Tuesday, January 6, 2015

69 PERKARA YANG MENYEBABKAN ALLAH MURKA...

Kemusnahan disebabkan kemurkaan Allah terhadap perbuatan hamba-Nya 
yang banyak melakukan maksiat - Gambar sebagai hiasan

1. Syirik kepada Allah:
Dosa yang paling besar. Firman Allah SWT: "Sekiranya kamu menyekutukan Allah  maka segala amalan kebaikanmu akan terhapus." (Surah al-An'am:88)

2. Membunuh:
Membunuh orang dengan sengaja, masuk neraka dan kekal di dalamnya.

3. Sihir orang:  
Sihir adalah kerja yang disukai oleh syaitan.

4. Meninggalkan dan meremehkan solat, 
termasuk melewat- lewatkannya.

5. Tidak mengeluarkan zakat: 
Hadis riwayat Ibn Hibban: Tiga golongan yang mula-mula masuk neraka ialah, pemimpin yang me- nyalahgunakan kuasanya, orang yang mempunyai banyak harta tetapi tidak mengeluarkan zakat dan fakir yang riak dan sombong.

6. Berbuka puasa di bulan Ramadan tanpa keuzuran.
7. Tidak menunaikan haji, di samping ada kemampuan.
8. Tidak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.


9. Memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara-mara:

Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan persaudaraan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

10. Berzina: 
Allah melarang berzina dan melarang melakukan perkara-perkara yang menghampirkan diri dengan zina.

11. Liwat: 
Allah musnahkan kaum Nabi Lut atas dosa liwat kaumnya.

12. Riba:
Orang yang memakan riba, dibangkitkan di Padang Mahsyar dengan wajah anjing dan babi balasan di atas tipu daya dan kejahatannya.

13. Memakan dan menzalimi harta anak yatim: 
Orang yang makan harta anak yatim secara zalim, mereka sebenarnya sedang memakan api ke dalam perutnya.

14. Menipu dan berdusta:
Hadis Rasulullah - Sesiapa yang mendustakanku, maka dia telah membina sebuah rumah di dalam neraka.

15. Lari dari medan perang.

16. Pemimpin yang menzalimi dan mengkhianati rakyat:
Hadis Riwayat Tabrani - Pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, tempatnya adalah neraka.

17. Takbur, riak, berbangga diri:
Hadis Riwayat Muslim- Tidak akan masuk syurga bagi orang yang dalam hatinya ada walaupun sebesar zarah sifat takbur, riak dan berbangga diri.

18. Bersaksi palsu.

19. Minum arak:
Hadis Nabi menyebut, ada tida golongan yang diharamkan masuk syurga, iaitu peminum arak, derhaka pada ibu bapa dan orang yang membiarkan keburukan berlaku pada keluarganya (dayus).

20. Berjudi:
Semua bentuk perjudian. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, anak panah menilik nasib adalah merupakan amalan dan perbuatan syaitan, maka jauhilah semoga kamu bcroleh kemenangan. (Surah al-Maidah:90)

21. Membuat tuduhan terhadap orang baik yang tidak bersalah: 
Allah melaknat orang yang membuat tuduhan terhadap orang baik.

22. Melampaui batas dalam mengambil harta rampasan perang:
Hadis Riwayat Muslim, telah dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah lelah berdiri di antara kami dan menyebut tentang orang yang melampaui batas dalam mengambil harta rampasan perang, lalu berkata: Mereka itu akan datang pada hari kiamat yang mana tengkuknya dibebani dengan unta.

23. Mencuri: Firman Allah SWT - 
"Dan pencuri-pencuri lelaki dan perempuan, hendaklah dipotong tangannya sebagai balasan daripada Allah." (Surah al-Maidah:38) Hadis Riwayat Ahmad: (Tidak dipotong tangan bagi pencuri yang mencuri kurang daripada V* dinar (dalam lingkungan RM3).

