Dalam keluaran artikel yang lepas, aku ada menceritakan tentang kisah rumah adik aku yang telah mengalami gangguan Jin dan Syaitan semenjak ia mendiaminya bersama keluarga selama hampir sepuluh tahun yang lalu.
Kepada mereka-mereka yang baru membaca kisah ini dan ingin mengetahui kisah yang diceritakan sebelumnya, maka silalah klik di sini... Selepas membaca kisah permulaannya itu, maka bolehlah terus menyambung bacaan pada episod yang seterusnya yang akan aku kisahkan di bawah ini.
Selepas adik aku menceritakan masalah yang dihadapinya itu, maka aku pun pulang ke Kuala Lumpur dan berjanji kepadanya untuk membawa seorang Ustaz yang aku kenali yang aku yakin dengan izin Allah s.w.t., beliau boleh menyelesaikan masalah gangguan Jin dan Syaitan yang selama ini telah mengganggu kehidupan mereka sekeluarga. Ustaz yang dimaksudkan ialah Ustaz Abdul Halim b. Zakaria yang sangat berpengalaman dalam ilmu perubatan Islam. Beliau juga merupakan pakar kaunseling dalam menyelesaikan masaalah rumahtangga kepada pasangan yang hampir bercerai.
Aku dan abang aku Joe telah membuat satu temu janji dengan ustaz Halim untuk memohon khidmat dan bantuannya dalam menyelesaikan rumah adik aku yang diganggu Jin dan Syaitan itu. Dalam pertemuan itu, aku telah menceritakan segala-galanya kepada ustaz Halim sepertimana yang telah diceritakan oleh adik aku itu. Abang Joe hanya mendengar dan menganggukkan kepala membenarkan kata-kataku itu. Setelah bercerita panjang, akhirnya ustaz Halim bersetuju untuk memulihkan rumah adik aku itu dan dia menetapkan pada hari Sabtu 22 Nov, 2014 jam 10 malam.
Pada hari yang dijanjikan iaitu Sabtu 22 November 2014 jam 2 petang, aku bersama abang Joe telah memulakan perjalanan pulang ke Taiping dengan kereta yang aku sendiri memandunya manakala Ustaz Halim pula memaklumkan ia akan bertolak pada jam 5 petang nanti dari Sentul, Kuala Lumpur kerana ia sedang melakukan rawatan kepada salah seorang pesakitnya.
Perjalanan kami diiringi dengan hujan yang sangat lebat disertai dentuman petir yang agak kuat membuatkan aku sentiasa berhati-hati semasa memandu bagi mengelakkan kemalangan. Akibat hujan lebat itu juga, kami telah bertemu dengan satu kemalangan berhampiran Tanjung Malim di mana sebuah lori treler 12 tayar telah terbalik di sebelah kiri lebuhraya. Kami bernasib baik kerana lori treler tersebut tidak menghalang laluan dan kami dapat meneruskan perjalanan dengan selamat. Jika kami lewat 15 minit atau setengah jam selepas kemalangan itu, sudah tentulah kami akan terlambat kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas akibat kemalangan itu.
Kami tiba pada jam 5.30 petang selepas hampir tiga jam aku memandu dan terus 'lepak' dan melepaskan penat di kedai makan yang diusahakan oleh seorang lagi adik kami iaitu Amri. Kedai makan beliau sangat terkenal kepada seluruh penduduk di Pekan Simpang, Taiping dan juga ada pelanggannya yang datang dari Ipoh dan Pulau Pinang. Untuk makluman pembaca, menu utama di kedainya adalah "Koayteow Koboi" yang sangat terkenal itu dan menjadi igauan kepada mereka-mereka yang pernah menikmatinya. Artikel mengenai Koayteow Koboi beliau telah aku ceritakan di dalam blog ini. Kepada mereka-mereka yang ingin mengetahui kisahnya itu, sila klik di sini dan bahagian 2 di sini...
