Monday, May 19, 2014

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN FELCRA KALI KE IX, 2014...

Acara perasmian temasya Karnival Sukan FELCRA Berhad kali ke 9, 2014 telah berlangsung di Stadium UKM, Bangi, Selangor pada 15 Mei, 2014. dalam keadaan sederhana namun meriah dan penuh warna warni. Acara dimulai dengan perbarisan masuk oleh kontinjen pasukan yang mengambil bahagian dengan diiringi pancaragam Angkatan Tentera Malaysia, disusuli persembahan tarian oleh Artis Cilik Setiawangsa dan persembahan nyanyian oleh artis kelahiran AF iaitu Mila yang mendendangkan dua buah lagu termasuk sebuah lagu popular beliau  iaitu 'Jika Kau Ubah fikiran'

Majlis disempurnakan oleh CEO FELCRA Berhad Dato' Ramlee Abu Bakar. Turut hadir ialah Y.B. Dato` Ismail Bin Kasim, iaitu salah seorang Board FELCRA Berhad. Seramai 1,000 penonton yang terdiri dari staf dan tetamu-tetamu jemputan telah membanjiri stadium sejak pukul 8 malam di dalam keadaan hujan lebat yang turun sejak dari pukul 6 petang tadi. 


Sukan Karnival FELCRA Berhad yang berlangsung dari 15 hingga 18 Mei 2014  itu mempertandingkan 21 acara iaitu  Futsal Terbuka, Futsal Veteran, Bola Sepak, Bola Tampar, Bola Jaring, Sepak Takraw, Badminton, Dart, Ping Pong, Karom, Congkak, Batu Seremban, Merentas Desa Lelaki, Merentas Desa VIP, Merentas Desa Wanita, Bowling lelaki, Bowling Wanita, Golf, Bakat, Catur dan Pentanque. Sebanyak 26 pingat emas dipertaruhkan. 

Jumlah atlet lelaki adalah seramai 853 orang dan atlet wanita 402 orang menjadikan kesemuanya 1,255 orang. Pegawai kontinjen pula adalah seramai 50 orang. Jumlah Kontinjen Pasukan yang mengambil bahagian pula adalah sebanyak 10 kontinjen yang terdiri dari FB. Wilayah Tengah selaku tuan rumah diikuti Kontinjen Ibu Pejabat, Utara, Perak, Johor, Pahang, Timur, Sabah, Sarawak dan kontinjen Belia FELCRA Berhad.

Di dalam kata-kata aluan oleh Dato' CEO menyebutkan bahawa sukan dan riadah merupakan elemen penting dalam pembentukan individu yang sihat dan berkualiti manakala semangat kesukanan pula merupakan elemen utama dalam penjanaan disiplin diri yang wajar digabung dan diketengahkan menjadi teras jati diri staf FELCRA Berhad keseluruhannya.

Pengurusan Syarikat menyambut baik serta menyokong penganjuran Karnival Sukan kali ini sebagai salah satu kaedah pengiktirafan kepada staf yang telah sekian lama membuktikan komitmen tinggi ketika menentukan kesinambungan Syarikat untuk terus maju dan cemerlang hingga ke pentas global. Semangat kesukanan yang di dorong oleh 3 kuasa dalaman individu iaitu daya saing fizikal, daya tumpu minda dan daya pertimbangan wajar perlu diperluaskan aplikasinya ke luar gelanggang, lebih-lebih lagi ketika kita bersama-sama melunasi tugasan dan tanggungjawab lokasi bertugas masing-masing supaya kita berupaya merealisasikan gagasan Satu Aspirasi, Satu Tekad, Cetusan Transformasi, Demi Rakyat.

Saksikan rakaman video dan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung...
Selamat menonton...



Video Persembahan Tarian oleh Artis Cilik Setiawangsa
(Ar-Chi-Sa-Girls)...

Video Perbarisan Kontinjen Pasukan...


Video Persembahan Artis Mila AF...

Diantara ribuan staf yang membanjiri stadium...



Pegawai-pegawai Kanan Syarikat turut kelihatan...




Jurukamera professional yang diberi tanggungjawab 
untuk merakamkan semua acara yang berlangsung...

























Dato' Ramlee Abu Bakar, CEO FELCRA Berhad 
sedang menyampaikan ucapan...


Barisan Pengurus-Pengurus Besar Kumpulan...













Pembawa bendera yang terdiri dari team bolasepak HQ...


Pancaragam ATM yang mengiringi perbarisan kontinjen pasukan...



Zulkifli Zainon Abidin selaku pengacara majlis...

Beliau digandingkan dengan Wani...
Kedua-dua mereka adalah staf dari HQ...

Acara penyerahan cenderamata oleh 
Ketua Kontinjen Pasukan kepada Dato' CEO...



Kontinjen HQ...

Kontinjen Johor...


Kontinjen Pahang...



Kontinjen Timur...

Kontinjen Sabah...




Kontinjen Majlis Belia FELCRA...





Kontinjen Wilayah Tengah selaku tuan rumah...




Gadis-gadis penyeri HQ yang terdiri Mek Dah (kiri) dan Mek Ros (kanan)...

Pemain dan penyokong pasukan Perak...

Pemain dan pegawai pasukan Wilayah Timur...


Midah (kiri) dan Yati dari pasukan Perak...






Mila dan Wani sedang membuat persembahan...

Zul pengacara majlis sedang menemuramah Mila dan Wani...





Fauziah Karim (kiri) adalah peminat setia Mila...

Pegawai kontinjen Utara dari kiri : Md. Zin, Azizan Mat dan Ahmad Yahya...

Gadis-gadis penyeri Wilayah Tengah di ketuai 
oleh Mohaya berdiri barisan belakang no. 2 dari kanan...

Kontinjen Sarawak...

Kontinjen Pahang...

Rashidi dan Ahmad Nahar memakai baju lambang kebesaran Negeri Perak...

Dari kiri : Jamaluddin Osman, Juzaili dan Hj. Din...

Peserta perbarisan dari Hq yang terdiri dari kiri : Olhusni, Juzaili dan Hj. Din...




3 comments:

  1. MOHON PADA BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT DAPAT MEMBERI SOKONGAN DAN KEPERLUAN KEPADA AJ YANG BANYAK UPDATE TTG PROGRAM-PROGRAM FELCRA.
    ADA DI SETIAP SUDUT GAMBAR YANG TAK DIAMBIL OLEH ORGANIZER.
    TAHNIAH AJ..U ARE MY BROTHER.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara Zaimee di atas penghargaan yang tuan berikan.
    Apapun yang sebenarnya saya suka dan enjoy dengan tugas tidak rasmi ini...
    Semua kisah2 yang dipaparkan di dalam blog ini akan dikenang serta untuk tatapan anak cicit di kemudian hari termasuk kita apabila telah bersara kelak.

    ReplyDelete
  3. Mane gambar masa sukan bola tampar perak

    ReplyDelete