Sunday, February 12, 2012

XPDC KE GUNUNG ANGSI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN...

Aktiviti Syarikat pada pembukaan Tahun 2012 ini adalah XPDC ke Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ianya adalah bertujuan bagi membuat saringan dan memilih 50 staf yang layak untuk mendaki Gunung Kinabalu, Sabah pada 1 hingga 4 Jun 2012 nanti.

Kali terakhir pihak Syarikat menganjurkan XPDC ke Gunung Kinabalu ini adalah pada Tahun 2001 dahulu dengan latihan mendaki dibuat di Gunung Ledang yang sangat terkenal dengan sejarah Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah.

XPDC ini telah diadakan pada hari Sabtu 11 Februari 2011 dimana pasukan kami seramai 60 orang telah berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat jam 6.30 pagi diikuti dengan pengagihan baju T, bungkusan sarapan pagi dan sessi bergambar beramai-ramai. Tepat jam 7 pagi kami pun bertolak dengan sebuah bas yang disewa khas dan diikuti dengan 3 buah kereta. Bas yang membawa kami tiba di kaki gunung jam 8.30 pagi

Sebelum mendaki, sedikit streching, satu penerangan ringkas oleh Pegawai Penjaga Gunung dan bacaan doa selamat telah diadakan untuk memohon restu dan keselamatan kepada Allah s.w.t. untuk kami semua. Diantara pesanan dan nasihat yang diberikan oleh pegawai penjaga gunung ialah, kami dinasihatkan supaya bergerak secara berkumpulan tak kira berapa ramai didalam kumpulan tersebut atau sekurang-kurangnya 2 orang, tidak mengusik atau merosakkan pokok-pokok didalam hutan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Setelah selesai semua sessi, maka kira-kira jam 9 pagi pendakian kami pun bermula.

Pada latihan kali ini, Gunung Angsi telah dipilih kerana ia merupakan salah satu Gunung yang sangat mencabar bagi para pendaki yang pernah mendakinya. Walaupun ketinggiannya adalah 825 meter iaitu kira-kira 7 kilometer dari paras laut tetapi para pendaki perlu mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke puncaknya.

Peserta pertama yang tiba ke puncak adalah saudara Imran dari Bahagian Pemasaran, Saudara Faisal dari Kawalan Kredit dan Amirol dari FELCRA Plantation And Servicess Sdn. Bhd. Mereka hanya mengambil masa 2 jam 30 minit untuk tiba di puncaknya iaitu awal setengah jam dari masa yang dijangka. Manakala aku dan beberapa lagi rakan tiba dipuncak pada jam 1.10 minit petang dalam keadaan badan yang sangat letih.

Difahamkan hanya 2 orang staf sahaja yang gagal sampai ke puncak dan telah berpatah balik atas sebab-sebab kesihatan, walaubagaimanapun syabas diucapkan kepada mereka kerana tetap bersemangat untuk memberikan cabaran kepada lain-lain peserta dalam XPDC ini.

Kira-kira jam 4 petang, semua pendaki telah selamat menuruni Gunung Angsi dan mengambil kesempatan untuk bersembahyang, bermandi mandi di bawah kaki gunung yang terkenal sebagai tempat perkelahan dan air terjunnya iaitu Taman Rekreasi Ulu Bendul dan seterusnya menikmati makan tengahari yang sebenarnya telahpun lewat.

Tepat jam 6 petang, bas yang membawa kami mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan Gunung Angsi dengan hati yang bercampur baur antara sedih dan gembira serta diiringi seribu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kami semua tiba di perkarangan Ibu Pejabat kira-kira jam 7.45 malam dan pulang kedestinasi masing-masing selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Surau tingkat 1.


Saksikan gambar-gambar dan clip video
yang sempat dirakam semasa XPDC ini.

Para peserta bergambar ramai
sebelum memulakan perjalanan

Pengagihan baju T dan bungkusan sarapan pagi
berupa nasi lemak dan tea o

Para peserta sedang memberikan perhatian
terhadap Sessi taklimat dari Pegawai Penjaga Gunung

Streching






Pendakianpun bermula




Lihat!!! betapa sukarnya mendaki
hingga ada yang terpaksa merangkak

Penat-penat dalam hutan ni, ade awek, best jugak...

