Sunday, April 2, 2017

BENGKEL STRATEGI PENINGKATAN HASIL 2017...

Bengkel Kumpulan Perladangan pada kali ini diberi tajuk 'Bengkel Strategi Peningkatan Hasil 2017' dengan objektifnya Mengaplikasikan Good Agriculture Practise (GAP) Terkini Dalam Memaksimumkan Pengeluaran Hasil Tanaman dan Perancangan Serta Tindakan Bagi Menghadapi Cabaran Semasa.

Bengkel ini telah diadakan pada 27 hingga 29 Mac 2017 bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan. Yang Berusaha Tuan Zulkarnain b. Md Eusope, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad (CEO) berkenan untuk merasmikan bengkel ini manakala upacara penutupnya dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi FELCRA Berhad (COO), En. Zainal Abidin Shariff. Ketibaan mereka disambut oleh Dato' Mat Roni b. Zakaria, Pengurus Besar Kumpulan Perladangan serta pegawai-pegawai kanannya.

Turut hadir ialah En. Mohd Fauzi b. Haji Mohd Tahir, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta dan En. Wan Nor Azilah, Ketua Kumpulan Audit Dalam. 

Sebanyak 10 kumpulan dengan ahli seramai antara 7 hingga 8 orang telah dibentuk untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah diberi. Di akhir sesi nanti wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan yang telah dibuat dan diikuti dengan sesi soal jawab.  

Kumpulan 1 diketuai oleh En. Baharozaman b. Mohid yang akan mengupas tajuk 'Impak dan Kaedah Menangani El-Nino' yang memfokuskan kepada tanaman kelapa sawit. Pembentangan dilakukan oleh Pn. Norlela bt. Hamid.

Kumpulan 2 diketuai oleh Tn. Hj. Hasan Hilmi b. Hj. Mohd Taib dengan tajuknya 'Pembajaan Tepat' yang berfokus kepada tanaman Kelapa Sawit, getah dan padi. Pembentangan dilakukan oleh En. Wan Mokhtar b. Wan Muda.

Kumpulan 3 diketuai oleh En. Idris b. Lasim dengan tajuk  'Tenaga Kerja, Mekanisasi dan Eksploitasi'. Pembentangan dilakukan oleh En. Anuar Merican b. Akhbar Merican. 

Kumpulan 4 diketuai oleh Tn. Hj. Zulkifli b. Sidek dengan tajuk 'Gaji dan Insentif Semasa' yang berfokus kepada tenaga kerja yang bekerja di ladang kelapa sawit dan getah. Pembentangan dilakukan oleh En. Rashidi b. Ahmad.

Kumpulan 5 diketuai oleh Tn. Haji Saifuddin b. Omar dengan tajuk 'Kaedah Pengawalan Disiplin Torehan dan Kadar Upah Konsep Pajakan (Torehan Parah)'. Pembentangan dilakukan oleh En. Irman b. Abok.

Kumpulan 6 diketuai oleh Tn. Hj. Ismail b. Alwi dengan tajuk 'Projek Rugi dan Kaedah Mengatasinya'. Pembentangan dilakukan oleh En. Azhar b. Ihsan.

Kumpulan 7 diketuai oleh Pn. Hjh. Zuraidah bt. Mohamed dengan tajuk 'Bajet dan Belanja' yang memberi fokus kepada Kaedah Pengawalan, Standard Kos dan PNL Projek, Pembentangan dilakukan oleh En. Jamaluddin b. Razali.

Kumpulan 8 diketuai oleh En. Hassan b. Khamis dengan tajuk 'Sistem Pengairan dan Penyediaan Tanah' yang berfokus kepada tanaman padi. Pembentangan dilakukan oleh Tn. Hj. Zulkarnain b. Zainal Abidin.

Kumpulan 9 diketuai oleh En. Sauddi b. Sitor dengan tajuk 'Kawalan Musuh dan Penyakit' yang berfokus kepada tanaman kelapa sawit, padi dan getah. Pembentangan dilakukan oleh En. Fakhrul Adabi b. Setu.

Kumpulan 10 diketuai oleh Tn. Hj. Azhar b. Ahmad dengan tajuk 'Kualiti dan Pemutuan' yang berfokus kepada tanaman kelapa sawit, getah dan padi. Pembentangan dilakukan oleh beliau sendiri.

Masa 20 minit telah diperuntukan kepada setiap kumpulan untuk pembentangan dan hanya 3 soalan sahaja dibenarkan kepada mereka yang ingin bertanya. 

Urusetia bengkel diketuai oleh Tn. Hj. Hanafiah b. Ambar dan dibantu oleh 3 orang pegawainya iaitu En. Rafiud'din b. Ah Mat Limit, En. Mohd b. Nordin dan Cik Izayani Nazlyana bt. Jeffri. En. Rafiud'din juga turut bertindak sebagai pengacara dan fasalitator. Lain-lain urusetia yang bertugas dengan cemerlang sepanjang bengkel diadakan terdiri dari  AJ, Rafia Ol Husni b. Hj. Ghazali, Cik Sai'dah bt Sa'diar dan En. Azrul.  

