboat yang kami sewa dengan harga RM1,500

Ruang dalam bot yang selesa...
boleh memuat 20 orang dalam satu-satu masa


Dilengkapi Tv dan set karaoke...
Tapi kami semua tak ade mood nak nyanyi sampai lah balik...
Fokus kami adalah nak dapat ikan, ikan,ikan,ikan......................
kalau tak dapat ikan kami dah berjanji dan bertekad untuk tidak pulang ke KL.
2 dari 3 buah bilik didalam houseboat...
Tapi kami lebih selesa tidur bergelimpangan di luar....
Sejuknyer......

Ini houseboat orang sebelah, pergi sama balik pun sama...

Salah satu houseboat sedang
menunggu penyewa yang belum tiba


Urusan mengikat tali pancing ni,
aku dan Olhusni sub kat Hashim jer...


Jeli yang masih muda belia tapi mahir dalam
semua bab pancing memancing...
Shaharuddin sedang membetulkan tali pancingnya yang bersimpul
Najib dan Ihsan pun tak kurang kemahirannya
berkat dari hasil didikan aku...he he..he...
Semua jenis umpan kami sediakan
Dah penat ikat tali, kita makan pulak

Masa untuk bersantai selepas makan tengahari
Dari kiri : Rosli, Azman, Zack dan Rahim
merenung jauh ke Tasik.
Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian mereka.

Bot kecil pandu sendiri dengan harga sewa RM350 sebuah.
Zack sedang mengemudinya untuk menuju ke lubuk Kelah


Dah dapat dah...

Ikan yang telah dapat dipancing

Peralatan memancing di rehatkan selepas digunakan

Tasik Banding kelihatan tenang...
Didalamnya dihuni oleh beribu spesis ikan yang berharga


Setiap kejayaan pemancing akan dirakam dan
gambarnya dipamirkan didalam bot

Peta Tasik Banding

Papan tanda amaran...
Awas!!! gajah liar sedang melintas
....

Najib dah bersedia untuk memancing bagi sessi petang

Zack menunjukkan seekor ikan baung yang dapat dipancingnya

Azman juga pakar memancing
walaupun sebelum ini ada kawan-kawan
yang menasihatkan beliau supaya tidak pergi...


Zack dan Rahim adalah orang yang paling rajin didapur.
Bukan setakat menyiang ikan sahaja, mereka berdua memang pandai memasak


Penat memancing, kita berehat sambil menonton action movie

Kem dapat ikan kecik jer...tapi bukan dia tangkap,
orang lain yang tangkap
, dia action jer...



3 keping gambar diatas ini menunjukkan Awie sedang mengemudi bot
membawa aku dan Azman memancing di salah satu lubuk ikan

ketika hari hampir senja


Ihsan didepan sekali bersama pemancing-pemancingnyaGirlfriend dia kata nampak tak jelas sangat
jadi aku bubuh lagi satu gambar yang jelas sikit.
Masing-masing membelek kamera bagi memastikan
semua gambar-gambar penting telah dirakam
...

Bergambar bersama jurumudi houseboat


Kumpulan pemancing bergambar ramai sebelum
houseboat menghampiri jeti untuk pulang





Pemandangan Tasik Banding dari atas houseboat
Penduduk tempatan bersantai di tepi jeti setiap petang

Mereka telahpun naik kedarat dan mengemaskan
barang-barang kedalam kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur
...

Gambar diatas menunjukkan lawatan ke pusat jualan kraftangan


Sebelum pulang kami bersolat Jamak Qasar Ta'khir
Asar dan Zohor di surau di tepi jeti

Kereta Toyota Hilux yang dipandu Isa bersedia
untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur

















15 comments:

  1. Salam tuan

    Wahhh best sakan nmpak g sana ek...
    Blh thn jgk hasil tangkapan kali ni
    Ini macam kalu, lain kali blh la buat lagi ye tak.
    Ape pun tahniah la atas kejayaan bersama ahli kumpulan tasik banding...

    ReplyDelete
  2. Jelesnya... Nak ikut tapi semua kaum Adam... len kali wat lah lagi event macam ni...bley la kaum hawa ikut pula... =)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Rugi saper xjoint.....
    Hasil nyer....mmg berbaloi..
    Rata2 yg memancing dpt ikan...
    PESTA BAUNG la kiter...
    Berpuluh ekor baung dpt d naikkna...
    Antara ikan yg brjaya d naikkan...
    TOMAN, KETUTU@IkAN UBI, PATUNG....

    ReplyDelete
  5. rebut lah peluang bersama club memancing..,
    slagi masih ada kekosongan.., jangan bazirkn peluang yg ada.., kerana peluang tu tidak selalunya datang..,
    tak guna dikesalkan.., bila peluang tu dah berlalu..,

    ReplyDelete
  6. encik.. bleh x encik bg no contact owner houseboat tu?

    shahrolsamail@gmail.com

    ReplyDelete
  7. boleh tak postkan no contact owner haouseboat ?? urgent

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana saudara sudi menjengok dan membaca artikel dalam blog saye tue...

    Maaf kerana terlambat memberi respons terhadap permintaan saudara.

    Bersama-sama ini disertakan no telefon owner houseboat untuk saudara hubungi seperti berikut

    0196423601 (Puan Yati).

    "Selamat memancing di Tasik Banding"

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  9. boleh saya tahu umpan yang saudara & geng2 gunakan disanakan yang difikirkan paling ekeftif di Tasik Banding ketika trip tersebut? adakah cacing? umpan tapa? atau?

    thanx & wassalam :)

    ReplyDelete
  10. tengok pon dh cantik tempat nie...??
    berapa sewa houseboat nie..??
    boleh cite x bro..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sewa houseboat bagi 2 hari 1 malam cuma RM1,500 je...
      makan minum kami masak sendiri...

      Cuba le kalau berminat....keseronokannya tidak dapat digambarkan.

      Delete
  11. Tahniah Kepada Admin. Penceritaan yang sangat menarik. X sabar rasanya hendak mencuba sendiri. -CaptZool

    ReplyDelete
  12. jika area askar jalankan operasi memang xde ikan da, mereka da tembak ikan guna pistol n, pukat dan yg dasyat bom ikan. payah nk jumpa ikan besar. jika nk dapat benih ikan kna pancing dekat jeram.

    ReplyDelete