SBU Bengkel Pakoh adalah salah sebuah bengkel membaiki kenderaan milik Syarikat FELCRA Berhad di Wilayah Timur dan ia diletakkan di bawah seliaan Bahagian Khidmat Teknikal, Ibu Pejabat.
Oleh kerana Pihak Pengurusan memikirkan bahawa SBU Bengkel Pakoh berpotensi untuk melangkah lebih jauh di dalam bidang pembaikan dan penyelenggaran kenderaan di samping mempunyai tenaga pekerja mahir dan terlatih, maka adalah lebih baik jika sekiranya ia ditadbir dan diuruskan oleh Anak Syarikat sahaja.
Satu lagi kelebihan apabila ia diuruskan oleh Anak Syarikat nanti, SBU Bengkel Pakoh ini layak untuk memasuki semua tender-tender yang berkaitan dengan kejenteraan yang diiklankan oleh Syarikat FELCRA Berhad sendiri atau mana-mana tender dari Syarikat luar samada untuk membekal peralatan-peralatan kenderaan atau sebagai panel membaiki kenderaan dari Syarikat luar tersebut. Sebelum ini ia tidak dibolehkan untuk memasuki sebarang tender kerana peraturan tidak membenarkan.
Satu lagi kebaikan ialah apabila bengkel ini diuruskan Anak Syarikat, ia boleh melangkah lebih jauh di bidang perniagaan dan sekaligus akan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada Syarikat.
Setelah beberapa perbincangan dan kajian yang dilakukan oleh Pihak Pengurusan berdasarkan prestasi yang baik maka Syarikat FELCRA Bekalan Dan Perkhidmatan Sdn. Bhd. iaitu salah satu Anak Syarikat FELCRA yang telah ditubuhkan semenjak 19 tahun yang lalu telah diberi kepercayaan untuk menguruskan bengkel ini.
Sebelum penyerahan dilakukan, semua alat ganti dan juga bahan-bahan pelincir serta segala peralatan yang terdapat di bengkel tersebut perlu dinilai harganya termasuk juga peralatan pejabat seperti komputer, kerusi meja, kabinet fail dan yang berkaitan dengannya. Ini adalah bagi membolehkan Syarikat FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan yang akan mengambil alih nanti membayar balik segala kos yang telah dinilai tersebut kepada Syarikat FELCRA Berhad.
Satu pasukan petugas dari Ibu Pejabat yang diketuai En. Mohd Jaafar b. Abd. Malim, Pengurus Kanan Bahagian Akaun Kilang, Tn. Hj. Mohd Amin Tajuddin dari Bhg. Pengurus Projek 1, En. Faizal Mustapha Kamal dari Kawalan Kredit, En. Mohd Farizal Awang dari Bhg. Pentadbiran selaku urusetia, En. Mohd Ali Ibrahim serta Mohd Ilias Mahdi Pegawai dari Bhg. Khidmat Teknikal, En. Ahmad Jais, wakil dari Kumpulan Perladangan, En. Shahrizal, En. Wan Shahrin dan Ainul Hafizah (Ain) dari Pejabat PBW Timur telah diarahkan untuk membuat penilaian harta di bengkel tersebut pada hari Selasa 19 April 2016 jam 9 pagi dan selesai menjalankan tugas pada jam 2 petang.
Pasukan petugas dari Ibu Pejabat dan Wilayah Timur
yang diketuai oleh En. Jaafar b. Abdul Malim (berdiri no. 2 dari kanan)...
Nasib pekerja bengkel tetap terbela kerana
mereka akan mendapat majikan yang baru...
Mr. AJ, wakil Kumpulan Perladangan merangkap pegawai pelapor
dan Ainul Hafizah (Ain) dari Pej. PBW Timur...
dan Ainul Hafizah (Ain) dari Pej. PBW Timur...
No comments:
Post a Comment