Jumlah keseluruhan peserta bengkel dan urusetia adalah seramai 75 orang.

Pada hari pertama bengkel, pihak urusetia telah menjemput En. Hasnol b. Othman, Pegawai Penyelidik dari MPOB untuk membentangkan tajuk 'Isu dan Permasalahan Semasa Tanaman Kelapa Sawit' dan 'Kaedah Peningkatan Penghasilan' diikuti En. Shardaan b. Shariff, Pegawai Kanan dari LGM dengan tajuk 'Isu dan Permasalahan Semasa Tanaman getah' dan 'Kaedah Peningkatan Penghasilan' serta pembentang ketiga En. Mohd Najib b. Yusof, Pegawai dari MARDI  dengan tajuk 'Isu dan Permasalahan Semasa Tanaman padi' dan 'Kaedah Peningkatan Penghasilan'  

Secara keseluruhannya semua kumpulan telah dapat merungkai dan mengenalpasti masaalah yang berlaku di ladang yang menyebabkan pokok tidak subur dan memberi kesan yang tidak baik terhadap penghasilan. Walaupun masaalah yang dikenalpasti adalah masaalah  yang sama setiap tahun namun sehingga ke hari ini ia masih berlaku dan belum dapat di atasi sepenuhnya. 

Kesan Al Nino, penghantaran baja lewat, kekurangan buruh, kos perbelanjaan yang tidak dikawal, disiplin penorehan, musuh dan penyakit, mutu serta kualiti hasil adalah di antara puncanya. Masaalah ini bukan sahaja berlaku di FELCRA tetapi ianya dihadapi disemua syarikat perladangan.     

Adalah diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini semua pegawai-pegawai perladangan syarikat akan dapat memikirkan masaalah ini secara bersama, semua buah fikiran bernas yang dilontarkan akan dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi untuk tindakan selanjutnya. 

Ketibaan Tuan CEO yang diiringi oleh COO,
 PBK Kumpulan Perladangan dan 
PBK Hal Ehwa Peserta
 telah disambut oleh pegawai-pegawai 
dari Kumpulan Perladangan...

En. Rafi'uddin b. Ah Mat Limit bertindak sebagai
pengacara majlis dan fasalitator...

En. Rafia Ol-Husni Hj. Ghazali memimpin bacaan doa...

Para peserta mengaminkan doa yang dibacakan...


Dato' Mat Roni b. Zakaria, PBK Kumpulan Perladangan 
sedang menyampaikan ucapan...


Tn. Zulkarnain b. Md Eusope, CEO FELCRA Berhad
 sedang memberikan amanat, pandangan dan nasihat kepada peserta. 
Beliau seterusnya merasmikan bengkel ini...   

Pn. Nur Damia, salah seorang peserta bengkel mewakili Kumpulan 2...

Semua peserta sedang memberikan tumpuan
 terhadap ucapan yang disampaikan oleh Tn. CEO...


Tn. Hj. Nor Zahari Zakaria, Pengurus Perladangan 
Wilayah Pahang mewakili Kumpulan 8...  

Pegawai Perladangan Syarikat...
Dari kiri : En. Zainin Osman (Wilayah Timur), 
En. Juzaili (Perladangan HQ) dan En. Jamil (Wilayah Perak)...   

Dari kiri: En. Hassan Khamis (PBW Perak), 
Tn. Hj. Idris Lasim (MD Agro) dan
En. Jamaluddin Razali (PBW Johor)...  

Dari kiri: En. Wan Mokhtar Wan Muda (PBW Utara) 
dan Tn. Hj. Ahmad Salleh (PBW Tengah),

Turut kelihatan En. Aswad Pegawai Khas Ibu Pejabat...

Dato' Hj. Mutalib Tais (PBW Pahang) 
sedang mencatatkan sesuatu di buku catatannya... 

Dari kiri: En. Shahhaizri (Felcra Niaga), En. Azhar Ahmad (Felcra Agro)
En. Razilah (Perladangan HQ), En. Hairi Suradi (Felcra Agro) dan 
En. Ismail Hayyan (PK Kwsn Pogoh)...

Turut kelihatan En. Kusaini Abd. Manan(tengah) dari FUESB... 


Dari Kiri: En. Ahmad Taredi (Kilang Sawit Maran), 
Tn. Hj. Mokhtar Jais (Perkilangan HQ) dan 
En. Zainal Asmon (Perkilangan HQ)...

En. Mohd. Yusof b. Hashim (PK Anak Endau, Pahang)...

Turut kelihatan dari kiri: En. Azhar Ihsan (Wilayah Johor)...  

Dari kiri. En. Malik Hashim (Wilayah Utara) dan 
En. Azman Hussain (Perladangan HQ)...