24. Menyekat laluan perjalanan pada jalan Allah: 
Orang yang mengangkat senjata ke atas kaum muslimin, maka dia dianggap memerangi Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah: "Sesungguhnya balasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, mereka itu hendaklah dibunuh atau dipotong tangan dan kakinya atau dibuang dari negeri."

25. Sumpah dusta: 
 (dalam bahasa arab di panggil Yamin al-Ghamus) Sumpah dusta ini ialah seseorang yang bersumpah melakukan sesuatu perkara masa yang telah lepas, masa sekarang dan pada masa akan datang. Orang yang bersumpah itu sengaja bersumpah berdusta, contohnya: "Demi Allah aku telah berpuasa 10 hari pada bulan Syawal tahun lepas." Orang yang bersumpah tersebut sebenarnya dia tidak berpuasa dan dia sengaja bersumpah dusta. Hadis Riwayat Bukhari : (Dosa besar ialah syirik, derhaka kepada kedua ibu bapa, bunuh diri dan bersumpah dusta) Hadis Riwayat Malik: (Allah menegah kamu dari bersumpah di atas nama nenek moyang kamu, sekiranya kamu bersumpah, maka bersumpahlah kerana Allah dan jangan berdusta ataupun diam.)

26. Zalim:
Bertindak dan melakukan semua bentuk kezaliman. Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang berbuat zalim kepada saudaranya, maka orang dizalimi itu akan menerima pahala orang yang menzalimi mengikut kadar kezalimannya, atau sekiranya tiada kebaikan padanya, maka orang yang menzalimi itu akan menanggung dosa orang yang dizaliminya.

27. Melakukan kezaliman dan kekejaman yang dahsyat:
Hadis Riwayat Muslim: (Orang yang kejam dan zalim tidak masuk syurga) Perbuatan ini merupakan peringkat tertinggi dalam membicarakan tentang kezaliman. Sehingga para ulama menyifatkan mereka dengan seteruk-teruk kekejaman kerana mengambil perkara yang mereka tidak berhak dan juga memberi kepada mereka yang tidak layak.
28. Makan harta haram dalam semua bentuk: 
Hadis Riwayat Tirmizi (Setiap anggota badan yang tumbuh dengan harta haram, maka neraka adalah tempat yang sesuai baginya.)

29. Membunuh diri sendiri:  
Rasulullah menyatakan orang yang membunuh diri sendiri adalah ahli neraka.

30. Menipu pada sebahagian besar percakapannya: 
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Bercakap benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kepada syurga. Seseorang yang sentiasa bercakap benar akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya menipu itu mendorong kepada keburukan, dan keburukan mendorong kepada neraka. Hadis Riwayat Bukhari:
(Sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata benar atau diam.)

31. Pemimpin yang jahat dan tidak mengikut hukum Allah: Firman Allah: 
"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang disyariatkan oleh Allah, maka mereka itu adalah kafir." Firman Allah: "Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang disyariatkan oleh Allah, maka mereka itu zalim. Firman Allah: "Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang disyariatkan oleh Allah, maka mereka itu fasiq."

Hadis Riwayat Tirmizi: (Pemimpin itu pada tiga keadaan, satu golongan pemimpin yg masuk syurga dan dua golongan yg masuk neraka. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran dan memimpin ke arah kebenaran, maka masuk syurga. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak memimpin ke arah kebenaran, maka masuk neraka. Pemimpin yang memimpin tanpa ilmu, dia masuk neraka.)

32. Rasuah dalam pemerintahan: 
Hadis Riwayat Tirmizi: (Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam pemerintahan)

33. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki: 
Hadis Riwayat Bukhari: (Allah melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yangg menyerupai lelaki pada pakaian dan tingkah laku mereka)

34. Lelaki dayus yang membiarkan maksiat berlaku dalam keluarganya: 
Hadis Riwayat Nasa'i: (Tiga golongan diharamkan masuk svurga, iaitu peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, lelaki dayus yg membiarkan kerosakan dan dosa berlaku dalam keluarganya.)