Selepas hampir 30 minit kami 'lepak' di kedai Koayteow Koboi, kamipun bertolak ke bandar Taiping yang sangat indah dan nyaman. Bandar Taiping juga dikenali sebagai "Bandar Warisan". Di bandar inilah aku bersekolah dan menghabiskan usia remajaku bersama-sama rakan sebaya seperti mandi sungai, mandi air terjun di kawasan perkelahan di bawah kaki Bukit Larut, berjoging, berbasikal dan mendaki Bukit Larut yang sentiasa dikunjungi ramai. Pelancong-pelancong yang datang ke Bandar Taiping ini tidak akan lengkap lawatan mereka jika mereka tidak mendaki bukit ini atau menaiki land rover yang disediakan dengan sedikit bayaran yang dikenakan.
Tujuan aku dan abang Joe ke Bandar Taiping yang terletak kira-kira 6 km dari rumah emak dan ayah di Simpang yang pada ketika ini sudah tidak berpenghuni lagi setelah kematian mereka, adalah untuk menikmati 'Yong Tau Foo' di sebuah 'Food Court' yang dikatakan sangat lazat yang terletak di belakang Balai Bomba Taiping. Kami turut disertai oleh seorang lagi abang kami iaitu Abang Izhar serta keluarga dan juga adik kami yang rumahnya akan dipulihkan sebentar lagi.
Ketika sedang menikmati makan malam di 'Food Court' tersebut, Ustaz Halim telah menelefon memaklumkan bahawa dia sudahpun tiba dan meminta kami menunggunya di Kampung Air Kuning, Changkat Jering untuk melakukan upacara menghalau Jin dan Syaitan seperti yang telah dirancangkan itu. Jam ketika itu telahpun menunjukkan pukul 10 malam. Setelah bertemu, kamipun terus bergerak ke rumah adik bagi memulakan upacara.
Upacara Menghalau Jin dan Syaitan
Ketika tiba di rumah adik, kami disambut oleh suaminya dan anak-anak. Sebaik Ustaz tiba di pintu pagar rumah, Ustaz terus berkata: "Pokok ni nak kena tebang", sebab kat pokok ni lah tempat 'dia', kalau tak tebang akan jadi masalah sebab dia dah lama duduk kat situ".
Ustaz terus menyambung kata: "Pokok ni bukan setakat tebang saja tapi tunggul dan akarnya kena korek buang", pokok ni pokok Semambu, orang India memang suka tanam pokok ni sebab dia puja untuk sembahyang dia".
Apabila Ustaz beritahu yang pokok ni pokok Semambu, aku lantas teringat yang aku selalu disuruh oleh arwah emak untuk cari pokok semambu kalau ada yang kena demam campak ketika kami kecik-kecik dulu. Kata arwah emak, daun pokok semambu sangat mujarab untuk menyembuhkan penyakit demam campak, tapi kata arwah mak lagi, apapun semua Allah yang izinkan, kalau Allah tak izinkan, kita tiada upaya untuk menyembuhkan penyakit.
"Apa-apa pokok pun boleh tanam tapi kalau tanam depan rumah, tak payah lah tanam pokok besar-besar sebab akar dia boleh merosakkan rumah", lagipun pokok besar-besar ni biasalah, memang Jin suka tinggal di situ, tambah pulak kalau kita dok puja-puja dia, hmmm...memang seronoklah dia" kata Ustaz lagi.
"Jom, ustaz nak masuk rumah, nak tengok di dalam pulak" kita dah lewat ni" kata Ustaz lalu terus masuk. Ustaz meninjau seluruh rumah sampai ke bilik dan dapur..."
"Hmmmm... memang ada" tak boleh biar ni, kena pulih cepat", Mari kita mulakan sekarang dengan membaca Yassin beramai-ramai", bawak semua yang Ustaz suruh sediakan...garam kasar, lada hitam, cuka dan air mineral yang dibeli dan sebuah baldi" kata ustaz memberi arahan.
Setelah bahan-bahan telah disediakan dan diletakkan di hadapan Ustaz, kami pun mula membaca Surah Yassin secara beramai-ramai sehingga ke akhirnya. Selepas itu ustaz meneruskan bacaan ayat-ayat Al Quran, panjang ustaz baca, aku kira dekat setengah jam jugaklah...kami yang tak hafal hanya mendengar dengan penuh khusyuk...ada antara ayat-ayat Al Quran tu aku hafal jugak sikit-sikit dan tahu maknanya...bacaan ustaz sangat lancar seperti seorang hafiz quran.