Turut hadir kiri: En. Mohd Fauzi b. Hj. Mohd Tahir (PBK Hal Ehwal Peserta)
 dan di sebelahnya Tn. COO Felcra Bhd En. Zainal Abidin b. Shariff... 


Tn. CEO sedang menyampaikan ucapan...

Tn. CEO berkenalan dengan para peserta 
selepas selesai melakukan upacara perasmian bengkel...

Tn. COO turut sama berkenalan dengan peserta bengkel...



Tn. Hj. Hanafiah Ambar (Pengurus Besar Pentadbiran dan 
Perolehan Kumpulan Perladangan)... 

En. Hassan Khamis (PBW Perak) sedang mengutarakan soalan 
di sesi taklimat sebelum bengkel berlangsung...

Tn. Hj. Zulkifli Sidek, PB Operasi Wilayah 2 
merangkap Ketua Bengkel 
sedang memberikan taklimat tentang
 tatacara dan peraturan-peraturan 
yang perlu dipatuhi oleh semua peserta...

Dato' Hj. Mutalib Tais (PBW Pahang) turut
 memberikan pendapat bagi melancarkan 
perjalanan bengkel...


En. Hasnol Othman, Pegawai Penyelidik dari MPOB 
sedang membentangkan tajuk 
isu dan permasalahan tanaman sawit... 








En. Mohd Yunus Idris, Pengurus Perladangan wilayah Tengah 
sedang mengutarakan soalan kepada penceramah MPOB...


En. Shardaan Shariff, Pegawai Kanan LGM
sedang membentangkan tajuk Isu dan 
Permasalahan Tanaman Getah... 



Tn. Hj. Saifuddin Omar (PBW Timur) sedang 
mengemukakan soalan kepada penceramah LGM.

suasana sibuk di meja urusetia...

En. Mohd Najib b. Yusoff, Pegawai Penyelidik dari MARDI
 sedang membentang tajuk Isu dan Permasalahan Tanaman Padi...


En. Shahrizal Asmawi, Pengurus Pertanian Sbg. Pk 1,2,8,9 & 16 
sedang mengutarakan soalan kepada penceramah MARDI.




Tn. Hj. Norzahari Zakaria (PBW Pahang)
 turut mengajukan soalan....

Tn. Hj. Hanafiah Ambar sedang 
menyampaikan cenderahati
 kepada En. Mohd Najib Yusoff 
penceramah dari MARDI...


Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana semasa perbincangan kumpulan diadakan pada hari kedua. Daripada gambar yang dipaparkan menunjukkan betapa seriusnya mereka memerah otak berbincang, merungkai serta merumus semua masalah yang dikenalpasti berkaitan dengan prestasi ladang. sedang orang lain tidur nyenyak, kami sebagai urusetia dan peserta yang menyertai bengkel ini bersengkang mata hingga ke jam 3 pagi untuk menyelesaikan tugas sebab pada pagi hari ketiga iaitu hari terakhir sesi pembentangan akan bermula...  











Pn. Rohana Jamil dari PBW Johor tekun menyiapkan 
slide perbincangan kumpulannya untuk dibentangkan... 


































Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar di hari terakhir bengkel bermula jam 8.30 pagi. En. Rafiud'ddin sebagai fasalitator sedang memberitahu tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pembentang-pembentang kumpulan terutama yang berkaitan dengan peruntukan masa... 


Untuk mendapatkan keberkatan. En. Rafia Ol Husni 
telah memimpin bacaan doa...


Pn. Norlela Hamid dari Kumpulan 1 
sedang membentangkan tajuk
 Impak dan Kaedah Menangani El-Nino... 











En. Hassan Khamis (PBW Perak) mengambil kesempatan 
untuk bertanyakan soalan...






Dato' Mat Roni Zakaria, PBK Perladangan 
turut mengajukan soalan kepada Pn. Norlela. 
Alhamdulillah Pn. Norlela dapat menjawab 
semua persoalan yang dikemukan dengan baik 
dan mereka berpuashati.


En. Wan Mokhtar, pembentang dari Kumpulan 2 
dengan tajuk Pembajaan Tepat







Turut kelihatan semasa pembentangan tersebut 
ialah En. Wan Nor Azilah, 
Ketua Kumpulan Audit Dalam... 

Pihak Urusetia sedang sibuk menjalankan tugas terutama 
tugas-tugas penayangan slide, mencetak, compile dan 
semua pembetulan yang perlu dibuat secara on the sport... 

Tn. Hj. Saifuddin Omar (PBW Timur) 
sedang mengemukakan soalan
kepada En. Wan Mokhtar...


Tn. Hj. Hassan Pengurus Besar Input Pertanian
 turut mengajukan soalan...

Cik Izayani sedang mencatatkan sesuatu di borang penilaian...

En. Anuar Merican, Pembentang dari Kumpulan 3 
dengan tajuk Tenaga Kerja, Mekanisasi dan Eksploitasi...


Yer la tu En. Huzaifah... Serius la sangat...Hahaha...
Damia kat belakang tu awat senyum kambing?