35. Perbuatan cina buta: 
Saidina Umar r.a berkata: "Aku tidak lepaskan perbuatan cina buta ini kecuali kedua-duanya dihukum rejam." Dilaporkan juga daripada al-Amiri bahawa dia mendengar Ibnu Umar r.a ditanya tentang seorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga kemudian menyesal, dan meminta seorang lelaki mengahwini isterinya dan menceraikannya, untuk membolehkannya berkahwin semula. Lalu Ibn Umar berkata: "Kedua-dua yang bersepakat melakukan perbuatan tersebut dianggap berzina."

36. Tidak membuang dan menghabiskan najis kencing dengan baik: 
Perbuatan tersebut adalah perbuatan orang Nasrani. Ibn Abbas r.a berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah melewati dua kubur, lalu berkata: "Kedua-dua mereka itu diazab, seorang dari mereka kerana dosa mengumpat dan menyebarkan keburukan orang lain. Dan seorang lagi ialah kerana dosa tidak membuang dan menghabiskan najis kencing dengan baik."

37. Riak: 
Hadis Riwayat al-Bayhaqi: (Rasulullah berkata: "Aku takut berlaku syirik kecil ke atas kamu. Maka sahabat bertanya apa dia syirik kecil, ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Riak.")

Menurut Ali Bin Abi Talib: Tiga petanda menunjukkan seseorang itu riak: malas melakukan sesuatu ibadah atau perkara lain apabila dia bersendirian, dia menjadi rajin melakukan ibadah atau perkara lain apabila dia berada dalam kalangan orang ramai, semakin seronok dan bersemangat melakukan sesuatu apabila dipuji dan mengurangkan atau tidak semangat apabila dikutuk ) Menurut Fudhail bin 'iyad: Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak, beramal kerana manusia aualah sy.rik, akan tetapi ikhlas dalam amalan boleh mqnyelamatkan kamu daripada dua keadaan tersebut.)

38. Menuntut ilmu kerana matlamat dunia dan menyembunyikan ilmu: 
Hadis Riwayat Ibn Majah: (Sesiapa yang menuntut ilmu bagi tujuan dunia semata-mata, maka dia tidak akan mendapat habuan akhirat dan tidak dapat mencium bauan syurga.) Hadis Riwayat Tirmizi: (Sesiapa yang menuntut ilmu tetapi menyembunyikannya, maka liari kiamat mereka akan diazab dengan api neraka.) Hadis Riwayat Tirmizi : (Sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana tuntutan Allah, maka tempatnya adalah neraka.)

39. Perbuatan khianat: 
Hadis Riwayat Ahmad: (Tidak beriman seseorang yang tidak amanah dan tidak menunaikan janji.) Hadis Riwayat Ahmad dan Bayhaqi: (Didatangkan pada hari kiamat orang yang tidak menunaikan amanah. Maka Allah bertanya: "Adakah engkau menunaikan amanah? Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami, sudah habiskah tempoh kehidupan dunia?" Lalu Allah mengazab mereka dengan memikulkan bahan api neraka ke atas bahu mereka sehingga ia menjadi lebih berat dari gunung di atas dunia. Maka Allah berkata: "Solat itu amanah, wuduk itu amanah, membersihkan diri itu amanah, timbangan jual beli itu amanah, dan sernua itu adalah amanah yang mesti ditunaikan.)

40. Menyebut-nyebut dan berbangga dengan pemberian sedekahnya: Firman Allah: 'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah kamu dengan menyebut- nyebutnya dan mengungkitnya." Hadis Riwayat Tirmizi: "Tidak masuk syurga orang yang bakhil dan orang yang berbangga dengan pemberian sedekahnya." Hadis Riwayat Tirmizi, Rasulullah bersabda: (Janganlah kamu berbangga dengan kebaik.m karr.u dengan pemberianmu itu, kerana ia boleh menghilangkan rasa syukur pada Allah dan menghapus ganjaran pahala.)

