Sunday, June 19, 2011

1001 EKSOTIK INDIA



Peta Negara India


Aishwarya Rai Miss World 1994

India adalah sebuah negara cantik umpama syurga yang perlu dilawati. Negara ini mengalami enam musim iaitu musim panas, luruh, sejuk, bunga, monsun panas dan monsun sejuk.


Apakah yang paling cantik di India selain pemandangan yang indah pada musim bunga?


Jawapannya…tentulah gadis-gadisnya. India sebenarnya mempunyai ramai wanita tercantik di dunia sehingga pernah menjuarai lima kali gelaran Miss World pada 1966 diikuti Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1977), Yukta Mookhey (1999) dan Priyanka Copra (2000).


Shusmita Sen dimahkotakan anugerah Miss Universe (1994) dan Lara Dutta (2000). Apakah yang menarik selain gadis-gadisnya? Tentulah banyak.


Lara Dutta Miss Universe 2000


Seperti kita semua sedia maklum bahawa India merupakan pengeluar filem terbesar di dunia. Filem-filem Bollywood semuanya adalah berpusat di Mumbai yang bermaksud ‘Kota Impian’.


Hampir kesemua filem Bollywood adalah sama sejak dulu sampai sekarang iaitu berbentuk drama muzikal yang diisi dengan aksi lawak jenaka, saspens, disulami nyanyian dan air mata serta diakhiri dengan kebahagiaan.


Jika anda ingin tahu, huruf B pada awal perkataan ‘Bollywood’ diambil sempena nama Bandar Bombay, nama asal Mumbai.


Apa lagi yang menarik di India? Banyak lagi…Antaranya, India merupakan sebuah negara yang mengeluarkan akhbar harian kedua terbesar dari segi edarannya di dunia selepas China. Kira-kira 99 juta naskhah akhbar dijual sehari. Lebih 200 juta orang membaca akhbar setiap hari dan 19 daripada 100 akhbar terkemuka di dunia diterbitkan di India termasuk The Times of India.


Lagi fakta menarik mengenai India.


  • Tamadun India kuno bermula di sekitar Sungai Indus (sekarang Pakistan) sekitar 5000 sebelum masihi. Kerajaan awal tamadun Lembah Indus ini lebih besar dan hebat daripada kerajan lain, termasuklah tamadun Mesir dan Mesopotamia.

  • India negara ketujuh terbesar di dunia memiliki keluasan sepertiga saiz Amerika Syarikat tetapi India memiliki penduduk kedua terpadat di dunia dengan jumlah 1.166 bilion orang.

  • Bahasa Hindi dan bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di India tetapi mengiktiraf 17 dialek bahasa yang lain (Assam, Benggali, Gujarati, Nepal, Manipuri, Konkani, Kannada, Kashmir, Malayalam, Marachi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Sindhi, Tamil, Telugu dan Urdu). Kira-kira 1,652 dialek dituturkan di negara itu .

  • Berlian ditemui pertama kali di kawasan Sungai Golconda. India lebih kurang 4,000 tahun lalu. Sejak 1896 hingga sekarang, India merupakan satu-satunya negara pengeluar berlian di dunia.

  • Susharta dianggap sebagai bapa pembedahan India. Kira-kira 2,600 tahun lalu, Susharta bersama pasukan perubatannya telah melakukan pembedahan kaki palsu, katarak dan batu karang.

  • Lebih daripada sejuta penduduk India adalah jutawan tetapi purata pendapatan penduduk India kurang dari dua dolar Amerika sehari. Dianggarkan 35 peratus penduduk India hidup dibawah paras kemiskinan.

  • India adalah tempat asal bermulanya permainan catur. Makna ‘Chess’ bahasa Sanskrit bermaksud ‘empat anggota pasukan’

  • Kain kapas pertama kali di pintal di India. Maharaja Rom menggelar kain kapas India sebagai ‘angin tenunan’ manakala Maharaja Moghul menggelarkan kain ‘embun pagi’ dan ‘kain air mengalir’

  • India mempunyai kira-kira 150,000 pejabat pos dan merupakan rangkaian pos terbesar di dunia. Namun begitu, surat-surat yang di pos tiba ke destinasi kurang dari dua minggu meskipun jaraknya cuma 50 kilometer.

  • Agama-agama yang terdapat di India mewakili seluruh agama yang terdapat di dunia. Malah, agama Hindu, Buddha, Jaini dan Sikh semuanya berasal dari India.

  • 80 peratus penduduk India menganut agama Hindu, Penganut Muslim pula merupakan panganut paling sedikit iaitu sebanyak 13 peratus dari keseluruhan penduduk India. Menariknya, populasi penduduk beragama Islam di India merupakan yang terbesar di dunia selepas Indonesia dan Pakistan.

  • Bunga teratai adalah bunga suci bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Bahkan, kuil Baha’i yang dikenali sebagai ‘Lotus Temple’ di Delhi berbentuk seperti bunga teratai dengan seni rekabentuk 27 kelopak besar bunga teratai yang diperbuat daripada marmar.

  • Cendekiawan India pada zaman purba memberi sumbangan terhadap ilmu matematik, trigonometri dan algebra. Sistem perpuluhan juga tercipta di India pada sekitar tahun 100 sebelum masihi. Malah, angka sifar sebagai nombor juga di cipta di India.

  • Buah kebangsaan India adalah buah mangga, manakala burung rasmi negara pula ialah merak.

  • Sungai memainkan peranan penting dalam budaya popular di India dan dari cerita-cerita rakyatnya, sungai disembah sebagai Dewi kerana ia membawa air ke tanah kering. Mandi di Sungai Gangga dipercayai dapat menghapuskan dosa seseorang. Tetapi tidak digalakkan untuk menabur abu mayat seseorang yang dicintai ke dalam Sungai Gangga.

  • Razia Sultana adalah pemimpin wanita pertama di India. Beliau dianggap sebagai pemimpin besar walaupun hanya memerintah selama tiga tahun sebelum dibunuh.

  • Kebanyakan orang India membasuh tangan, kaki dan muka sebelum makan. Seseorang itu dianggap sopan apabila makan dengan tangan kanan manakala kaum wanita pula makan selepas semua orang selesai makan. Membazir makanan dianggap sebagai berdosa.

  • Pada hari kemerdekaan India iaitu 15 Ogos 1947, Negara India berpecah menjadi India dan Pakistan. Jumlah pelarian dari kedua-dua pecahan itu seramai 1.27 juta orang dan menyebabkan kematian beberapa ratus ribu sehingga sejuta orang.

  • India merupakan pengeluar kacang kering terbesar di dunia seperti kacang merah dan kacang kuda. Selain kacang kering, India pengeksport pisang kedua terbesar di dunia selepas Brazil.


Mastika 7/2010

No comments:

Post a Comment