En. Azman b. Hussain, Pengurus Kanan Bhg. Operasi Wilayah 1 
sedang mengajukan soalan kepada En. Anuar...





Tn. Hj Saifuddin antara yang paling aktif mengajukan soalan....

Tn. Hj. Haron Ariffin, Pengurus Perladangan Wilayah Sarawak 
juga mengambil kesempatan mengajukan soalan 
kepada En Anuar Merican... 

En. Rashidi b. Ahmad, Pembentang dari Kumpulan 4
 dengan tajuk Gaji dan Insentif Semasa...


Tn. Hj. Idris b. Lasim (MD Agro) sedang 
mengajukan soalan kepada En. Rashidi...

Tn. Hj. Ismail Alwi (MD FUESB) juga 
mengajukan soalan kepada En. Rashidi...

En. Irman b. Abok, Pembentang dari Kumpulan 5 
dengan tajuk Kaedah Pengawalan Disiplin Penorehan dan kadar Upah...



Soalan dari En. Idris Lasim...

Tn. Hj. Zulkifli Sidek, Pengurus Besar Bhg. Operasi Wilayah 2 
sedang mengajukan soalan kepada En. Irman...

Sesi pembentangan berehat sebentar dan kesempatan diambil 
oleh Tn. COO En. Zainal Abidin Shariff dan Dato' Mat Roni 
untuk menikmati hidangan berupa minuman panas 
dan kuih muih di bilik khas...  

En. Azhar b. Ihsan, Pembentang dari Kumpulan 6 
dengan tajuk Projek Rugi dan Kaedah Mengatasinya...

En. Baharozaman b. Mohid, MD Felcra Plantation
sedang mengajukan soalan kepada En Azhar...


En. Mohd Yusof b. Ramli, Pengurus Kawasan FELCRA Lakai 
sedang mengajukan soalan kepada En. Azhar...

En. Jamaluddin b. Razali, Pembentang Kumpulan 7 
dengan tajuk Bajet dan Belanja, Kaedah Pengawalan,
 Standard Kos dan PNL Projek...

En. Zulkarnain Zainal Abidin, Pembentang Kumpulan 8 
dengan tajuk Sistem Pengairan dan Penyediaan Tanah...

En. Fakhyul Adabi b. Setu, Pembentang Kumpulan 9 
dengan tajuk Kawalan Musuh dan Penyakit Padi.

Tn. Hj. Azhar Ahmad, Pembentang Kumpulan 10 
dengan tajuk Kualiti dan Pemutuan...
(Pembentang dari Kumpulan 7-10 
tiada soalan disebabkan kesuntukan masa)... 

En. Zainal Abidin b. Shariff memberikan ucapan penghargaan
 kepada Kumpulan Perladangan kerana berjaya mengadakan 
Bengkel Strategi Peningkatan Hasil 2017 dengan cemerlang 
dan seterusnya melakukan upacara penutup...  


Dato' PBK dan semua Pengurus-Pengurus Besar 
Kumpulan Perladangan 
mengambil tempat di hadapan pentas 
untuk mendengar amanat dari Tn. COO...





En. Malik Hashim, Pengurus Perladangan Wilayah Utara 
memberikan pandangan semasa majlis penutup...

En. Hassan Khamis (PBW Perak) mengutarakan
 beberapa kemuskilan tentang 
bisness Syarikat kepada Tn. COO...  

Peserta bengkel bergambar ramai sebelum 
makan tengahari dan bersurai...

AJ menunjukkan isyarat bagus menandakan 
program ini berjalan lancar dan berjaya...

Gambar-Gambar persiapan sebelum bengkel bermula...

Ketibaan Urusetia di Lobby hotel Royal Bintang, 
Seremban, Negeri Sembilan...

Kerja-kerja setting bilik persidangan 
sedang dilakukan oleh pekerja hotel...

En. Rafiud'din sedang melihat skrin untuk test muzik gamelan, 
lagu Negaraku dan lagu FELCRA Maju ke Era Baru
 semasa majlis perasmian nanti...

Senyuman manis dari Ida dan Iza membuatkan
kami sentiasa bersemangat semasa melaksanakan tugas... 

Speaker dan suara pun nak kena test juga. 
En Rafi memang hebat...
Good Job...

En. Mohd Nordin dan Tn. Hj. Mohd Hanafiah
 sedang test kerusi untuk VVIP

Semakan terakhir aturcara majlis supaya ianya berjalan lancar...

En. Rafia Ol Husni sedang test bacaan doa 
yang akan disampaikan olehnya 
di majlis perasmian nanti

Wednesday, February 1, 2017

PULANGMU DI PAGI TERAKHIR...

Gambar hiasan...