Kem (baju merah) diikuti oleh Suhaimi dan Isa
berhenti sebentar untuk bergambar

Saudara Anis sangat fokus dalam pendakiannya
diikuti Zainol dan Suhaimi

Selepas kira-kira 1 jam mendaki maka pasukan kamipun tiba
di Jeram Talang iaitu satu kawasan rehat yang telah disediakan
untuk melepaskan penat.




Dari kiri : Johan, Isa, Azman, manakala duduk
di belakang ialah Fahmi, Najib dan Awie

Dari Kiri: Nurul dan Ida pun turut mencuba nasib dengan harapan
mereka berdua akan terpilih ke Gunung Kinabalu bulan Jun nanti


Semasa gambar ini dirakam, Saudara Anis sedang berwirid dan berzikir
dalam usaha mencari kekuatan dan bergantung harap kepada Allah
Yang Maha Esa untuk beliau meneruskan pendakiannya

Turut bersama kami semasa pendakian ialah satu kumpulan remaja
dari Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur. Syabas kepada mereka
kerana menjalankan aktiviti yang berfaedah walaupun dengan perbelanjaan sendiri.

Dari kiri : Zainol, Kem, Najib, Zaimee dan Rahman Yaakub

Peserta wanita yang sayup tu, Julia dan Azah
dari Bahagian Teknikal, Ibu Pejabat



Kalau tak salah aku...budak-budak dua orang ni Amy dan Mimah

Salah satu tempat pendakian yang mencabar iaitu mesti
mendaki dengan menggunakan tali, kalau tidak tak lepas naik keatas


Inilah dia saudara Faizal, pendaki pertama
sampai ke puncak....Tahniah!!!



Azriman dalam kepenatan setelah mendaki hampir 2 jam

Dari kiri :Zaimee, Raman, Isa manakala yang duduk tu Hashim
sedang memerhatikan peserta memanjat bukit dengan menggunakan tali


Rahman telah sampai ke puncak sambil diawasi oleh Faizal

Giliran blogger pulak...Kacang....jeee....he he he...



Isa mencuba lagi kerana kali pertama tadi dia gagal memanjat




Berhenti sekejap selepas penat memanjat bukit

Setelah hampir 3 jam setengah mendaki akhirnya aku dan Rahman
pun sampai ke puncak Gunung Angsi

Begitu juga dengan Najib dan Zaimee

Baju hitam tu Zack dari Bahagian Pemasaran


Zaimee dan Rahman mengangkat tangan bagi menandakan
mereka telah selamat sampai di puncak Gunung Angsi

Zamri di puncak Gunung

Abg. Kem berkempen dengan membawa papan tanda bagi
mengingatkan setiap pengunjung supaya menjaga kebersihan gunung ini.




Aku dan Fahmi terbaring keletihan dan kami juga kena
mengumpul tenaga kerana akan menuruni gunung ini sebentar saja lagi.


Salah seorang group kami yang wanitanya hanyalah Fiza Ismail.
Beliau sangat bersyukur kerana merasa sangat selamat
berada didalam kumpulan kami

Pemandangan Bandar Senawang dan
Kuala Pilah dari puncak Gunung


CLIP VIDEO



Sessi taklimat oleh Pegawai Penjaga Gunung



Semasa memulakan pendakian, pasukan kami bertemu dengan
deretan semut yang bergerak keluar dari sarang untuk mencari makanan



Para peserta memulakan pendakian



Fasa pertama didalam hutan



Para pendaki berehat sebentar di Jeram Talang
Selepas 1 jam mendaki




Kedua-dua clip video ini menunjukkan salah satu tempat
yang mencabar semasa mendaki Gunung Angsi.

LAWATAN KE TAPAK HIMPUNAN...

