Thursday, June 30, 2011

SYABAS MALAYSIA ATAS KEJAYAANMU!!!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Malaysia diatas kejayaan menewaskan Taiwan dengan jaringan 2 - 1 didalam perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Dunia 2014 sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mereka akan bertandang pula ke Taiwan pada hari Ahad ini untuk pusingan kedua dimana kita Mengharapkan supaya pasukan Kebangsaan kita dapat mempertahankan kejayaan ini untuk pusingan seterusnya.

Saksikan rakaman video babak-babak menarik semasa pertandingan sedang berlangsung terutamanya ketika pasukan Malaysia menjaringkan 2 gol diikuti Chinese Taipei 1 gol kemudiannya.

















Wednesday, June 29, 2011

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 (MALAYSIA VS TAIWAN)

Petang tadi 29 Jun, 2011, ketika dalam perjalanan pulang kerumah dari office, aku ambil kesempatan untuk singgah di Stadium Nasional Bukit Jalil yang terletak kira-kira 6 km dari rumah aku di Serdang untuk meninjau suasana kemeriahannya sempena perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia diantara Malaysia dengan Taiwan yang akan bermula jam 8.30 malam nanti.

Aku meluangkan masa kira-kira 2 jam untuk merakam gambar-gambar dan video untuk dikongsikan bersama para peminat semua.

Doakan kejayaan pasukan bolasepak Negara kita.

Selamat Menonton.



































































Gambar Video

Tambah Imej