PADA pertengahan tahun 1980-an saya masuk ke asrama sebuah sekolah menengah di Melaka. Waktu itu saya dalam Tingkatan Empat, selepas mendapat keputusan yang agak baik dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Sekarang Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang menggantikan SRP pun sudah ditukar dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Sekolah ini dibina dalam tahun 1960-an. Sesaing dengan saya ramai lagi pelajar dari kampung dan pekan berdekatan. Semuanya dari keluarga petani, penoreh getah, buruh dan pekerja am. Kira-kira kami ni masuk kerana kuota anak orang berpendapatan rendahlah.

Dalam ramai-ramai kawan baru itu, saya rapat dengan Izudin. Dia suruh saya panggil dia Udit.

"Tu nama glamor aku kat kampung, ha ha ha," begitu kata Udit selepas seminggu kami kenal.

Kenapa saya baik dengan Udit? Sebab mula-mula dia pendiam. Hanya selepas saya kongsikan dengannya sabun basuh, minyak rambut, kapur kasut dan mi segera, barulah dia berubah jadi mesra dan kelakar. Hubungan kami terus jadi rapat.

Ayah Udit hanya bekerja kampung. Ibunya sudah meninggal dunia akibat barah payudara. Adik-beradik Udit enam orang, dia anak sulung. Hmm... patutlah pakaian Udit sedikit saja, buruk, alat kelengkapan diri pun kurang.

Selain kemiskinannya, saya juga kasihankan Udit kerana dia sakit jantung berlubang. Kulitnya pucat. Dia tidak boleh bermain dan bersenam macam kami.

Paling saya suka tentang Udit ialah dia rajin sembahyang dan baca al-Quran. Malam-malam sebelum tidur Udit akan baca al-Quran dulu. Hinggakan dalam tidur pun dia mengigau baca al-Quran.

Katil kami dua tingkat. Kami di tingkat bawah, bersebelahan. Sebelum tidur, kadang-kadang saya suruh Udit berzanji perlahan-lahan, atau nasyid asma ul-husna. Suara dia sedap. 

KOPIAH PUTIH...

LIMA bulan berlalu, saya lihat Udit agak lemah.

Dalam sebulan sudah beberapa hari dia tidak ke sekolah. Udit lebih banyak berbaring. Nafasnya pun kadang-kadang mencungap. Bila saya tanya, Udit kata dia okey. Dia tak mahu beritahu ayahnya.

"Ayah aku susah, kalau nak ubatkan aku, nak operate, kena pakai banyak duit. Aku selalu rasa lebih baik aku mati daripada menyusahkan ayah dan adik-beradik lain. Lebih baik ayah aku guna duit dia untuk pelajaran adik-adik aku," kata Udit suatu hari. Sedih pulak saya dengar katanya itu.

Suatu hari, sekitar pukul 5.00 pagi, saya terjaga. Di telinga saya terdengar suara Udit membaca surah-surah lazim. Saya buka mata dan berpaling ke arahnya.

Dari cahaya lampu kaki lima asrama, saya nampak Udit sedang duduk bersila di kepala katil sambil memegang al-Quran berkulit hijau. Udit memakai kopiah dan baju Melayu putih serta kain pelekat biru. Semua saya nampak jelas sebab lampu koridor betul- betul dibelakang katilnya.

Ini kali pertama saya lihat Udit bangun awal dan baca al-Quran di atas katil. 

SEJUK...

ESOKNYA, sekali lagi dalam pukul 5.00 pagi, saya terjaga. Seperti semalam, saya lihat Udit sedang duduk bersila di kepala katilnya sambil memegang sebuah al-Quran berkulit hijau dan membaca surah-surah lazim. Dia memakai baju Melayu dan kopiah putih serta kain pelekat biru, sama seperti semalam.

Terlanjur sudah terjaga, saya tadahkan saja telinga dan dengar bacaannya yang merdu itu. Ralit mendengar, akhirnya saya terlelap. Seperti biasa, saya terjaga apabila dengar laungan azan tidak lama kemudian.

Lampu sudah dibuka oleh kawan- kawan. Dorm terang-benderang. Saya berpaling ke katil Udit.

"Udit... bangun Udit!" saya memanggil Udit yang sedang lena. Badannya mengiring membelakangkan saya. Udit tidak menyahut. Pelik juga, biasanya dia yang bangun dulu. Kalau tertidur pun, senang saja saya kejutkannya.

"Udit... bangun Udit! Subuh!" saya memanggilnya lagi. Dia tidak menyahut.

Oleh sebab Udit tidak juga bangun, saya goncang bahunya. Masih tiada respons. Lima enam kali memanggil tapi tiada respons, dada saya mula berdebar. Rasa lain macam. Kenapa dengan Udit ni?

Kawan-kawan mula datang dan bertanya. Saya angkat bahu. Disebabkan Udit tetap tidak bangun walaupun kami panggil dan goncangkan bahunya, kami tolak badannya supaya terlentang.

Ya-Allah, kami terus tergamam. Muka Udit pucat kebiruan, matanya terpejam.

Saya pegang pipinya. Sejuk. Tangannya juga sejuk. Lehernya pun begitu. Hidungnya tiada lagi nafas bila saya letakkan jari di situ. Kami pegang nadinya pula...