Hari Sabtu ini 18 Februari 2012, Perdana Menteri akan melawat Bandar Seberang Perak, Kg. Gajah jam 8 malam dalam misi lawatannya ke Negeri Perak bagi menyampaikan amanatnya kepada rakyat. Sebelum itu disebelah paginya beliau akan berada di Gopeng terlebih dahulu.

FELCRA Berhad yang merupakan Agensi terbesar yang terletak di Bandar tersebut, maka sudah tentulah ia diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan lawatan Perdana Menteri ini beserta rombongannya dengan penuh kejayaan. Bagi memastikan kemeriahannya, beberapa program telah diatur bermula 17 Februari jam 10 pagi sehinggalah ketengah malam 18 Februari 2012.

Sudah hampir dua minggu, Pegawai-pegawai di Peringkat Negeri Khususnya Negeri Perak dan Ibu Pejabat, sibuk bermesyuarat bagi merancang dan menyusun atur beberapa program untuk menarik minat rakyat menghadirinya sehinggalah masa ketibaan Perdana Menteri nanti.

Salah satu jawatankuasa yang dibentuk adalah Jawatankuasa Kebudayaan dan Keceriaan yang kebanyakannya dianggotai oleh Pegawai dan staf dari Kumpulan Pengurusan Estet yang terletak ditingkat 5, Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Kuala Lumpur. Ianya di Pengerusikan oleh Pengurus Besar Inspektorat iaitu Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad.

Diantara program yang telah diatur oleh Jawatankuasa ini adalah beberapa pertunjukan serta permainan rakyat yang dirasakan akan dapat memeriahkan lagi acara sambutan lawatan Perdana Menteri ini. Acara yang dijangka akan dapat menarik minat rakyat adalah pertunjukan Autoshow yang melibatkan 20 buah kereta Myvi dan 20 buah Proton yang telah diubahsuai yang melibatkan 43 orang crew, permainan Remote Control Aerial Display, permainan Gasing Terbang, permainan Layang-layang serta demonstrasi membuatnya, Pertunjukan bunga api, permainan kompang dan rebana serta perarakan bunga manggar semasa ketibaan Perdana Menteri. Kesemua acara ini adalah di bawah Jawatankuasa Kebudayaan dan Keceriaan sepertimana yang telah disebutkan tadi.

Persembahan artis dan sebagainya telah diletakkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Acara yang di Pengerusikan oleh En. Mohamad b. Abd Rahman, iaitu PRO Syarikat.

Hari Jumaat lepas, satu lagi mesyuarat telah diadakan oleh Jawatankuasa ini di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak jam 10 pagi. Aku dan Rafia Olhusni adalah diantara orang yang menganggotainya dan dimestikan hadir semasa mesyuarat ini berlangsung. Seawal jam 5 pagi aku telah bertolak dari rumah untuk menjemput Rafia Olhusni dirumahnya di Ampang, dan seterusnya meneruskan perjalanan ke tempat mesyuarat melalui lebuhraya yang mengambil masa 2 jam untuk sampai, kami sempat bersembahyang Subuh di Masjid Jamek Bidor kira-kira jam 6.45 pagi. Kami akhirnya tiba di Pusat Latihan selepas singgah bersarapan pagi di Restoran Gulam Rasul jam 9 pagi dan terus ke bilik mesyuarat untuk menyediakan peralatan audio video serta minit-minit mesyuarat yang telah disediakan.

Mesyuarat tamat jam 12 tengahari dan acara seterusnya adalah lawatan ke tempat pameran yang terletak ditapak perumahan Gen 2 lebihkurang 1 km dari Pusat Latihan.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa lawatan dibuat.


Tn. Hj. Abd. Rahman b. Ahmad
sedang mempengerusikan mesyuarat



En. Mohd Anuar Ajit, dari FELCRA Bekalan (kiri)
dan En. Sham dari FELCRA Agro adalah diantara dua orang AJK
yang bertanggungjawab bagi memastikan kelancaran program ini.


