Gambar sekadar hiasan...
Semenjak adik aku dan suaminya membeli sebuah rumah teres di sebuah taman perumahan di bandar Taiping, mereka mengimpikan satu kehidupan yang sempurna dan bahagia. Mereka ingin membesarkan anak-anak seramai lima orang dengan sebaik mungkin supaya apabila besar nanti anak-anak mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan Negara yang semakin mencabar. Di samping ilmu dunia, mereka juga tidak mengabaikan pendidikan agama kepada anak-anak dengan harapan anak-anak dapat memberikan syafaat kepada mereka di hari akhirat nanti.
Tetapi sejak mendiami rumah tersebut, kehidupan mereka tidak aman dan tenteram kerana sering diganggu oleh makhluk Jin yang turut sama-sama mendiami di dalamnya. Sudah banyak kali anak-anak terganggu terutamanya ketika tidur di waktu malam. Penjelmaan, bisikan dan bunyi yang menyeramkan sering terdengar di telinga seolah-olah makhluk Jin ini memberi amaran supaya tidak mengganggu tempat kediamannya yang telah dihuni sejak rumah ini siap dibina.
Sehingga kini sudah hampir sepuluh tahun mereka hidup di dalam ketakutan terutama anak-anaknya. Bukan mereka tidak berusaha untuk memulihkan rumah tersebut, tetapi tak tahu di mana silapnya? Ustaz-ustaz yang dipanggil selama ini tidak berjaya mengusir makhluk Jin ini. Mungkin ustaz yang dipanggil tidak mempunyai ilmu yang cukup bagi melawan Jin atau yang dipanggil itu bukan ustaz tetapi tok bomoh yang mengamalkan ilmu syirik dan sama-sama sesat seperti Jin tersebut.
Aku bertanya pada adik, apa puncanya yang menyebabkan rumahnya diganggu? Menurut adikku, rumah yang dibeli itu pada asalnya adalah sebuah rumah kepunyaan seorang lelaki India. Lelaki India itu mahu menjual rumahnya kerana hendak berpindah ke tempat lain, kebetulan pula pada masa itu adik aku juga sedang sibuk mencari sebuah rumah untuk dibeli. Mungkin nak jadi rezeki dia, setelah beberapa perbincangan dan rundingan dibuat dan kedua-dua belah pihak bersetuju, maka rumah itu pun berjaya dibeli melalui loan suaminya yang merupakan seorang kakitangan Kerajaan. Lagipun rumah itu sangat sesuai kerana kedudukannya yang sangat berdekatan dengan rumah saudara mara mereka berdua.
Menurut adikku lagi, semasa mereka mencuci rumah tersebut, banyak barang-barang pemujaan seperti alat-alat sembahyang agama Hindu dijumpai di dalam rumah dan tempat yang paling banyak dijumpai ialah di dalam bilik tengah yang sekarang ini menjadi bilik tidur anak lelakinya.
Aku pun tak pasti samada adik aku ini mengadakan bacaan doa selamat sebelum menduduki rumah ini ataupun mereka terus sahaja duduk selepas membuang dan membersihkan rumah tersebut. Jika mereka terus duduk tanpa mengadakan majlis doa selamat terlebih dahulu maka aku syak bahawa yang mengganggu mereka sekarang ini adalah Jin Kafir belaan yang dipuja oleh lelaki India bekas tuan rumah itu.
Menurut cerita adikku lagi, anak lelakinya kerap diganggu dan sering ternampak kelibat Jin itu ketika memasuki bilik tidurnya. Tempat bersarangnya Jin itu ialah di bawah katil, beberapa bisikan sering didengar di telinganya beserta hembusan-hembusan kecil. Setakat ini anak lelakinya masih boleh bertahan dan tidak menghiraukan apa yang didengarinya walaupun kadang-kadang ia tewas juga dan tidak berani untuk tidur di bilik itu.
Pernah suatu hari adik aku cerita yang dia ada mendengar bunyi gelang kaki bergemerincing seolah-olah anak perempuannya yang biasa memakai gelang kaki berjalan di dalam rumah, pada hal ketika itu anak perempuannya berada di kolejnya di Kuala Kangsar. Adik aku serta suami dan anak-anaknya juga selalu mendengar bunyi sudu berlaga di dapur terutama di waktu malam seperti ada orang sedang makan. Tetapi apabila mereka membuat intipan, tiada sesiapapun di dapur. Kalau setakat bunyi tapak kaki berjalan di dalam rumah itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka sekeluarga dan ianya sudah lali dan tiada apa yang perlu ditakutkan lagi.
Walaupun Jin itu berpusat di dalam bilik tidur tetapi boleh dikatakan bahawa seluruh rumah itu kini telah dikuasainya kerana ramai yang sedar dan dapat merasakan apabila mereka sekeluarga ada di dalam rumah mereka terasa seolah-olah sedang diperhatikan membuatkan hidup mereka gelisah dan tidak tentu arah.
Suatu pagi, anak lelakinya membuka komputer dan meninggalkannya sebentar untuk membeli sarapan pagi. Dalam masa yang sama adik perempuannya mendapat khabar yang tiga orang kawan sekolahnya terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan meninggal dunia di tempat kejadian. Terkejut dengan berita itu, adik perempuannya memaklumkan kepada ibunya yang dia tidak mahu ke sekolah kerana ingin menziarahi ketiga-tiga kawannya yang meninggal dunia di hospital.
Apa yang lebih mengejutkannya pada pagi itu ialah apabila komputer di dalam bilik yang dibuka oleh abangnya yang belum pulang dari membeli sarapan sejak tadi tiba-tiba berbunyi dan mendendangkan sebuah lagu yang menjadi kegemaran salah seorang kawannya yang meninggal itu. Tajuk lagu itu ialah 'Berharap Kau Setia' dendangan kumpulan D'wapinz dari Indonesia. Kejadian itu sangat menakutkan dan jika diamati bait-bait lagu tersebut seperti arwah berpesan kepada kekasihnya supaya tetap setia kepadanya walaupun ia sudah tiada di dunia ini.
Sesungguhnya aku sebagai seorang abang amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga adikku itu dan ingin menolong memulihkan rumah tersebut supaya terhindar dari gangguan Jin, Iblis dan Syaitan yang sangat jahat dan sering mengganggu hidup mereka. Untuk itu, aku sudah mendapatkan seorang ustaz yang sanggup untuk membantu yang akan aku bawa dari Kuala Lumpur. Tarikh yang ditetapkan ialah pada hari Ahad 23 November 2014 jam 9 pagi. Ustaz juga ada berpesan supaya disediakan garam bukit, lada hitam dan cuka semasa upacara pemulihan dibuat nanti.
Adalah diharapkan dengan izin Allah swt. usaha yang dibuat ini nanti akan berjaya menghalau Jin kafir itu dan keluarga adik aku akan hidup aman tenteram. Insya Allah...
Bagi mengikuti sambungannya dan bagaimana rumah itu dipulihkan sila Klik di sini...

boleh dpat whsap or Facebook ...
ReplyDeleteAddress FB saya boleh search atas nama Ahmad Jais dgn profile picture saya berlatarbelakang Balai Polis Mulu, Miri , Sarawak...
DeleteBaca surah yassin 7 mlm berturut2. Serta sediakn air semasa baca yassin untuk basuh rumah tu
ReplyDeleteInsya Allah kaedah yg disyorkan ini akan turut dilakukan semasa upacara pemulihan itu nanti...
DeleteTq. atas cadangan dan nasihat...