41. Tidak mempercayai dan meyakini qada dan qadar (ketentuan) Allah Taala. Kisah Malaikat Jibril yang bertanyakan Rasulullah SAW, : Apakah iman? Rasulullah SAW menjawab: "iman ialah percaya kepada Allah, para malaikat, kitab suci, Rasul-rasul dan percaya kepada qada dan qadar, iaitu ketentuan dan ketetapan Allah." Menurut Ibn Abbas: Semua perkara telah termaktub di Luhul Mahfuz sebelum sesuatu perkara itu berlaku.

42. Mengintip orang lain: 
Curi-curi dengar perbualan orang lain, korek rahsia tentang keburukan orang. Ibn Mas'ud berkata: "Kita ditegah dari mengintip keaiban saudara selslam, apa yang terzahir padanya kita ambil." Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang curi dengar perbualan orang lain sedang dia tidak suka didengar, maka pada hari kiamat dia akan dicurahkan ke dalam telinganya bahan api yang panas.)

43. Mengumpat: 
Bercerita serta menyebarkan perkara buruk tentang orang lain yang bertujuan merosakkan hubungan persaudaraan. Hukumnya adalah haram menurut persepakatan ijma' ulama'. Hadis Riwayat Abu Daud: (Tidak masuk syurga orang yg mengumpat tentang keburukan orang lain.)

44. Mencela: 
Hadis Riwayat Bukhari: (Celaan seorang muslim adalah fasiq, dan membunuh seorang muslim adalah kufur.) Juga Hadis Riwayat Bukhari: (Mencela seorang mukmin adalah seperti membunuhnya.) Hadis Riwayat Muslim: (Orang yang suka mencela tidak akan mendapat syafaat dan tiada saksi baginya di hari kiamat.)

45. Tidak menunaikan janji: 
Meliputi janji manusia terhadap Allah Taala seperti mana yang dituntut dalam kitab suci al-Quran untuk mentaati segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, dan seterusnya janji sesama manusia. Firman Allah: "Maka tunaikanlah janji kamu, sesungguhnya janji itu akan dipertangungjawabkan/

46. Mempercayai bomoh, ahli nujum dan ahli kaji bintang: 
Hadis Riwayat Abu Daud: (Sesiapa yang mendatangkan bomoh dan dia  mempercayainya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.) Hadis Riwayat Muslim: (Sesiapa yang mendatangkan bomoh dan dia mempercayainva, maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.)

47. Isteri yang nusyuz kepada suaminya: 
Bagi isteri yang nusyuz, suami hendaklah meninggalkannya di tempat tidur, dan sekiranya isteri tidak juga taat, suami dibolehkan memukul dengan pukulan yg tidak mencederakan. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Apabila suami mengajak isteri ke tempat tidur, namun isteri tidak menghiraukannya, maka dia dilaknat oleh para malaikat sehingga Subuh). Hadis Riwayat Muslim: (Tidak halal bagi seorang isteri yang berpuasa (sunat) tanpa keizinan suami). Hadis Riwayat Tirmizi: (Sekiranya aku ingin memerintahkan supaya seorang manusia itu sujud kepada manusia yang lain, maka sudah tentu aku arahkan agar isteri sujud kepada suaminya.)

48. Taswir (mengambil gambar, melukis, melakar pada baju,dinding, pada duit, dan lain-lain. Sama ada lukisan tersebut dilukis dengan lilin, alat tajam dal lain-lain. ) 
Hadis Riwayat Bukhari: ( Para Malaikat tidak memasuki rumah yg terdapat anjing dan gambar.) Hadis Riwayat Bukhari: (Semua pelukis dan pengambil gambar masuk neraka, dan semua gambar yang diambil dan dilukisnya itu menyebabkan dia di- azab di dalam neraka.)

