Thursday, October 6, 2016

KEMBARA MEDIA FELCRA 50 TAHUN, LAWATAN KE PUSAT BENIH PADI FELCRA PLANTATION SERVICES SDN. BHD.

Team Kembara Media 50 Tahun FELCRA Berhad meninggalkan Hotel Swiss Garden, Damai Laut seawal jam 6.30 pagi dan akan berkonvoi menuju ke Pusat Benih Padi, FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. yang berpejabat di Bandar Seberang Perak.  

Di Pusat Benih Padi ini nanti, mereka akan diberikan satu taklimat tentang kejayaan FELCRA Plantation dalam menghasilkan benih padi yang berkualiti tinggi hasil daripada beberapa penemuan, kajian dan ujian yang telah dibuat di makmal sejak beberapa tahun yang lalu.

Ketibaan Team Kembara Media di lokasi kira-kira jam 8 pagi disambut mesra oleh seluruh staf FELCRA Plantation yang diketuai oleh Pengarah Urusannya En. Mohd Nawawi b. Abdul Wahab manakala taklimat tentang benih padi akan disampaikan oleh En. Azman b. Md. Azhar, Pengurus Kumpulan Pemasaran FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan seorang Pegawai yang berpengalaman luas tentang tanaman padi di FELCRA Berhad.

Team Kembara Media merasa amat bertuah kerana lawatan pada pagi tersebut turut disertai Tn. Zulkarnain b. Md. Eusoff, CEO FELCRA Berhad, En. Zainal Abidin b. Shariff, COO FELCRA Berhad, Dato' Mat Roni b. Zakaria, Pengurus Besar Kumpulan Perladangan, En. Mohd Fauzi b. Hj. Mohd Tahir, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Hal Ehwal Peserta, Tn. Hj. Ali b. Mohamed, Pengurus Besar Kumpulan Pentadbiran dan Modal Insan, En. Wan Mohd Azilah b. Wan Abdullah, Ketua Kumpulan Audit Dalam.Tn. Hj. Adnan b. Yusoff, Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat, Mr. Ragu, Pengurus Besar RND, En. Mohamad b. Abdul Rahman, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, En. Hassan b. Khamis, Pengurus Besar Wilayah Perak, En. Jamaluddin b. Razali, Pengurus Besar Wilayah Johor, Tn. Hj. Saifuddin b. Omar, Pengurus Besar Wilayah Timur, Tn. Hj. Abdul Mutalib b. Tais, Pengurus Besar Wilayah Pahang dan En. Wan Mokhtar b. Wan Muda, Pengurus Besar Wilayah Utara. 

Sebelum taklimat bermula, semua para tetamu di bawa ke khemah khas untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan dengan menunya nasi lemak bungkus, kuih-muih serta minuman tea dan kopi 0.

Sebelum kita meneruskan pembacaan, marilah kita lihat dulu gambar-gambar yang sempat dirakam pada pagi tersebut...   

Kelihatan kenderaan para tetamu telah tiba 
di perkarangan pejabat FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd.

En. Faizal (dua dari kiri dan En. Jaafar Malim
 mengambil kesempatan bergambar 
dengan dua orang wartawan tempatan...

Semua para tetamu melangkah menuju 
ke khemah khas untuk menikmati sarapan pagi...
En. Yusoff Razali (kanan) bersama stafnya 
bertugas sebagai penyambut tetamu...

Estet padi Felcra Sbg. Perak...

Seorang jurukamera sedang bersiap 
dengan peralatannya untuk penggambaran...

Dari kiri: En. Aswad, Tn. Hj. Ali Mohamed, En. Azilah 
dan Tn. Hj. Mutalib Tais sedang menikmati 
sarapan pagi di khemah khas...

Turut kelihatan En. Nawawi Abd. Wahab (baju korporat), 
En. Mohd Fauzi Tahir, dan En. Hassan Khamis membelakangkan kamera...

CEO FELCRA Berhad, Tn. Zulqarnain Md. Eusoff 
sedang mengaminkan doa yang sedang dibacakan...  







En. Ramli b. Soit, bekas staf Felcra Plantation 
dijemput khas untuk membacakan doa... 

Bloggers...





Wartawan akhbar tempatan...



Wartawan akhbar...

Bloggers...



Gang pilot HQ...

Tetamu jemputan...


Wartawan dan bloggers...


