KUALA LUMPUR: “Selagi tidak melanggar etika perguruan dan mengabaikan pekerjaannya, dia boleh melakukan apa saja kerana itu haknya.
“Bagi saya, tindakannya tidak salah kerana dia tidak mengganggu individu lain, sebaliknya hanya mencari hiburan sendiri,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan ketika diminta mengulas penghasilan klip video miming Cikgu Syida.
Menurutnya, dia tidak melihat apa dilakukan guru itu boleh merosakkan profesyen guru, sebaliknya ia adalah perkembangan sihat.
Katanya, jika dilihat daripada sudut positif, ia menunjukkan daya kreativiti guru berkenaan kerana mampu melakonkan pelbagai aksi di depan kamera mengikut kesesuaian lagu.
“Meraih populariti sejuta pengunjung adalah luar biasa bagi individu biasa dan secara tidak langsung membuktikan guru zaman kini serba boleh.
“Walaupun buat masa kini dia lebih terarah menghasilkan klip video berbentuk hiburan, mungkin satu hari nanti dia mampu merakam video yang mempunyai unsur ‘edutainment’,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Katanya, melihat populariti diterimanya, dia percaya guru berkenaan ada peminat sendiri dan ia mungkin boleh dijadikan ruang untuk menerapkan elemen positif melalui penghasilan klip videonya.
Hashim berkata, laman Youtube mampu dilayari sesiapa saja dari seluruh dunia dan ini bererti video itu boleh ditonton pelbagai golongan, sekali gus menaikkan institusi perguruan.
Adik terkejut!!!
IPOH: “Dia pinjam baju Melayu dan songkok saya tanpa pengetahuan. Saya hanya menyedarinya apabila melihat aksi kakak saya di laman sosial Youtube,” kata adik Roshida Abd Aziz, Khairil Aizat, 22.
Menurutnya, dia dan keluarga langsung tidak tahu ‘aktiviti sampingan’ Roshida sehingga diberitahu rakan baiknya.
“Pertama kali melihat aksinya menyanyi lagu miming di laman web Youtube, saya terpegun dan terkejut. Saya tidak sangka dia sungguh berani.
“Malah, aksinya yang dilakukan di bilik tidur itu turut tidak disedari ibu bapa dan adik-beradik lain,” katanya.
Menurutnya, walaupun mulanya berasa aneh, mereka sekeluarga menganggap apa dilakukan Roshida tidak lebih daripada aktiviti hiburan dan keseronokan.
Dia berkata, ayah dan ibunya hanya tersenyum dan ketawa bila ditunjukkan aksi menggelikan hati kakaknya.
“Yang saya lihat, karakter kakak saya berbeza berbanding di dalam klip video terbabit. Dia sebenarnya pendiam dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.
“Dia juga kreatif kerana pandai melukis, aktif dalam kegiatan seni tarian selain serius dalam mendidik anak murid,” katanya.
Khairil berkata, populariti kakaknya menyebabkan mereka sekeluarga dikenali seluruh penduduk kampung yang turut tertarik dengan klip video berkenaan.
“Mungkin pada mulanya ada yang memandang sinis hobinya, namun lama kelamaan mereka mula menerima kelainan yang cuba ditonjolkan kakak saya,” katanya.
Metro Ahad
Hebat sunggoh Chegu syida ni....ni yg dikatakan bakat anugerah Illahi walaupun ianya dari kalangan perempuan.Ta sepatutnya kita buat komen2 negative terhadapnya,kita ta, ta tahu disebalik kegiataannya itu mungkia dia ada matlamat lain yg tersembunyi.Apa pun dalam bab ini,bakat2 harus dapat diterjemahkan kerana naluri manusia sememangnya bagitu,mahukan satu kelainan dari yg lain.Semoga Chegu Syida trus berjaya,namun profesyen sebagai guru harus juga di utamakan.
ReplyDeleteHebat tu hebatlah jugak, tapi jangan sampai memalukan bangsa sudah...
ReplyDeleteOrang Melayu ni memang terkenal dengan kebolehannya yang luar biasa, apa yang orang lain tak boleh buat, dia boleh buat. Sebab tu ramai yang dah masuk dalam Guinners Book Of Record.
Apa-apapun aku ucapkan tahniah kepada Cikgu Shida kerana berjaya mencetuskan satu fenomena baru selepas fenomena Tsumawi satu ketika dulu.
Nasihat aku ialah....
ReplyDelete'Buat apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang Allah larang'
Elakkan diri kita dari menjadi bahan fitnah...