Kerja-kerja mendirikan khemah sedang giat dijalankan





Tapak permainan Autoshow dan remote control







Tn. Hj. Abd. Rahman selaku Pengerusi
Jawatankuasa Kebudayaan & Keceriaan
sedang memberikan taklimat ditapak pmeran

















Friday, January 27, 2012

BAGAIMANA CARANYA AL-QURAN MEYAKINKAN MANUSIA TENTANG AKHIRAT.......Sambungan....


Kebangkitan atau kehidupan di Akhirat adalah suatu yang akan terjadi nanti yang pasti dan tidak diragukan lagi akan terjadinya. Sekalipun pasti dan tidak diragukan kerana kejadian itu belum terjadi maka tidak ada bukti-buktinya. Sesuatu yang belum terjadi tentu saja tidak mempunyai bukti dari terjadinya.

Sekalipun begitu, kita dapat meyakinkan akan terjadinya setelah kita mempelajari akan keterangan-keterangan yang diberikan Allah dengan Kitab Suci-Nya al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak sedikit jumlah ayat-ayat al-Quran yang membimbing kita untuk mempercayai dan meyakinkan tentang adanya kebangkitan atau Akhirat itu dengan pasti.

Perhatikanlah tentang ayat-ayat al-Quran dan kejadian-kejadian yang tersebut di bawah ini yang penuh dengan perumpamaan-perumpamaan yang membimbing pemikiran kita dengan cara-cara berfikir yang dapat meyakinkan kita tentang kebangkitan itu.

Pada suatu hari, setelah Nabi Muhammad s.a.w. memberi keterangan kepada orang banyak bahawa setiap manusia yang sudah mati akan dihidupkan kembali, maka orang banyak yang kebanyakannya terdiri atas orang-orang bodoh itu serentak mengejek dengan berteriak-teriak dan bersiul-siul sambil berloncat-loncatan.

Diantara orang banyak itu ada dua orang penting yang termasuk kaum cendekiawan dan pemimpin iaitu Ubay b. Ka'ab dan al-'As b. Wail. Kedua pemimpin ini selain tidak percaya bahawa orang-orang yang sudah mati beribu-ribu tahun akan hidup kembali, juga akan menggunakan keterangan ini untuk menjatuh atau mengalahkan Rasulullah s.a.w.

Kedua-kedua orang itu pulang kerumahnya mengambil cangkul lalu menuju ke kuburan. Kuburan itu mereka gali, mereka keluarkan tulang-belulang manusia yang terdapat di dalamnya lalu membawa tulang-tulang itu ke hadapan Rasulullah s.a.w. Dihadapan Rasulullah s.a.w., tulang-belulang itu mereka injak-injak dengan kaki sehingga hancur lebur menjadi debu. Debu itu mereka serakkan ke udara sehingga berterbangan, lalu mereka berkata kepada Rasulullah: "Engkau lah yang mengatakan bahawa Allah akan menghidupkannya kembali?"

Untuk menjawab tentangan itu, turunlah Malaikat Jibril kepada Rasulullah membawa wahyu dari Allah sebagai berikut:

"Tidakkah manusia memikirkan bahawa Kami (Tuhan) jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba (setelah dia keluar) menjadi pembantah yang nyata (terhadap Kami). Dia bawa kepada Kami perumpamaan (berupa tulang-belulang), tetapi dia lupa akan asal kejadiannya, lalu berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang yang sudah lapuk itu? Katakanlah: Akan menghidupkannya ialah Tuhan yang telah menciptakan tulang-belulang itu pertama kali dulunya. Dan Dia mengetahui tiap-tiap bikinan-Nya. Dia telah jadikan bagimu dari pohon yang hijau akan api yang kamu nyalakan daripadanya . Apakah Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi tidak sanggup menciptakan yang seperti mereka...Ya, Dia amat bisa membikin dan sangat Mengetahui." (Yassin:77-81).

