Walaupun aku orang Perak, bertutur loghat Kedah (Utara), berkahwin dengan orang Negeri Sembilan, bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Selangor, tetapi aku suka dengan Negeri Terengganu.
Di pejabat aku pula, ramai orang Terengganu, manakala sebahagiannya pula pernah bertugas selama beberapa tahun di Terengganu dan akhirnya kembali semula bertugas di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.
Aku suka Negeri Terengganu sebab aku suka pergi memancing di sana, sudah beberapa kali aku pergi mencandat sotong, memancing di laut dalam, manakala anak beranak aku pula sangat suka makan keropok lekor dan keropok kering dari Negeri Terengganu.
Website yang berkaitan dengan politik yang aku suka layari pula ialah website tranungkite yang membincangkan isu-isu politik semasa dalam negara.
Satu malam, selepas pulang dari sembahyang tarawih, lebih kurang jam 11 malam, aku mengadap tv yang pada masa itu sedang menyiarkan drama yang berjudul Masihkah ada Ramadhan? Pada mulanya aku tidaklah memberikan perhatian sangat akan drama tersebut kerana aku tidak suka menonton drama lebih-lebih lagi drama melayu.
Aku tercari-cari siaran atau program di beberapa channel lain yang kebanyakannya tidak menarik minatku untuk terus menontonnya kecuali laporan Sukan Olimpik 2012, aku akhirnya kembali semula ke channel yang menyiarkan drama tersebut dan terus menontonnya.
Setelah menonton beberapa minit, aku rasa macam ada satu tarikan untuk aku terus mengikutinya lebih-lebih lagi kerana dialog dan loghat yang dituturkan dalam drama ini adalah loghat Terengganu yang sangat indah dan lembut. bunyinya. Akhirnya aku menjadi peminat setia drama ini sehingga ke akhirnya iaitu episod ke 4.
Jadi aku nak berkongsi drama ini dengan kawan-kawan semua kerana banyak pengajaran yang boleh diambil darinya.
Jadi aku nak berkongsi drama ini dengan kawan-kawan semua kerana banyak pengajaran yang boleh diambil darinya.
SELAMAT MENONTON...
ulasan cerita...
Telemovie yang sangat menarik dan banyak pengajaran yang boleh kita
ambil teladan dari Masihkah Ada Ramadhan.. Mesti ramai juga yang tonton
drama dari Astro Prima ni kan.. Hari ni kemuncak drama ni. Memang
tersentuh hati.. Walaupun drama ni menggunakan dialek percakapan dari
Terengganu..tapi ramai juga yang menonton dan menghayatinya.
Tiada perasaan kenegeriaan kerana ceritanya memang menarik. Memang
terbaiklah drama ni dan produsernya tak lain tak bukan ialah Pn. Ziela
Jalil..
Barisan pelakonnya yang mantap dan nampak lebih santai dan tak terikut sangat dialog skrip.. Hero pujaan Eman Manan dan pelakon hebat yang lain seperti Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham berjaya menjiwai watak masing-masing. Tapi sayangnya penerbit lupa meletakkan nama seorang lagi pelakon yang juga sangat hebat lakonannya dalam drama ini iaitu Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over yang memegang watak sebagai Pak Leh iaitu ayah kepada Gayah...
Disebabkan ada permintaan, drama ini akan diulang tayang mulai hari Selasa hingga Jumaat ini pada jam 5.30 petang di Astro Prima..
Kasih sayang ibu membawa ke syurga, kasih sayang ayah sepanjang zaman. Orang yang baik disayangi Allah, Allah SWT sayang padanya diambilnya dulu.. Banyak pengajarannya dari telemovie Masihkah ada ramadhan. Drama sebegini yang sepatutnya diperbanyakkan untuk ditonton oleh remaja masa kini dalam mengenal erti kasih sayang sesama keluarga dan umat yang lain..

nk tny..thu x ost citer ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum Merz als.
DeleteLagu Ost filem ni "Anugerah Terindah" dendangan Aril AF7.
Tq. atas perhatian.