Monday, February 7, 2011

PETANI MODEN

Sejak kejatuhan ekonomi Negara pada tahun 1997 lalu, biras aku En. Borhan yang pada ketika itu bekerja di sebuah kilang kimpalan di Senawang telah diberi pilihan oleh majikannya samada untuk terus bekerja dengan gaji yang terpaksa dikurangkan atau memilih berhenti kerja dengan dibayar sedikit pampasan.

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya maka beliau memilih untuk berhenti kerja dan bercadang untuk membuka bengkel kimpalan berdasarkan pengalamannya bekerja selama beberapa tahun di kilang tersebut.

Berbekalkan wang pampasan yang diperolehi, beliau tanpa menoleh kebelakang lagi terus mendirikan sebuah bengkel besi di tanah kosong di hadapan rumah mertua kami berdua serta membeli semua peralatan-peralatan yang perlu dengan secukupnya untuk memulakan perniagaan membuat pagar rumah, pintu, penutup longkang, buaian, stall burger dan sebagainya yang ditempah oleh pelanggan dari semasa kesemasa.

Beliau juga telah mengiklankan perniagaannya itu di setiap projek perumahan yang baru siap dibina untuk tempahan membuat pagar besi dan sebagainya oleh pemilik rumah tersebut.

Kini sudah 14 tahun beliau menjalankan perniagaan ini dan Alhamdulillah ianya semakin maju dan dikenali diseluruh bandar Seremban, Melaka dan sekitarnya.

Disamping berpengalaman di bidang kimpalan, En. Borhan juga sangat berminat di bidang penternakan seperti kambing dan lembu untuk menambahkan pendapatannya. Bagi tujuan ini beliau telah memilih rakan kongsinya berupa jiran beliau sendiri iaitu En. Ujang dan Azhar yang juga mempunyai minat yang sama dalam bidang penternakan ini.

Ketiga-tiga mereka sangat beruntung kerana telah berjaya mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian berupa anak kambing dan lembu untuk diternak secara pawah. Atas keyakinan Jabatan tersebut juga setelah membuat lawatan ke kandang lembu dan kambing, mereka telah meluluskan bantuan berupa sebuah mesin pengisar daun sawit untuk makanan lembu dan peralatan pagar elektrik untuk dipasang di kandang kambing milik mereka bertiga.

Aku sebagai biras kepada En. Borhan dan sahabat kepada dua orang rakan kongsinya merasa sangat berbangga dengan pencapaian serta usaha yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh mereka bertiga ini dan berharap agar mereka akan terus maju dibidang yang dipilih dimana ianya menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan.

Semua gambar-gambar telah dirakam pada 6 mac, 2011



Gambar video ini menunjukkan Borhan sedang melakukan
kerja-kerja mengisar daun sawit dengan mesin yang disumbangkan
oleh Jabatan Pertanian Kluang, Johor



Ladang kambing En. Borhan dan rakan kongsi
di tanah sawah yang tidak lagi diusahakan
oleh keluarga mertua kami berdua akibat masaalah taliair



Ladang lembu milik En. Borhan, Ujang dan Azhar





Dari kiri : Azam (Anak sulong Borhan) dan Ujang rakan kongsi
merebahkan anak lembu untuk diberi rawatan

Borhan memberikan satu suntikan kepada
anak lembu yang ditimpa penyakit kulit

Ujang memberikan makanan kepada
lembu di ladang ternakan mereka

Alat untuk pagar elektrik


Sebuah bengkel besi milik Borhan



Wrought Iron yang ditempah oleh pelanggan sedang disiapkan

No comments:

Post a Comment