Dalam lain ayat, Allah berfirman sebagai berikut:

"Wahai manusia, sekiranya kamu masih ragu tentang kebangkitan itu (cubalah fikir) bahawa Kami (Tuhan) telah ciptakan kamu dari tanah (Adam), kemudian dari setitik mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari sekeping daging - ada yang jadi dan ada yang tak jadi agar Kami terangkan kepadamu - yang Kami tempatkan di dalam rahim sampai waktu tertentu, kemudian itu kamu lahir menjadi seorang anak bayi, kemudian mencapai tingkat kekuatan (menjadi kuat tangan dan kaki dan sekujurnya), ada yang mati di waktu masih muda dan ada pula yang mencapai selanjut-lanjutnya umur sehingga menjadi nyanyuk, tidak tahu apa-apa setelah mengetahui segala. Dan engkau lihat bumi yang mati tandus, setelah Kami turunkan air hujan padanya lalu menjadi lunak dan subur, dapat tumbuh padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang indah. Semua itu adalah bukti bahawa Allah itu benar dan bahawa Allah itu sanggup menghidupkan orang-orang yang sudah mati dan bahawa Dia dapat dan sanggup dan kuasa melakukan jua. Dan semua itu pula menjadi bukti bahawa Kiamat itu pasti terjadi , tidak ada keraguan padanya dan bukti bahawa Allah pasti akan membangkitkan orang-orang yang di dalam kubur." (al-Haj: 5-7).

Dalam ayat-ayat yang tersebut diatas ini, dengan contoh-contoh yang terang dan lojik sekali, Allah membimbing fikiran manusia untuk yakin dan percaya tentang kebangkitan dan Akhirat. Cubalah fikirkan berulang-ulang bahawa Allah yang sudah terbukti dapat menciptakan manusia dari tanah atau setitik air, dan Allah yang sudah dapat menciptakan bumi dan langit (bintang-bintang dan planet-planet), Allah yang sudah dapat menumbuhkan berbagai-bagai tumbuh-tumbuhan di atas tanah yang mulanya mati dan tandus. Apakah Allah yang demikian kekuasaan dan kepintaran-Nya tidak sanggup menghidupkan orang-orang yang sudah mati?

Bukan saja telah menciptakan seorang manusia atau sebatang pokok kayu, tetapi telah menciptakan beribu-ribu manusia saban hari, beribu-ribu binatang dan pokok-pokok kayu saban saat, menciptakan bumi dan langit yang amat indah dan mahaluas.

Apakah Tuhan yang demikian nyata perbuatan dan kesanggupan-Nya masih kita ragukan perkataan dan janji-Nya yang sudah disampaikan-Nya dengan ayat-ayat Kitab Suci-Nya dengan perantaraan Rasul-Rasul-Nya???

Siapa yang masih ragu, benar-benar orang yang amat bodoh dan keras kepala, orang-orang yang kerdil yang tak dapat merubah pendiriannya yang terang salah dan keliru itu. Orang yang tak percaya tentang kebangkitan di Alam Akhirat adalah seperti kambing-kambing yang ditemptkan dalam sebidang padang rumput yang dipagar kelilingnya dengan tembok yang tebal dan tinggi. Di sanalah kambing itu makan, minum, beranak dan bermain-main dengan tidak mengetahui samasekali bahawa di balik pagar yang tebal dan tinggi itu ada lagi dunia yang lebih luas penuh dengan gedung-gedung yang indah, keretapi auto dan kapalterbang, dimana terdapat segala macam keramaian dan kegembiraan.

Wahai manusia!!! percayalah bahawa kebangkitan di Akhirat itu pasti terjadi, jangan ragu-ragu lagi...

Bersambung...atas tajuk "Tanyajawab Allah Terhadap Peragu-Peragu Akhirat"...Nantikan...

Thursday, January 26, 2012

KEHIDUPAN AKHIRAT PASTI ADANYA, TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA......Sambungan...

Kita manusia sekalipun mempunyai akal dan kekuasaan atau hartabenda yang banyak sekali, tetapi kita tidak dapat mempastikan suatu yang akan datang atau yang belum terjadi. Sekalipun dalam keadaan sihat walafiat, punya wang atau perbekalan , dan sudah mempunyai tiket keretapi untuk berangkat esok pagi ke Jakarta, tetapi tidaklah pasti bahawa keberangkatan itu akan terjadi, kerana mungkin ada halangan-halangan yang menyebabkan keberangkatan itu harus ditunda atau dibatalkan samasekali. Begitu juga lain-lain perkara, tidak ada yang pasti terjadinya, hanya ada kemungkinan-kemungkinan terjadinya.