49. Perbuatan meraung, mengoyak baju, mencukur kepala, mencabut bulu-bulu, berdoa ke arah kecclakaan, ketika ditimpa musibah. 
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah bersabda: (Jauhilah kamu dari melakukan perbuatan meraung, mencukur rambut dan mencabut bulu-bulu, mengoyak baju, ketika dilimpa sesuatu musibah.) Hadis Riwayat Muslim: (Dua golongan manusia yang kutur, iaitu mereka yang mencela keturunan seseorang dan rr reka meraung atas kematian.) Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah bersabda: (Dua suara buruk yang ditegah, iaitu jeritan dan laungan kegembiraan yang melalaikan, dan laungan ketika mendapat sesuatu musibah.)

50. Melampaui batas kezaliman:
Allah telah menurunkan bala bagi umat terdahulu yang melampaui batas seperti Qarun dan kaum Ad dan Thamud yang melampau-lampau pada sombong, takbur dan riak. Hadis Riwayat Ibn Majah: (Sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu agar manusia bertawaduk dan merendah diri antara satu sama lain supaya tiada antara kamu yang bertindak melampaui batas antara satu sama lain dan tiada yang menyombong diri sesama kamu.) Juga Hadis Riwayat Ibn Majah: (Sesungguhnya antara dosa yang Allah turunkan bala ke atas mereka sejak di dunia dan juga balasan di akhirat ialah orang yang melampaui batas dan yang memutuskan silaturrahim.)

51. Bertindak kejam dan keras ke atas golongan lemah (Seperti orang tua, isteri, binatang peliharaan dan sebagainya,), Hadis Riwayat al-Tabrani: (Sesungguhnya Allah akan mengazab orang yang mengazab orang lain di dunia.) Hadis Riwayat Abu Daud: (Tidak akan masuk syurga bagi orang yang buruk pemerintahannya ke atas golongan yang lemah.)
Muaz bin Jabal menceritakan bahawa pada suatu hari dia melalui ke suatu tempat. Dia mendengar Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya: "Wahai Muaz, adakah engkau tahu apakah hak Allah ke atas hamba dan apa hak hamba ke atas Allah? Muaz menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Rasulullah menjawab: "Hak Allah ke atas hamba ialah menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan apa jua pun, dan hak hamba ke atas Allah ialah tidak mengazab dan bertindak kejam bagi orang yang tidak menyekutukan Allah." Hadis Riwayat al-Nasa'i: (Sesiapa yang membunuh burung sesuka hati tanpa tujuan dan faedah, maka Allah akan mengazabkannya di hari akhirat.)

52. Menyakiti jiran:
 
Jiran terbahagi kepada 3: Pertama, jiran itu muslim dan ada pertalian yang rapat atau pertalian kekeluargaan, baginya hak kejiranan, hak Islam dan hak persaudaraan yang rapat. Kedua, jiran muslim, baginya hak kejiranan dan hak Islam. Ketiga, jiran kafir, baginya hak kejiranan. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda. ;Demi Allah, tidak beriman dan tidak beriman!

Sahabat bertanya: "Siapa, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Orang yang tidak memberi keamanan dan menyakiti jirannya." Hadis Riwayat Muslim: (Tidak akan masuk syurga orang yang menyakiti jirannya.)


53. Menyakiti kaum muslimin serta mencela dan memburuk- burukkannya: 
Firman Allah yang bermaksud: "Orang yang menyakiti orang mukmin lelaki dan perempuan, maka dia telah melakukan perbuatan yang sangat dahsyat dan menanggung dosa yang terang dan jelas." (Surah al-Ahzab:58. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ((Sesungguhnya antara orang yang paling buruk halnya di akhirat kelak ialah orang yang mati dalam keadaan dia meninggalkan perbuatan buruk terhadap manusia.) Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Haram sesama muslim membunuh, mengkhianati harta dan merosakkan kemuliaan keturunan sesama muslim yang lain.)

54. Terlalu melabuhkan pakaian (baju, seluar dan sebagainya) yang menzahirkan sifat ujub, sombong dan berbangga diri. 
Firman Allah: "Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong dan berbangga diri, sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang sombong dan berbangga diri." (Surah Luqman:18). Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali, maka dia masuk neraka.) Hadis Riwayat Tirmizi: (Allah tidak akan melihat orang yang melabuhkan pakaian seterusnya menzahirkan kesombongannya.)

