Saturday, January 16, 2016

LAWATAN KERJA KE KAWASAN LUBUK SIREH, PERLIS...

Projek Tasoh telah mendapat kelulusan untuk Program Tanam Semula getah ke getah yang akan dilaksanakan secara pakej. Kerja-kerja pembelian/pengeluaran kayu getah dan Pertanian Am getah akan dilaksanakan di dalam satu kontrak yang telah ditawarkan kepada FUESB.

Tarikh mula LA kerja-kerja pembelian/pengeluaran kayu getah adalah pada 1 Oktober 2015 dan tarikh siap LA pada 30 Jun 2016. Bagi kerja-kerja Pertanian Am (PA) getah pula adalah pada 1 Disember 2015 dan siap LA pada 30 April 2017.

Kerja-kerja pengeluaran kayu getah telah bermula di lapangan pada 12 November 2015 dan sehingga kini ia telah mencapai 1% daripada luas keseluruhan 150.48 hektar.

Walaubagaimanapun, Program Tanam Semula di projek ini dari getah ke getah tidak dipersetujui oleh peserta kerana projek Tasoh yang terletak berhampiran Empangan Timah Tasoh, Perlis Fasa 2 yang dijangka siap pada tahun 2017 akan memberi kesan kepada projek ini di mana kenaikan air untuk Empangan Timah Tasoh selepas dinaiktaraf adalah pada Reduce Level (RL) 31.0 meter iaitu kenaikan 1.9 meter daripada paras asal 29.1 meter. Keadaan ini akan menyebabkan pokok-pokok getah yang akan ditanam nanti boleh terjejas dan situasi ini telah membimbangkan peserta.

Berikutan itu, peserta projek Tasoh telah memohon supaya Program Tanam Semula dari getah ke getah yang akan dilaksanakan nanti dapat ditukar daripada tanaman getah ke tanaman sawit. Disamping itu, keyakinan tinggi mereka terhadap tanaman sawit adalah kerana terdapat kebun sawit bersebelahan (bukan Felcra) telah menunjukkan pertumbuhan sawit yang baik dan telahpun mengeluarkan hasil. Ini membuktikan bahawa kawasan ini juga sesuai untuk diusahakan ladang sawit. Walaubagaimanapun potensi pengeluaran hasil bergantung kepada pelbagai faktor seperti kesesuaian agroiklim, kesuburan tanah dan lain-lain.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, satu lawatan kerja telah dibuat ke projek tersebut pada Khamis 14 Jan 2016 jam 10 pagi yang melibatkan pegawai ladang dari Ibu Pejabat iaitu Tn. Hj. Maruan b. Kadis dan En. Faiz b. Muhijan. Pegawai dari pejabat PBW Utara, En. Mohd Zaiful Anuar b. Zulkifli dan En. Zumaini b.Mohd Yasim. 

Pegawai dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) iaitu En. Samsusah Mohd Tan dan Pn. Nur Atrah turut serta dalam lawatan ini untuk memberikan nasihat dan cadangan berhubung dengan permintaan peserta yang inginkan pertukaran tanaman dari getah ke sawit. 

Pengurus Kawasan Lubuk Sireh selaku tuan rumah iaitu En. Nordin b. Jaafar serta Pengurus-Pengurus Projeknya telah mengiringi lawatan ini yang memakan masa hampir 2 jam.

Hasil dari tinjauan yang dibuat, terdapat beberapa perkara yang ditemui dan perlu diberi perhatian. Cadangan serta pengesyuran akan dikemukakan ke Pengurusan Tertinggi untuk diteliti secara lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.    

Pejabat baru Kawasan Lubuk Sireh...

Pemandangan di dalam pejabat...

Kaunter pertanyaan...

Pejabat lama Kawasan sedang dalam proses perobohan...

Sedikit taklimat telah diberikan oleh En. Zaiful Anuar, Pengurus Pertanian
Pejabat PBW Utara (baju merah) sebelum bergerak ke kawasan lawatan
 iaitu projek Tasoh. Turut kelihatan ialah En. Faiz, Tn. Hj. Maruan
 dan Pn. Atrah (LGM)

Dari kiri: Pn. Atrah, En. Samsusah Mohd Tan (LGM), 
En. Nordin Jaafar, (Peng. Kawasan) dan 
 En. Zumaini, Pengurus Perladangan
 (Pej. PBW.Utara)... 


Para pelawat telah tiba di projek Tasoh dan 
sedang mendengar taklimat dari PK...



Empangan Timah Tasoh yang akan dinaik taraf ke fasa 2 
Reduce Level (RL) 31.0 meter iaitu kenaikan air 1.9 meter 
dari paras asal 29.1 meter....


Jurulapor....






Pokok getah telah ditebang untuk Program Tanam Semula. 
Kontrak pembelian/pengeluaran kayu getah telah diberi kepada FUESB... 

Pokok getah yang telah berusia 20 tahun dan 
perlu ditebang untuk ditanam semula...

Kawasan yang telah dibersihkan untuk program tanam semula... 


Longgokan kayu getah yang sudah sedia untuk dibakar...

Dua buah bukit yang boleh memberikan seribu makna...


Post istimewa dari Mr. Zali dari Pejabat PBW Utara... 


Bergambar ramai berlatarbelakang dua bukit dengan panorama yang indah...



Pegawai dari Kumpulan Perladangan Ibu Pejabat 
En Faiz Muhijan (kiri)  dan Tn Hj. Maruan Kadis...

Pejabat baru KPR Lubuk Sireh...

Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang diraikan oleh 
En. Wan Mokhtar b. Wan Muda, Pengurus Besar Wilayah Utara...
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana 
sudi meluangkan masa untuk kami....

En. Nordin Jaafar (PK Lubuk Sireh) membacakan doa sebelum makan...


No comments:

Post a Comment