Pegawai dari HQ. Dari kiri : En. Fauzi (Ptd.), En. Aziz Hamid (Plantation), 
En. Mohamad Abd. Rahman (PB Usahawan & Komunikasi Korporat), 
En. Anuar (Pemb. Peserta) dan En. Yusri (Pej. Komunikasi Korporat) ...

Wartawan dan bloggers...

Wartawan dan bloggers...

Wartawan Penyiaran TV3, 
Cik Shahirah Ezzati Yaakob (kanan) 
bersama seorang wartawan akhbar...



Dari kanan: En. Zamri Mohamad (RND) dan En. Azhar Ahmad (RND)...
bergambar bersama En. Zakuan Pilot Gyrocopter (baju hitam)...

Gang Felcra Bikerz Club...


En. Mohd Shaidi Din (kanan) staf Felcra Sbg. Perak...

Dari kiri : En. Azman Hussain (Pej. PBW PK), En. Abu Zaid 
dan En. Fakroladabi dari Pej. Timbalan Pengurus Besar 
Wilayah Sbg. Perak...


Staf Felcra Plantation...


Dari kiri: Mariam Yusof (Pej. Perancang Bisness , 
En. Rudzelan Mohd (Bhg. Audit Dalam),
Liana (Pej. PRO) dan Linda (Plantation)...

Turut kelihatan Pn. Shida (kanan) 
dari Pej. Komunikasi Korporat...


En. Azizi (Pej PBW Perak) mengambil kesempatan 
bergambar dengan reporter...

En. Azman Azhar, (berdiri) Pegawai FELCRA Plantation 
yang akan memberikan taklimat tentang padi...

Azizi bergambar dengan Anne (tgh) dan seorang staf 
dari Pejabat PBW Sabah...



Satu pos istimewa dari Pn. Dina, Pengurus Kanan Pentadbiran HQ...

En. Ahmad Nahar Md. Yatim (Pengurus Kawasan FELCRA Lekir)
bergambar bersama pegawai2 FELCRA dari HQ dan Wilayah Perak...

En. Abdul Rahim Ishak (kanan), Eksekutif Pej. PBW Perak. 
Penulis belajar satu class dengan beliau  
dari darjah 1-6 semasa bersekolah rendah 
di bandar Taiping, Perak satu ketika dulu...


dari kiri : En. Razak Supian (Pej. PBW Tengah), En. Khalil (Pej. PBW Pahang)
 dan En. Jamil (Pej. PBW Pk.) 


Staf Felcra Plantation...

Staf Felcra Plantation...


TAKLIMAT TENTANG TEKNOLOGI 
BIJI BENIH PADI TERAWAT CRUISER...

Selepas sarapan pagi, CEO FELCRA Berhad, Pegawai Kanan , team media serta pelawat dijemput ke bilik gerakan untuk diberi satu taklimat tentang teknologi biji benih padi terawat cruiser yang akan disampaikan oleh En. Azman b. Md. Azhar, Pengurus Kumpulan Pemasaran, FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd.

Di permulaan taklimat, En. Azman telah memberikan sedikit latar belakang Pusat Benih Padi FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. Menurutnya pada tahun 2012, Pusat Benih Padi Felcra Plantation Services telah memulakan pembangunan teknologi baru rawatan biji benih padi bersama pihak Sygenta Crop Protection Sdn Bhd. Ia merupakan satu inovasi dan baru dalam industri benih padi sah negara.

Asas Penubuhan...

Sebelum tahun 1991, bekalan biji benih yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia sahaja tidak konsisten. Tiada pengeluar swasta yang mengeluarkan biji benih padi pada masa itu. Oleh kerana biji benih padi adalah asas keperluan input paling penting dalam tanaman padi maka pada 1 April 1990, Felcra Plantation Services Sdn. Bhd. telah diberi kepercayaan untuk menubuhkan Pusat Benih Padi dan memulakan operasinya pada Januari 1991 dengan kapasiti proses asal 2 mt/jam. Kini kapasiti yang diproses meningkat kepada 6 mt/jam. 

Bermula dari tahun 2015 hingga 2016, kuota pengeluaran adalah 8,810 mt/tahun. Pusat Benih Padi yang diuruskan oleh FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. ini telah disahkan mematuhi SJPM Jabatan Pertanian Malaysia dan SIRIM MS 469:2012. 