"Panggil warden cepat!" kata saya. Suara saya terketar-ketar, bercampur antara takut, sedih dan terkejut. Kawan- kawan lain pun sama. Kalut dan panik.

"Udit...Udit!" kami terus memanggilnya. Tapi sahabat baik saya itu tidak menyahut lagi. Suasana jadi hingar-bingar.

Beberapa minit kemudian warden sampai dan pagi itu Udit dibawa ke hospital dengan ambulans. Seperti yang kami duga, sewaktu sampai di hospital Udit telah pun meninggal dunia. Kata doktor, berdasarkan keadaan mayat Udit, besar kemungkinan dia meninggal sekitar pukul 2.00 pagi.

Terperanjat saya sebaik-baik mendapat berita itu. Hairan, kalau Udit meninggal pukul 2.00 pagi, macam mana dia boleh duduk baca al-Quran pada pukul 5.00 pagi? Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Jelas depan mata.

Mimpi? Saya yakin, tidak.

Tapi kisah ini belum tamat. Semua barang Udit perlu dipulangkan kepada keluarganya. Warden serahkan tugas itu kepada saya dan beberapa orang kawan.

Sekali lagi saya terkejut. Setelah mengumpul semua pakaian Udit, saya dapati tidak ada sehelai pun baju Melayunya yang berwarna putih. Yang ada ialah wama merah yang dipakai semasa pemergiannya, dan sehelai lagi t berwarna biru.

Kopiah putih pun tidak ada. Yang ada hanya songkok buruknya. Kain pelekat biru juga tiada. Lama saya termenung. Pelik, kalau begitu, siapa sebenarnya yang pagi tadi saya lihat membaca al-Quran di atas katil Udit? Bukan sekali, tapi saya melihatnya dua pagi berturut-turut.

SEMUA NYA SAMA...

Oleh sebab jarak rumah Udit dengan sekolah sekitar 10 kilometer saja, saya mengikut kereta guru pergi ke rumahnya. Inilah saat yang tidak mungkin saya lupakan, walaupun peristiwa ini sudah berlaku lebih 30 tahun lalu.

Semasa menunggu ketibaan jenazah Udit dari hospital, saya lihat ada seorang remaja yang rupa parasnya seiras dengan Udit. Darah saya berderau. Selain raut mukanya, remaja itu memakai baju Melayu dan kopiah putih serta kain pelekat biru. Sama dengan yang saya lihat pada pagi sebelum Udit meninggal dunia!

Saya yakin, itulah adik kembar Udit, yang selalu diceritakannya kepada saya. Cuma adik kembar Udit itu pelajarannya kurang baik, jadi dia berhenti sekolah untuk membantu ayahnya mencari rezeki di kampung.

Itu satu, apabila jenazah Udit sampai dan ahli keluarga mula membaca al- Quran di sisinya, saya lihat adik kembar Udit itu membawa keluar sebuah al-Quran berkulit hijau. Dia mula membaca, dan suaranya persis yang saya dengar pagi tadi!
"Aku sayang adik kembar aku tu. Dia sanggup berhenti sekolah dan tolong ayah aku semata-mata untuk cari duit supaya aku dapat belajar, dapat buat pembedahan..." kata-kata Udit beberapa hari sebelum dia meninggal dunia serta-merta terngiang di telinga saya. Ya-Allah...mungkin inilah jawapannya. Tidak sedar air mata saya mengalir setitis demi setitis. Sahabat... semoga engkau kini berbahagia di sana bersama umat-umat-Nya yang soleh.

Artikel ini dipetik dari Akhbar Mingguan Malaysia 22/1/2017

Monday, January 23, 2017

KAUM YANG DIBINASA (KAUM POMPEII)...

Kota Pompeii adalah sebuah kota moden yang muncul sekitar abad ke-7 SM di Greece. Kota ini terletak di Teluk Napoli, dalam wilayah Campania, Itali.

Kehidupan para pemimpin Rom dan penduduk Pompeii penuh dengan aktiviti kemaksiatan yang sangat berleluasa. Kota itu memiliki banyak pusat maksiat dan pelacuran, sehinggakan penduduknya tidak dapat membezakan antara pusat hiburan biasa dan tempat pelacuran.

Suatu hari, ketika penduduk sedang meraikan perayaan dewa api Romawi, gunung berapi Vesuvius yang terletak beratus-ratus kilometer dari kota Pompeii meletup dengan tiba-tiba, lalu memuntahkan lavanya.

Gunung Vesuvius...

Gunung ini merupakan simbol kemegahan negara Itali terutama bagi kota Naples. Gunung yang 'membisu' sejak 2,000 tahun lalu ini juga dikenali sebagai The Mountain of Warning' iaitu 'Gunung Peringatan'.

Kota Pompeii terletak di sebelah kiri Gunung Vesuvius, manakala sebelah kanannya pula kota Naples.

