Tuesday, April 20, 2010

KOAYTEOW KOBOI

Pada kebiasaannya kalau kita pergi ke mana-mana restoran atau kedai makan, jika teringin nak makan koayteow maka kita akan order samada koayteow goreng, koayteow tomyam, koayteow ladna, koayteow sup dan sebagainya.

Tetapi pernahkah kita terdengar nama koayteow koboi?, sejak bila pula koboi (cowboy) yang kerjanya menunggang kuda atau menjinakkan kuda liar telah tukar profesyen dan datang ke Malaysia membuka restoran, kalau restoran masakan Western tu tak lah pelik sangat, ini goreng koayteow. Pelik...pelik..susah lah melayu nak berniaga macam ni sebab ada pulak persaingan dengan bangsa Eropah.

Semenjak adik aku Amri berhenti kerja sebagai Penghantar Saman di Mahkamah Majistret Taiping, beliau telah menceburkan diri di bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kedai makan masakan panas.

Kebetulan di depan rumah mak kami terdapat sebuah kawasan lapang yang sesuai untuk didirikan sebuah kedai makan, oleh kerana pemiliknya adalah PKNP maka Amri telah ke Pejabat PKNP di Ipoh untuk meminta kebenaran bagi memenuhi impiannya itu. Setelah mendapat kelulusan PKNP maka tanpa menoleh kebelakang lagi ia telah memulakan perniagaan kedai makannya itu.

Kini kedai makannya telahpun berusia lebih dari 1o tahun dan sentiasa mendapat sambutan dari pelanggan-pelanggan tetapnya. Kita semua tentu tertanya-tanya apa kaitannya dengan koboi pulak?.

Sebenarnya semasa Amri hendak memulakan perniagaannya dulu dia bercadang untuk mencari satu kelainan atau meletak suatu identiti yang boleh menarik minat setiap pelanggan yang datang menjamu selera dikedainya.

Walaupun kedai makannya berkonsepkan masakan panas, tetapi menu utama yang akan ditonjolkan oleh beliau ialah 'koayteow goreng' kerana Amri pernah belajar menggoreng koayteow dari seorang tukang goreng koayteow yang terkenal di pekan Simpang bernama Ah Soon.

'Koayteow koboi' tu diberi nama kerana gaya beliau semasa menggoreng koayteow tu dia akan memakai topi koboi yang dibeli khas dari luar negeri dan gambar lambang yang diletakkan pada signboard dikedai juga adalah gambar sebuah topi koboi. Bermula dari situlah maka beliau menamakan koayteow gorengnya nya sebagai 'koayteow koboi'.

Sesiapa yang berminat nak rasa koayteow koboi bolehlah datang kekedainya yang jalan masuknya terletak di sebelah Balai Polis Simpang, Taiping, Perak.

Aku sebagai seorang abang mendoakan semoga adikku Amri berniaga dengan penuh jujur dan ikhlas, menjaga kebersihan, melayan dan melatih pekerja-pekerjanya menghormati pelanggan, menyambut mereka dengan senyuman manis dan akhir sekali ingatkan Allah dan memohon keberkatan dariNya. Jangan lupa banyakkan bersedekah dan membantu golongan miskin serta menghulurkan sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukannya. Amin...

Gambar kedai makan Amri
sebelum memulakan operasi.
sentiasa dijaga kebersihannya

Kedainya mula beroperasi
pada pukul 5 petang hingga 1 pagi

Kelihatan rumah ibu yang terletak
di hadapan kedai makannya

Sign board Koayteow Koboi
yang terdapat di kedai makan Amri

Senarai harga makanan di pamirkan untuk
memudahkan pelanggan mengira bajet
sebelum menempah makanan



7 comments:

  1. memang menarik iklan yg di pamerkan....indah kabar indah pula rupanya.Bagitu lah hebatnya masakan Koeyteow Amri hinggakan Koeyteow Dolly yg hebat di pekan Taiping tu pun ta dapat menyainginya!!Katakan Koeyteow Taiping katakan Amri yg mempeloporinya....halal,berseh dan sesuai untuk masyarakat majmuk.

    ReplyDelete
  2. pernah satu ketika aku temuramah seorang hambaAllah berkaitan Koeyteow Koboi ni,ini jawapannya.."Kami mai dari jauh semata2 nak makan Koeyteow Koboi,tapi kami mai bukan naik kuda seeloknya kami mai naik kuda baru kena dgn iklan tu...boleh tambat kuda kat pokok kelapa tu.kuda pasti akan berbunyi dap!!dap!! bagitulah hebatnya koeyteow koboi Amri, kuda pun tau!Cuma iklan tu elok dipasang satu di pintu masok kat Jalan Besar, mana tau mat2Saleh yg lalu lalang nanti pasti tertarik!

    ReplyDelete
  3. Sudah menjadi trend sekarang ini bahawa org melayu suka menjamu selera bersama keluarga terutama dimalam dan pagi minggu.

    Ini menyebabkan restoran dan kedai2 makan berlumba2 dan bersaing sesama mereka untuk memenangi hati pelanggan.

    Selain masakan yang enak, nama restoran dan kedai makan mereka juga harus 'gempark' sikit dan Amri berjaya membuat 'gempark' dengan nama koteow koboinya menyebabkan pelanggan yang pertama kali datang teruja untuk mencuba, Hasilnya kita lihat pada hari ini pelanggannya bertambah dari sehari kesehari dan sekali datang mereka akan datang lagi seterusnya.

    Punca mereka datang pada asalnya kerana merasa pelik kerana tak pernah dengar nama koteow koboi. Ketahuilah bahawa 'nama kedai' juga memainkan peranan untuk maju.

    ReplyDelete
  4. AKU ada maklom kat Amri supaya mempertingkatkan suasana persekitaran tmpat dia berniaga dgn tanaman bunga.....plangan akan merasa selesa menjamu selera dalam taman yg indah...ala2 Bali cukup menarik!!!mulakan dgn kecil2an dulu.Aku nak tunjuk kat dia ada satu lokasi diKpg melayu sg buluh yg cukup menarik yg boleh dijadikan contoh!

    ReplyDelete
  5. Mengejar kemewahan dunia jgn lupa ibadah untk bekalan akirat...yg kekal abadi. Kalau ada kesaimbangan dua2 anugerah Allah ini,insyaallah jalan seterusnya ialah menuju kebahgiaan yg menunggu hambanya yg bertakwa mendekati Allah dan Allah akan sentiasa mendekati kita.Jgn kita memusuhi Allah dgn mengingkari surohannya, kelak Allah akan menjauhi kita,tatkala itu jiwa kita kosong,wang ringgit sudah tidak bererti dan jadilah kita manusia yg lupa diri dan yg tiada harga diri.Renong2kan lah!!

    ReplyDelete
  6. Saya try kedai koboi yg di simpang,taiping. Serve lambat. Kuey teow tawar, tak rasa apa. Taiping memang ada kuey teow yg unik dan sedap. Di masak dengan dapur arang. Tp bukan yang ini. Anda akan hampa jika dtg sini,lebih2 lagi jika dr jauh. Air teh o ais dia ja sedap

    ReplyDelete