Yang pasti terjadinya atas diri manusia ialah bahawa masing-masing kita akan mati dan sesudah mati akan dihidup dan dibangkitkan kembali dalam kehidupan Akhirat. Kehidupan di Akhirat ini adalah suatu yang pasti terjadinya atas diri setiap manusia, sesuatu yang tidak boleh diragukan, kerana demikianlah ditegaskan berulang-ulang didalam Kitab-Kitab Suci oleh Allah s.w.t. yang menciptakan segala dan Maha mengetahui akan segala perkara.

Firman Allah s.w.t. didalam al-Quran:

"Sesungguhnya Kiamat itu pasti terjadi, tidak ada keraguan padanya dan bahawa sesungguhnya Allah akan bangkitkan orang-orang yang dikubur." (al-Haj:7)

"Sesungguhnya Kiamat (kebangkitan) itu akan terjadi, hampir saja AKU rahsiakan supaya setiap orang dibalasi dengan apa saja yang ia pernah lakukan." (Toha:15)

Kalau hidup hanya satu kali, iaitu hanya hidup di dunia sekarang saja, sedang dalam kehidupan dunia sekarang ini, ada orang yang menganiaya dan ada yang teraniaya, ada yang menindas dan ada yang tertindas, ada yang memukul atau membunuh dan ada yang terpukul atau dibunuh, ada yang memfitnah dan ada yang difitnah, ada yang senang dan ada yang susah, ada yang panjang umurnya dan ada yang pendek, ada orang yang kerjanya hanya berbuat jahat semata dan ada pula orang yang berbuat baik selalu, maka sungguh tidak adil Tuhan yang menciptakan hidup atau dunia ini. Bukan saja tidak adil, tetapi juga tidak bijaksana, tidak wajar menurut pemikiran yang sihat. Tetapi...ketahuilah bahawa Tuhan itu Maha adil, Maha bijaksana. Pandang dan perhatikanlah susunan alam yang mahaluas ini, akan nampak dengan nyata akan keadilan dan kebijaksanaan Tuhan yang menciptakan dan mengaturnya.

Kerana keadilan dan kebijaksanaan Allah yang mencipta dan mengatur alam ini, maka yakinlah kita bahawa setiap penganiayaan, pembunuhan, fitnah, kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap orang lain dalam kehidupan dunia sekarang ini pasti akan diperiksa dan diadili, pasti akan dipertanggungjawabkan oleh setiap pelakunya, pasti akan dibalasi dengan balasan yang setimpal. Dan untuk pembalasan yang setimpal itulah Allah Yang Maha Adil dan Bijaksana itu akan menghidupkan setiap manusia yang pernah hidup di permukaan bumi ini untuk diperhitungkan segala sesuatu yang pernah dilakukan semasa hidupnya di dunia ini.

Setiap penganiaya, penjahat dan perasuah itu akan diadili dan dibalas dengan kejahatan dan penganiayaan yang berupakan azab siksa api Neraka.

Sekiranya hidup hanya sekali, iaitu hidup didunia sekarang saja, tidak ada kehidupan lain dibalik kehidupan didunia ini maka beruntung dan berbahagia sekalilah orang-orang yang menganiaya dan penjahat-penjahat ulung, hidup yang bermewah-mewah sepanjang masa dengan harta-harta yang tidak halal, dengan hasil rompakan dan rampasan atau korupsi dengan pangkat-pangkat dan kedudukan-kedudukan yang diperolehi dengan cara yang tidak wajar.

"Tidak percaya hidup di Akhirat adalah falsafah hidup orang-orang jahat." kata Socrates.

Bersambung dengan tajuk 'Bagaimana Caranya Al-Quran Meyakinkan Manusia Tentang Akhirat"......Nantikan.....