Setelah selesai baca al Quran, aku tengok ustaz mencampurkan garam kasar tadi dengan lada hitam di dalam sebuah bekas, lepas tu ustaz gaulkan bagi sebati, kemudian ustaz bukak penutup botol cuka dan menghembus secara perlahan-lahan di mulut botol cuka tu. Lepas tu ustaz campur cuka tadi dengan air mineral dalam jug plastik dan mintak tuan rumah kacau ikut lawan jam. Selepas itu ustaz minta supaya dimasukkan dalam bekas 'spray' yang biasa kita guna masa nak seterika baju.
"Sekarang, ustaz nak sebar dan tabur garam kasar yang dicampur lada di setiap penjuru rumah dan minta seorang untuk 'spray' air cuka tadi di setiap penjuru rumah, sebelum tu, tolong buka semua pintu, tingkap yang ada termasuk pintu dapur di belakang" Ustaz memberi arahan lagi...
"Masa ustaz nak sebarkan semua tu, mintak 3 orang untuk 'azan', sorang di pintu depan, sorang di tengah dan sorang di pintu belakang".
Aku yang sedari tadi memerhatikan, lalu ambil peranan untuk melaung azan di ruang tengah, manakala abang Joe di hadapan dan seorang lagi abang aku iaitu abang Din di pintu dapur di belakang...
Selepas menyebar di dalam rumah, ustaz teruskan sebaran di luar rumah pula dan juga di setiap penjuru sambil adik iparku (tuan rumah) melakukan 'spray' termasuk di tiang-tiang yang ada. Apabila sampai di pokok semambu tu, aku lihat ustaz membaling garam dengan lada hitam ke pokok semambu tu dalam keadaan menunjukkan muka marah. Tujuannya aku rasa supaya Jin tu takut dan lari jauh-jauh dari pokok semambu tu.
Setelah ustaz berpuashati akan tugas-tugas yang di buat, maka ustaz menghendaki air di dalam baldi yang telah dicampur lada hitam dan tiga biji limau purut dibuat mandi kepada semua penghuni rumah selama tiga hari berturut-turut. Begitu juga, taburan garam dan 'spray' air cuka hendaklah dibuat dua malam lagi bagi mencukupkan 3 kali termasuk malam ini.
Sebelum ustaz mengakhiri tugasnya, ustaz sudi memberikan kepada kami sedikit tazkirah. Di antara yang ditekankan oleh ustaz ialah supaya kami kembali ke jalan Allah, tekun melakukan ibadat terutama solat, membaca Al Quran, berzikir, beristighfar, jauhkan diri dari sifat dengki dan irihati, mencari rezeki yang halal, jangan syirik kepada Allah, jauhi riba, berbakti kepada kedua ibu bapa dan selalulah pulang untuk menziarahi mereka.
Selain tazkirah, ustaz juga ada memberi beberapa petua dan kaedah dalam merawat penyakit seperti stroke, jantung, saka, sihir, gout dan sebagainya. Ustaz juga telah membuat satu lakaran tentang tubuh manusia dan menunjukkan tempat-tempat sensitif yang sering dimasuki Jin dan ambil kesempatan untuk mendatangkan penyakit dan kita perlu berwaspada serta berhati-hati akan kejahatan Jin yang sentiasa mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
Upacara menghalau Jin dan Syaitan serta tazkirah oleh Ustaz Halim Zakaria berakhir pada jam 2.30 pagi dan pada malam itu aku dan abang Joe tidur di rumah abang Izhar kerana pagi esok (Ahad, 23 Nov 2014) kami hendak ke Kulim, Kedah kerana seorang anak saudara kami iaitu Ahmad Faizal akan melangsungkan akad nikahnya dengan gadis pilihannya bernama Nadia di Masjid Mahang selepas solat Zohor.