Lava dan debu panas daripada letusan besar Gunung Vesuvius itu telah mensasarkan kota Pompeii sehingga menenggelamkan kota itu sedalam beberapa kaki. Kejadian yang berlaku selama dua hari itu turut melenyapkan penduduknya dalam timbunan debu selama 1,600 tahun. Bahkan turut menghancurkan tiga buah kota lain di sekitarnya, iaitu Herculanem dan Stabie.

Stabie...

Stabie merupakan sebuah bandar Rom kuno yang terletak berhampiran bandar Castellammare, kira-kira 4.5 km sebelah tenggara Pompeii. Kedudukan kota ini hanya 16 km dari letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 M.

Pada asalnya, bandar ini merupakan sebuah pelabuhan kecil, tetapi dimusnahkan oleh Lucius Cornelius Sulla semasa Perang Itali atau Perang Sekutu. 

Bandar ini dibina kembali dan menjadi pusat peranginan terkenal dalam kalangan para pembesar Rom

Namun, kota Pompeii itu ditemui kembali pada tahun 1748 M, manakala kota Herculanem dijumpai pada tahun 1738 M.

Ditemui juga bangunan berserta lukisan dinding dan senibina kuno. Bahkan beberapa jasad penduduk yang ditimpa azab turut ditemui.

Dalam timbunan debu itu, ditemui penduduk yang bertukar menjadi batu. Beberapa pasangan ditemui dalam keadaan sedang melakukan aktviti maksiat termasuklah hubungan sesama sejenis (homoseksual).

Kebanyakan jasad manusia yang ditemui membatu itu menunjukkan ekspresi muka dalam keadaan terkejut dan tidak bersedia dengan kejadian yang datang secara tiba-tiba itu.

Dipercayai para penduduk sedang melakukan pelbagai aktiviti kebiasaan mereka ketika kejadian itu. Turut ditemui ialah sebuah keluarga yang sedang menjamah makanan dalam keadaan membatu. Banyak juga yang ditemui dalam keadaan mengaibkan.

Kejadian ini merupakan satu peringatan daripada Allah swt untuk umat terkemudian, sehinggakan Allah swt mengekalkan sisa kejadiannya sehingga ke hari ini.

Jika diteliti, kisah kaum Pompeii ini begitu mirip dengan kaum Nabi Lut as, iaitu kaum Sodom dan Gomorah. Bahkan turut dinyatakan dalam al-Quran, namun tidak secara khusus. Keadaan mereka ini berkait dengan surah Yasin, ayat 29 yang bermaksud,

“Kebinasaan mereka hanyalah dilakukan dengan satu pekikan yang dahysat, maka dengan serta-merta mereka semua sunyi sepi tidak hidup lagi.”

Tujuan Allah swt mengekalkan mayat-mayat mereka yang membatu dan kesannya yang masih boleh dilihat di Naples, Wilayah Campania, Itali adalah sebagai peringatan dan iktibar supaya umat terkemudian tidak mengulangi kesilapan dan keingkaran yang sama.

Renungan...

Kebinasaan manusia itu disebabkan oleh enam perkara, iaitu 

1 Lemahnya cita-cita untuk akhirat, 

2. Tubuhnya tergadai disebabkan syahwatnya, 

3. Berasakan hidupnya masih panjang, 

4. Mengutamakan keredaan dan kesenangan manusia, 

5. Kurang memerhatikan suri tauladan daripada kehidupan orang terdahulu, 

6. Mengikuti hawa nafsunva dan meninggalkan sunnah Nabi 
(Dzun Nun al-Mishri,Tokoh Sufi)

Surah yang mempunyai kaitan dengan kaum Pompeii;
Al-Fathir (42-43), Yasin (29) dan Al-Qamar (31).

KAUM YANG DIBINASA (ASHABUL RASS)...

Ashabul Rass' merujuk kepada suatu kaum yang menyembah patung berhala di salah sebuah perkampungan di Yamamah iaitu Falaj, sebuah penempatan kaum Tsamud.

Asal-Usul Penyembahan Patung...

Menurut Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan al-Naqqasy, penduduk Rass ini mempunyai sebuah telaga yang dijadikan sebagai sumber minuman serta menyuburkan tanaman.

Penduduk Rass ini diperintah oleh seorang raja yang adil dan baik hati. Setelah raja ini meninggal dunia, penduduk berasa amat sedih.

Kemudian, syaitan telah menyamar sebagai raja itu lalu berdiri di hadapan penduduk dan berkata, "Aku belum mati lagi. Tetapi jika kalian mahu melihataku, buatkanlah ukiran (bermaksud membuat patung berupa raja tersebut) dan aku tidak akan mati untuk selamanya."

Penduduk Rass berasa gembira lalu dibuatnya ukiran seperti yang diarahkan, kemudian diadakan upacara korban lalu mereka menyembahnya. 

Manakala menurut pendapat Ibnu Abi Hatim dan cendekiawan muslim lain mengatakan, penempatan penduduk Ashabul Rass itu terletak di Azerbaijan.