55. Lelaki memakai sutera dan emas: 
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Sesiapa yang memakai sutera dan emas di dunia, maka Allah mengharamkan dari memakainya di akhirat.) Hadis Riwayat Bukhari: (Kita ditegah dari minum dan makan di dalam bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan diharamkan memakai sutera bagi lelaki ataupun duduk di atasnya.)

56. Hamba yang lari dari tuannya: 
Hadis Riwayat Muslim: (Apabila seorang hamba itu melarikan diri, maka solatnya tidak diterima.) Hadis Riwayat al-Tabrani: ( Tiga golongan tidak diterima solatnya dan tidak diangkat ke langit, iaitu hamba yang melarikan diri sehingga dia pulang kepada tuannya, isteri yang dimurkai suaminya sehingga dia reda, dan orang yang mabuk sehingga dia sedar.)
57. Sembelih bukan dengan nama Allah: 
Hadis Riwayat Bukhari: (Allah melaknat orang yang menyembelih binatang dengan tidak menyebut nama Allah). Hadis Riwayat Ibn Abbas, Rasulullah bersabda: (Hendaklah kamu menyebut nama Allah ketika sembelihan, tetapi sekiranya kamu lupa untuk menyebutnya ketika menyembelih, maka sebutlah Bismillah dan makanlah.)

58. Tidak membin atau membintikan bapa kandung dengan sengaja. Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang tidak menasabkan kepada bapa kandungnya sendiri dengan sengaja dan dia mengetahuinya, maka haramlah syurga baginya.) Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang tidak menasabkan kepada bapa kandungnya sendiri dengan sengaja, maka Allah melaknatinya.)

59. Banyak berbahas, bertikam lidah dan bergaduh yang men- datangkan keburukan: 
Hadis Riwayat Tirmizi: (Sesiapa yang bertikam lidah tanpa ilmu, maka dia dalam kemurkaan Allah.) Hadis Riwayat Ibn Umar, Rasulullah bersabda: (Paling aku takut berlaku ke atas kamu ialah orang alim yang menjadi hina, orang munafik yang berbahas dan bertikam lidah tentang al-Quran, dan kehidupan dunia yang menggadai maruah dan agamamu.)

60. Menahan daripada mendapatkan air kurniaan Allah: 
Seperti air dari gunung, air mata air dan sebagainya. Hadis Riwayat Ahmad: (Sesiapa yang menahan seseorang daripada mendapatkan air dan tumbuh-tumbuhan kurniaan Allah, maka dia akan terhalang dari mendapat kurniaan dan rahmat Allah di akhirat.)

61. Mengurangkan timbangan: Firman Allah Taala: 
"Celakalah orang yang mengurangkan timbangan." (Surah al-Mutaffifin:l. Dan Firman Allah: "Dan apabila mereka membuat urusan jual beli dengan menimbang mereka kurangkan." (Surah al-Mutaffifin:3. Hadis Riwayat Ibn Abbas: (Lima diberi lima.)

62. Tiada perasaan gerun dan gentar dengan kemurkaan Allah: 
Suatu ketika iblis telah membuat tipu daya, maka malaikat Jibril dan Mikail menangis. Lalu Allah berkata: "Kenapa kamu berdua menangis?" Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami, kami gentar dengan tipu daya dan kemurkaan-Mu yang Maha Hebat. Maka Allah menjawab: "Kedudukanmu seperti ini sekarang masih tidak membuatkan kamu berasa aman dengan kemurkaan-Ku?

Hadis Riwayat Tirmizi, Rasulullah sentiasa berdoa dengan doa ini disebabkan sentiasa gentar dan takut pada Allah: (Ya Allah yang mampu membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dengan agama-Mu.) Hadis Riwayat Bukhari: (Sesungguhnya hati itu ibarat berada di antara dua jari daripada jari Allah, dan dia mampu membolak-balikkan mengikut kehendak-Nya.)