Inilah pokok semambu yang dikatakan oleh Ustaz Halim
tempat kediaman Jin yang ditanam dan dipuja di hadapan rumah
oleh pemilik terdahulu sebelum dijual kepada adik...
oleh pemilik terdahulu sebelum dijual kepada adik...
Pembacaan surah Yassin secara beramai-ramai sedang dibuat...
"Minta maaflah, sebab gambar bacaan Yassin yang aku upload ni
banyak sangat, bukan apa nama pun baca Yassin, jadi
gambar baca Yassin kenalah bubuh banyak sikit ...Tak pa la kan....)
Abang Izhar (kacamata) dan Abang Joe (baju ungu)
sedang membaca surah Yassin...
Abang Din dan isterinya Kak Asni (baju merah)
baru tiba selepas 10 minit bacaan Yassin dijalankan...
Bacaan doa selepas Ustaz selesai membaca Al Quran...
Ustaz sedang menuang cuka ke dalam jug plastik
dan akan dicampur air untuk semburan di dalam rumah...
Zaini diminta untuk mengacau campuran tadi ikut pusingan lawan jam...
Tugas-tugas taburan garam dan lada hitam yang telah bercampur sedang dibuat...
Ustaz turut menabur garam kasar dan lada hitam di dalam bilik air...
Turut kelihatan di belakang ialah Abang Din sedang melaungkan azan...
Azan sedang dilaungkan di ruang hadapan (Abang Joe)
manakala di ruang tengah pula, siapa lagi kalau bukan aku...
Kak Asni sedang memerhatikan tugas-tugas yang sedang dilakukan...
Ustaz dan Zaini turut melakukan taburan dan semburan di dalam bilik...
"Dulu masa kecik-kecik aku selalu azan di surau.
Nampaknya sampai sekarang azan yang aku laungkan masih merdu lagi..."
Ustaz meneruskan taburan di luar rumah selepas di dalam dah selesai...
Ustaz kelihatan sedang membaling garam kasar dan lada hitam
ke pokok semambu yang dimaksudkan...
Zaini pula melakukan semburan di semua penjuru
yang ada dan juga di semua tiang rumah...
Kak Midah (kakak ipar) sedang berbual dengan birasnya Kak Asni
sambil diperhatikan oleh Romina...
Selepas selesai upacara menghalau Jin dan Syaitan,
sekarang Ustaz Halim memberikan penerangan tentang penyakit pula...
Kelihatan beliau sedang membuat lakaran tentang tubuh manusia...
Ustaz Halim Zakaria memberikan penerangan tentang penyakit Stroke...
Gambar lakaran tubuh manusia yang dilukis
oleh ustaz untuk menerangkan tentang penyakit...
Gambar di bawah ini adalah gambar pernikahan anak saudara ku Ahmad Faizal dan Nadia
dan ia ada kaitan sepertimana yang sebutkan di perenggan akhir artikel diatas...
dan ia ada kaitan sepertimana yang sebutkan di perenggan akhir artikel diatas...
Ahmad Faizal dan gadis yang baru dinikahinya Nadia bergambar
di hadapan Masjid Mahang, Kulim, Kedah......
"Didoakan semoga jodoh mereka kekal sehingga ke akhir hayat...Aminnnn...
Sila klik Untuk ke Bahagian Akhir.
Sila klik Untuk ke Bahagian Akhir.
Setelah berikhtiar... jangan lupa..m terus berdoa... mohon perlindungan dari ALLAH SWT... tidak ada satu kuasa yang dpt menghalang kehendak NYA...
ReplyDeleteAssalammualaikum...mcm mana ya nak contact ust halim?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
DeletePn. boleh contact hp utz halim no. 0126625681. utz pesan suruh wassap jer nnti bila free dia reply. Kalau call susah dia nak jwb sbb dia selalu mengubat pesakit tak tntu masa...
Tq.
Salam, ustaz halim ubatkan orang kat mana ye tuan?kuala lumpur ke
ReplyDeleteYer Kuala Lumpur dan ke mana shj jika khidmatnya diperlukan. No hp beliau dlm komen di atas...
Deletex de whatsapp die..
DeleteYer Utz Halim guna garam kasar...
ReplyDelete