Dalam taklimat beliau seterusnya, En. Azman memberitahu bahawa penggunaan kimia untuk rawatan biji benih padi adalah jenis Cruiser yang didaftar di lebih 80 buah negara seluruh dunia. Kimia Cruiser ini mengandungi perawis aktif iaitu :-
  1. Thiamethoxam 22.63% w/w
  2. Difenoconazole 2.16% w/w 
  3. Fludioxonil 73.05% w/w
Teknologi rawatan biji benih dan kimia Cruiser ini telah mendapat Kelulusan Rawatan Benih Padi Sah dari Jabatan Pertanian pada 29.4.14. Kelulusan produk dari Lembaga Racun Makhlu Perosak, KL (LRMP.R1/8729) pada 10.10.14 dan Kelulusan nama Cruiser® pada bag (JIRP.P/1114/687) pada 27.11.14.

Penggunaan kimia Cruiser untuk rawatan benih padi Sah ini juga telahpun diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi Dan Beras Negara (BKKIPB) Bil 3/2016 (khas) pada 9 hb Mei 2016.

Pihak Felcra Berhad melalui anak syarikat Felcra Plantation Sevices Sdn Bhd bersama pihak Sygenta Crop Protection Sdn Bhd merupakan peneraju kepada teknologi rawatan benih padi sah dalam industri biji benih padi Sah negara. Kejayaan teknologi rawatan biji benih padi yang dibangunkan di sini akan dijadikan sebagai SOP dan model kepada industri padi di Asia.

Tujuan Teknologi Dibangunkan...

Tujuan teknologi ini dikembangkan dalam industri adalah untuk memberi penambahbaikan kepada faktor peningkatan hasil padi bagi tanaman padi yang melibatkan kualiti biji benih dari segi meningkatkan percambahan dan kecergasan. Kimia Cruiser ini juga akan dapat mengawal serangan serangga thrip, serangga penghisap daun dan serangan ̀bakanae ́sehingga umur padi 30 HLT

Teknologi ini juga diperkenalkan bagi memastikan petani mendapat dan melaksanakan amalan agronomi yang sempurna, tepat dan menggunakan input yang terbaik serta parktikal. Teknologi ini juga dibangunkan adalah bagi meningkatkan nilai tambah produk biji benih padi kepada pengusaha biji benih padi sah Negara.

Kebaikan dan Kelebihan Teknologi Ini...

Dalam aktiviti tanaman padi, umur padi dari 0-30 hari selepas penanaman, adalah kritikal dan penting agar pertumbuhan anak padi dan bilangan pokok padi yang mencukupi mengikut sasaran yang ditetapkan. Antara faktor komponen hasil dalam tanaman padi adalah jumlah bilangan pokok padi yang seragam dan mencukupi.

Sebarang masalah yang melibatkan percambahan dan pertumbuhan padi yang tidak sempurna akan menjejaskan kerja ladang seterusnya seperti kawalan rumpai, pembajaan dan sebagainya. Secara langsung teknologi ini akan dapat membantu dan memudahkan petani dalam pelaksanaan kerja ladang sebagaimana perancangan pada peringkat 0-30 hari selepas penanaman.

Kimia Cruiser ini juga akan dapat mengawal serangan serangga thrip, serangga penghisap daun dan serangan ̀bakanae ́sehingga umur padi 30 HLT. Ini juga akan meringan dan memudahkan petani dalam perlaksanaan kerja pada peringkat 0-30 hari selepas penanaman.

Kos, Harga dan ROI...

Harga jualan adalah sebanyak RM 9.60/kg/bag(20kg).


ROI.

Kos rawatan benih = RM76.80/ha
  1. Peningkatan hasil padi terawat : 330 kg/ha = RM396
  2. Perolehan bersih : RM396-RM76.80 = RM319
  3. Penjimatan kos perlindungan tumbuhan = RM74.25
  4. Jumlah perolehan = RM319+RM74.25 = RM393.25
Pencapaian...
  • 1994 - mula mengkomersialkan pengeluaran biji benih padi di Malaysia
  • 2001 - Pengeluar biji benih padi swasta pertama di Malaysia
  • 2001 - Unit pertama di FELCRA Berhad mendapat pensijilan MS ISO
  • 2006 - Pengeluar atau syarikat swasta pertama yang membekal dan mengeluarkan biji benih padi SAH NEGARA
  • 2010 - Syarikat pertama yang memula dan mengembangkan teknologi Sistem Clearfield di Malaysia
  • 2011 - Memulakan teknologi mesin optical length sorter dalam industri biji benih padi   

Amalan Kualiti...