63. Menyakiti wali-wali Allah: 
Para ilmuan dan ulama yang telah mencapai tahap yang tinggi dalam penghayatan dan amalan agama adalah orang yang mulia di sisi Allah SWT. Maka perbuatan memperkecilkan atau menghina mereka pasti akan mendapat kemurkaan Allah kerana mereka ialah kekasih Allah.

64. Meninggalkan solat berjemaah tanpa keuzuran: 
Hadis Riwayat Muslim: (Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jamaah tanpa keuzuran dan sengaja mempermain-mainkan, maka Allah mengunci pintu hatinya.) Hadis Riwayat Muslim, bahawa Rasulullah bersabda: (Aku telah menyampaikan seruan kepada kaum lelaki untuk mereka bersembahyang berjamaah, kemudian membakar rumah-rumah yang meninggalkan jamaahku dan meninggalkan solat jamaah tanpa keuzuran.)

65. Meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran: Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah bersabda: 
(Demi Allah yang nyawaku pada-Nya, aku telah menyampaikan seruan solat serta azan dan menyeru kepada lelaki untuk mengimamkannya, kemudian aku mendapati sebahagian lelaki yang meninggalkan solat jamaah tanpa keuzuran, lalu aku mengarahkan agar dibakar rumahnya.) Hadis Riwayat Tirmizi, bahawa Ibn Abbas pernah ditanya tentang seorang lelaki yang berpuasa dan bangun beribadat pada waktu malam, tetapi tidak mengerjakan solat berjamaah. Lalu Rasulullah berkata: (Sekiranya dia mati, maka dia masuk neraka.) 

66. Menimbulkan kemudaratan pada wasiat: 
Melakukan kemudaratan seperti pewasiat yang sengaja mewasiatkan warisnya agar membayar hutang-hutangnya yang sengaja ditinggalkan. Perkara ini boleh mendatangkan kemudaratan terhadap waris. Firman Allah: "Selepas semua perhitungan wasiat yang diwasiatkan, atau hutang yang tidak memudaratkan, wasiat itu daripada Allah, dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani." Surah an-Nisa':12

67. Membuat tipu daya dan pembohongan: 
Hadis Riwayat Bukhari: (Penghuni neraka terdiri daripada lima golongan, antara mereka ialah lelaki yang mana kehidupannya pagi dan petang menipu kepada keluarganya dan menipu dalam hartanya.)

68. Mengintip kaum muslimin dan mendedahkan keaiban mereka: 
Diceritakan bahawa Umar r.a ingin membunuh seorang pengintip, lalu Rasulullah melarangnya dengan alasan lelaki tersebut merupakan salah seorang pejuang Perang Badar. Kemudian Rasulullah berkata: "Sekiranya sikap lelaki pengintip tadi boleh menyebabkan kemudaratan pada Islam dan umatnya, maka perbuatan tersebut dianggap membuat kerosakan di bumi, maka dia berhak dibunuh."

69. Mencela dan mencaci sahabat-sahabat Rasulullah SAW: 
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Janganlah kamu mengutuk dan mencela sahabat-sahabatku. Demi Allah sekiranya hendak diukur dengan seberapa banyak emas dari kamu, tiada yang lebih berat nilaian mereka itu dari apa jua.) Hadis Riwayat Anas bin Malik: (Sesiapa yang mengutuk dan mencela sahabat-sahabatku, maka ke atasnya laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan umat Islam seluruhnya.)

Dipetik dari buku : Kenapa Allah Murka...

2 comments:

  1. SELAMAT DATANG KE BLOG CINRAI INI LAMAN WEB SAYA WWW.CINRAI.BLOGSPOT.COM JIKA BOLEH BLOG CINRAI DI SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ANDA DI SANA.SEMOGA ANDA SEMUA DI BERKATI OLEH ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  2. Mengapa Melukis Pun Salah?
    Saya Perlukan Jawapannya...Saya Tidak Membantah Dengan Keputusan Allah SWT...Tetapi Saya Perlu Sebab Nya

    ReplyDelete