Selain itu, pendapat lain mengatakan perigi tersebut milik kabilah Tsamud sehinggalah mereka dikenali dengan nama 'Ashabul Rass'.

Ashabul Rass...

Perkataan 'Ashabul Rass' hanya disebut sebanyak dua kali dalam al-Quran.

Dari segi bahasa, 'ashab' bermaksud pemilik. Manakala 'rass' bermaksud telaga atau perigi yang dikelilingi dengan batu-batuan dan kering airnya.

Sesetengan riwayat mengatakan, kaum ini pernah diturunkan seorang utusan bernama Hanzalah bin Shinwan/Shofwan. Namun, ada pula pendapat lain mengatakan utusan itu adalah Nabi Syuaib as.

Menurut pendapat lain, dikatakan bahawa penduduk Rass ini menyembah pohon sanobar yang diberi nama 'Syah Dirakht' bermaksud 'Raja Pohon'. Mereka yakin dan menganggap pohon ini sebagai 'Tuhan Kehidupan'.

Pohon ini ditanam di setiap perkampungan. Pada setiap bulan, mereka akan mengadakan upacara perayaan besar-besaran mengikut ajaran mereka. Semua penduduk akan keluar menuju ke arah pohon sanobar ini dengan membawa binatang korban, menyembelih dan kemudian membakarnya.

Ketika asap pembakaran itu menjulang ke langit, mereka akan bersujud, menangis dan berdoa.

Suatu hari, utusan ini datang kepada penduduk Rass ketika sambutan perayaan itu hampir tamat. Mereka diseru agar meninggalkan ajaran tersebut dan beriman kepada Allah swt.

Namun, penduduk di situ tetap enggan beriman kepada Allah swt. Lalu utusan itu berdoa kepada Allah swt supaya penduduk Rass diberi pengajaran atas keingkaran mereka.

Tidak lama kemudian pohon sanobar vang mereka sembah itu mulai layu dan kering. Penduduk menjadi marah dan terkejut.

"Lelaki ini telah menyihir Tuhan kita!” Kata seorang lelaki dalam kalangan penduduk Rass itu.

Penduduk yang lain pula berkata,

“Sungguh, Tuhan kita telah marah kepada kita apabila lelaki ini mengajak kepada kekafiran, ayuh kita tinggalkan dia!”

Utusan yang datang untuk memperingatkan mereka akan kebatilan disambut dengan cercaan, hinaan bahkan diperlekehkan pula oleh penduduk itu.

Lalu, para penduduk yang ingkar itu masing-masing bersepakat untuk membunuh utusan tersebut. Ada yang mencadangkan agar utusan itu dihumban ke dalam perigi, kemudian, lubang perigi itu ditutup dengan batu yang besar.

Namun, dalam kalangan penduduk yang ingkar itu, terdapat seorang lelaki berkulit hitam yang beriman kepada Allah swt. Pekerjaan hariannya ialah mengumpulkan kayu bakar di hutan, kemudian menjualnya di pasar.

Hasil jualan tersebut akan dibeli makanan dan minuman untuk diberi kepada utusan yang berada dalam perigi itu.

Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke pasar, lelaki itu berasa amat mengantuk, lalu dia tertidur. Diriwayatkan bahawa lelaki itu ditidurkan oleh Allah swt selama tujuh tahun. Namun, lelaki itu menyangka dirinya hanya tidur sebentar.

Setelah terjaga, dia meneruskan perjalanannya ke tempat utusan itu berada. Namun, dia mendapati utusan itu sudah tiada di tempat tersebut.

Pandangan Ahli Tafsir Mengenai Keberadaan Utusan Itu...

Menurut Tafsir Ibnu Kathir, al-Alusi dan al-Qurtubi, dikatakan bahawa sebelum lelaki itu dibangunkan dari lenanya yang panjang, Allah swt telah mematikan utusan itu.

Menurut Imam Ibnu Jarirat-Thabari, kemungkinan kaum tersebut sudah beriman, setelah Allah swt menurunkan azab kepada nenek moyang mereka. Lalu, mengeluarkan utusan itu dari dalam perigi.

Allah swt membinasakan penduduk Rass ini sedikit demi sedikit. Kawasan penempatan mereka dilanda kemarau yang amat dahsyat. Air perigi yang asalnya digunakan untuk mengairi tanaman dan kegunaan harian berubah menjadi keruh. Allah swt juga memusnahkan tanaman dan ternakan mereka.

Bahkan Allah swt juga memberi balasan, sesiapa yang meminum air dari perigi itu akan menjadi semakin haus. Manakala rumah yang dicuci menggunakan air perigi ini turut rosak sehinggakan kampong mereka musnah keseluruhannya. Akhirnya, penempatan penduduk Rass ini dihuni oleh jin dan binatang liar.

Renungan...

Tiga perkara yang merupakan kemuliaan dunia dan akhirat, iaitu memaafkan orang yang menzalimi dirimu, menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, dan sabar ketika engkau diperlakukan seperti orang bodoh.”