Pusat Benih Padi FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. didapati telah melaksanakan amalan kualiti di mana pada 12 September 2001 syarikat telah memperolehi persijilan MS ISO 9002:1994 diikuti pada 1 Julai 2003 telah dapat meningkatkan persijilan kepada MS ISO 9001:2000. Pada 9 Disember 2010 pula, syarikat terus meningkat amalan kualiti dan pada kali ini ia telah memperolehi persijilan kepada MS ISO 9001:2008. Sehingga ini selama 14 tahun syarikat telah dapat mengamalkan persijilan kualiti dan ia sesuatu yang amat dibanggakan. Persijilan Kualiti terus meningkat di mana syarikat telah memperolehi persijilan MS ISO 9001:2015.

Varieti Padi Yang Diproses...    

1990 : MR 130, MR 106, MR 123
1992 : MR 151, MR 204
1999 : MR 219
2010 : MR 220 CL 1 & 2
2016 : MR 263, MR 284






Mr. AJ....


Tuan CEO, Kegawai Kanan serta team media sedang mendengar taklimat... 

Pegawai-pegawai dari FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. 

Para wartawan, cameraman dan bloggers
memenuhi ruang untuk mendengar taklimat...

Tn. Hj. Hashim, Ketua media sedang 
memperkatakan sesuatu kepada Tn. CEO. 
Turut kelihatan di sebelah kanannya ialah
Dato' Mat Roni b. Zakaria, PBK Perladangan...

Dari kiri : En. Mohd Fauzi b. Hj. Tahir
 (PBK Hal Ehwal Peserta), 
En. Zainal Abidin b. Sharif (COO FELCRA Bhd) 
dan Tn. Zulkarnain Md. Eusoff (CEO FELCRA Bhd.)... 

En. Mohd Nawawi b. Abd. Wahab, 
Pengarah Urusan FELCRA Plantation
 sedang menyampaikan ucapan alu-aluan...

Dari kiri: En. Wan Mokhtar (PBW Utara), 
En. Wan Azilah (Ketua Kumpulan Audit Dalam) 
dan Tn. Hj. Adnan Yusof (Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat)...


Cameraman sedang mencari angle terbaik untuk 
mendapatkan gambar-gambar yang menarik... 

En. Mohd Fauzi b. Hj. Mohd Tahir (PBK Hal Ehwal Peserta) 
sedang memberikan perhatian terhadap taklimat yang disampaikan...



Jenis-jenis padi yang dihasilkan di Pusat Benih Padi...

Tn. Hj. Hashim, Ketua Media sedang menyampaikan 
ucapan perhargaan dan terima kasih... 



En. Azman Azhar, Pengurus Kumpulan Pemasaran FELCRA Plantation
sedang memberikan penerangan tentang benih padi 
kepada wartawan akhbar dan TV...















Benih padi yang telah dirawat...

Jenis-jenis benih padi yang dihasilkan....


Racun kimia...

Antara produk keluaran FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. 
yang dipamerkan di ruang pameran.... 

Ganocare...Baja organik feterlizer... 

Baja Ganocare dalam bentuk pallete...


En. Azman sedang ditemuramah oleh pemberita TV 
mengenai kejayaan Pusat Benih Padi yang dapat
menghasilkan benih padi bermutu... 


En. Azman b. Md. Azhar, Pengurus Kumpulan Pemasaran 
FELCRA Plantation Sevices Sdn. Bhd....





En. Aziz Hamid, Pengurus Felcra Plantation 
sedang memberikan taklimat tentang cara-cara 
penanaman benih padi dibuat...
Kelihatan Para wartawan dan cameraman 
sedang memberikan fokus terhadap 
taklimat yang diberikan...










Pegawai-pegawai Kanan FELCRA Bhd.
Dari kiri : Tn. HJ. Mutalib Tais (PBW Pahang), 
En. Mahmud Selamat (FELCRA Plantation), 
En. Mohd Jamil (Pej PBW Perak), 
Tn. Hj. Saifuddin Omar (PBW Timur)...

Selesai lawatan ke Pusat Benih Padi, 
semua pegawai dan pelawat kini sedang menuju 
ke satu lagi lokasi lawatan di mana mereka akan mendengar
taklimat tentang gyrocopter.

  Pegawai dan staf
FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd.

3 comments:

  1. Tima kasih memaparkan tentang kejayaan sykt kami...

    ReplyDelete
  2. Bagus artikel ni. Boleh dijadikan bahan rujukan. Harap fakta yg diberikan boleh membantu mereka2 yg sedang membuat kajian tentang padi. Tq blogger

    ReplyDelete