Monday, July 12, 2010

SUNWAY LAGOON PART 3 (JOM SANTAI)



Bahagian ke tiga dan terakhir Family Day di Sunway Lagoon Theme Park ini memaparkan gambar-gambar yang sesuai dengan tema Family Day FELCRA Berhad pada kali ini iaitu 'Jom Santai'.

Setelah semua acara selesai maka tiba lah masanya untuk semua staf yang hadir bersama keluarga masing-masing melakukan aktiviti bebas sambil bersantai seperti bermain air, bermain permainan yang mencabar dan menggerunkan termasuklah meniti di jambatan gantung serta dapat melihat keindahannya dari atas dan tidak ketinggalan juga melawat taman-taman binatang seperti harimau, ular, burung, ikan dan sebagainya.

Kebanyakan gambar-gambar permainan yang mencabar dan menggerunkan serta gambar dua ekor harimau yang sedang lapar telah dirakam melalui video. Ini adalah kerana dengan merakam melalui video sahajalah akan memberikan gambaran betapa 'seram' dan 'kecut perut' kita dibuatnya apabila bermain permainan yang ada di Sunway Lagoon Theme Park ini serta melihat dua ekor harimau dari dekat. Taman Tema Air ini bukanlah semata-mata taman yang biasa kita kunjung tetapi ianya adalah lebih dari itu dan segala-galanya ada disini . Sesuailah dengan ia sebagai sebuah taman tema air yang pertama dibina di negara kita ini. Hanya pengalaman dan gambar-gambar yang dihidangkan sahajalah dapat menceritakan segala-galanya kepada anda yang belum pernah mencuba di Sunway Lagoon Theme Park ini.




No comments:

Post a Comment